Powered by Blogger.

Sunday 16 August 2015

PENDIDIKAN ASAS DALAM MUZIK_PENDIDIKAN KHAS

27 comments:

Unknown on 17 August 2015 at 07:16 said... [Reply to comment]

Berdasarkan pembentangan yang telah dilakukan, saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai pengetahuan asas dalam muzik. Sebelum ini, saya hanya mengetahui muzik mempunyai melodi, irama, tempo, lirik dan rentak tetapi tidak mengetahui fungsi dan definisinya dengan jelas. Perkara baharu yang telah saya pelajari semasa pembentang menyampaikan maklumat ialah kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran muzik antaranya Emile Jacques Dalcroze, Zoltan Kodaly, Carl Orff, Edwin Gordon dan Shinuci Suzuki. Melalui pembentangan ini juga saya juga dapat mempelajari ‘Curwin Hand Sign’ untuk menunjukkan ‘pitch’ yang berbeza. Dapat saya rumuskan bahawa pembentang dapat menyampaikan pengetahuan asas dalam muzik dengan jelas terutama adanya iringan ‘keyboard’ untuk menyampaikan input yang lebih jelas dan mudah untuk difahami. Selain itu, laras bahasa yang digunakan oleh pembentang juga mudah untuk difahami dan bahan multimedia yang digunakan juga amat menarik

Unknown on 17 August 2015 at 07:18 said... [Reply to comment]

Unknown on 17 August 2015 at 07:39 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum
Topik kelima bagi subjek seni dalam pendidikan ini adalah berkisar pengetahuan asas dalam muzik. Sememangnya saya selaku pembetang mengakui bahawa ilmu saya mengenai muzik amatlah cetek. Hal ini berikutan muzik bukanlah salah satu daripada bidang yang saya minati dek kerana bakat yang ada dalam diri saya tidak terlalu menjurus kepada muzik. Namun, hal itu tidak menjadi halangan buat saya dan saya mengambil peluang ini untuk mendalami ilmu mengenaii muzik sekaligus cuba menyemai minat terhadap muzik. Sepanjang proses menyiap pembentangan ini, saya dan juga pasangan saya terlebih dahulu berbincang serta mencari sedikit maklumat mengenai muzik dan saya dapati muzik ini merupakan satu bidang yang amat luas serta memainkan peranan penting dalam perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh. Misalnya, aktiviti bermain alat muzik bukan sahaja terbukti mampu meningkatkan kemahiran psikomotor individu bahkan ia juga dapat mempengaruhi perkembangan kognitif dan emosi individu. Kepentingan yang jelas amat besar sumbangan nya itu terhadap dunia pendidikan telah berjaya membuka mata saya agar berusaha untuk menanam minat dalam mempelajari muzik. Hal in demikian kerana, ilmu yang diperolehi boleh digunakan dalam membentuk acuan murid yang bukan sahaja berjaya akademik malah berjaya secara keseluruhan.

Siti Nur Farah on 17 August 2015 at 07:49 said... [Reply to comment]

Nama : Siti Nur Farah binti Zainuddin
Assalamualaikum w.b.t, alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana kita sudah menghabiskan Topik 5 Pendidikan Asas dalam Muzik bagi subjek Seni dalam Pendidikan ini. Terdapat banyak ilmu pengetahuan baru yang dapat diperoleh yang boleh diaplikasikan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran semasa mengajar kelak. Walaupun saya tidak berada di dalam kelas semasa sesi Pdp (kerana saya terlibat dengan program BTN) saya masih dapat mengikuti sesi pembelajaran dengan melihat slide powerpoint dan video pembentangan yang dimuatnaik oleh kawan-kawan pembentang. Oleh itu, bagi topik 5 ini, saya dapat mengetahui bahawa terdapat beberapa pendekatan PdP Muzik yang boleh diikuti iaitu pendekatan Dalcroze, pendekatan Kodaly, pendekatan Orff, pendekatan Gordon dan pendekatan Suzuki. Selepas mempelajari Topik 5, saya semakin memahami bagaimana pengetahuan asas seni muzik ini dapat membantu dalam pendidikan yang berkesan. Slide pembentangan yang disampaikan oleh pembentang juga sangat menarik dan mudah difahami. Sekian, terima kasih.

Unknown on 17 August 2015 at 08:01 said... [Reply to comment]

Oleh: Atifah Ismail
Topik kelima yang dibentang pada kuliyah yang lalu berkisar tentang pendidikan muzik dalam pendidikan. Memang tidak dinafikan, muzik merupakan salah satu cabang pengetahuan yang amat menarik minat terutama dalam kalangan murid sekolah rendah. Namun begitu, penggunaannya sering diketepikan oleh segelintir golongan guru kini disebabkan kekurangan alatan. Saya juga akui bahawa saya sendiri memandang ringan terhadap kepentingan muzik dalam kehidupan. Sungguhpun begitu, setelah mendengar pembentangan dari kumpulan 5, mata dan minda saya telah terbuka luas kerana baru saya faham makna sebenar muzik. Muzik tidak smemestinya menggunakan alatan tetapi boleh dihasilkan menggunakan bahan semulajadi atau bahan terpakai seperti tong, tiin, botol dan sebagainya. Alhamdulillah saya bersyukur kerana mengikuti kelas ini kerana saya dapat merangka pelbagai aktiviti PdP yang menerapkan unsur muzik yang boleh dilaksanakan di sekolah kelak. Di kesempatan ini juga, saya ingin menzahirkan setiinggi-tinggi penghargaan kepada pembentang kumpulan 5 dilihat amat bersungguh-sungguh mencari maklumat untuk disampaikan kepada kami. Pembentang juga dilihat amat komitmen dalam menyampaikan kefahaman kepada kami dan ilmu ini diharap akan terus diamalkan sehingga kami menjadi guru nanti. Sekian.

Unknown on 17 August 2015 at 08:11 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum.
Nama: Fatin Nurain binti Md Azmi
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana atas limpah dan kurnia-Nya, pembentangan kumpulan kelima telah berjaya diselesaikan oleh Ainun Nadirah binti Kamaruddin dan Zurhafeza binti Edil. Mereka telah melaksanakan pembentangan berkaitan Pengetahuan Asas dalam Muzik dengan baik dan lancar. Para pembentang telah mempersembahkan slide pembentangan yang menarik, ringkas dan padat dengan maklumat yang bermakna. Pada pandangan saya, pembentang dapat menerangkan isi yang hendak disampaikan dengan jelas berserta contoh dan huraian yang tepat dan bersesuaian dengan tajuk. Mereka juga kelihatan sangat yakin dan berani sewaktu berada di hadapan. Namun begitu, aktiviti berkaitan tajuk yang dibentangkan ini tidak sempat dilaksanakan kerana kesuntukkan masa dan secara keseluruhannya, pembentangan mereka dilaksanakan dengan baik dan berkesan.
Sebelum mendengar pembentangan ini, saya telah mempunyai sedikit pengetahuan tentang muzik iaitu melibatkan penggunaan alat muzik, nyanyian dan merupakan suatu elemen yang kaya dengan seni halusnya di samping sesuatu yang menarik dan enak didengar oleh segenap lapisan masyarakat. Namun begitu, pengetahuan saya itu hanyalah pada tahap permukaan sahaja. Pertamanya, melalui pembentangan ini, saya dapat mengetahui tentang kaedah pengajaran dan pembelajaran muzik terutamanya kaedah yang digunakan oleh Emily Jacques Dalcroze di mana beliau banyak menggunakan gerak geri tubuh badan untuk mempelajari muzik. Kaedah ini telah digunakan sejak sekian lama bagi melatih kanak-anak di luar negara untuk mempelajari pendidikan muzik di sekolah. Seterusnya, saya juga dapat mempelajari tentang unsur-unsur muzik seperti melodi, irama, tempo, dan ekspresi untuk menghasilkan muzik yang berkualiti. Melalui hasil pembentangan ini juga, saya dapat mempelajari bagaimana kaedah dan cara yang sesuai untuk menjadikan pembelajaran muzik di luar bilik darjah menjadi lebih menarik dengan menggunakan alam sekeliling murid sebagai bahan rangsanagn untuk menarik minat mereka terhadap pengajaran muzik. Kesimpulannya, pengetahuan saya sebagai seorang bakal guru dalam muzik ini perlu diperluas lagi untuk membantu mengembangkan potensi yang ada pada kanak-kanak dalam bidang pergerakan muzik supaya mereka menjadi lebih berbakat.

Unknown on 17 August 2015 at 08:12 said... [Reply to comment]

Unknown on 17 August 2015 at 08:34 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum wbt. Bagi tajuk pengetahuan asas dalam muzik ini telah dibentangkan oleh saya sendiri bersama rakan saya. Sepanjang proses menyiapkan pembentangan ini, kami telah berbincang dan mencari sedikit maklumat mengenai muzik ini. Pada awalnya, pengetahuan saya mengenai muzik sangat cetek serta saya berpendapat muzik ini hanyalah nyanyian dan permainan alat muzik semata-mata. Berdasarkan maklumat yang telah saya dan rakan saya cari mengenai muzik ini sedikit sebanyak menambahkan pengetahuan saya mengenai muzik ini dengan lebih lanjut lagi. Dalam tajuk ini yang memberi pendedahan mengenai konsep muzik, unsur-unsur muzik dan kemahiran muzikal secara tidak langsung dapat membantu seseorang guru dalam merancang proses pengajaran yang melibat muzik. Muzik tidak lari daripada alam kehidupan seseorang individu termasuklah kanak-kanak. Muzik yang diserap dan diterapkan dalam proses pembelajaran kanak-kanak dapat meransang perkembangan fizikal, kognitif dan emosi serta sosial seseorang kanak-kanak. Kebiasaannya, seseorang guru sering menerapkan muzik dalam proses pengajaran mereka kerana kanak-kanak akan mudah memberi perhatian dan tumpuan di dalam kelas. Justeru, dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan perlu diterapkan muzik. Hal ini kerana kanak-kanak sentiasa memberi respon kepada muzik dan akan merasa senang hati apabila dapat melahirkan ekpresi diri apabila adanya muzik. Pengalaman muzik yang menarik akan membantu meningkatkan minat kanak-kanak terhadap subjek tersebut.

Unknown on 17 August 2015 at 09:16 said... [Reply to comment]

Muzik adalah sebahagian daripada alam kehidupan seseorang yang dapat didengari setiap hari. Melalui Pendidikan Muzik, sifat-sifat murid yang merangkumi aspek emosi, kreativiti, nilai estetika dan etika tertentu dapat dikembangkan secara positif. Kanak-kanak mempunyai sifat semula jadi yang sukakan bunyi-bunyian yang menyeronokkan. Demikian itu, apabila terdapat iringan muzik semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, murid akan terdorong untuk melibatkan diri secara aktif dan ini dapat membantu pertumbuhan dan perkembangan fizikal, mental, emosi dan sosial murid. Saya berpuas hati dengan pembentangan yang disampiakan oleh pembentang kerana telah menjelaskan dengan baik mengenai pengetahuan asas dalam muzik yang dapat digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Melalui pembelajaran muzik, murid dapat mengembangkan kreativiti, potensi yang terpendam dan kualiti diri individu dari segi estetika muzik. Mempelajari muzik bukan sahaja meibatkan lagu, tetapi juga melibatkan sistem nota muzik, kemahiran nyanyian, gerakan alat, nilai-nilai murni seperti disiplin diri, yakin diri serta mengamalkan semangat toleransi dan kerjasama. Oleh itu, penggunaan asas muzik yang pelbagai seperti irama, ton dan alat muzik penting semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran agar murid berasa seronok dan teruja dengan kepelbagaian yang dilaksanakan guru semasa melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

apple mint :) on 17 August 2015 at 09:28 said... [Reply to comment]

Oleh: Siti Aisyah binti Nasarudin
Berdasarkan pembentangan Pengetahuan Asas dalam Muzik yang disampaikan oleh Kumpulan 5, banyak input baharu yang saya perolehi. Sebelum ini, pengetahuan saya tentang Muzik amatlah sedikit. Saya juga kurang menyedari peri pentingnya asas Muzik ini diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran murid di sekolah. Selepas mendengar pembentangan dari kumpulan 5, saya ketahui bahawa muzik ini memberi banyak faedah kepada pembelajaran kanak-kanak kerana pembelajaran Muzik menggunakan kedua-dua belah otak iaitu otak kanan dan otak kiri. Oleh itu, pendidikan muzik dapat meransang pemikiran kreatif dan kritis murid. Murid yang mempelajari muzik lazimnya akan mudah untuk mempelajari mata pelajaran lain di sekolah. Selain itu, muzik juga memberi peluang kepada kanak-kanak untuh mengekspresikan perasaan mereka malah boleh menggantikan pernyataan melalui tingkah laku atau pertuturan. Bukan itu sahaja, saya juga berpeluang mempelajari beberapa pendekatan Muzik yang menjadi panduan untuk mengajar pendidikan Muzik oleh tokoh-tokoh muzik terkenal seperti Suzuki, Carl Orff, Gordon dan sebagainya. Pengetahuan Asas dalam Muzik ini membantu perkembangan potensi dan kualiti diri murid dari segi nilai estetika muzik dan etika mereka melalui pengalaman muzik yang diberikan. Ilmu ini memberi celik akal kepada saya mengenai pentingnya pengetahuan asas dalam Muzik dan pengetahuan ini pastinya akan diterapkan kepada murid-murid di sekolah kelak dan tidak seharusnya diabaikan oleh mana-mana guru.

Unknown on 17 August 2015 at 09:43 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum,
Saya ingin berkongsi sedikit pendapatan saya setelah mendengar penjelasan yang telah dibentang oleh kumpulan lima iaitu Ainun Nadhirah binti Kamaruddin dan Zurhafeaza binti Edil. Tajuk pembentangan mereka adalah Pengetahuan Asas Dalam Muzik. Apa yang telah saya ketahui mengenai muzik adalah sesuatu yang indah didengar dan mempunyai irama dan ritma. Selain daripada itu, saya juga mengetahui bahawa muzik itu merupakan satu bidang yang amat luas dan mencabar kerana untuk menjadi seorang pemuzik adalah amat sukar kerana ia memerlukan nilai estetika yang tinggi. Seperti yang kita sedia maklum, muzik dapat memperkembangakn potensi dan kualiti diri dari segi nilai estetika muzik dan etika melalui pelbagai pengalaman muzik kea rah meningkatkan kesejahteraan hidup dalam konteks budaya dan aspirasi negara. Melalui tajuk ini kita dapat melihat pergerakan irama, pembelajaran berperingkat, pengalaman muzikal, pendekatan bakat dan sebagainya. Manakal melodi pula ialah mengandungi pic rendah, sederhana dan tinggi. Muzik dengan pergerakan pula ialah memberi peluang kepada pelajar menggunakan tubuh badan sebagai respon kepada muzik. Pembentang pada kali ini telah berjaya menyampaikan isi kandungan dengan berkesan dan juga menarik. Walaupun aktiviti yang ingin dilaksanakan tidak berkesempatan oleh disebabkan kekangan masa. Namun begitu, semasa pembentangan kami telah didedahkan dengan muzik seperti melodi, pitch, dan sebagainya.
sekian, terima kasih.

Unknown on 17 August 2015 at 09:58 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum.
Alhamdulillah, tajuk 5 bagi subjek Seni dalam Pendidikan iaitu Pendidikan Asas dalam Muzik telah dibentangkan dengan baik oleh Ainun Nadirah dan Zurhafeza pada beberapa minggu yang lalu.

Sebelum pembentangan ini dijalankan, saya telah melihat topik ini dengan perasaan ingin tahu kerana saya tidak mengetahui cara untuk menghubungkaitkan Pendidikan Muzik dalam subjek lain. Adakah seni ini membantu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran? Namun begitu, saya masih terfikir adakah aktiviti muzik seperti bermain muik, menyanyi dan sebagainya dapat membantu deria murid dari segi kefahaman, kemahiran dan sebagainya. Namun begitu, selepas pembentangan ini dijelaskan oleh pembentangan, saya telah memahami perkaitan antara seni muzik dan pnp. Sebagai contoh, aktiviti menyanyi dapat memberangsangkan fokus murid, pengamatan serta mudah mengingat seterusnya membantu kanak-kanak untuk menulis. Secara keseluruhannya, saya dapat lihat bahawa seni muzik dapat membantu dalam perkembangan pembelajaran kanak-kanak dengan cara yang menarik. Guru boleh mengintegrasikan seni muzik dalam subjek-subjek lain bagi membina kreativiti murid serta merangsang murid untuk belajar dengan aktiviti yamg pelbagai.

Melalui video yang dirakamkan, pembentang telah menjalankan beberapa aktiviti yang menarik dan bermakna untuk diaplikasikan dalam pengajaran bilik darjah di akhir pembentangan. Pembentang juga dapat menjelaskan isi pembentangan dengan tepat dan padat.

Terima kasih.

Unknown on 17 August 2015 at 10:04 said... [Reply to comment]

Berdasarkan pembentangan kelima yang disampaikan oleh Ainun Nadhirah dan Zurhafeza mengenai tajuk pengetahuan asas dalam muzik ini memberikan satu pencerahan yang menyeluruh dan jelas kepada saya serta rakan-rakan yang lain mengenai pentingnya kegunaan muzik kepada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Walaupun saya dan rakan saya Ida Syakinah dan Siti Nur Farah tidak berada semasa pembentangan ini berlangsung kerana waktu ini kami sedang mengikuti program Biro Tata Negara (BTN) di Rembau Negeri Sembilan, tetapi berdasarkan slide power point dan video yang di muat turun ini sedikit sebanyak dapat memberikan input kepada kami tentang bagaimana muzik tersebut memainkan peranan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebelum ini, pengetahuan sedia ada yang ada pada saya mengenai muzik hanyalah semata-mata aktiviti nyanyian seperti koir, nasyid dan lain-lain. Namun apabila melihat slide power point dan video ini, baru saya mengetahui bahawa terdapat banyak aktiviti muzik yang perlu diambil kira antaranya dan sangat bermanfaat jika diaplikasikan semasa mengajar nanti. Oleh yang demikian, saya sangat berpuas hati dengan pembentangan yang disampaikan oleh kumpulan ini, dan berharap kumpulan seterusnya juga dapat menyampaikan input yang berguna kepada rakan-rakan.

Unknown on 17 August 2015 at 10:11 said... [Reply to comment]

Wan Mas Adila.
Assalamualaikum. Sebelum pembentangan tajuk ini iaitu pengetahuan asas dalam muzik, saya amat tertarik untuk mengikuti penerangan tentang topik ini kerana muzik amat berkait rapat dengan kehidupan seharian. Apa yang saya tahu ialah lumrah kehidupan manusia sukakan muzik. Walaupun seseorang itu tidak suka mendengar muzik atau lagu terkini, tetapi pasti ada muzik yang sesuai dan menarik di hatinya seperti ibu bapa zaman sekarang walaupun tidak menyukai lagu-lagu zaman sekarang tetapi lagu-lagu zaman 70-an tetap menjadi pujaan hati mereka. Oleh itu, melalui pembentangan ini, saya ingin mengetahui bagaimana cara mengaplikasikan sesuatu muzik itu supaya dapat membantu guru dalam menjadikan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) menarik. Saya juga ingin mengetahui apakah unsur-unsur muzik yang perlu untuk menghasilkan penyusunan konsep dan muzik yang berkualiti.

Jadi,setelah mendengar pembentangan ini, banyak perkara yang baharu dapat saya pelajari dan fahami disokong dengan bimbingan yang diberikan oleh pensyarah. Antaranya ialah saya mengetahui tentang kaedah pengajaran dan pembelajaran muzik seperti Pendekatan Carl Orff iaitu memberi penekanan kepada beraneka jenis pengalaman muzik. Selain itu, pelajar diberi peluang yang mencukupi untuk mempelajari muzik dan melakukan improvisasi dengan muzik dengan cara penemuan. Selain itu, pendekatan lain yang menarik dari perbentangan ini seperti Pendekatan Bakat (Shinuci Suzuki) dan pergerakan berirama (Emile Jacques Dalcroze). Tambahan pula, saya telah didedahkan dengan beberapa unsur penting dalam muzik seperti melodi, irama, harmoni, warna ton, tekstur, bentuk dan ekspresi dengan bimbingan pensyarah kami yang mengamalikan unsur tersebut. Pembentangan pada kali ini menarik, bersahaja dan ringkas. Pembentangan lebih jelas dengan adanya sokongan video. Namun sayangnya aktiviti tidak sempat dijalankan kerana kesuntukan masa.

AfiqahMajeri on 17 August 2015 at 10:31 said... [Reply to comment]

OLEH : NUR AFIQAH BINTI MAJERI
Dunia diserikan lagi dengan adanya muzik. Muzik adalah sesuatu yang menenangkan dan menghilangkan stres seseorang individu. Melalui muzik, seseorang itu akan dapat melahirkan dan menyatakan kegembiraan,keriangan, kesediahan, kemarahan dan sebagainya. Apa yang saya tahu ialah, muzik adalah seperti nyanyian lagu ataupun instrumental serta permainan alat muzik seperti gitar ataupun drum dan saya tidak mengetahuinya dengan lebih mendalam. Apa yang saya ingin tahu mengetahui mengetahui tajuk ini ialah asas-asas muzik yang perlu diperkenalkan kepada pelajar. Sesungguhnya, saya tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam berkaitan dengan muzik.. Alhamdulillah, berdasarkan pembentangan daripada kumpulan ini, saya dapat mengetahui serba sedikit asas-asas dalam muzik seperti pic, tona muzik, nada dan nota-nota yang terdapat dalam muzik. Pengetahuan ini dapat saya gunakan pada masa akan datang sekiranya saya ingin belajar dengan lebih mendalam lagi mengenai muzik di samping saya akan dapat mengajar asas muzik yang betul terhadap para pelajar saya. Kesimpulannya, pembentang telah berusaha untuk membentangkan tajuk ini dengan baik.

khadijah on 17 August 2015 at 11:25 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum w.b.t., pengetahuan asas dalam muzik adalah tajuk yang yang sangat menarik perhatian. Hal ini kerana, saya ketahui bahawa susahnya untuk mempelajari muzik kerana pic, jeda, skel, solfa dan rangkaian lagu. Setelah mempelajari mengenai muzik, dapat saya ketahui pelbagai info-infi menarik mengenai muzik. Muzik bukanlah satu subjek yang mudah dan perlu berkemahiran untuk menguasai subjek ini. Tetapi, dengan pendedahan yang telah diberikan oleh kumpulan ini, maka saya dapat mengetahui mengenai muzik dan info sedia ada saya bertambah juga selepas pembentangan ini selesai dilaksanakan. Cuma, ketika sesi pembentangan berlaku, aktiviti nyanyian kurang dijalankan. Selain itu, kekangan masa menjadi faktor utama mengapa aktviti tidak dapat dijalankan dengan jayanya. Bagi saya, kumpulan ini telah melakukan sehabis baik dalam membentangkan tajuk ini. Saya amat terkejut apabila mengetahui bahawa dalam muzik juga mempunyai warna ton yang membezakan bunyi-bunyi not. Dan tiga komponen bidang penting yang diberi tumpuan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran muzik berlaku iaitu bidang nyanyian, muzik dengan pergerakan dan juga permainan alat muzik adalah antara perkara yang baru saya ketahui. Selain itu, muzik juga boleh diserapkan dalam mata pelajaran lain untuk menambahkan minat murid dalam satu-satu matapelajaran dan membantu murid dalam mengingat dan mengahafal satu-satu formula. Antara subjek yang kerap menyerapkan muzik dalam formula dan penghafalan fakta adalah subjek sains, kimia, biologi, fizik dan juga subjek Bahasa Melayu. Jadi, muzik bukan hanya khusus kepada pemuzik sahaja, tetapi, guru juga boleh mengaplikasikan muzik ketika sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung disekolah.

Unknown on 17 August 2015 at 12:02 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum wbt. Bagi tajuk pengetahuan asas dalam muzik ini telah dibentangkan oleh saya sendiri bersama rakan saya. Sepanjang proses menyiapkan pembentangan ini, kami telah berbincang dan mencari sedikit maklumat mengenai muzik ini. Pada awalnya, pengetahuan saya mengenai muzik sangat cetek serta saya berpendapat muzik ini hanyalah nyanyian dan permainan alat muzik semata-mata. Berdasarkan maklumat yang telah saya dan rakan saya cari mengenai muzik ini sedikit sebanyak menambahkan pengetahuan saya mengenai muzik ini dengan lebih lanjut lagi. Dalam tajuk ini yang memberi pendedahan mengenai konsep muzik, unsur-unsur muzik dan kemahiran muzikal secara tidak langsung dapat membantu seseorang guru dalam merancang proses pengajaran yang melibat muzik. Muzik tidak lari daripada alam kehidupan seseorang individu termasuklah kanak-kanak. Muzik yang diserap dan diterapkan dalam proses pembelajaran kanak-kanak dapat meransang perkembangan fizikal, kognitif dan emosi serta sosial seseorang kanak-kanak. Kebiasaannya, seseorang guru sering menerapkan muzik dalam proses pengajaran mereka kerana kanak-kanak akan mudah memberi perhatian dan tumpuan di dalam kelas. Justeru, dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan perlu diterapkan muzik. Hal ini kerana kanak-kanak sentiasa memberi respon kepada muzik dan akan merasa senang hati apabila dapat melahirkan ekpresi diri apabila adanya muzik. Pengalaman muzik yang menarik akan membantu meningkatkan minat kanak-kanak terhadap subjek tersebut.

Unknown on 17 August 2015 at 14:49 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Tahniah diucapkan kepada kumpulan 5 iaitu Ainun Nadirah Binti Kamaruddin dan Zurhafeza Binti Edil diatas pembentangan yang cukup menarik dan sarat dengan ilmu baharu. Berdasarkan pengetahuan sedia ada saya mengenai tajuk Pengetahuan Asas Pendidikan Muzik ialah muzik terdiri daripada berberapa komponen iaitu lagu, nyanyian, ekspresi, khayalan, alat muzik, emosi, cabang seni, perasaan dan sebagainya. Secara semula jadi, semua manusia pada semua peringkat umur menyukai sesuatu berkaitan muzik. Hal ini terbukti apabila industri muzik seluruh dunia mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk dunia dan memberi keuntungan yang besar. Merujuk tajuk ini iaitu Pengetahuan Asas Pendidikan Muzik saya tertarik untuk mengetahui lebih lanjut sejauh mana Pendidikan Muzik membantu merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Melalui pembentangan tajuk Pengetahuan Asas Pendidikan Muzik ini, saya mengetahui lebih jelas akan matlamat Pendidikan muzik iaitu bertujuan untuk memperkembangkan potensi dan kualiti diri individu dari segi nilai estetika muzik dan etika melalui pelbagai pengalaman muzik. Saya tertarik akan kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik iaitu melalaui kaedah Dalcroze, Kodaly, Orff, Gordon dan Suzuki. Muzik terdiri daripada unsur-unsur seperti melodi, irama , harmoni, ekspresi dan bentuk. Segala berkaitan dengan muzik boleh diaplikasikan dalam p&p dan boleh digabungjalinkan dengan matapelajaran lain seperti Sains, Pendidikan Islam Bahasa Melayu dan sebagainya. Hal ini kerana penggunaan muzik dalam sesuatu pengajaran akan memudahkan murid memahami sesuatu perkara yang disampaikan oleh guru. Murid akan menumpukan perhatian kerana mereka seronok dengan penggunaan muzik dan tidak membosankan. Melalui muzik seperti lagu, murid akan mudah menghafal sesuatu ilmu dan hal ini secara langsung akan menjadikan proses pengajaran pembelajaran lebih efektif dan mencapai objektif yang telah ditetapkan oleh guru. Secara keseluruhan saya tertarik akan pembentangan yang disampaikan kerana ianya sangat menarik dan dapat difahami dengan baik apabila disokong dengan video-video pergerakan.

Unknown on 17 August 2015 at 14:50 said... [Reply to comment]

Halawatul Iman on 17 August 2015 at 18:47 said... [Reply to comment]

Nor Liana Sakinah bt Zamani

Assalamualaikum. Pembentangan dalam topik 4 kali ini berkaitan Pengetahuan Asas dalam Seni Visual yang disampaikan oleh Tansu Ciller dan Hani Farizah telah mmebantu saya untuk mendalami topik ini. Sebelum ini, saya beranggapan bahawa seni visual merupakan bidang yang berkaitan melukis dan mewarna sahaja. Tetapi setelah mengikuti pembentangan minda saya lebih terbuka bahawa rupanya bidang ini lebih luas dan besar daripada yang saya tahu. Contohnya dalam subtopik rekaan dan corak sahaja mempunyai pecahan2 kecil seperti orgee, berombak, sisik ikan dan lain2.

Saya juga cuba memahami bagaimana dan mengapakah seni visual ini dijadikan asas membina alat bantu mengajar bagi guru2 di sekolah. Hal ini kerana, bukan semua murid mampu menghasilkan hasil seni yang cantik dan kemas.

Namun, di akhir pembentangan, saya dapat output bahawa murid akan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan hasil seni sendiri dengan menyentuh aspek daya intuisi, persepsi dan lain2. Malah, bukan hasil yang menjadi keutamaan tetapi sepanjang proses menghasilkan bahan tersebut, apakah yang mereka telah pelajari.

Tuntasnya, saya amat berpuas hati dengan pembentangan tersebut dan akan saya gunakan sebaiknya apabila mengajar kelak. InsyaAllah.

Sekian, terima kasih.

Halawatul Iman on 17 August 2015 at 18:48 said... [Reply to comment]

Bismillah. Alhamdulillah, kumpulan 4 yang terdiri daripada Hani Farizah dan saya sendiri, Tansu Ciller telah membentangkan tajuk yang ke-4 iaitu seni visual.
Dalam perbentangan ini, kami menekankan asas-asas seni visual. Banyak perkara baru yang dikongsikan dengan rakan sekelas berkaitan dengan seni visual. Sebelum kami membuat perbentangan, saya sekadar melihat seni visual sesuai dilaksanakan oleh golongan yang mempunyai kemahiran seni yang tinggi. Namun, seni boleh dipupuk dan memerlukan minat supaya mampu memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian.
Seni visual merupakan satu kaedah yang boleh digunakan sebagai bahan bantu mengajar supaya sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik. Seni visual menekankan penggunaan motor halus. Terdapat empat bidang dalam seni visual iaitu melukis dan membuat gambar, membuat rekaan dan corak, membentuk dan membuat binaan, dan kraf tradisional .
Terdapat dua estetika dalam pendidikan seni visual iaitu peniruan sebagai representasi gambar dan imej. Yang kedua adalah ekspresi dalam perasaan dan emosi. Asas seni reka pula terbahagi kepada enam iaitu garisan, warna, jalinan , rupa , bentuk dan ruang. Prinsip seni reka dipecahkan kepada tujuh iaitu harmoni, penegasan, imbangan, kontra, pergerakan, kesatuan dan kepelbagaian.
Penambahbaikan kepada kumpulan ini adalah mempraktikkan asas-asas seni reka supaya dapat membantu meningkatkan kefahaman berkaitan dengan tajuk.
Sekian terima kasih.

Halawatul Iman on 17 August 2015 at 18:48 said... [Reply to comment]

Nor Liana Sakinah bt Zamani

Assalamualaikum. Pertama sekali, diucapkan tahniah kepada pembentangan kumpulan topik 5 yang bertajuk, Pengetahuan Asas Dalam Muzik. Berdasarkan pembentangan mereka, banyak input baru yang menarik yang telah saya pelajari.

Selama ini, pengetahuan saya tentang muzik amat cetek sekali. Saya hanya mengetahui bahawa muzik dimainkan menggunakan alat muzik, mempunyai pic, ada unsur solfa. Dan rupa-rupanya muzik juga mempunyai kaedah pengajaran seperti Kaedah Emily Jacques Dalcroze, Zoltan Kodaly, Carl Orff dan lain2.

Hal ini secara tidak langsung sangat membantu kami sebagai bakal guru untuk diimplimentasikan semasa proses PdP. Sesuai dengan diri saya yang sukar untuk merancang aktiviti PdP yang menarik, saya sangat gembira apabila dapat belajar tentang tajuk ini kerana dapat membantu saya bagaimana hendak melaksanakan aktiviti di dalam kelas menggunakan muzik dengan teknik yang betul. Dengan demikian, saya dapat menarik perhatian dan minat murid2 untuk belajar.

Dan alhamdulillah, usai pembentangan saya mengetahui bahawa warna ton sangat membantu guru untuk aktiviti pengamatan pendengaran di samping memperkembangkan nilai estetika dan ekspresi diri dalam diri murid2.

Justeru, saya sangat berpuas hati dengan pembentangan kumpulan ini dan berazam untuk mengaplikasikan pengetahuan saya dalam pengajaran kelak. InsyaAllah.

Sekian, terima kasih .

Twitter

SESI SEMESTER 1/2016 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template