Powered by Blogger.

Wednesday 29 July 2015

DERIA DAN SENI_PENDIDIKAN KHAS


17 comments:

Unknown on 2 August 2015 at 20:43 said... [Reply to comment]

Oleh: Atifah binti Ismail
Deria dan Seni merupakan 2 perkara yang saling berkait. Melalui kepekaan deria, murid dapat memperkembangkan seni dalam diri mereka. Tajuk ketiga ini merupakan tajuk yang dibentang oleh saya sendiri bersama pasangan Nur Imanina. Secara keseluruhannya saya memperoleh banyak input sepanjang persiapan disediakan. Kepekaan deria amat penting terutama sekali bagi murid-murid tahap 1 dimana pada tahap ini mereka akan menggunakan kesemua deria (5) yang ada bagi menghasilkan sesuatu lukisan (visual), bunyian (muzik) dan pergerakan. Melalui pembentangan kami ini, apa yang dilihat adalah kanak-kanak amat seronok apabila dimasukkan unsur muzik dalam pendidikan. Aktiviti ikut rentak muzik yang dijalankan telah membuktikan mereka mampu mengekspresi pergerakan mengikut muzik yang didengari. Alhamdulillah pada akhir sesi pembentangan, saya dapat menyampaikan apa yang saya dapat kepada rakan-rakan dan diharap ianya akan menjadi ilmu yang bermanfaat kepada memerlukan.

Halawatul Iman on 2 August 2015 at 21:47 said... [Reply to comment]

oleh: Tansu Ciller binti Yusuf

Deria terbahagi kepada beberapa pecahan iaitu sentuhan, dengar, lihat, rasa dan hidu. Deria-deria ini amat dititikberatkan dalam membantu seseorang individu untuk melakukan seni. Deria ini amat penting terhadap seni pergerakan, seni muzik dan seni visual. Sebagai contoh, deria lihat dan rasa membantu dalam menghasilkan seni visual. Rasa merupakan elemen yang penting kerana deria rasa merupakan gerak atau kata hati. Hal ini secara tidak langsung membantu murid untuk menilai sendiri setiap seni yang berlaku didalam kehidupan seharian. Kepentingan kepekaan deria membantu dari aspek fizikal, emosi dan sosial. Sebagai contoh, dari sudut fizikal iaitu pencahayaan bilik darjah. Deria lihat, sentuhan dan rasa amat diperlukan supaya membentuk emosi yang stabil. Perkara baharu yang diperolehi ialah perkembangan nilai estetika yang menyentuh konsepsi pelajar, daya intuisi, persepsi dan imgainasi. Penggabungjalinan merupakan proses mengintergrasi pelnagai kemahiran dalam mengahasilkan pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh. Penggabungjalinan merupakan perkaitan di antara pembelajaran beberapa kemahiran dalam satu pelajaran. Kemahiran yang terlibat adalah Kemahiran Generik, kemahiran belajar untuk belajar, dan kemahiran berfikit secara kreatif dan kritis. Seterusnya, kebaikan penggabungjalinan ini mampu menjadikan suasana pembelajaran semakin menarik. Secara keseluruhannya, perbentangan yang dilaksanakan oleh ahli kumpulan 3 membantu saya untuk menambah pengetahuan serta mengukuhkan lagi pengalaman sedia ada.

Sekian, terima kasih.

Unknown on 2 August 2015 at 21:56 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, tajuk 2 bagi subjek Seni dalam Pendidikan iaitu Deria dan Seni telah dibentangkan dengan baik oleh Atifah dan Nur Imanina pada beberapa minggu yang lalu.

Sebelum pembentangan ini dijalankan, saya telah melihat topik ini dengan perasaan ingin tahu kerana saya tidak dapat membuat perkaitan antara seni dan juga deria. Adakah seni ini membantu dalam perkembangan deria? Namun begitu, saya masih terfikir adakah aktiviti kesenian seperti melukis, menari dan sebagainya dapat membantu deria murid dari segi sentuhan, penglihatan, pendengaran dan sebagainya. Namun begitu, selepas pembentangan ini dijelaskan oleh pembentang, saya telah memahami perkaitan antara seni dan deria. Sebagai contoh, aktiviti menari dapat membantu kanak-kanak dari segi deria sentuhan seperti penggunaan ruang dan aras selain membantu kanak-kanak dalam deria pendengaran bagi menyesuaikann muzik dan pergerakan. Dalam kemahiran seni visual pula, membantu murid dari segi penglihatan melalui penggunaan warna dan lain-lain. Secara keseluruhannya, saya dapat lihat bahawa seni membantu dalam perkembangan deria kanak-kanak dengan cara yang menarik. Guru boleh mengintegrasikan seni dalam subjek-subjek lain bagi membina deria serta pengamatan murid yang amat penting dalam kehidupan harian.

Pembentang telah menjalankan beberapa aktiviti yang menarik dan bermakna untuk dijalankan dalam pengajaran bilik darjah di akhir pembentangan. Pembentang juga telah menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut sebagai selingan semasa pembentangan dan dapat menarik serba sedikit perhatian pendengar. Aktiviti yang dijalankan juga amat menarik perhatian pendengar untuk pembentangan seterusnya serta boleh dijalankan sebagai aktiviti P&P di sekolah.

Terima kasih.

Unknown on 3 August 2015 at 08:24 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum.
Nama: Fatin Nurain binti Md Azmi
Pada sesi kuliah kali ini, kumpulan ketiga iaitu Nur Imanina bt Ibrahim dan Atifah bt Ismail telah melaksanakan pembentangan mereka berkaitan Deria dan Seni dengan baik dan lancar. Para pembentang telah mempersembahkan slide pembentangan yang menarik, ringkas dan padat dengan maklumat yang bermakna. Pada pandangan saya, pembentang dapat menerangkan isi yang hendak disampaikan dengan jelas berserta contoh dan huraian yang tepat dan bersesuaian dengan tajuk. Mereka juga kelihatan sangat yakin dan berani sewaktu berada di hadapan. Aktiviti yang dijalankan juga menarik dan menyeronokkan. Secara keseluruhannya, pembentangan mereka dilaksanakan dengan baik dan berkesan.
Pertamanya, saya sebelum ini telah mengetahui tentang deria manusia terdiri daripada 5 iaitu deria lihat, dengar, sentuh, rasa dan hidu. Kelima-lima deria ini amat penting dalam kehidupan seharian kita sebagai manusia. Melalui kelima-lima deria ini, kanak-kanak dapat mempelajari sesuatu perkara dengan lebih mudah dan cepat. Penggunaan deria ini penting dalam perkembangan diri kanak-kanak itu sendiri. Apa yang saya ingin tahu melalui tajuk ini ialah bagaimana murid yang mengalami kekurangan daripada salah satu deria ini akan mampu menghasilkan karya-karya seni dan mampukah mereka berjaya seperti kanak-kanak dan manusia yang normal yang lain.
Namun, setelah selesai sesi pembentangan berkaitan topik ini, banyak pengetahuan baru yang dapat saya peroleh dan segala persoalan yang ingin saya tahu juga telah terjawab. Video yang ditayangkan semasa sesi pembentangan telah menjawab persoalan tentang perkara yang ingin saya ketahui iaitu bagaimana seseorang yang mengalami kekurangan seperti kecacatan fizikal mampu berkembang dalam bidang seni dan hasilnya sangat mengagumkan saya kerana saya merasakan bahawa saya sebagai seorang manusia yang normal belum tentu boleh menghasilkan suatu persembahan tarian yang begitu menakjubkan. Selain itu, saya juga dapat mengetahui bahawa melalui deria sentuhan, seseorang mampu untuk menenteramkan seorang bayi yang sedang menangis, melalui deria dengar pula, murid akan mampu mencipta lukisan daripada apa yang di dengar. Tambahan pula, saya juga dapat mengetahui serta mengambil peringatan bahawa hidu lebih menekankan aspek penanggapan di mana dapat membantu seseorang murid untuk menyelesaikan masalah berkaitan kemahiran menaakul kerana deria hidu melibatkan kebolehan mentak pelajar, pendekatan inkuiri penemuan dan sebagainya. Berdasarkan ilmu yang diperolehi, saya seolah-olah dapat membayangkan bahawa rangka pengajaran seseorang guru mesti akan menjadi lebih menarik jika penggabungjalinan antara tiga unsur utama iaitu muzik, seni visual dan pergerakan diterapkan dalam suatu pembelajaran di samping penggunaan deria yang pelbagai.

Unknown on 3 August 2015 at 08:26 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum.
Nama: Fatin Nurain binti Md Azmi
Pada sesi kuliah kali ini, kumpulan ketiga iaitu Nur Imanina bt Ibrahim dan Atifah bt Ismail telah melaksanakan pembentangan mereka berkaitan Deria dan Seni dengan baik dan lancar. Para pembentang telah mempersembahkan slide pembentangan yang menarik, ringkas dan padat dengan maklumat yang bermakna. Pada pandangan saya, pembentang dapat menerangkan isi yang hendak disampaikan dengan jelas berserta contoh dan huraian yang tepat dan bersesuaian dengan tajuk. Mereka juga kelihatan sangat yakin dan berani sewaktu berada di hadapan. Aktiviti yang dijalankan juga menarik dan menyeronokkan. Secara keseluruhannya, pembentangan mereka dilaksanakan dengan baik dan berkesan.
Pertamanya, saya sebelum ini telah mengetahui tentang deria manusia terdiri daripada 5 iaitu deria lihat, dengar, sentuh, rasa dan hidu. Kelima-lima deria ini amat penting dalam kehidupan seharian kita sebagai manusia. Melalui kelima-lima deria ini, kanak-kanak dapat mempelajari sesuatu perkara dengan lebih mudah dan cepat. Penggunaan deria ini penting dalam perkembangan diri kanak-kanak itu sendiri. Apa yang saya ingin tahu melalui tajuk ini ialah bagaimana murid yang mengalami kekurangan daripada salah satu deria ini akan mampu menghasilkan karya-karya seni dan mampukah mereka berjaya seperti kanak-kanak dan manusia yang normal yang lain.
Namun, setelah selesai sesi pembentangan berkaitan topik ini, banyak pengetahuan baru yang dapat saya peroleh dan segala persoalan yang ingin saya tahu juga telah terjawab. Video yang ditayangkan semasa sesi pembentangan telah menjawab persoalan tentang perkara yang ingin saya ketahui iaitu bagaimana seseorang yang mengalami kekurangan seperti kecacatan fizikal mampu berkembang dalam bidang seni dan hasilnya sangat mengagumkan saya kerana saya merasakan bahawa saya sebagai seorang manusia yang normal belum tentu boleh menghasilkan suatu persembahan tarian yang begitu menakjubkan. Selain itu, saya juga dapat mengetahui bahawa melalui deria sentuhan, seseorang mampu untuk menenteramkan seorang bayi yang sedang menangis, melalui deria dengar pula, murid akan mampu mencipta lukisan daripada apa yang di dengar. Tambahan pula, saya juga dapat mengetahui serta mengambil peringatan bahawa hidu lebih menekankan aspek penanggapan di mana dapat membantu seseorang murid untuk menyelesaikan masalah berkaitan kemahiran menaakul kerana deria hidu melibatkan kebolehan mentak pelajar, pendekatan inkuiri penemuan dan sebagainya. Berdasarkan ilmu yang diperolehi, saya seolah-olah dapat membayangkan bahawa rangka pengajaran seseorang guru mesti akan menjadi lebih menarik jika penggabungjalinan antara tiga unsur utama iaitu muzik, seni visual dan pergerakan diterapkan dalam suatu pembelajaran di samping penggunaan deria yang pelbagai.

AfiqahMajeri on 3 August 2015 at 09:52 said... [Reply to comment]

Berdasarkan kepada pembentangan yang sebelumnya, saya sudah memahami bahawa seni itu adalah penting dalam pendidikan seseorang kanak-kanak. Dan, hal ini saya kira mempunyai kesinambungan dengan pembentangan ini, di mana, sebelum guru menjalankan aktiviti seni, guru perlulah mengetahui deria-deria yang terlibat. Sebelum pembentang memulakan pembentangan mereka, saya sudah mengetahui bahawa deria terdiri daripada pancaindera lihat,dengar, sentuh, rasa dan hidu.
Mendengarkan kepada tajuk yang bakal mereka bentangkan, saya telah mempunyai persoalan di minda saya iaitu apakah aktiviti seni yang sesuai untuk dilaksanakan bagi menerapkan unsur-unsur deria dalam seni dalam kalangan kanak-kanak. Kerana, pada pandangan saya, pemilihan aktiviti yang sesuai adalah amat penting agar ia bertepatan dengan deria yang ingin dirangsang berdasarkan aktiviti yang dilaksanakan.
Dan, pada akhir pembentangan tersebut, saya berasa amat bersyukur kerana pembentang telah melaksanakan aktiviti yang bertepatan dengan tajuk mereka dan hal ini telah dapat dijadikan panduan kepada saya semasa pemilihan aktiviti dalam pelaksanaan P&P kelak. Kami telah menjalani aktiviti seni yang merangsang deria pendengaran di mana kami diminta untuk melakukan tarian berdasarkan musik yang dimainkan serta permainan Cap Kali Cap yang berkaitan dengan deria pergerakan tangan dan mata. Pada pandangan saya, aktiviti ini adalah amat sesuai untuk dilaksanakan kerana aktiviti ini mampu untuk melatih deria mengalami pelbagai peristiwa.
Akhir kata daripada saya, pembentangan yang baik dan aktiviti yang menyeronokkan.

Siti Nur Farah on 3 August 2015 at 10:38 said... [Reply to comment]

Nama : Siti Nur Farah binti Zainuddin

Assalamualaikum w.b.t, alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana kita sudah menghabiskan Topik 3 Deria dan Seni bagi subjek Seni dalam Pendidikan ini. Terdapat banyak ilmu pengetahuan baru yang dapat diperoleh yang boleh diaplikasikan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran semasa mengajar kelak. Bagi topik 3 ini, saya dapat mengetahui bahawa terdapat banyak kepentingan kepekaan deria kepada kanak-kanak untuk persekitarannya, proses pdp dan nilai estetika. Bagi W (What I Want To Know), saya ingin mengetahui bagaimana deria sentuhan, dengar, lihat, rasa dan hidu dapat membantu kanak-kanak dalam pembelajaran dan antara aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dilakukan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan antaralima deria-deria ini. Selepas mempelajari Topik 3, saya semakin memahami bagaimana penggabungjalinan aktiviti ini dapat membantu dalam pendidikan yang berkesan dan saya turut dapat menyumbang idea antara aktiviti lain yang boleh dilakukan. Pembentangan yang disampaikan oleh pembentang kurang menarik kerana kurang disokong oleh bahan sokongan seperti video dan gambar yang berkaitan. Namun, suara pembentang jelas didengari dengan bahasa mudah difahami dan aktiviti yang dijalankan sangat menarik. Sekian, terima kasih.

apple mint :) on 4 August 2015 at 10:13 said... [Reply to comment]

Oleh: Siti Aisyah binti Nasarudin
Setiap insan mempunyai deria seperti sentuhan, pendengaran, penglihatan, rasa dan hidu yang membolehkan manusia meneroka alam sekeliling mereka. Deria yang dikurniakan ini sememangnya membantu insan itu untuk berrfungsi dengan lebih baik. Sebelum Kumpulan 3 membentangkan tajuk mereka iaitu Deria dan Seni, saya hanya mengetahui kepentingan deria dan kegunaannya dalam kehidupan seharian sahaja misalnya membantu kita untuk melihat, mendengar, mengangak, menyentuh, merasa dan sebagainya. Namun begitu, apa yang saya tidak ketahui dan ingin saya ketahui ialah perkaitan antara deria dan seni. Bagaimanakah seni dapat dikaitkan dengan deria? Pembentang tajuk ini berjaya menjawab persoalan saya apabila mereka berjaya menjelaskan bahawa seni dapat membantu perkembangan kepekaan deria melalui aktiviti-aktiviti seni visual seperti melukis, muzik seperti nyanyian dan pergerakan seperti tarian. Aktiviti-aktiviti seni ini kesemuanya dapat meningkatkan kepekaan deria kanak-kanak apabila mereka menjalani sendiri aktiviti yang dijalankan. Mereka mengembangkan kepekaan deria mereka berdasarkan pengalaman mereka menjalani aktiviti itu sendiri. Saya juga mengetahui bahawa kepekaan deria kanak-kanak akan membantu kanak-kanak untuk mengamalkan nilai-nilai estetika seperti mereka boleh menilai apa yang dilihat atau didengar berdasarkan konsep keindahan dan kecantikannya. Pembentang juga berjaya memberikan contoh aktiviti yang boleh digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran melalui penggabungjalinan kemahiran dalam pengajaran. Kepekaan kanak-kanak terhadap deria membantu proses pengamatan kanak-kanak yang merupakan asas kepada pembelajaran kanak-kanak. Sebagai seorang bakal guru, sudah tentu saya akan menjalinkan seni dalam pendidikan untuk meningkatkan lagi kepekaan deria mereka agar mereka dapat belajar dengan lebih baik.

Unknown on 4 August 2015 at 10:14 said... [Reply to comment]

Deria merupakan satu anugerah yang dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada manusia. Penggunaan deria dalam pendidikan sangatlah penting kerana melalui deria manusia dapat mengetahui, memahami dan mengenalpasti apa yang terdapat di sekelilingnya. Terdapat lima jenis deria yang digunakan termasuklah lihat, dengar, sentuh, rasa dan hidu. Berdasarkan pembentangan yang bertajuk Deria dan Seni, saya dapat lihat dengan jelas kepentingannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana penggunaan deria melibatkan pengamatan murid di mana sekiranya tidak diambil berat, murid tidak dapat menumpukan perhatian sewaktu pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Contohnya, guru perlu pastikan kawasan pembelajaran itu kondusif seperti jauh daripada sebarang bunyi bising supaya murid dapat mendengar arahan guru, pencahayaan untuk murid melihat dengan jelas dan pengudaraan yang mencukupi agar murid dapat bernafas dengan selesa dan tiada gangguan bau-bau busuk. Sekiranya perkara seperti ini tidak diambil berat, sesi pembelajaran murid akan terganggu serta mereka tidak dapat menggunakan pengamatannya dengan sempurna. Kedua-dua pembentang telah melaksanakan tugasan dengan baik dengan menerangkan penggunaan deria dalam pembelajaran. Dengan menggunakan deria, murid dapat membina persepsi masing-masing yang berbeza-beza kerana nilai estetika setiap individu adalah tidak sama. Setiap murid mempunyai pendapat yang berlainan apabila melihat sesuatu objek menggunakan deria. Di samping itu, deria juga dapat membantu murid untuk berimaginasi secara bebas dan terkawal dalam menjana idea-idea baru. Pembelajaran melalui deria juga dapat membantu murid untuk menimba pengalaman tentang sesuatu secara sedar. Oleh itu, sebagai seorang bakal guru, saya perlulah mengaplikasikan kemahiran deria dan seni ini dalam pengajaran dan pembelajaran agar murid dapat memahami dan mengingati pelajaran yang diajar kerana “pengalaman merupakan guru yang terbaik”.

Unknown on 5 August 2015 at 09:11 said... [Reply to comment]

Melalui pembentangan yang telah dilaksanakan, saya dapat menambahkan pengetahuan mengenai perkembangan serta kepentingan deria dalam diri kanak-kanak dan perkaitannya dengan seni. Pada dasarnya, saya hanya mengetahui kepentingan seni dalam proses pembelajaran kanak-kanak, iaitu dengan seni dapat menarik perhatian kanak-kanak terhadap sesuatu pembelajaran. Berdasarkan pembentangan ini yang menjelaskan perkembangan kepekaan deria kanak-kanak di mana ia dapat membantu mereka dalam meneroka atau mempelajari sesuatu melalui aktiviti-aktiviti seni. Tanpa disedari aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Jasmani banyak melibatkan penggunaan deria seperti sentuhan, dengar, lihat, rasa dan hidu. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi perkembangan kepekaan deria individu tersebut. Selain itu, contoh-contoh aktiviti yang dilaksanakan oleh pembentang sedikit sebanyak membuktikan penggunaan deria dalam sesuatu aktiviti. Berdasarkan aktiviti yang dilaksanakan dapat memberi gambaran awal kepada saya dan rakan-rakan yang lain dalam merancang sesuatu aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira penggunaan deria seseorang individu sekali gus dapat mengembangkan kepekaan deria mereka. Banyak perkongsian maklumat dan pengetahuan oleh kumpulan ini yang dapat dimanfaatkan apabila mengajar di sekolah kelak.

Unknown on 5 August 2015 at 17:58 said... [Reply to comment]

Berdasarkan pembentangan yang telah dilakukan, saya dapat mengetahui perkembangan kepekaan deria yang mana sebelum ini saya hanya mengetahui bahawa deria terbahagi kepada lima iaitu sentuh, dengar, lihat, rasa dan hidu. Kesemua deria yang dinyatakan amat penting dalam seni untuk menghasilkan nilai estetik yang tersendiri. Di sini dapat saya ketahui bahawa perkembangan merupakan proses yang berterusan dari peringkat lahir hingga peringkat kematangan. Selain itu, pembentang turut menyatakan kepentingan kepekaan deria di mana persekitaran, proses pengajaran dan pembelajaran serta perkembangan nilai estetik. Selain itu, penggabungjalinan mampu untuk menarik minat pelajar agar menyukai subjek seni. Oleh itu, pelajar mampu berfikir secara kreatif dan kritis serta mampu untuk menjalinkan hubungan social dengan masyarakat terutama rakan sebaya. Selain itu, pelajar dapat menguasai pelbagai kemahiran dan menguasai kemahiran fokus yang dikehendaki dalam objek pengajaran dan pembelajaran. Tuntasnya, pembentangan yang disampaikan menarik dan mempunyai isi pengajaran yang mudah difahami. Pembentang juga mampu menjana kreativiti penonton melalui aktiviti yang dijalankan.

Unknown on 5 August 2015 at 18:03 said... [Reply to comment]

assalamualaikum,
Berdasarkan pembentangan menarik yang disampaikan oleh pembentang daripada kumpulan…tersebut terdapat pelbagai pengetahuan-pengetahuan baru yang saya berjaya peroleh walaupun perkara berkenaan deria dan seni merupakan satu perkara yang agak biasa didengar. Sebelum saya didedahkan dengan tajuk ini, saya terlebih dahulu telah mengetahui sedikit sebanyak bahawa deria dan seni merupakan dua perkara yang amat berkait rapat antara satu sama lain. Hal ini demikian kerana seni memerlukan seseorang itu untuk menggunakan deria seperti sentuhan, penglihatan , pendengaran dan sebagainya. Namun, input input yang disampaikan pembentang berkaitan dengan tajuk deria dan seni ini telah berjaya memperdalamkan lagi ilmu pengetahuan saya terutamanya ilmu mengenai impak seni dalam membantu perkembangan kemahiran yang memerlukan penggunaan deria dalam kalangan kanak-kanak amnya. Seterusnya, saya juga berjaya memperoleh pengetahuan bagaimana pentingnya penggunaan deria dalam menghasilkan sesuatu hasi seni. Ilmu-ilmu yang amat berguna tersebut boleh dijadikan bekalan sebagai persediaan untuk saya menempuhi alam kerjaya perguruan kelak. Oleh itu, saya berharap agar saya dapat mendalami lagi pengetahuan berkenaan dengan kepentingan penggunaan deria secara menyeluruh dalam kalangan kanak-kanak.

Unknown on 9 August 2015 at 17:14 said... [Reply to comment]

Nama: Wan Mas Adila binti Wan Mustofar
Assalamualaikum. Berdasarkan pembentangan kumpulan tiga iaitu topik ‘Deria dan Seni’, terdapat banyak pengetahuan baharu yang saya peroleh. Sebelum pembentangan dibuat, saya telah mengetahui bahawa manusia dikurniakan oleh Allah lima deria iaitu deria rasa, sentuh, dengar, lihat dan hidu. Pada zaman kanak-kanak lagi guru sering mendedahkan tentang peri pentingnya deria dalam kehidupan seharian manusia. Namun begitu, saya juga tahu bahawa tidak semua manusia mendapat kesemua kurniaan tersebut. Sebagai contoh, ada individu yang dilahirkan buta, pekak, bisu mahupun cacat anggota. Namun, Allah itu maha adil di mana jika kita teliti dan hayati setiap kekurangan yang dititipkan itu pasti ada kelebihan lain yang tersirat. Jadi, apa yang saya ingin ketahui adalah bagaimana penggunaan deria manusia dapat diaplikasikan dalam seni khususnya untuk kanak-kanak. Melalui pembentangan ini, dapat saya fahami bahawa kelima-lima deria manusia memainkan peranan penting dalam seni sama ada melalui pergerakan, lukisan, nyanyian dan sebagainya. Dengan pendedahan awal kanak-kanak terhadap aktiviti-aktiviti seni yang melibatkan deria dapat meningkatkan jasmani, emosi, rohani, intelektual, sosial dan estetika mereka sekali gus menjadikan kanak-kanak ini seimbang dan holistik selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Justeru, dapat saya rumuskan bahawa pembentangan kali ini menarik dan jelas dengan sokongan video yang menarik. Aktiviti yang dijalankan juga menyeronokkan dan berkait dengan topik yang disampaikan.

Unknown on 9 August 2015 at 17:47 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Tahniah diucapkan kepada kumpulan 3 iaitu Atifah dan Nur Imanina diatas pembentangan yang cukup menarik dan sarat dengan ilmu baharu. Berdasarkan pengetahuan sedia ada saya mengenai tajuk deria dan seni ialah bagi mengahasilkan sesuatu seni, seni perlu berkolaborasi dengan semua deria. Deria terbahagi kepada lima iaitu deria sentuhan, dengar, lihat, rasa dan akhir sekali hidu. Merujuk tajuk ini iaitu Deria dan Seni saya tertarik untuk mengetahui lebih lanjut sejauh mana baka dan persekitaran yang berada disekeliling kanak-kanak mempengaruhi faktor-faktor perkembangan kanak-kanak. Melalui pembentangan ini saya mengetahui lebih lanjut dan jelas akan kepentingan kepekaan deria kepada persekitaran, proses pengajaran dan pembelajaran serta perkembangan nilai estetika. Penggabungjalinan seni kedalam matapelajaran lain ternyata efektif dalam mewujudkan suasana pembelajaran menarik dan tidak membosankan. Hal ini secara langsung telah meningkatkan tumpuan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tumpuan yang tinggi menjadikan objektif yang telah digariskan oleh guru dapat dicapai.

Unknown on 9 August 2015 at 17:47 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Tahniah diucapkan kepada kumpulan 3 iaitu Atifah dan Nur Imanina diatas pembentangan yang cukup menarik dan sarat dengan ilmu baharu. Berdasarkan pengetahuan sedia ada saya mengenai tajuk deria dan seni ialah bagi mengahasilkan sesuatu seni, seni perlu berkolaborasi dengan semua deria. Deria terbahagi kepada lima iaitu deria sentuhan, dengar, lihat, rasa dan akhir sekali hidu. Merujuk tajuk ini iaitu Deria dan Seni saya tertarik untuk mengetahui lebih lanjut sejauh mana baka dan persekitaran yang berada disekeliling kanak-kanak mempengaruhi faktor-faktor perkembangan kanak-kanak. Melalui pembentangan ini saya mengetahui lebih lanjut dan jelas akan kepentingan kepekaan deria kepada persekitaran, proses pengajaran dan pembelajaran serta perkembangan nilai estetika. Penggabungjalinan seni kedalam matapelajaran lain ternyata efektif dalam mewujudkan suasana pembelajaran menarik dan tidak membosankan. Hal ini secara langsung telah meningkatkan tumpuan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tumpuan yang tinggi menjadikan objektif yang telah digariskan oleh guru dapat dicapai.

Unknown on 17 August 2015 at 06:34 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum,
Pada sesi kuliah kali ini, kumpulan ketiga iaitu Nur Imanina bt Ibrahim dan Atifah bt Ismail telah melaksanakan pembentangan mereka berkaitan Deria dan Seni dengan baik dan lancar. Seperti yang kita ketahui, deria merupakan anugerah yang tidak ternilai yang diberikan oleh Allah S.W.T. Setiap individu perlulah bersyukur kerana mempunyai deria yang cukup seperti deria rasa, deria penglihatan, deria pendengaran, deria sentuh, dan deria hidu. Namun terdapat segelintir individu yang kurang deria, oleh itu sebagai guru Pendidikan Khas, denga rasa bertanggungjawab kita perlulah menitikberatkan pegajaran yang akan kita ajari kepada murid mengikut kemampuan mereka. Adakah deria penting kepada kanak-kanak? Pada pandangan saya, deria sememangnya penting kepada kanak-kanak semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dilaksanakan. Hal ini kerana, melalui kelima-lima deria, kanak-kanak dapat mempelajari sesuatu dengan lebih mudah dan memahami konsep yang diajar oleh guru. Guru sebagai penggerak utama perlulah selidik akan kekurangan dan masalah yang dihadapi oleh murid ketika PdP dijalankan. Hal ini kerana ia memudahkan guru dalam merancang PdP yang sesuai dengan tahap murid. Misalnya, sekiranya murid mempunyai masalah dalam pendengaran, guru perlulah menukar aktiviti yang mempunyai audio kepada visual dan sebagainya. Dalam pembentangan, satu video telah ditunjukkan, dimana penari yang serba kekurangan telah berjaya melakukan pergerakan dengan menggunakan tongkat sahaja. Di sini dapatlah kita mengambil iktibar bahawa murid yang mempunyai kekurangan sebenarnya mampu untuk melakukan perkara yang dilakukan oleh individu yang berkeupayaan. Oleh itu, guru perlulah memberi dorongan dan memahami kekurangan murid ketika melakukan PdP di dalam kelas mahupun luar kelas.
sekian, terima kasih.

khadijah on 17 August 2015 at 11:23 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum w.b.t, tajuk ini memberikan saya banyak informasi yang berguna dan berkaitan dengan profession keguruan ini dengan lebih mendalam. Selain itu, saya mengetahui bahawa pelajar atau individu boleh melakukan sesuatu perkara mengikut deria mereka sendiri. Deria adalah perkara yang yang paling penting dalam kehidupan seharian. Hal ini kerana, dengan deria, murid dan kanak-kanak dapat melakukan pelbagai perkara mengikut deria mereka seperti mendengar lagu, melihat hasil lukisan, menyentuh tekstur kain, menghidu dan juga merasa. Deria adalah sangat penting kepada individu sehingga disebut dalam Al-Quran dalam Surah An-Nisaa ayat 56 yang menceritakan bahawa sehingga sakitnya kulit ketika terbakar di dalam api neraka dan kulit-kulit tersebut akan ditukar supaya seksaan dan kesakitan itu dirasai secara terus menerus. Maka, dari terjemahan ayat Al-Quran itu, dapatlah disimpulkan bahawa deria adalah amat penting dalam diri seseorang individu. Hal ini kerana, dengan adanya deria, murid dapat melakukan pelbagai perkara. Selain itu, seni amat mementingkan deria kerana seni merupakan bidang yang memerlukan kemahiran, bakat semulajadi dan juga ketelitian individu itu sendiri. Seperti dari video yang ditayangkan oleh pembentang mengenai tarian balet orang kelainan upaya yang mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri. Tambahan pula, dari video itu juga, dapat saya rangkumkan bahawa tiada yang mustahil untuk dilakukan jika mempunyai minat dan mendapat dorongan yang padu dari masyarakat sekeliling. Pepatah melayu menyebut, ‘jika hendak seribu daya, tak hendak, seribu dalih’. Betullah pepatah melayu itu kerana orang kelainan upaya dari video tersebut telah membuktikan bahawa, dengan tiada sebelah tangan dan tiada sebelah kaki, mereka mampu membuat persembahan yang cukup menarik dan menandingi mereka yang sempurna fizikalnya. Jadi, sebagai seorang bakal guru pendidikan khas, saya mengetahui bahawa bakat murid perlu di gilap dan dihargai supaya mereka lebih bersemangat untuk meneruskan minat dan bakat mereka. Selain itu, melalui deria, murid dapat melakukan pelbagai aktiviti seni dan sekaligus dapat membantu murid dalam meningkatkan ketajaman minda, membentuk generasi yang kreatif dan kritis serta menghargai perkembangan nilai-nilai estetika.

Twitter

 

SESI SEMESTER 1/2016 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template