Powered by Blogger.

Tuesday 21 July 2015

KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN_PENDIDIKAN KHAS


23 comments:

Unknown on 27 July 2015 at 21:26 said... [Reply to comment]

Sila pastikan refleksi yang dibuat berdasarkan format KWL. K (What Do I Know), W (What I Want To Know) dan L (What I Learned). Setiap refleksi adalah berdasarkan daripada pembentangan rakan-rakan dan pensyarah serta kesannya terhadap pemahaman dan pengetahuan anda terhadap subjek ini. Panjang setiap refleksi adalah 80 hingga 100 patah perkataan. Sekian terima kasih

HaNiHim on 30 July 2015 at 07:35 said... [Reply to comment]

Nama : Nur Imanina binti Ibrahim
Assalamualaikum w.b.t.
Setelah mengikuti sesi pembentangan tajuk satu ini, saya semakin teruja untuk mempelajari subjek ini. Sebelum ini, pengetahuan saya tentang seni amat terhad kerana saya berpendapat subjek seni ini hanya sesuai untuk mereka yang dikurniakan bakat-bakat tertentu dari Ilahi. Namun sangkaan saya salah, pembentangan ini telah menukar persepsi saya terhadap subjek seni. Ternyata subjek seni bukanlah khas untuk mereka yang dikurniakan bakat-bakat tertentu sahaja, sebaliknya, bakat-bakat tersebut boleh dipelajari dan dipupuk.
Pembentang telah berjaya memberikan input-input yang berkesan seperti peri pentingnya subjek seni ini dalam pendidikan. Dengan hujahan yang diberikan oleh pembentang membuatkan saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut penggunaan seni ini dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dan bagaimana penyerapan seni dalam pendidikan ini membantu melahirkan modal insan yang telah digariskan di dalam falsafah pendidikan kebangsaan.
Pembentang telah berusaha memberikan seberapa banyak info tentang teori-teori pembelajaran yang boleh dikaitkan dengan seni. Melalui pendedahan tersebut, saya semakin jelas dengan fungsi dan bagaimana pengintegrasian seni dalam pendidikan. Pembentang telah membuat persediaan yang secukupnya untuk memastikan pembentang tidak membosankan dengan tayangan video dan beberapa aktiviti. Tambahan pula, cara pembentang menyampaikan input berserta contoh membuatkan topik ini difahami dengan lebih jelas lagi. Sekian, terima kasih.

AfiqahMajeri on 30 July 2015 at 09:00 said... [Reply to comment]
This comment has been removed by a blog administrator.
AfiqahMajeri on 30 July 2015 at 09:01 said... [Reply to comment]

Berdasarkan kepada pembentangan tersebut, iaitu berkaitan dengan konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan, saya berpendapat bahawa pembentangan daripada sahabat saya adalah pembentangan yang baik dan mereka berusaha untuk menyampaikan tajuk tersebut dengan bersungguh-sungguh. Apa yang saya tahu berkaitan dengan topik ini adalah seni itu terbahagi kepada seni pergerakan, seni muzik dan seni visual. Apa yang saya ingin tahu mengenai topik ini adalah apa kepentingan dan mengapa perlunya seni dalam pendidikan kanak-kanak di sekolah. Dan pada akhir pembentangan tersebut, saya dapat mengetahui bahawa, seni itu adalah penting bagi melahirkan murid yang mempunyai estetika yang tinggi, imaginatif, kreatif, kritis, inovatif, inventif dan celik budaya dan penting dalam perkembangan pelajar selaras dengan matlamat seni dalam pendidikan.

Unknown on 30 July 2015 at 16:46 said... [Reply to comment]

berdasarkan pembentangan yang telah dilakukan, saya dapat mnegetahui dengan lebih mendalam penggunaan teori-teori pembelajaran yang turut digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran seni dalam pendidikan. pengajaran dan pembelajaran yang menyelitkan seni dalam pendidikan mampu menjadikan sesi pembelajaran lebih menarik. keadaan ini secara tanpa sedar mampu untuk meningkatkan kemahiran berfikir pelajar untuk menjadikan pelajar berfikir secara kreatif dan kritis serta mampu untuk melakukan inovasi melalui pengajaran yang disampaikan oleh guru. umumnya, kita hanya mengetahui bahawa seni dalam pendidikan hanya berfokus kepada seni. namun, saya dapat pelajari daripada pembentang ialah seni dalam pendidikan tidak hanya tertumpu kepada seni visual sahaja tetapi seni muzik dan juga seni pergerakan. oleh itu, pembentang telah melakukan pembentang dengan jelas dan menarik di samping dapat memberikan idea-idea baharu yang tidak saya ketahui.

Unknown on 31 July 2015 at 01:26 said... [Reply to comment]

Seni Dalam Pendidikan merupakan perkara penting yang dapat merangsang pembelajaran murid dalam pelbagai mata pelajaran di sekolah. Melalui pembentangan tajuk konsep dan latar belakang seni dalam penidikan, saya dapat mengetahui matlamatnya dengan jelas di mana ianya menfokuskan pada perkembangan menyeluruh murid dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Pembentang telah melaksanakan tugasan dengan baik dalam memberikan penerangan dan gambaran yang jelas tentang teori-teori pembelajaran yang telah dipelopori oleh tokoh-tokoh yang terkenal. Contoh-contoh yang diberikan oleh pembentang seperti gambar dan video memantapkan lagi kefahaman saya terhadap tajuk yang disampaikan. Teori-teori yang dipelajari ini boleh membantu memastikan pelaksanaan pengajaran yang berkesan untuk diaplikasikan semasa mengajar di sekolah kelak. Demikian itu, penerapan ketiga-tiga jenis seni yang melibatkan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan ini penting kerana dapat membantu pembentukan insan yang lebih bersifat holistik.

apple mint :) on 31 July 2015 at 01:32 said... [Reply to comment]

oleh: Siti Aisyah Nasarudin
Seperti yang kita semua tahu, seni merupakan salah satu aspek penting yang dapat menarik minat murid serta meransang pembelajaran murid-murid. Sebelum ini saya menganggap bahawa seni itu hanya setakat seni visual seperti melukis, mewarna, membuat kraf dan sebagainya. Namun, apa yang ingin saya ketahui ialah definisi seni yang sebenarnya serta bagaimana seni boleh digunakan dalam pendidikan agar peranan seni itu dapat dimanfaatkan untuk pembelajaran murid yang lebih efektif. Setelah mendengar pembentangan tentang tajuk Konsep dan Latar Belakang Seni dalam Pendidikan oleh kumpulan 1, saya dapat mengetahui bahawa seni itu bukan sahaja setakat seni visual tetapi ia terbahagi kepada tiga iaitu seni muzik, seni visual dan seni pergerakan. Ketiga-tiga cabang seni ini boleh diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi membantu perkembangan murid secara holistik berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pembentang berjaya menarik perhatian pendengar dengan paparan Powerpoint yang menarik, ringkas dan padat serta disokong oleh video. Penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah pembentang boleh menunjukkan bukti bagi setiap isi dengan sokongan gambar atau video bagi memantapkan lagi pembentangan.

nur hijjah on 31 July 2015 at 02:01 said... [Reply to comment]

Berdasarkan tajuk pembentangan kumpulan 1 iaitu Konsep dan Latar Belakang Seni dalam Pendidikan. Pada pengetahuan dan kefahaman saya berdasarkan tajuk ini, kita boleh menggunakan pelbagai kaedah seperti kaedah penemuan sendiri, penyelesaian masalah dan pelbagai lagi yang boleh digunakan untuk menerapkan seni semasa proses pengajaran. Kaedah ini boleh digunakan semasa mengaitkan seni muzik, seni visual atau pergerakan. Saya ingin mengetahui perkara-perkara yang berkaitan dengan konsep asas berkaitan seni dalam pendidikan itu sendiri. Hal ini kerana aplikasi yang saya akan gunakan pada masa akan datang amat memerlukan kepada kefahaman konsep pada awal proses pembelajaran. Selain itu, saya juga ingin mengetahui latar belakang seni dalam pendidikan ini sendiri. Hal ini kerana apabila kita mengetahui latar belakang sesuatu kaedah yang kita gunakan, kita dapat menyerapkan nilai hormat kepada pelopor dan penggunaan kaedah ini akan lebih terarah. Fatin Nurain binti Md Azmi dan Khadijah Sabirah binti Amirrudin telah memberikan ilmu yang sangat mendalam tentang konsep seni dalam pendidikan ini. Hal ini kerana, mereka telah mengaitkan tentang matlamat, objektif, kepentingan, peranan dan isu berkaitan seni dalam pendidikan itu sendiri. Selain itu, mereka juga telah mengupas secara mendalam berkaitan teori seni dalam pendidikan seperti contoh teori kecerdasan manusia, teori konstruktivisme dan lain-lain. Pendapat saya kepada pembentang, pembentang-pembentang mempunyai ciri pembentang yang baik kerana mereka mengkaji dengan mendalam berkaitan tajuk yang ingin dibentang. Selain itu, mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan sedia ada mereka apabila terdapat soalan-soalan yang ditanya kepada mereka.

Siti Nur Farah on 31 July 2015 at 07:00 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum w.b.t, alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana kita sudah menghabiskan Topik 1 Konsep dan Latar belakang Seni dalam Pendidikan bagi subjek Seni dalam Pendidikan ini. Terdapat banyak ilmu pengetahuan baru yang dapat diperoleh yang boleh diaplikasikan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran semasa mengajar kelak. Bagi topik 1 ini, saya dapat mengetahui bidang asas yang terdapat pada seni dalam pendidikan iaitu seni muzik, seni pergerakan dan seni lukis. Ketiga-tiga bidang ini boleh diserapkan bagi menarik minat murid untuk belajar sekaligus memotivasikan guru untuk mengajar. Seni dalam pendidikan ini memainkan peranan penting ke arah perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativiti mereka. Saya juga ingin mengetahui bagaimana murid-murid di luar negara belajar dan ternyata mereka telah menerapkan seni dalam pendidikan ini dari dulu lagi. Selepas mempelajari Topik 1, saya semakin mengetahui teori-teori yang berkait rapat dengan seni dalam pendidikan iaitu teori konstruktivisme, teori pemprosesan maklumat, teori otak kiri (hoki) dan otak kanan(hoka), teori pembelajaran sosial dan teori kecerdasan pelbagai. Pembentangan yang disampaikan oleh pembentang sangat menarik dan mudah difahami kerana disokong oleh bahan sokongan seperti video dan gambar yang berkaitan. Suara pembentang juga lantang dan aktiviti yang dijalankan sangat menarik. Sekian, terima kasih.

Unknown on 31 July 2015 at 07:59 said... [Reply to comment]

Berdasarkan pembentangan kumpulan 1, ilmu yang sedia ada berdasarkan seni dalam diri saya amatlah cetek kerana pada kiraan saya seni hanyalah semata-mata berkaitan pendidikan seni dan muzik sahaja. Tetapi apabila mendengar pembentangan kumpulan ini, baru saya mengetahui bahawa pergerakan juga adalah merupakan salah satu cabang daripada cabang seni. Sebelum mendengar pembentangan ini, saya berharap agar saya dapat kefahaman yang betul-betul mendalam tentang apa itu seni. Alhamdulillah pada akhir pembentangan, saya dapat menggarap segala teori-teori berkaitan seni dalam pendidikan yang mana memberi kefahaman tentang makna sebenar seni. Pembentang juga amat komited dalam memberi kefahaman kepada audians. Diharapkan ilmu berkaitan konsep dan latar belakang yang disampaikan ini akan menjadi tunjang seni untuk saya terus mendalami ilmu seni dalam pendidikan ini.

Halawatul Iman on 31 July 2015 at 08:12 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum, saya Tansu Ciller binti Yusuf dari unit PISMP PK Jan 2015.
Berdasarkan perbentangan yang telah dilakukan oleh kumpulan 1, terdapat banyak maklumat baharu yang disampaikan disamping memperkukuhkan lagi pengetahuan sedia ada. Seni dapat dibahagikan kepada tiga pecahan iaitu seni muzik, seni visual dan seni pergerakan. Seni amat berkait rapat dengan sesi pengajaran dan pembelajaran supaya menjadi lebih menarik. Teori yang diterangkan oleh Kumpulan 1 menunjukkan bagaimana teori-teori yang digunakan dalam menyampaikan pengetahuan kepada pelajar. Perkara baharu yang saya perolehi ialah kepentingan Seni Dalam Pendidikan. Antaranya ialah bentuk ekspresi, peranan ekspresi, peranan emosi, kecerdasan emosi dan peranan imaginasi. Isu-isu yang dibincangkan oleh kumpulan 1 juga merupakan antara halangan yang membantutkan perkembangan pengajaran dan pembelajaran seni dalam bidang pendidikan.

Unknown on 31 July 2015 at 08:30 said... [Reply to comment]

Sebagaimana yang saya sedia maklum, seni merupakan satu perkara yang menyeronokkan dan mampu menarik minat bukan sahaja kanak-kanak malah setiap golongan individu. Namun, Pengalaman-pengalaman melalui kelas pendidikan seni yang kurang memberangsangkan sewaktu saya berada dalam pembelajaran darjah rendah membuatkan saya agak kurang minat terhadap seni. Tambahan pula, kurang menerima pendedahan secara mendalam mengenai kepentingan seni dalam pendidikan membuatkan saya hanya melabelkan bahawa seni hanya satu perkara biasa yang dilakukan secara suka suka untuk mengisi masa lapang. Mujurlah, pembentangan hebat secara menyeluruh mengenai konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan yang disampaikan oleh kumpulan 1 ini berjaya membuka minda saya bahawa seni ini amatlah besar sumbangannya dalam pendidikan. Antaranya adalah seni dalam pendidikan ini mampu melahirkan murid yang cemerlang dari pelbagai sudut bukan sahaja dari aspek visual bahkan pergerakan serta muzik. Hal ini jelas sejajar dengan aspirasi negara itu sendiri yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaaan iaitu untuk melahirkan individu yang seimbang dari pelbagai aspek. Selain dari itu, isi pembentangan yang disampaikan turut berguna kepada saya sebagai seorang bakal guru apabila pencerahan diberikan terhadap peranan seni itu sendiri dalam mencorak suasanan pembelajaran bilik darjah yang kondusif. Hal ini demikian kerana ekspresi serta emosi murid mampu dikawal menerusi nilai-nilai yang terdapat dalam seni itu sendiri. Oleh itu, saya berharap agar saya dapat mendalami lagi ilmu untuk mengaplikasikan seni dalam pendidikan dengan berkesan apabila saya bergelar seorang guru kelak

Unknown on 31 July 2015 at 08:40 said... [Reply to comment]

Bismillahirrahmanirrahim. Berdasarkan pembentangan kumpulan 1, saya Nor Liana Sakinah bt Zamani telah mendapat serba sedikit pengetahuan tentang apa itu yang dikatakan tentang seni.

Seperti yang telah saya ketahui sebelum ini, seni hanyalah pada lukisan sahaja. Bagi saya, seni dapat dilihat pada lukisan yang cantik-cantik sahaja.

Apabila pembentangan tentang tajuk KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN, saya sangat teruja untuk mengetahui apakah konsep seni yang sebenarnya dan bagaimanakah latar belakang seni itu sendiri dalam pendidikan. Di samping itu juga, terbit rasa inkuiri yang tinggi dalam diri saya mengapakah seni perlu dimasukkan dalam pendidikan.

Namun, semuanya terjawab apabila pembentang menjelaskan bahawa seni itu sendiri terdiri daripada tiga bidang iaitu seni visual, seni pergerakan dan seni muzik. Bahkan ketiga-tiga bidang seni ini sangat penting dan bermanfaat untuk diterapkan dalam pendidikan untuk memupuk budaya pengamatan, meningkatkan daya kreativiti dan sebagainya.

Unknown on 31 July 2015 at 08:50 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum. Pembentangan kumpulan 1 adalah mengenai konsep dan latar belakang seni. Sememangnya pembentangan ini banyak memberikan input yang positif kepada saya. Sebelum ini, pengetahuan saya tentang seni agak cetek iaitu saya membayangkan seni itu hanya tertumpu kepada seni visual dan muzik sahaja. Namun, setelah menjalani proses pengajaran dan pembelajaran (pdp) di samping pembentangan yang eksplisit daripada pembentang, pengetahuan saya tentang seni lebih jelas di mana seni dalam pendidikan merangkumi tiga aspek iaitu muzik, seni visual dan pergerakan. Jadi, pembentangan ini telah menjawab apa yang saya ingin tahu iaitu bagaimana pendidikan seni dapat membentuk seseorang individu menjadi insan yang seimbang dan menyeluruh selari dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Berdasarkan penilaian saya terhadap pembentangan ini , saya berpendapat bahawa pembentang berjaya mengulas dan menerangkan dengan baik kerana dapat menambahkan pemahaman serta mengukuhkan pengetahuan sedia ada saya terutamanya berkaitan teori-teori seperti teori kecerdasan pelbagai, konstruktivisme, gagne, dan teori pembelajaran sosial. Tambahan pula, saya dapat mempelajari isu-isu yang semasa dalam Seni dalam Pendidikan dengan adanya dorongan daripada pensyarah. Hal ini penting sebenarnya kepada bakal guru untuk menghadapi pelbagai cabaran apabila berkhidmat di sekolah kelak. Justeru, berdasarkan pemerhatian saya terhadap pihak pembentang, dapat saya simpulkan bahawa pembentangan ini berjalan dengan lancar dan mesej yang ingin disampaikan itu jelas bersama sokongan audio dan video.

Unknown on 31 July 2015 at 08:51 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum,

Saya Nur Haziqah binti Abd Latif, saya ingin memberikan sedikit pandangan berkaitan dengan tajuk yang telah dibentangkan oleh kumpulan 1 berkaitan dengan konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan. Sebelum tajuk ini dibincangkan, saya telah beranggapan bahawa subjek ini hanya berkaitan dengan seni lukis dan seni muzik sahaja. Tidak terlintas dalam fikiran saya bahawa pergerakan yang saya belajar dalam subjek pendidikan jasmani merupakan seni pergerakan yang juga turut termasuk dalam seni dalam pendidikan (SDP). Oleh hal yang demikian, setelah mendengar penjelasan daripada kumpulan satu, saya dapat mengetahui seni dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu seni visual, seni muzik, dan juga seni pergerakan. Sehubungan dengan itu, saya tahu dan bersetju bahawa SDP ini dapat membantu perkembangan kanak-kanak. Melalui seni dalam pendidikan ini, saya berharap saya dapat mempelajari dengan lebih terperinci lagi terutama sekali bagaimanakah caranya untuk saya menerapkan nilai seni ini dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) semasa di dalam kelas. Saya juga ingin belajar tentang pentingnya SDP ini untuk perkembangan kanak-kanak daripada pelbagai perspektif.

Setelah melalui proses PdP mengenai konsep dan latar belakang SDP ini, saya mengetahui pengenalan, latar belakang seni dalam pendidikan, teori yang boleh dikaitan terhadap perkembangan kanak-kanak dan pandangan dari pelbagai tokoh terkenal mengenai SDP serta mengapa seni ini penting dalam pendidikan terutamanya kanak-kanak. Antara tokoh-tokoh yang terlibat dalam seni ialah Howard Gardner, Leonardo da Vincci dan sebagainya, Selain itu juga, ilmu baru yang saya peroleh menerusi pembentangan oleh ahli kumpulan pertama ini ialah, sebagai seorang guru, kita haruslah kreatif, kritis, dan inovatif dalam membentuk dan membina sesuatu set pengajaran dana pembelajaran supaya sesi pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan lancar dan perkara utama yang dititkberatkan di sini ialah guru perlu mempunyai pelbagai kaedah untuk menarik minat pelajar untuk belajar sesuatu topik pada hari tersebut dengan menerapkan unsur-unsur SDP dalam PdP. Hal ini kerana, murid akan lebih seronok dan mereka tidak akan berasa jemu untuk belajar. Saya akan cuba usaha untuk mengaplikasikan ilmu dan input yang telah saya peroleh menerusi topik pertama ini apabila menjadi seorang guru kelak, InsyAllah.

NHananiAliasLove on 31 July 2015 at 09:03 said... [Reply to comment]

Pembentangan ini memberi satu pencerahan kepada saya tentang konsep seni yang sebenar. seni merangkumi banyak perkara bukan sekadar lukisan. satu perkara yang saya kira merupakan aspek yang penting dalam penilaian seni adalah nilai apresiasi iaitu aspek estetika yang terdapat dalam seni. adanya kesedaran aprisiasi dalam diri seseorang, ia mampu menilai satu hasil seni dengan lebih baik dan mendalam serta dapat membaca yang tersirat.

Saya dapat menggarap konsep seni ini dengan baik dan dapat menjawab beberapa persoalan saya berkaitan bagaimana seni ini mampu diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. pergerakkan, muzik juga dapat diterapkan dalam P&P dan secara psikologinya perkara tersebut sangat menarik bagi seorang kanak-kanak. Hal ini juga berbalik kepada guru bagaimana merealisasikan seni dalam P&P itu sendiri. Guru sangat perlu mempunyai nilai aprisiasi yang tinggi supaya dapat menilai hasil seni murid- murid yang mempunyai pelbagai idea dan kreativiti.


Unknown on 31 July 2015 at 09:38 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum. Tahniah saya ucapkan kepada rakan saya daripada kumpulan 1 iaitu Fatin Nur Ain Binti Mohd Azmi dan Khadijah Sabirah Binti Amiruddin kerana telah membentangkan pembentangan yang sangat menarik dan sarat dengan ilmu pengetahuan bagi tajuk yang diberikan iaitu Konsep dan Latar Belakang Seni Dalam Pendidikan.
Berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada saya mengenai Seni dalam Pendidikan ialah saya berpandangan bahawa seni adalah sesuatu yang membawa nilai tambah bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Sebagai contoh, pelajar yang mengambil matapelajaran lukisan kejuruteraan memerlukan kemahiran seni visual yakni seni lukis bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna.
Melalui Subjek WAJ 3073 Seni Dalam Pendidikan ini, saya ingin mengetahui lebih jelas dan terperinci bagaimana Seni Dalam Pendidikan membantu proses pengajaran dan pembelajaran mencapai objektif yang telah digariskan oleh guru.
Berdasarkan pembentangan rakan saya, saya mendapat input baharu yang menerangkan dengan lebih jelas dan terperici mengenai konsep dan latar belakang Seni Dalam Pendidikan. Input baharu yang saya pelajari ialah Seni Dalam Pendidikan terdiri daripada 3 domain utama iaitu Seni Visual, Seni Muzik dan Seni Pergerakan. Penggabungjalinan ketiga-tiga jenis seni iaitu Visual, Muzik dan Pergerakan secara langsung akan membantu membentuk insan pelajar yang lebih bersifat holistik. Melalui pembentangan ini, saya mengetahui dan memahami dengan lebih lanjut Matlamat Seni Dalam Pendidikan, Objektif Seni Dalam Pendidikan serta Latar Belakang Seni Dalam Pendidikan.
Jelas pada saya bahawa Seni Dalam Pendidikan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih seronok dan terbukti membantu perkembangan pelajar secara seimbang dan menyeluruh sebagaimana yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) yang berbunyi Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Unknown on 31 July 2015 at 09:41 said... [Reply to comment]


Assalamualaikum.
Nama : Ida Syakinah binti Baderol Iskandar

Alhamdulillah, tajuk 1 bagi subjek Seni dalam Pendidikan iaitu konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan telah dibentangkan dengan baik oleh Fatin Nurain dan juga Khadijah Sabirah pada beberapa minggu yang lalu.

Melalui pembentangan ini, saya telah memahami kepentingan seni dalam pengajaran dan pembelajaran bilik darjah dengan lebih jelas lagi. Hal ini adalah kerana tiap murid mempunyai kecenderungan yang berbeza dalam gaya pembelajaran mereka sama ada dalam seni muzik, visual dan juga pergerakan. Perkara ini telah disokong oleh teori kecerdasan pelbagai yang mengatakan bahawa terdapat 8 kecenderungan kecerdasan antaranya muzik, kinestetik dan lain. Teori otak kanan dan otak kiri juga menekankan bahawa kecendurang manusia melalui kefungsian otak kanan dan otak kiri mempengaruhi gaya pembelajaran mereka. Sebagai contoh, kefungsian otak kanan lebih cenderung kepada perkara yang berkaitan seni. Melalui teori-teori ini, sebagai seorang bakal pendidik saya menyedari bahawa pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah tidak boleh hanya dijalankan dalam bentuk kuliah secara langsung sahaja malah guru perlu menerapkan nilai-nilai seni ini dalam pengajaran bagi meraikan kecenderungan murid yang pelbagai.Selain itu, saya dapt mengenalpasti bahawa seni dalam pendidikan juga dapat membantu mereka dalam mengekspresikan emosi mereka dengan cara yang betul melalui karya kesenian sama ada dalam bentuk penulisan, lukisan, tarian, nyanyian dan sebagainya. Hal ini saya dapat melihat bahawa seni dalam pendidikan ini penting dalam meyeimbangkan emosi kanak-kanak selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan individu yang seimbang.

Sebelum pembantangan ini berlangsung, saya sangat inkuiri terhadap kepentingan kesenian ini dalam pendidikan sedangkan kebanyakan murid yang berjaya di sekolah didalam peperiksaan hanya mendapat kuliah atau penerangan secara terus dari guru, menghadiri kelas tambahan dan sebagainya tanpa perlu aspek-aspek kesenian dalam pembelajaran mereka. Namun, di akhir pengajaran ini, saya telah jelas mengenai kepentingan seni dalam pengajaran dan pembelajaran seperti yang telah dinyatakan di atas.

Secara keseluruhan, saya telah memahami topik ini dengan baik melalui penerangan kedua pembentangan yang holistik. Namun begitu, pembentang perlu menerapkan unsur multimedia dalam persembahan mereka seperti video dan sebgainya serta menjalankan aktiviti sebagai selingan dalam pembentangan bagi mengelakkan berlku hilang tumpuan rakan-rakan yang lain sepanjang pembentangan.

Terima kasih.

Unknown on 31 July 2015 at 21:02 said... [Reply to comment]

Berdasarkan pembentangan yang telah dilaksanakan oleh ahli kumpulan ini memberikan satu pencerahan yang menyeluruh dan jelas kepada saya serta rakan-rakan yang lain mengenai konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan. Sebelum ini, pengetahuan sedia ada yang ada pada saya mengenai seni ini hanyalah secara luaran sahaja. Saya hanya mengetahui seni ini berkaitan dengan lukisan dan muzik sahaja. Pada saya, belajar seni hanyalah perkara yang kecil-kecilan sahaja bukan perkara yang penting. Namun, setelah mendengar pembentangan yang dilaksanakan oleh kumpulan ini telah memberi pencerahan kepada saya betapa pentingnya peranan seni dalam proses pembelajaran yang dilalui oleh kanak-kanak. Dengan adanya seni ini, ia dapat menarik perhatian dan tumpuan kanak-kanak terhadap sesuatu pelajaran. Malahan, melalui seni ini juga dapat meningkatkan lagi perkembangan kanak-kanak dari segi psikomotor, kognitif dan afektif. Seni ini juga sesuai untuk semua tahap kanak-kanak dan juga boleh diaplikasikan terhadap kanak-kanak Pendidikan Khas. Saya menyedari pentingnya seni dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana seni dapat meransang proses pembelajaran kanak-kanak. Ini secara tidak langsung dapat membantu guru dalam proses pengajaran atau penyampaian sesuatu pelajaran. Oleh itu, kanak-kanak haruslah didedahkan kepada seni agar mengekspresikan diri mereka sama ada melalui seni visual, seni muzik atau seni pergerakan. Guru juga tidak seharusnya memandang enteng terhadap mata pelajaran yang berkaitan seni ini seperti Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Jasmani. Pembentangan ini sangat memberi impak yang jelas kepada saya dan juga rakan-rakan yang lain mengenai seni dalam pendidikan ini.

Unknown on 31 July 2015 at 23:17 said... [Reply to comment]

Saya Hani Farizah binti Japri berpendapat bahawa pembentangan yang disampaikan oleh Khadijah Sabirah dan Fatin Nur Ain mengenai tajuk konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan dapat memberikan saya pengetahuan baru tentang bagaimana seni merupakan aspek yang penting dalam melahirkan pelajar yang seimbang selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Segala input yang dibincangkan tentang matlamat, objektif, latar belakang dan kepentingan seni dalam pendidikan kepada murid sekolah dapat membuka minda saya, bahawa dengan mengaplikasikan unsur seni dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah bukan sahaja dapat menarik minat murid untuk belajar, malah dapat meningkatkan motivasi murid untuk belajar kerana penyampaian guru yang menarik dan kreatif. Justeru aplikasi seni dalam pendidikan ini juga disokong oleh beberapa tokoh dunia seperti Plato dan Aristotle. Oleh yang demikian, saya sangat berpuas hati dengan pembentangan yang disampaikan oleh sahabat saya kerana bukan sahaja dapat menambah pengetahuan malah saya juga dapat mengaplikasi pengetahuan yang diperoleh semasa mengajar di sekolah nanti, Insyaallah.

Unknown on 31 July 2015 at 23:17 said... [Reply to comment]

Saya Hani Farizah binti Japri berpendapat bahawa pembentangan yang disampaikan oleh Khadijah Sabirah dan Fatin Nur Ain mengenai tajuk konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan dapat memberikan saya pengetahuan baru tentang bagaimana seni merupakan aspek yang penting dalam melahirkan pelajar yang seimbang selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Segala input yang dibincangkan tentang matlamat, objektif, latar belakang dan kepentingan seni dalam pendidikan kepada murid sekolah dapat membuka minda saya, bahawa dengan mengaplikasikan unsur seni dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah bukan sahaja dapat menarik minat murid untuk belajar, malah dapat meningkatkan motivasi murid untuk belajar kerana penyampaian guru yang menarik dan kreatif. Justeru aplikasi seni dalam pendidikan ini juga disokong oleh beberapa tokoh dunia seperti Plato dan Aristotle. Oleh yang demikian, saya sangat berpuas hati dengan pembentangan yang disampaikan oleh sahabat saya kerana bukan sahaja dapat menambah pengetahuan malah saya juga dapat mengaplikasi pengetahuan yang diperoleh semasa mengajar di sekolah nanti, Insyaallah.

Unknown on 1 August 2015 at 21:01 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum.
Nama: Fatin Nurain binti Md Azmi
Berdasarkan pembentangan yang telah saya laksanakan, saya berasa sangat beruntung kerana telah mendapat pelbagai maklumat dan pengetahuan baharu tentang seni dalam pendidikan. Pengetahuan saya yang cetek dalam bidang ini telah ditambah dengan pelbagai pendedahan seperti seni bukanlah hanya menjurus kepada seni visual semata-mata kerana seni muzik dan pergerakan juga dikategorikan sebagai elemen utama dalam bidang ini. Saya juga berpeluang untuk mendalami pelbagai jenis teori berkaitan dengan seni dalam pendidikan seperti Teori Kecerdasan Pelbagai, Teori Hemisfera Otak Kanan dan Otak Kiri, Teori Konstruktivisme dan sebagainya. Selain itu, saya juga berpeluang untuk mendalami konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan dengan lebih meluas dan mengetahui bahawa terdapat pelbagai tokoh-tokoh yang terlibat dalam memperkembangkan bidang ini, misalnya Leornardo Da Vinci, Howard Gardner dan sebagainya. Dalam masa yang sama, saya juga dapat belajar untuk menghasilkan suatu pembentangan yang ringkas dan padat iaitu melalui penggunaan peta minda yang pelbagai bagi memudahkan pemahaman tentang tajuk tersebut. Kesimpulannya, melalui pembentangan ini, saya dapat meningkatkan pengetahuan baharu dalam pelajaran seni dalam pendidikan di samping melatih diri untuk lebih bersedia menjadi seorang guru yang yakin supaya dapat mengajar anak-anak didik di sekolah nanti dengan jayanya.

khadijah on 1 August 2015 at 21:53 said... [Reply to comment]

Nama: Khadijah Sabirah binti Amirrudin
Assalamualaikum w.b.t ,saya selaku pembentang memilih tajuk ini untuk dibentang kerana magu memahami subjek ini secara konsepnya. Hal ini kerana, jika saya telah menguasai konsep seni dalam pendidikan, maka saya akan mampu untuk menguasai dan memahami subjek ini secara lebih mendalam. Pengetahuan sedia ada saya tentang seni dalam pendidikan adalah terhad. Saya hanya mengetahui bahawa seni merupakan lukisan dan perkaitan emosi dengan jiwa seseorang insan. Walaubagaimanapun, setelah saya membaca kembali nota-nota sebelum membuat pembentangan, saya mengetahui bahawa seni bukanlah hanya seni lukisan dan muzik sahaja, malahan merangkumi seni pergerakan juga. Jika sebelum ini, saya mengetahui bahawa pergerakan adalah berkait dengan pendidikan jasmani sahaja. Ternyata tanggapan saya itu salah kerana dalam pergerakan mempunyai seni dan nilai estetika yang tersendiri. Selain itu, melalui pembentangan yang telah saya laksanakan, saya mengetahui perkaitan teori-teori dari ahli falsafah dengan perkaitannya dengan seni. Dan yang paling utama ialah membantu kemenjadian murid melalui seni dalam pendidikan. Seni dalam pendidikan sangat penting bagi mengawal emosi dan perasaan murid serta menjadikan murid-murid seorang yang realistik dengan kehidupan sebagai seorang insan di muka bumi ini. Tambahan pula, mengenai isu-isu yang sering berlaku di sekolah boleh dijadikan iktibar kelak kerana kami sebagai guru novis perlu mengubah trend yang berlaku disekolah kini untuk mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu melahirkan individu yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial. Jadi, seni dalam pendidikan sangat bertepatan dengan hasrat FPK kerana seni merupakan subjek yang holistik yang akan membantu dalam pencapaian hasrat FPK.

Twitter

 

SESI SEMESTER 1/2016 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template