Powered by Blogger.

Sunday 16 August 2015

PENGETAHUAN ASAS SENI VISUAL_PENDIDIKAN KHAS

27 comments:

Unknown on 17 August 2015 at 06:20 said... [Reply to comment]

Berdasarkan pembentangan yang telah dilakukan, saya dapat mengetahui bidang-bidang dalam seni visual iaitu melukis dan membuat gambar, mebuat rekaan corak, membentuk dan membuat binaan serta kraf tradisional yang sebelum ini saya ketahui namun tidak secara mendalam. Di dalam seni ini juga terdapat beberapa unsur seni antaranya ialah garisan, warna, jalinan, rupa, bentuk dan ruang. Saya ingin mengetahui dengan lebih mendalam mengenai unsur-unsur seni dan perkara ini dapat dijelaskan dengan baik oleh pembentang. Di sini telah ditekankan bahawa garisan mempunyai pelbagai teknik yang saya ketahui namun terdapat sebahagian teknik yang belum pernah saya ketahui contohnya teknik capan. Tuntasnya, pembentang amat kreatif dalam melaksanakan aktiviti bagi menarik minat pendengar untuk terus fokus terhadap pembentangan yang dijalankan. Pembentang juga bersemangat dalam menyampaikan info-info baharu kepada saya.

Unknown on 17 August 2015 at 06:22 said... [Reply to comment]

Unknown on 17 August 2015 at 06:23 said... [Reply to comment]

Unknown on 17 August 2015 at 06:24 said... [Reply to comment]

Unknown on 17 August 2015 at 07:32 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, tajuk 4 bagi subjek Seni dalam Pendidikan iaitu Pengenalan kepada Pendidikan Seni Visual telah dibentangkan dengan baik oleh Hani Farizah dan Tansu Ciller pada beberapa minggu yang lalu.

Sebelum pembentangan ini dijalankan, saya telah melihat topik ini dengan perasaan ingin tahu kerana saya tidak mengetahui cara untuk menghubungkaitkan Pendidikan Seni Visula dalam subjek lain. Adakah seni ini membantu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran? Namun begitu, saya masih terfikir adakah aktiviti kesenian seperti melukis, mengayam dan sebagainya dapat membantu deria murid dari segi kefahaman, kemahiran dan sebagainya. Namun begitu, selepas pembentangan ini dijelaskan oleh pembentang, saya telah memahami perkaitan antara seni dan pnp. Sebagai contoh, aktiviti menyambung titik dapat melatih motor halus kanak-kanak, pengamatan serta kordinasi motor seterusnya membantu kanak-kanak untuk menulis. Secara keseluruhannya, saya dapat lihat bahawa seni membantu dalam perkembangan deria kanak-kanak dengan cara yang menarik. Guru boleh mengintegrasikan seni dalam subjek-subjek lain bagi membina kreativiti murid serta merangsang murid untuk belajar dengan aktiviti yamg pelbagai.

Pembentang telah menjalankan pembentangan yang baik dan sangat padat. Namun begitu, pembentang boleh menambahbaik dengan menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut sebagai selingan semasa pembentangan supaya dapat mengkatifkan pendengar sekali gus menarik perhatian mereka

Terima kasih.

Unknown on 17 August 2015 at 07:38 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum,
Menerusi pembentangan yang menarik berkaitan dengan pengetahuan asas dalam seni visual ini, terdapat pelbagai ilmu baru yang berjaya saya peroleh. Malah, pengetahuan-pengetahuan baru mengenai seni visual ini amatlah berguna kepada saya sebagai bekal untuk saya menempuh alam kerjaya sebagai seorang guru. Hal ini demikian kerana, pembentangan tersebut telah berjaya memberi pendedahan kepada saya mengenai bidang-bidang yang terkandung dalam pendidikan seni visual sekolah rendah iaitu menggambar, membuat rekaan dan corak, membentuk dan membuat binaan dan juga kraf tradisional. Walaupun pendedahan yang diberi adalah sangat asas namun ia mampu membantu saya sebagai seorang bakal guru untuk merancang serta melaksana aktiviti PnP yang menarik. Sebagai contoh, teknik gurisan, mozek serta lukisan boleh diaplikasikan ke dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu dan perkara itu sekaligus dapat menarik perhatian murid terhadap sesi PnP tersebut. Seterusnya, isi pembentangan mengenai asas seni reka juga berjaya membuka mata saya bahawa terdapat pelbagai aktiviti menarik yang terkandung dalam pendidikan seni visual ini. Antaranya adalah aktiviti garisan yang menggunakan pelbagai teknik seperti koyakan, tampalan, kolaj dan sebagainya. Aktivti-aktiviti tersebut bukan sahaja mampu menjadi daya penarik untuk kanak-kanak malah ia boleh meningkatkan keupayaan kemahiran psikomotor mereka. Oleh itu, keyakinan dan kepercayaan saya terhadap kepentingan seni visual ini terhadap perkembangan pendidikan kanak-kanak membuatkan saya untuk ingin mendalami lagi pelbagai perkara menarik mengenai seni visual ini. Saya amat berharap agar di masa hadapan saya mampu menjadi seorang pendidik yang kreatif dan inovatif.

Siti Nur Farah on 17 August 2015 at 07:40 said... [Reply to comment]

Nama : Siti Nur Farah binti Zainuddin
Assalamualaikum w.b.t, alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana kita sudah menghabiskan Topik 4 Pengetahuan Asas Seni Visual bagi subjek Seni dalam Pendidikan ini. Terdapat banyak ilmu pengetahuan baru yang dapat diperoleh yang boleh diaplikasikan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran semasa mengajar kelak. Bagi topik 4 ini, saya dapat mengetahui bahawa terdapat beberapa asas seni reka iaitu garisan, warna, jalinan, rupa, bentuk dan ruang. Selepas mempelajari Topik 4, saya semakin memahami bagaimana pengetahuan asas seni visual ini dapat membantu dalam pendidikan yang berkesan dan saya turut dapat menyumbang idea antara aktiviti lain yang boleh dilakukan. Pembentangan yang disampaikan oleh pembentang kurang menarik kerana kurang disokong oleh bahan sokongan seperti video dan gambar yang berkaitan. Namun, suara pembentang jelas didengari dengan bahasa mudah difahami dan aktiviti yang dijalankan sangat menarik. Sekian, terima kasih.

Unknown on 17 August 2015 at 07:48 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum.
Nama: Fatin Nurain binti Md Azmi
Pada sesi kuliah kali ini, kumpulan keempat iaitu Tansu Ciller bt Yusuf dan Hani Farizah bt Japri telah melaksanakan pembentangan mereka yang berkaitan Pengetahuan Asas dalam Seni Visual dengan baik dan lancar. Para pembentang telah mempersembahkan slide pembentangan yang menarik dan padat dengan maklumat yang bermakna. Pada pandangan saya, pembentang dapat menerangkan isi yang hendak disampaikan dengan jelas berserta contoh dan huraian yang tepat dan bersesuaian dengan tajuk. Mereka juga kelihatan sangat yakin dan berani sewaktu berada di hadapan rakan-rakan. Namun begitu, pembentangan yang dilakukan boleh ditambahbaik jika disediakan aktiviti yang yang lebih menarik seperti membuat lukisan, catan, capan dan sebagainya. Secara keseluruhannya, pembentangan mereka dilaksanakan dengan baik dan berkesan.
Selain itu, sebelum pembentangan ini berlangsung, saya serba sedikit telah mengetahui tentang warna. Warna terbahagi kepada tiga iaitu warna primer, warna sekunder, dan warna tertier. Hal ini kerana saya telah belajar mengenainya ketika saya di sekolah dulu. Bagi saya, belajar mengenai warna adalah sesuatu yang menarik kerana saya dapat melihat perubahan yang berlaku hasil pencampuran warna. Pensyarah memberitahu bahawa warna juga mampu melambangkan perasaan seseorang seperti mana yang berlaku pada Zaman Revolusi Perusahaan dahulu. Banyak hasil lukisan melambangkan warna merah dan oren yang menunjukkan simbol perasaan marah. Dalam masa yang sama, saya juga baru mengetahui bahawa seni visual mempunyai bidang-bidang yang tertentu seperti membuat rekaan dan corak di mana corak yang dipelajari sebenarnya adalah pelbagai dan ada juga yang tidak pernah saya dengari sebelum ini seperti corak siku keluang. Prinsip-prinsip rekaan yang digunakan dalam suatu seni seperti unsur harmoni, kesatuan dan kepelbagaian juga diterangkan supaya bakal guru novis seperti saya lebih mengetahui bahawa suatu hasil seni ini sebenarnya mempunyai prinsip-prinsip tertentu untuk diaplikasikan bagi mendapatkan hasil yang terbaik. Dengan adanya pelbagai pengetahuan baharu tentang seni visual ini, saya berharap untuk diberikan peluang bagi mendidik murid di sekolah nanti tentang keunikan dan keindahan yang dapat dikecapi dalam pembelajaran seni dalam pendidikan ini.

Unknown on 17 August 2015 at 07:50 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pembentangan kumpulan 4 berkisar tentang pendidikan seni visual dalam pendidikan. Pembentang telah memberi perincian bagaimana seni digunakan dalam membangunkan perkembnagan pengetahuan murid. Seperti yang kita sedia maklum, penggunaan senivisual dalam pendidikan sering dipandang enteng pada zaman ini tanpa kita sedari kepentingannya dalam merangsang minat murid untuk terus belajar dan memperkembangkan potensi diri. Pembentang telah mendedahkan idea-idea yang terdapat dalam seni yang boleh digunakan oleh guru contohnya penggunaan kolaj, capan, guntingan, lipatan dan sebagainya. Melalui aktiviti seni ini, kajian juga telah membuktikan bahawa ianya memandu murid untuk fokus dari awal seni PdP sehinggalah tamat. Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan pembentangan kumpulan ini kerana sayamemperoleh input yang baru iaitu seni visual bukanlah hanya sekadar lukisan, tetapi juga corak-corak dan imej yang tersusun yang ada di sekeliling kita. Diharapkan melalui pembentangan ini, bakal-bakal guru akan lebih berfikiran terbuka dan kreatif dalam menyampaikan ilmu kepada anak didik. Sekian.

Unknown on 17 August 2015 at 08:33 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum wbt. Berdasarkan pembentangan kumpulan ini yang membentangkan mengenai pengetahuan asas dalam seni visual banyak memberikan input baru kepada saya dan juga rakan-rakan sekelas yang lain. Sebelum ini, pengetahuan saya mengenai seni visual ini hanyalah secara luaran sahaja. Namun, melalui pembentangan ini saya dapat memperoleh input dengan lebih lanjut, terperinci dan jelas lagi mengenai peranan seni visual dalam mempengaruhi proses perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak. Pendidikan Seni Visual ini merupakan salah satu subjek yang penting kerana ianya merentasi kurikulum dalam subjek-subjek lain. Dalam setiap proses pengajaran yang dilaksanakan oleh seorang guru, seni visual ini merupakan salah satu asas alat bantu mengajar yang baik dan menarik perhatian murid-murid. Manakala, jika dilihat dalam kalangan murid-murid, seni visual menjadi subjek penting untuk berkreativiti, imaginasi dan ekspresi. Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual ini juga dapat meningkatkan daya pengamatan dan psikomotor kanak-kanak. Oleh itu, Pendidikan Seni Visual ini tidak boleh dipandang enteng kerana tanpa kita sedar subjek ini dapat memberi peluang kepada murid-murid untuk mengembangkan bakat dan minat mereka secara tidak langsung dapat membina perkembangan kognitif dan emosi pelajar itu sendiri. Pendidikan Seni Visual ini juga boleh diserap dan diterapkan dalam mana-mana subjek lain.

Unknown on 17 August 2015 at 08:40 said... [Reply to comment]

Wan Mas Adila
Assalamualaikum. Pembentangan topik Pengetahuan Asas dalam Seni Visual ini sedikit sebanyak memberikan impak yang positif dalam diri saya tentang tajuk yang dibentang. Sebelum pembentangan, saya hanya menganggap bahawa seni visual hanya terhad merujuk kepada lukisan sahaja. Walau bagaimanapun, setelah topik ini dibentang saya sedar bahawa seni visual bermaksud segala jenis seni yang keindahannya dapat dihayati melalui penglihatan. Apa yang saya ingin tahu melalui pembentangan ini ialah perkara-perkara asas yang terdapat dalam seni visual. Bagaimanakah sesuatu karya seni itu dinilai dan dikatakan amat menarik sedangkan pandangan setiap individu itu adalah berbeza. Saya juga ingin tahu cara-cara bagaimana seni visual ini mampu menarik minat murid dan dapat mengasah bakat yang sedia ada pada diri mereka.
Melalui pembentangan ini, saya telah memperoleh pelbagai ilmu baharu yang menarik serta dapat menjawab persoalan saya. Dalam konteks ini, saya menyedari bahawa pendidikan seni visual amat penting kepada kita khususnya kepada murid dalam memupuk mereka untuk lebih menghargai lebih menghargai keindahan alam ciptaan Allah serta dapat melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan menyeronokkan. Terdapat empat bidang dalam seni visual sekolah rendah menggambar, membuat rekaan corak, membentuk dan membuat binaan serta kraf tradisional. Terdapat juga beberapa teknik yang menarik dalam seni visual, antaranya ialah teknik cetakan yang mempunyai pelbagai cara untuk dilakukan, kolaj yang sangat menarik seperti kolaj yang bersumberkan daripada kertas-kertas majalah dan teknik cantuman. Teknik-teknik yang menarik ini juga dapat diaplikasikan oleh murid-murid di sekolah dan secara tidak langsung dapat meningkatkan nilai estetika dan kreativiti yang menarik. Tambahan pula, pembentang dapat membentang dengan baik dan menjalankan aktiviti yang sesuai. Namun begitu, pembentangan pastinya lebih jelas jika disertai dengan sokongan video.

Unknown on 17 August 2015 at 09:12 said... [Reply to comment]

Pendidikan Seni Visual merupakan satu mata pelajaran yang penting untuk dipelajari oleh setiap murid kerana melalui mata pelajaran ini, murid-murid berpeluang untuk mengembangkan bakat dan minat mereka dalam bidang seni. Pengetahuan asas dalam seni dapat dipelajari bukan sahaja dalam mata pelajaran ini tetapi juga dapat diserapkan kedalam mana-mana mata pelajaran lain. Dalam proses pembelajaran seni visual, perasaan estetika dan daya kreativiti individu dapat dikembangkan melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepi murid. Pembentang telah melaksanakan tugas dengan baik menerangkan tentang pengetahuan asas dalam seni visual di mana asas seni reka yang mempunyai beberapa cabang seperti garisan, ruang, bentuk dan lain-lain dapat digunakan sebagai salah satu aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran untuk memupuk minat murid untuk belajar. Secara keseluruhannya, seni visual bukan sahaja depelajari dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual tetapi boleh juga diterapkan dalam mana-mana mata pelajaran di sekolah agar murid lebih seronok untuk belajar dan cenderung untuk mengekspresikan diri mereka mengikut kreativiti yang tersendiri.

Unknown on 17 August 2015 at 09:22 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum.
Nama: Fatin Nurain binti Md Azmi
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana atas limpah dan kurnia-Nya, pembentangan kumpulan kelima telah berjaya diselesaikan oleh Ainun Nadirah binti Kamaruddin dan Zurhafeza binti Edil. Mereka telah melaksanakan pembentangan berkaitan Pengetahuan Asas dalam Muzik dengan baik dan lancar. Para pembentang telah mempersembahkan slide pembentangan yang menarik, ringkas dan padat dengan maklumat yang bermakna. Pada pandangan saya, pembentang dapat menerangkan isi yang hendak disampaikan dengan jelas berserta contoh dan huraian yang tepat dan bersesuaian dengan tajuk. Mereka juga kelihatan sangat yakin dan berani sewaktu berada di hadapan. Namun begitu, aktiviti berkaitan tajuk yang dibentangkan ini tidak sempat dilaksanakan kerana kesuntukkan masa dan secara keseluruhannya, pembentangan mereka dilaksanakan dengan baik dan berkesan.
Sebelum mendengar pembentangan ini, saya telah mempunyai sedikit pengetahuan tentang muzik iaitu melibatkan penggunaan alat muzik, nyanyian dan merupakan suatu elemen yang kaya dengan seni halusnya di samping sesuatu yang menarik dan enak didengar oleh segenap lapisan masyarakat. Namun begitu, pengetahuan saya itu hanyalah pada tahap permukaan sahaja. Pertamanya, melalui pembentangan ini, saya dapat mengetahui tentang kaedah pengajaran dan pembelajaran muzik terutamanya kaedah yang digunakan oleh Emily Jacques Dalcroze di mana beliau banyak menggunakan gerak geri tubuh badan untuk mempelajari muzik. Kaedah ini telah digunakan sejak sekian lama bagi melatih kanak-anak di luar negara untuk mempelajari pendidikan muzik di sekolah. Seterusnya, saya juga dapat mempelajari tentang unsur-unsur muzik seperti melodi, irama, tempo, dan ekspresi untuk menghasilkan muzik yang berkualiti. Melalui hasil pembentangan ini juga, saya dapat mempelajari bagaimana kaedah dan cara yang sesuai untuk menjadikan pembelajaran muzik di luar bilik darjah menjadi lebih menarik dengan menggunakan alam sekeliling murid sebagai bahan rangsanagn untuk menarik minat mereka terhadap pengajaran muzik. Kesimpulannya, pengetahuan saya sebagai seorang bakal guru dalam muzik ini perlu diperluas lagi untuk membantu mengembangkan potensi yang ada pada kanak-kanak dalam bidang pergerakan muzik supaya mereka menjadi lebih berbakat.

Unknown on 17 August 2015 at 09:23 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum,
Tajuk pembentangan kumpulan empat yang telah dibentangkan oleh Hani Farizah binti Japri dan Tansu Ciller binti Yusof ialah berkaitan pengetahuan asas dalam seni visual. Apa yang saya tahu dan faham mengenai topik ini ialah berkenaan dengan seni visual yang bermaksud segala jenis seni yang keindahannya dapat dihayati melalui penglihatan. Saya telah mempunyai pengetahuan mengenai teknik yang diguankan dalam pendidikan seni visual ini, misalnya ialah cetakan, kolaj, percikan dan gosokan. Hal ini kerana saya telah belajar mengenainya semasa sekolah menengah. Namun, ilmu yang saya ada ini adalah untuk memperkukuhkan lagi pengetahuan saya berdasarkan pengetahuan baharu yang dibina berdasarkan perkongsian ilmu dari rakan saya. Seterusnya, melalui perbentangan rakan saya juga, banyak perkara yang dapat saya pelajari ialah konsep pengkaryaan dan perekaan, melalui perkongsian ilmu ini, saya dapat memahami dengan jelas dan memperoleh ilmu yang sangat berguna mengenainya. Pengkaryaan adalah berbeza dengan perekaan. Pengkaryaan adalah sesuatu yang dihasilkan sendiri tanpa menggunakan bahan teknologi seperti komputer. Ianya berbeza sekali dengan perekaan iaitu perekaan adalah berfokus dengan penggunaan teknologi. Antaranya, penghasilan rekaan corak batik, banner, kain rentang, dan sebagianya. Selain itu, saya juga dapat mengenali beberapa tokoh yang telibat dalam seni visual dan terdapat beberapa aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru dalam menerapkan seni visual semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) berlaku. Antaranya ialah, catan, capan, kolah, mewarna, dan sebagainya. Murid berasa seronok sekiranya aktiviti dalam PdP menarik dan dapat melibatkan diri dalam aktiviti.
sekian, terima kasih.

apple mint :) on 17 August 2015 at 09:27 said... [Reply to comment]

Oleh: Siti Aisyah binti Nasarudin
Pendidikan Seni Visual sering menjadi subjek kegemaran bagi kebanyakan murid di sekolah. Melalui subjek ini, mereka dapat mengembangkan bakat dan minat mereka di samping mengekspresikan perasaan mereka ke dalam suatu karya seni. Sebelum pembentangan oleh Kumpulan 4 mengenai tajuk Pengetahuan Asas dalam Seni Visual, saya hanya menganggap bahawa Pendidikan Seni Visual hanya boleh dilaksanakan sewaktu kelas Pendidikan Seni sahaja. Namun setelah mendengar pembentangan yang disampaikan oleh ahli Kumpulan 4, saya dapat mengetahui secara jelas tentang bidang-bidang dalam seni visual seperti melukis, membuat binaan, kraf tradisional dan membuat rekaan corak. Bidang-bidang ini sebenarnya dapat diterapkan bukan sahaja dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sahaja malah boleh merentasi kurikulum dalam subjek-subjek lain. Pengetahuan ini juga membolehkan saya mengetahui secara terperinci tentang asas seni reka yang memudahkan saya untuk merancang aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah. Pada masa akan datang, saya pasti akan menerapkan asas seni visual di dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah agar murid-murid dapat disuntik nilai estetika yang menghargai keindahan di sekeliling mereka dalam diri mereka masing-masing.

Unknown on 17 August 2015 at 10:03 said... [Reply to comment]

Pembentangan keempat ini disampaikan oleh saya sendiri dan pasangan saya Tansu Ciller mengenai pengetahuan asas seni visual. Berdasarkan kerja kumpulan ini, saya telah mempelajari ilmu pengetahuan baru dengan lebih mendalam tentang apakah itu asas seni visual yang perlu diketahui oleh bakal siswi pendidik supaya dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah nanti. Sewaktu menyediakan persembahan power point ini, kami telah memasukkan seberapa banyak mungkin gambar bagi setiap aktiviti asas seni visual yang dimaklumkan, namun kami terlepas pandang untuk memasukkan unsur video kerana beranggapan dengan gambar sahaja rakan-rakan dapat memahami apakah unsur seni yang hendak kami sampaikan. Oleh yang demikian, pengetahuan dan pengalaman kami dalam menyiapkan tugasan ini sedikit sebanyak dapat mengajar kami tentang bagaimana menyediakan power point yang berkesan dengan memasukkan unsur ICT seperti audio, video, gambar supaya rakan-rakan dapat menerima input dengan jelas.

AfiqahMajeri on 17 August 2015 at 10:10 said... [Reply to comment]

OLEH : NUR AFIQAH BINTI MAJERI
Pembentangan oleh kumpulan ke-4 mengenai pengetahuan asas dalam seni visual adalah baik dan berjaya untuk mengutarakan beberapa isi kandungan yang penting. Seni ini pada pandangan saya adalah pelbagai, merupakan sesuatu yang abstrak dan memerlukan kemahiran motor halus. Pengetahuan awal saya mengenai seni visual ini ialah ia merupakan seni yang boleh dilihat oleh deria penglihatan kita. Seni visual ini amat membantu pengajaran guru untuk jadi lebih menarik. Apa yang saya ingin tahu mengenai tajuk ini ialah apakah aktiviti-aktiviti seni yang sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran untuk dilaksanakan di sekolah dan bidang-bidang yang terdapat dalam seni visual ini. Dan pada akhir pembentangan ini, saya dapat mengetahui bahawa seni visual itu adalah terdiri daripada empat bidang, dan dibawah bidang-bidang tersebutlah terdapat aktiviti seni visual yang sesuai untuk dilaksanakan oleh guru di dalam kelas. Saya juga dapat mengetahui bahawa, sebelum guru mengajar seni visual, guru perlulah membuat persediaan awal dengan merancang aktiviti seni yang menarik. Ramai guru beranggapan bahawa aktiviti seni adalah tidak penting, akan tetapi, aktiviti seni ini adalah amat penting bagi merangsang daya kreativiti dan imaginasi murid. Melalui aktiviti seni, murid bebas untuk mengekspresikan apa yang difikirkannya ke atas lembaran kertas. Dan seharusnya seni visual diterapkan pada setiap sesi pengajaran guru.

khadijah on 17 August 2015 at 11:24 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum w.b.t, untuk topik pengetahuan asas dalam seni visual, pelbagai perkara telah saya pelajari. Sebelum ni, saya hanya mengetahui bahawa seni visual adalah berkaitan dengan lukisan dan berkait rapat dengan bakat. Tetapi, apabila telah mempelajari topik ini, saya ketahui bahawa seni visual tidak hanya bertumpu kepada lukisan semata, tetapi juga merangkumi pelbagai aspek seperti kraf tradisional, seni reka dan juga menggambar. Jika seseorang itu tidak mempunyai bakat dalam lukisan, tetapi, jika individu terbabit kreatif, akan terhasilkan karya seni dari individu terbabit. Selain itu, saya juga dapat mengetahui mengenai asas kepada garisan. Selama ini, saya mengetahui bahawa asas untuk lukisan adalah garisan, tetapi, asas bagi garisan, saya tidak ketahui. Jadi, melalui topik ini, saya mengetahui ilmu baru iaiatu asas bagi garisan adalah titik-titik. Selain itu, dengan mempelajari topik ini, saya mengetahui bahawa kreativiti dan seni ini tidak terhad kepada waktu mata pelajaran seni sahaja, tetapi juga boleh diserap dalam mata pelajaran lain untuk menarik perhatian murid. Hal ini kerana, murid-murid akan lebih suka kepada seni seperti corak dan juga warna dan tumpuan mereka di dalam kelas juga akan menigkat dengan penyerapan seni visual dalam matapelajaran yang lain. Bagi saya, kumpulan ini sudah melakukan sehabis baik dalam membentangkan tajuk ini, tetapi, jika terdapat sedikit unsur video dan humor digunakan ketika sesi pembentangan, pastinya pembentangan kumpulan ini lebih menarik dan pelajar dapat fokus kepada tajuk ini. Selain itu, aktiviti yang kurang juga menyebabkan tumpuan pelajar hilang dan sekaligus mempengaruhi minat terhadap tajuk ini akan menurun. Tetapi, antara penambahbaikan yang boleh dilaksanakan adalah dengan mengajak ahli kelas untuk bersama-sama dalam mewarna atau mewarna lukisan mengikut mood dan rentak lagu yang dipasangakan. Jadi, ahli kelas akan lebih berminat untuk mengambil bahagian dalam pembentangan yang dijalankan.

Unknown on 17 August 2015 at 12:01 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum wbt. Berdasarkan pembentangan kumpulan ini yang membentangkan mengenai pengetahuan asas dalam seni visual banyak memberikan input baru kepada saya dan juga rakan-rakan sekelas yang lain. Sebelum ini, pengetahuan saya mengenai seni visual ini hanyalah secara luaran sahaja. Namun, melalui pembentangan ini saya dapat memperoleh input dengan lebih lanjut, terperinci dan jelas lagi mengenai peranan seni visual dalam mempengaruhi proses perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak. Pendidikan Seni Visual ini merupakan salah satu subjek yang penting kerana ianya merentasi kurikulum dalam subjek-subjek lain. Dalam setiap proses pengajaran yang dilaksanakan oleh seorang guru, seni visual ini merupakan salah satu asas alat bantu mengajar yang baik dan menarik perhatian murid-murid. Manakala, jika dilihat dalam kalangan murid-murid, seni visual menjadi subjek penting untuk berkreativiti, imaginasi dan ekspresi. Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual ini juga dapat meningkatkan daya pengamatan dan psikomotor kanak-kanak. Oleh itu, Pendidikan Seni Visual ini tidak boleh dipandang enteng kerana tanpa kita sedar subjek ini dapat memberi peluang kepada murid-murid untuk mengembangkan bakat dan minat mereka secara tidak langsung dapat membina perkembangan kognitif dan emosi pelajar itu sendiri. Pendidikan Seni Visual ini juga boleh diserap dan diterapkan dalam mana-mana subjek lain.

Unknown on 17 August 2015 at 14:49 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Tahniah diucapkan kepada kumpulan 4 iaitu Hani Farizah dan Tansu Ciller diatas pembentangan yang cukup menarik dan sarat dengan ilmu baharu. Berdasarkan pengetahuan sedia ada saya mengenai tajuk Pengetahuan Asas dalam Seni Visual ialah seni visual adalah suatu matapelajaran yang susah kerana ianya memerlukan bakat melukis dan mewarna dalam menghasilkan karya-karya seni yang menarik. Merujuk tajuk ini iaitu Pengetahuan Asas Pendidikan Seni Visual saya tertarik untuk mengetahui lebih lanjut sejauh mana Pendidikan Seni Visual membantu menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran mencapai objektif yang telah digariskan oleh guru. Melalui pembentangan tajuk Pengetahuan Asas Pendidikan Seni Visual ini, saya mengetahui lebih jelas akan bidang-bidang dalam seni visual antaranya ialah melukis dan membuat gambar, membuat rekaan dan corak, membentuk dan membuat binaan serta Kraf tradisional. Selain itu, nilai estetika dalam pendidikan seni visual sangat dititikberatkan kerana ianya melambangkan keindahan seni visual. Jelaslah bahawa Pendidikan seni visual membantu guru dan murid mengekspresikan lukisan mengikut perasaan dan emosi seperti kesedihan, kegembiraan dan lain-lain. Dalam pada itu, saya juga mengetahui lebih lanjut akan asas seni reka iaitu garisan, warna, jalinan, bentuk , ruang dan rupa. Sebagai seorang guru, saya perlu memanfaatkan kelebihan yang terdapat dalam pendidikan seni bagi mencapai objektif yang telah digariskan. Bahan bantu mengajar yang menarik boleh membantu guru menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih efektif kerana murid akan mudah menumpukan perhatian di dalam kelas kerana tertarik dengan keindahan yang dipaparkan oleh guru.

Unknown on 17 August 2015 at 14:51 said... [Reply to comment]

Halawatul Iman on 17 August 2015 at 18:49 said... [Reply to comment]

Nor Liana Sakinah bt Zamani

Assalamualaikum. Pembentangan dalam topik 4 kali ini berkaitan Pengetahuan Asas dalam Seni Visual yang disampaikan oleh Tansu Ciller dan Hani Farizah telah mmebantu saya untuk mendalami topik ini. Sebelum ini, saya beranggapan bahawa seni visual merupakan bidang yang berkaitan melukis dan mewarna sahaja. Tetapi setelah mengikuti pembentangan minda saya lebih terbuka bahawa rupanya bidang ini lebih luas dan besar daripada yang saya tahu. Contohnya dalam subtopik rekaan dan corak sahaja mempunyai pecahan2 kecil seperti orgee, berombak, sisik ikan dan lain2.

Saya juga cuba memahami bagaimana dan mengapakah seni visual ini dijadikan asas membina alat bantu mengajar bagi guru2 di sekolah. Hal ini kerana, bukan semua murid mampu menghasilkan hasil seni yang cantik dan kemas.

Namun, di akhir pembentangan, saya dapat output bahawa murid akan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan hasil seni sendiri dengan menyentuh aspek daya intuisi, persepsi dan lain2. Malah, bukan hasil yang menjadi keutamaan tetapi sepanjang proses menghasilkan bahan tersebut, apakah yang mereka telah pelajari.

Tuntasnya, saya amat berpuas hati dengan pembentangan tersebut dan akan saya gunakan sebaiknya apabila mengajar kelak. InsyaAllah.

Sekian, terima kasih.

Halawatul Iman on 17 August 2015 at 18:50 said... [Reply to comment]

Bismillah. Alhamdulillah, kumpulan 4 yang terdiri daripada Hani Farizah dan saya sendiri, Tansu Ciller telah membentangkan tajuk yang ke-4 iaitu seni visual.
Dalam perbentangan ini, kami menekankan asas-asas seni visual. Banyak perkara baru yang dikongsikan dengan rakan sekelas berkaitan dengan seni visual. Sebelum kami membuat perbentangan, saya sekadar melihat seni visual sesuai dilaksanakan oleh golongan yang mempunyai kemahiran seni yang tinggi. Namun, seni boleh dipupuk dan memerlukan minat supaya mampu memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian.
Seni visual merupakan satu kaedah yang boleh digunakan sebagai bahan bantu mengajar supaya sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik. Seni visual menekankan penggunaan motor halus. Terdapat empat bidang dalam seni visual iaitu melukis dan membuat gambar, membuat rekaan dan corak, membentuk dan membuat binaan, dan kraf tradisional .
Terdapat dua estetika dalam pendidikan seni visual iaitu peniruan sebagai representasi gambar dan imej. Yang kedua adalah ekspresi dalam perasaan dan emosi. Asas seni reka pula terbahagi kepada enam iaitu garisan, warna, jalinan , rupa , bentuk dan ruang. Prinsip seni reka dipecahkan kepada tujuh iaitu harmoni, penegasan, imbangan, kontra, pergerakan, kesatuan dan kepelbagaian.
Penambahbaikan kepada kumpulan ini adalah mempraktikkan asas-asas seni reka supaya dapat membantu meningkatkan kefahaman berkaitan dengan tajuk.

Sekian terima kasih.

Twitter

SESI SEMESTER 1/2016 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template