Powered by Blogger.

Wednesday 10 July 2013

PEMBENTANGAN MINGGU 1 - KUMPULAN 3

ISL 3

19 comments:

little traveller of life on 11 July 2013 at 08:07 said... [Reply to comment]

Salam,
Untuk pembentangan kumpulan ketiga saya melihat bagaimana mereka membuat pembentangan yang menarik dengan memaparkan video dan saya lihat ada kemajuan berbanding dengan pembentangan kumpulan yang sebelum ini. Jadi saya belajar bahawa untuk menarik minat daripada audien, video yang menarik adalah salah satu medium yang sesuai untuk merangsang pemikiran daripada para audien selain dapat menyampaikan maksud di dalam pembentangan dengan lebih baik.
Selain itu, saya tahu bahawa saya masih kekurangan dari segi penguasaan ilmu pedagogi apabila pensyarah menerangkan tentang PCK (pedagogical content knowledge) di mana sebenarnya bukan mudah untuk seorang guru menerapkan elemen seni dalam pendidikan/pengajaran kerana seni sebenarnya membantu mencungkil potensi murid dan saya tahu juga saya tidak mampu menjadi guru yang kreatif lagi bila sebenarnya sepanjang saya belajar, seni dalam pendidikan tidak diterapkan.
Oleh hal yang demikian, saya berharap saya akan belajar dengan lebih banyak lagi berkenaan dengan seni ini tidak kira seni visual, musik dan pergerakan agar saya mampu menjadi guru yang lain daripada guru yang sedia ada di sekolah di mana mereka hanya menekankan tumpuan kepada akademik semata-mata.
Sebagai penutup, saya belajar secara tidak langsung melalui pembentangan kumpulan ini dan juga melalui penerangan daripada pensyarah berkenaan seni dalam pendidikan dan betapa pentingnya seni ini dalam perkembangan diri kanak-kanak dan secara tidak langsung membuat perkaitan dengan diri saya sewaktu di alam persekolahan dulu, bagaimana saya dan seni yang diajar oleh guru.
(nor syazliana sharifuddin)


little traveller of life on 11 July 2013 at 08:08 said... [Reply to comment]

Salam,
Untuk pembentangan kumpulan ketiga saya melihat bagaimana mereka membuat pembentangan yang menarik dengan memaparkan video dan saya lihat ada kemajuan berbanding dengan pembentangan kumpulan yang sebelum ini. Jadi saya belajar bahawa untuk menarik minat daripada audien, video yang menarik adalah salah satu medium yang sesuai untuk merangsang pemikiran daripada para audien selain dapat menyampaikan maksud di dalam pembentangan dengan lebih baik.
Selain itu, saya tahu bahawa saya masih kekurangan dari segi penguasaan ilmu pedagogi apabila pensyarah menerangkan tentang PCK (pedagogical content knowledge) di mana sebenarnya bukan mudah untuk seorang guru menerapkan elemen seni dalam pendidikan/pengajaran kerana seni sebenarnya membantu mencungkil potensi murid dan saya tahu juga saya tidak mampu menjadi guru yang kreatif lagi bila sebenarnya sepanjang saya belajar, seni dalam pendidikan tidak diterapkan.
Oleh hal yang demikian, saya berharap saya akan belajar dengan lebih banyak lagi berkenaan dengan seni ini tidak kira seni visual, musik dan pergerakan agar saya mampu menjadi guru yang lain daripada guru yang sedia ada di sekolah di mana mereka hanya menekankan tumpuan kepada akademik semata-mata.
Sebagai penutup, saya belajar secara tidak langsung melalui pembentangan kumpulan ini dan juga melalui penerangan daripada pensyarah berkenaan seni dalam pendidikan dan betapa pentingnya seni ini dalam perkembangan diri kanak-kanak dan secara tidak langsung membuat perkaitan dengan diri saya sewaktu di alam persekolahan dulu, bagaimana saya dan seni yang diajar oleh guru.


Unknown on 11 July 2013 at 09:28 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum, saya Nurul ‘Ain Ahmad Naspu dari PISMP TESL 1 Jan 2012.
Pembentangan yang disampaikan oleh kumpulan tiga merupakan ISL minggu satu sebagaimana yang telah disampaikan oleh 2 kumpulan sebelum ini. Jika sebelum ini, dua kumpulan telah menampilkan cara pembentangan yang berbeza, kumpulan tiga juga tidak kurang. Mereka telah memulakan pembentangan mereka dengan menayangkan video iklan tentang kereta namun disampaikan dengan cara yang amat kreatif. Ia sedikit sebanyak menimbulkan rasa kagum tentang bagaimana satu konsep asas dalam fizik, iaitu pendulum dapat diterjemahkan dalam satu bentuk yang amat kreatif. Hal ini jelas menunjukkan betapa pentingnya seni dalam diri seseorang individu. Seni dapat meningkatkan daya imaginasi seseorang sehingga dapat mencetuskan idea yang luar biasa bermula dari satu konsep asas. Apa yang ingin saya ketahui ialah bagaimana untuk menjuruskan imaginasi para pelajar dan seterusnya menterjemahkannya dalam subjek yang tertentu seperti bahasa Inggeris? Melalui pembentangan ini saya dapat memahami dengan lebih jelas lagi tentang peranan emosi dalam pembelajaran di mana sebagai guru hendaklah tahu bagaimana untuk memanipulasikan emosi para pelajar dan memberi ruang kepada mereka untuk mengekspresikan emosi mereka dalam bentuk seni visual ataupun muzik.

Unknown on 13 July 2013 at 08:17 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum.

Pada kali ini, kumpulan saya telah ditugaskan untuk membentangkan ISL Minggu 1. Aktiviti pembentangan selalu mencabar diri saya sebagai seorang pelajar untuk menyampaikan sesuatu ilmu dengan kreatif dan kreatif. Pada kali ini, saya dapati bahawa saya kurang menguasai topik yang saya perlu bentangkan. Hal ini jelas terbukti apabila, antaranya, saya teragak – agak untuk menjawab soalan perbezaan antara nilai estetik dan apresiasi. Sebelum ini, terdapat pembentang yang pernah menjelaskan perkara ini, namun, saya tidak mengambil perhatian penuh terhadap tajuk tersebut. Apabila saya menyedari kelemahan saya, saya mula berasa kurang bermotivasi. Oleh itu, perkara seperti ini seharusnya tidak berulang lagi.

Maka, penguasaan topik dan kandungan pelajaran merupakan perkara yang sangat penting dalam kehidupan seorang bakal guru. Bagaimanakah murid akan memahami dan menghayati sesuatu pelajaran sekiranya guru tersebut kurang atau tidak menguasai ilmu yang diajarkan? Pasti akan memberi kesan buruk bukan sahaja kepada murid, tetapi juga kepada guru itu sendiri.

Sekian, terima kasih.

Unknown on 13 July 2013 at 08:18 said... [Reply to comment]

Assamualaikum.

Pada kali ini, kumpulan saya telah ditugaskan untuk membentangkan ISL Minggu 1. Aktiviti pembentangan selalu mencabar diri saya sebagai seorang pelajar untuk menyampaikan sesuatu ilmu dengan kreatif dan kreatif. Pada kali ini, saya dapati bahawa saya kurang menguasai topik yang saya perlu bentangkan. Hal ini jelas terbukti apabila, antaranya, saya teragak – agak untuk menjawab soalan perbezaan antara nilai estetik dan apresiasi. Sebelum ini, terdapat pembentang yang pernah menjelaskan perkara ini, namun, saya tidak mengambil perhatian penuh terhadap tajuk tersebut. Apabila saya menyedari kelemahan saya, saya mula berasa kurang bermotivasi. Oleh itu, perkara seperti ini seharusnya tidak berulang lagi.

Maka, penguasaan topik dan kandungan pelajaran merupakan perkara yang sangat penting dalam kehidupan seorang bakal guru. Bagaimanakah murid akan memahami dan menghayati sesuatu pelajaran sekiranya guru tersebut kurang atau tidak menguasai ilmu yang diajarkan? Pasti akan memberi kesan buruk bukan sahaja kepada murid, tetapi juga kepada guru itu sendiri.

Sekian, terima kasih.

Unknown on 13 July 2013 at 09:03 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum, selepas mendengar pembentangan kumpulan ini, saya mendapati, kebanyakan orang mengkaitkan seni dengan seni lukisan sahaja. Contohnya, ramai mengutarakan pendapat bagaimana perasaan dapat diluahkan melalui lukisan. Namun bagi saya, pengaruh seni muzik juga sangat mendalam diri kita. Melalui muzik, kita dapat meluahkan perasaan yang tidak dapat kita ungkapkan menggunakan kata-kata biasa. Pelbagai emosi, tidak kira marah, sedih, gembira atau kecewa sekalipun. Segala-segalanya boleh diluahkan melalui muzik. Saya lebih suka menggunakan muzik dan lagu sebagai medium untuk menyatakan perasaan berbanding lukisan. Jika lukisan dikatakan ada yang konkrit dan ada yang abstrak, lagu juga ada yang secara terus atau berunsur perlambangan dan metafora. Maksud yang tersimpan di dalam lagu boleh diekspresikan dengan cara yang berbeza oleh setiap orang berdasarkan pengalaman masing-masing. Namun tidak dinafikan, tidak kira seni visual atau seni muzik, kedua-duanya mampu meningkatkan keupayaan seseorang pelajar untuk mencapai tahap yang optimum semasa mempelajari sesuatu subjek. Oleh itu, saya sebagai bakal guru perlulah mempersiapkan diri dengan ilmu yang cukup bagi mengaplikasikan seni dalam pendidikan.

Unknown on 13 July 2013 at 09:24 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum...

Pembentangan kali ini telah diteruskan lagi dengan kumpulan 3. Terdapat beberapa kelainan yang telah ditunjukkan oleh kumpulan 3 iaitu dengan menggunakan video. Penggunaan video ini telah berkesan dalam menarik perhatian kami serta memberi pendedahan tentang beberapa perkara. Bagi saya, video merupakan alat bantu mengajar yang dapat menarik perhatian pelajar dan dapat memberi kefahaman kepada pelajar tentang sesuatu perkara. Contohnya, menerusi video tersebut, saya dapati terdapat beberapa mesej yang ingin disampaikan conothnya tentang elemen kreatif dan imaginasi. Video ini sebenarnya berfungsi untuk mengiklankan kereta, tapi jika dilihat isi di dalam video tersebut, kita dapat melihat bagaimana kreatifnya iklan ini kerana telah menggunakan elemen fizik. Video ini juga menunjukkan betapa pentingnya seni dalam pendidikan kerana dapat memberi dan membuka peluang kepada pelajar untuk menjadi seorang yang kreatif serta menggunakan imaginasi dalam menghasilkan sesuatu.

Selain itu, kumpulan 3 telah mempersembahkan aktiviti irama yang cukup menarik. Mereka telah mempersembahkan aktiviti yang menggunakan alatan seperti stapler dan pen serta perkusi badan dengan diiringi lagu “ Rasa Sayang”. Pada pendapat saya, mereka sangat kreatif kerana telah menggabungkan alat dan perkusi badan dalam menghasilkan aktiviti irama. Selain itu, mereka telah membuat pergerakan “Chicken Dance”. Pergerakan ini juga sangat menarik dan menghiburkan. Mereka telah memilih pergerakan yang sangat baik dan bersesuaian.

Akhir sekali, saya sangat tertarik dengan apa yang telah disampaikan oleh pensyarah kami iaitu tentang pedagogical content knowledge (PCK). Menurut pensyarah kami, PCK sangat penting dan memainkan peranan yang sangat penting dalam menyampaikan sesuatu ilmu terutamanya dalam menerapkan elemen seni dalam diri pelajar. Guru yang mempunyai kemahiran tersebut akan berjaya meningkatkan minat pelajar di dalam aktiviti seni serta menghasilkan pelajar yang sangat kreatif dan dapat mencungkil bakat pelajar dalam aktiviti seni. Oleh itu, insan yang bergelar guru perlu memiliki kemahiran tersebut walau subjek apa pun yang mereka ajar. Sejujurnya, saya akui saya sangat kurang dengan kemahiran tersebut. Saya rasa saya perlu berusaha meningkatkan kemahiran tersebut bermula dari sekarang agar ilmu yang disampaikan dapat diterima oleh pelajar dengan sebaiknya.

Ash Izzati on 13 July 2013 at 17:53 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum..mengenai pembentangan kumpulan 3 saya dapati mereka telah membuat satu kelainan dengan menunjukkan video kepada kami semua untuk membawa kami ke dalam isi pembentangan mereka. Ini adalah salah satu pendekatan yang baik. Walaupun pada pembentangan sebelum ini saya sudah mengetahui tentang tajuk tersebut apabila tiba giliran kumpulan ini, mereka menerangkan konsep Seni dalam pendidikan merupakan salah satu unsur yang penting yang bermanfaat dan boleh diguna pakai untuk kemaslahatan ekonomi. Saya melihat begitu besar sumbangan Seni dalam diri kita, cuma permasalahannya ianya tidak dielentur untuk menjadikannya sesuatu yang dapat menyumbang kepada diri kita. Oleh itu, sebagai seorang bakal guru saya akan menjadikan elemen seni untuk diasah agar pelajar Malaysia menjadi kreatif dan inovatif seperti pelajar di Negara-negara lain.

Unknown on 13 July 2013 at 20:01 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum, dalam perbentangan kumpulan 3 ini, isi yang dibincangkan adalah samaseperti yang telah dibentangkan oleh kumpulan 1 dan 2. Mungkin cara penyampaian yang berbeza. Di sini saya ingin memfokuskan mengenai penguasaan ilmu apabila melakukan perbentangan. Pada pendapat saya, penguasaan ilmu ini sangat penting kerana ia membantu pendengar memahami dengan mudah dan mendalam tentang apa yang kita sampaikan di samping memberi kepuasan kepada diri kita sendiri. Saya adalah salah seorang ahli kumpulan ini. Secara keseluruhannya, saya kurang berpuas hati dengan perbentangan saya kerana saya kurang menguasai topik yang saya bentangkan. Ada sesetengah isi yang tidak dapat saya huraikan dengan baik. Perkara ini perlu diperbaiki dengan segera kerana jika tidak ia akan menjadi kebiasaan apabila sudah bergelar guru nanti. Perbentangan ini boleh diibaratkan sebagai proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Oleh yang demikian, cuba banyangkan jika sebagai seorang guru kita tidak menguasai topik yang akan diajar pada hari tersebut. Semestinya pelajar akan menjadi mangsa. Mereka tidak akan mendapat input yang terbaik dan tidak dapat belajar secara optimum. Jadi, untuk menjadi pelajar dan guru yang berkualiti, penguasaan ilmu itu amat penting.

Unknown on 13 July 2013 at 23:55 said... [Reply to comment]

Oleh Nurul Izzati Shuib
Assalamualaikum wbt. Menerusi pembentangan isl minggu pertama oleh kumpulan ketiga, setelah meneliti paparan yang disediakan, dapat saya nyatakan bahawa terdapat persamaan dari segi isi kandungan antara ketiga-tiga kumpulan. Namun begitu, perbezaan yang ketara dapat dilihat dari segi persembahan dan penyampaian yang mereka laksanakan. Dalam pembentangan ketiga ini, kumpulan berkenaan telah menayangkan satu video atau iklan mengenai kereta yang mana menggunakan unsur-unsur atau bahan-bahan untuk menghasilkan kereta. Iklan ini dilihat begitu berseni dan unik untuk dipertontonkan kepada para audiens. Selain daripada itu, menerusi pembentangan yang telah dilaksanakan, saya telah mempelajari banyak ilmu berkaitan dengan seni dalam pendidikan yang boleh saya aplikasikan di sekolah kelak dan boleh melakukan banding beza mengenai input yang telah disediakan oleh kumpulan-kumpulan yang berkenaan. Tambahan lagi, dalam pembentangan ketiga ini, apa yang menarik perhatian saya ialah mengenai aktiviti yang dipersembahankan iaitu menggunakan alat tulis seperti pen dan juga stapler untuk menghasilkan bunyi. Hal ini amat menarik kerana kumpulan yang terdahulu tidak menggunakan alat tulis sebagai objek. Saya juga telah menerima pelbagai pengetahuan mengenai faedah-faedah menggunakan seni dalam pendidikan dan dalam kehidupan seharian. Oleh yang demikian, sebagai seorang pendidik, kreativiti para pelajar tidak harus disekat sebaliknya digilap dan diasah bakat mereka supaya bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Negara yang mana ingin menghasilkan pelajar yang holistic, seimbang dari pelbagai sudut. Sekian, terima kasih.

Unknown on 14 July 2013 at 00:17 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum

Melalui pemerhatian saya, pembentangan kumpulan ketiga agak berbeza jika dibandingkan dengan dua kumpulan sebelum ini kerana klip video yang dipertontonkan oleh mereka menjadikan pembentangan ini lebih menarik. Secara tidak langsung, video itu turut menunjukkan betapa seni kreatif amat penting dalam menjadikan sesuatu iklan itu menarik. Saya tertarik dengan soalan yang diajukan oleh pembentang pertama semasa mempertontonkan video itu. Mampukah rakyat Malaysia menghasilkan iklan yang kreatif sebegini? Sejujurnya, pada pendapat saya kita sebenarnya mampu memandangkan terdapat pusat pengajian tinggi yang bersedia menawarkan kursus berkenaan seni grafik dan animasi. Jika kita betul- betul berminat untuk melakukannya ditambah dengan ruang, peluang dan dorongan yang diberikan, perkara ini tidak mustahil untuk dicapai. Di sini, saya mempelajari bahawa amat penting bagi seorang guru untuk menanam minat murid- murid dalam bidang seni. Seni bukan sahaja boleh diajar dalam subjek Pendidikan Seni Visual, Muzik dan PJK semata- mata, malah boleh diintegrasikan dalam pengajaran subjek- subjek lain juga. Jadi, untuk memupuk minat murid- murid dalam bidang seni, sebagaimana yang diterangkan oleh pensyarah kami, guru- guru mestilah berpegang pada prinsip Phua Chu Kang (PCK) iaitu elemen ‘pedagogical’, ‘content’ dan ‘knowledge’ yang ketiga- tiganya harus dikuasai guru. Tanpa salah satu elemen ini, pengajaran menjadi tempang dan tidak sempurna seterusnya matlamat atau misi yang digariskan sukar dicapai. Kesimpulannya, guru mestilah menguasai ilmu cara untuk mengajar, berpengetahuan luas dalam bidangnya serta mempunyai isi dan bahan yang mencukupi ketika mengajar.

Unknown on 14 July 2013 at 00:22 said... [Reply to comment]

Assalammualaikum. Bagi pembentangan oleh kumpulan 3 ini, saya sangat tertarik dengan video yang ditunjukkan. Video tersebut telah menyampaikan satu mesej kepada saya bahawa seni itu adalah gabungan hasil daripada pelbagai kemahiran seperti kemahiran komputer, seni grafik dan sebagainya, bukan hanya terhad terhadap seni lukisan dan muzik sahaja. Video tersebut juga memberi gambaran kepada saya bahawa orang yang melakukan video tersebut adalah seorang yang sangat kreatif, kreatis, teliti dan sangat berimaginasi kerana beliau menggunakan elemen-elemen yang terdapat pada bahagian kereta untuk menghasilkan video tersebut yang saya sendiri tidak tahu bahawa elemen tersebut ada pada dalam kereta. Video ini memberikan satu persoalan kepada saya adakah pelajar Malaysia mampu berfikir secara kreatif dan kreatis seperti ini bukan sahaja terhadap seni tetapi juga terhadap perkara-perkara lain. Sekiranya mereka mempunyai sifat kreatif dan kreatis ini bermakna mereka mampu untuk berfikir pada aras yang tinggi dan diluar kotak. Malah, saya juga tertanya-tanya adakah saya segolongan dengan mereka yang boleh berfikiran pada aras yang tinggi? Namun pada pandangan saya, persoalan daripada pensyarah dan perbincangan yang diadakan di dalam kelas pada setiap pembentangan mampu memperkembangkan lagi dan melatih pemikiran guru pelatih untuk berfikir dengan lebih kreatif dan kreatis seterusnya mungkin dapat membantu anak-anak pada masa hadapan.


Unknown on 14 July 2013 at 06:57 said... [Reply to comment]

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat ilahi dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kita sama-sama melihat pembentangan dari kumpulan ketiga. Pada pendapat saya, kumpulan ini menggunakan elemen warna dan video bagi mempersembahkan suatu pembentangan yang menarik.

Seperti kumpulan satu dan dua, kumpulan tiga turut membincangkan isu yang sama pada kali ini iaitu faedah seni dalam kehidupan seharian dan juga kepentingan emosi, ekspresi dan lain-lain. Pada pendapat saya kepentingan seni paling penting adalah kerana melalui seni pelajar dapat mengekspresikan emosi mereka dengan cara yang paing selamat dan terkawal. Selain itu, kanak-kanak juga dapat meluahkan imaginasi mereka dalam bentuk seni sekaligus dapat memperkembangkan bakat mereka.

Perkara yang amat saya tunggu-tunggu daripada kumpulan ini ialah aktiviti yang mereka akan lakukan. Ternyata kumpulan tiga juga menyediakan aktiviti yang menarik dalam menghasilkan irama menggunakan muzik dan objek. Perkara yang penting di sini adalah bagaimana tiga orang bekerja dalam satu kumpulan seperti kata pepatah inggeris “two heads are better than one”. Maka terbuktilah bahawa bekerja dalam kumpulan adalah lebih baik daripada individu.

Saya amat tertarik dengan video yang telah ditayangkan oleh kumpulan tiga. Video tersebut merupakan suatu yang sangat hebat dimana pereka iklan tersebut telah menggunakan kreativiti yang sangat hebat bagi menghasilkan iklan seperti itu. Menggunakan sistem pembelajaran yang amat mementingkan sindrom A ini saya khuatir bahawa pelajar-pelajar masa kini tidak mampu menghasilkan iklan seperti itu. Ini kerana, daya imaginasi dan kreativiti mereka telah disekat menyebabkan mereka seperti robot yang mempunyai intelektual yang sama. Oleh itu, saya berharap agar, guru-guru dan ibubapa sedar akan betapa pentingnya seni dalam kehidupan seharian. Disini saya belajar bahawa kreativiti itu akan mendorong pelajar berfikir dan belajar dengan lebih baik daripada menjadi robot dan menghafal segala isi kandungan buku.

Unknown on 15 July 2013 at 02:47 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum...

Pada entri kali ini, saya mendapati bahawa terdapat perbezaan di antara ketiga-tiga pembentangan walaupun membentangkan tajuk yang sama malahan setiap ahli pembentang mempunyai ‘X-factor’ tersendiri dimana kumpulan ketiga cuba memberikan kelainan dengan menggunakan video sebagai tarikan utama pembentangan mereka. Saya sangat tertarik dengan ketelitian dan penguasaan pengkarya tersebut terhadap gabungan seni dan juga konsep fizik. Setiap pergerakan ‘pendulum’ tersebut sangat terperinci dan berjaya membuatkan penonton terpegun dengan hasil karya mereka. Dengan mengaplikasikan seni kreativiti yang diperoleh, ia dapat memantapkan keupayaan membuat dan merekacipta dan menjadikan individu sebagai seorang pengkarya yang lebih imaginatif. Secara tidak langsung, saya mendapai ilmu yang baharu dimana seni merupakan suatu elemen yang sujektif dan merentasi semua mata pelajaran di sekolah mahupun dalam aspek kehidupan kita.

Selain itu, para pembentang juga kelihatan menguasai setiap isi-isi pembentangan mereka dan dapat memberikan hujah-hujah yang menarik. Saya kagum dengan pembentangan yang ringkas dan padat oleh salah seorang daripada pembentang tersebut dan bercita-cita ingin menjadi petah seperti beliau suatu masa nanti kerana sebagai seorang bakal pendidik, saya harus menguasai ilmu dan kemahiran untuk berhujah dan membentang di khalayak ramai.

Justeru itu, sebagai seorang bakal guru, subjek WAJ 3107 ini sangat membantu saya dalam menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam menjana idea-idea baharu dalam merancang aktiviti yang menarik kepada murid-murid kelak.

Unknown on 15 July 2013 at 07:14 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum w.b.t.
Saya adalah salah seorang pembentang daripada kumpulan 3. Oleh itu, saya berpendapat bahawa saya telah meneroka tajuk yang telah diberikan oleh pensyarah saya dengan mendalam dan teliti. Daripada input-input yang telah di berikan oleh kumpulan sebelumnya menjadikan maklumat yang diperoleh konkrit dan mudah difahami. Saya juga amat gembira kerana penerangn saya untuk tajuk ISL 1 SDP dapat difahami oleh rakan rakan.

Walaupun begitu, saya harus selalu berfikir di luar kotak, kerana soalan yang diajukan kepada kami sangat mencabar minda. Oleh itu, saya perlu banyak membaca dan banyak bertanya.

Saya juga belajar bahawa sebagai guru kita harus peka terhadap pengawalan emosi itu sendiri. Sebagai guru, pengawalan emosi dan ekspresi sangat membantu dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Hal ini kerana bahasa tubuh dan mimik muka memudahkan anak murid untuk lebih memahami apa yang hendak kita sampaikan.

Kesimpulannya, sebagai guru saya harus menitik beratkan perkara ini agar ia menjadi tabiat saya yang juga akan membawa kebaikan kepada diri dan juga anak murid pada masa hadapan. Selain itu, persembahan juga dirasakan menarik kerana semua pelajar gembira melakukan aktiviti yang telah disediakan. Mereka juga dapat melakukan pergerakan lain yang kreatif seiring dengan musik ‘Chicken dance’.

Terima kasih.

Unknown on 15 July 2013 at 07:51 said... [Reply to comment]

Sepanjang pembentangan kumpulan ketiga, saya mendapati kaedah menggunakan video dalam proses p n p sedikit sebanyak membantu pelajar untuk fokus dalam pelajaran. Hal ini demikian kerana terdapat sebilangan pelajar yang mempunyai daya tumpuan yang singkat dan tanpa perhatian daripada pihak guru, pelajar akan terus hanyut. Oleh itu, guru haruslah menguasai cara menarik perhatian pelajar seperti lagu pendek, aktiviti yang boleh dilakukan sebagai selingan antara topik agar input yang akan disampaikan diterima oleh murid. Selain itu juga, saya juga telah belajar bahawa cara komunikasi antara pembentang dan ‘audience’ akan memberi impak yang besar kepada imej dan kredebiliti seseorang. Maksudnya, apabila murid bertanya soalan kepada guru, guru haruslah menjawab soalan dengan baik dan menunjukkan ciri-ciri intelektual seperti menerangkan dengan bahasa yang mudah difahami dan sekiranya tidak tahu, mohon murid memberikan masa untuk guru mencari informasi. Kumpulan ketiga kali ini telah menunjukkan cara menjawab soalan dengan baik dan saya yakin mereka akan menjadi guru yang berdedikasi suatu hari nanti. Sekian terima kasih.

Farhanah Samat on 15 July 2013 at 08:05 said... [Reply to comment]

Banyak penegetahuan telah diserap melalui pembentangan kumpulan 1 dan kumpulan 2. Perkaitan antara teori pembelajaran dan SDP, faedah dan kepentingannya telah dijelaskan dengan nyata. Walaubagaimanapun saya ingin tahu dengan lebih lanjut tentang pengajaran SDP yang optimum. Sewaktu pembentangan kupulan 3, nota tentang pembelajaran yang optimum adalah sangat jelas. Pembentang menerangan pembelajaran yang optimum merupakan satu proses yang terdiri daripada empat aspek iaitu pemerhatian penerokaan, penghasilan dan apresiasi serta perlanjutan. Proses ini adalah penting untuk bakal guru bagi memastikan murid-murid mengamalkan pembelajaran yang optimum. Pembelajaran yang optimum akan membuktikan murid-murid telah belajar dan memahami isi kandungan sesuatu tajuk itu.

Unknown on 15 July 2013 at 08:41 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum. Melalui pembentangan dan tayangan video oleh Kumpulan 3, saya mendapati bahawa kreativiti dan elemen seni saling berkaitan di mana SDP menjadi medium untuk pengajaran secara penerokaan sendiri atau dikenali sebagai kaedah Heuristik. Selain itu, input baru yang saya perolehi menerusi pembentangan pada kali ini ialah pensyarah menekankan kepentingan PCK (pedagogical content knowledge) yang dipelopori oleh Shulman dan penambahan teknologi dalam proses pembelajaran dan pengajaran (P&P). Tambahan pula, kepentingan emosi dan ekspresi turut berkait rapat di mana seseorang guru harus tahu bagaimana untuk mengawal dan memanipulasi kedua-dua elemen penting ini dalam SDP.
Kesimpulannya,saya menyedari bahawa elemen seni dalam P&P kini tidak boleh lagi dipandang enteng kerana corak pembelajaran yang kreatif dan menarik mengelakkan kanak-kanak berasa bosan dan selain meningkatkan pelbagai kemahiran dan bakat dalam diri masing-masing.

Unknown on 15 July 2013 at 18:30 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum wbt.
Jujur saya katakan bahawa sebagai manusia biasa, kita mudah bosan jika disajikan perkara yang sama berulang kali, seperti situasi pembelajaran pada minggu lepas dimana 3 kumpulan telah membentangkan topik yang sama. Namun, apa yang membuatkan saya tertarik pada pembentangan kumpulan 3 adalah pada persembahan multimedia mereka, dimana Power Point mereka adalah ringkas, kemas dan padat serta video yang dipamerkan adalah amat menarik. Pada pandangan saya, video tersebut amat membantu dalam merangsang kemahiran penaakulan dan pemikiran di luar kotak. Siapa sangka iklan sepertinya mampu membuatkan kita berfikir sedalam – dalamnya hanya untuk mentafsir makna disebaliknya? Justeru apa yang dapat saya simpulkan daripada pembentangan tersebut adalah amat penting bagi guru untuk merangsang kemahiran penaakulan pelajar melalui bahan pengajaran kreatif selain bagi mendapatkan hasil pembelajaran optimum. Setelah beberapa pembentangan, saya mendapati bahawa kami semakin matang dalam memastikan pilihan kandungan yang sesuai dalam pembentangan dan bagaimana stail pembentangan yang dikehendaki oleh pensyarah. Harapan saya agar saya dapat melakukan pembentangan dengan lebih baik pada masa akan datang seterusnya memberikan penyampaian yang berkesan kepada rakan – rakan yang lain. Sekian.

Twitter

 

SESI SEMESTER 1/2016 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template