Powered by Blogger.

Sunday 26 July 2015

KANAK-KANAK DAN SENI - PENDIDIKAN KHAS

18 comments:

Unknown on 2 August 2015 at 20:30 said... [Reply to comment]

Oleh: Atifah Ismail
Pembentangan kumpulan 2 adalah berkisar tentang kanak-kanak dan seni. Tajuk ini amat penting bagi kami bakal-bakal guru pendidikan khas kerana ianya amat dekat dengan dunia pk ini. Dalam pembentangan ini, pembentang telah berjaya mengulas dengan mendalam berkaitan keperluan perkembangan kanak-kanak dari pelbagai aspek (JERIS). Input yang saya terima dari kumpulan ini telah berjaya membuka mata saya supaya merancang aktiviti yang kreatif bagi membangunkan potensi murid dalam apa jua subjek sekalipun. Saya juga memperoleh pengetahuan berkaitan nilai etika dan estetika yang terdapat dalam seni yang dipersembahkan sama ada muzik, seni mahupun pergerakan. Kesemua nilai ini amat penting dalam perkembangan kendiri kanak-kanak dan saya sendiri sebagai guru pelatih kerana melalui nilai ini, kehalusan seni dalam sesuatu perkara itu dapat dicapai. Saya secara keseluruhannya amat berpuas hati dengan pembentangan kumpulan 2 kerana telah memberi input yang berguna bagi menyambung pelajaran SDP yang akan datang.

Halawatul Iman on 2 August 2015 at 21:16 said... [Reply to comment]

Oleh: Tansu Ciller bt Yusuf

Tajuk Kanak-Kanak dan Seni bersesuaian dengan fitrah kanak-kanak yang mementingkan keseronokan. Seni terbahagi kepada tiga pecahan dan kesemuanya mampu memenuhi emosi dan keperluan pelajar untuk bermain sambil belajar. Kanak-kanak bukan sahaja mampu mengisi keperluan emosi, malahan jasmani, intelek, rohani, estetik dan sosial. Kanak-kanak pada asasnya belajar melakukan sesuatu perkara melalui peniruan yang dilihat, disimpan, diproses dan dilaksanakan. Melalui lakuan ini, kanak-kanak secara tidak langsung dapat memneroka dan membentuk pengalaman tersendiri. Input terbaru yang diperolehi iaitu berkaitan perkembangan kanak-kanak melalui seni. Seni bukan sahaja membantu mengembangkan kreativiti malahan pemahaman dan kesedaran kendiri. Secara keseluruhannya, Kumpulan ini membentang dengan baik. Aktiviti yang dijalankan menarik seterusnya mampu menimbulkan keseronokan dalam diri guru pelatih.

Unknown on 2 August 2015 at 21:27 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, tajuk 2 bagi subjek Seni dalam Pendidikan iaitu kanak-kanak dan seni telah dibentangkan dengan baik oleh Nur Haziqah dan Wan Mas Adila pada beberapa minggu yang lalu.

Sebelum pembentangan ini dijalankan, saya berpendapat bahawa kanak-kanak amat menyukai perkara-perkara yang berkaitan dengan seni seperti menyanyi, menari, mewarna dan melukis. Lihat sahaja kanak-kanak di rumah yang sering melukis atau menconteng di dinding rumah, mengikut rentak lagu walaupun di usia yang masih kecil lagi. Namun begitu, saya tertanya-tanya adakah seni ini merupakan keperluan atau kehendak untuk dijadikan sebagai mainan suka bersama kanak-kanak atau hobi semata-mata. Walaubagaimanapun, selepas pembentangan ini, saya mendapati bahawa seni merupakan keperluan dan keinginan asas kanak-kanak dari segi intelek, jasmani, emosi, rohani, sosial dan juga estetik. Melalui pembentangan ini, saya dapat memahami dengan lebih mendalam bagaimana seni memainkan peranan yang penting dalam melengkapi kesemua aspek tersebut.

Pembentang telah menjalankan beberapa aktiviti yang menarik dan bermakna untuk dijalankan dalam pengajaran bilik darjah di akhir pembentangan. Namun begitu, pembentang boleh menambahbaik dengan menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut sebagai selingan semasa pembentangan supaya dapat mengkatifkan pendengar sekali gus menarik perhatian mereka.

Terima kasih.

Unknown on 3 August 2015 at 07:06 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum.
Nama: Fatin Nurain binti Md Azmi
Pada sesi kuliah kali ini, kumpulan kedua iaitu Nur Haziqah bt Abd Latif dan Wan Mas Adila bt Wan Mustofar telah melaksanakan pembentangan mereka yang berkaitan Kanak-kanak dan Seni dengan baik dan lancar. Para pembentang telah mempersembahkan slide pembentangan yang menarik, ringkas dan padat dengan maklumat yang bermakna. Pembentang dapat menerangkan isi yang hendak disampaikan dengan jelas berserta contoh dan huraian yang tepat dan bersesuaian dengan tajuk. Secara keseluruhannya, pembentangan mereka dilaksanakan dengan baik dan berkesan.
Melalui tajuk ini, saya sebelum ini telah mengetahui bahawa kanak-kanak dan seni saling berkait dan tidak dapat dipisahkan. Namun, pengetahuan saya tidak terlalu mendalam dalam perkara ini. Saya juga tertanya-tanya sejauh manakah seni dalam pendidikan ini berkaitan dengan perkembangan seseorang kanak-kanak. Jadi, pembentangan ini telah memberikan perspektif yang menarik dan mendalam tentang topik ini. Banyak pengetahuan yang dapat saya perolehi daripada pembentangan ini di mana keperluan dan keinginan asas kanak-kanak bukan sahaja dititikberatkan dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS), tetapi termasuk juga dalam aspek estetik (JERISE). Seni dan perkembangan JERISE kanak-kanak juga berkembang mengikut tahap dan prkembangan berlaku dengan baik apabila segala keperluan fisiologi dan psikologi kanak-kanak dipenuhi seperti mana yang dinyatakan dalam Hierarki Pembelajaran oleh Abraham Maslow. Tidak lupa juga dengan perkembangan kanak-kanak yang dilihat dari sudut pandangan tokoh Erik Erikson yang menyatakan setiap peringkat perkembangan kanak-kanak berbeza dan unik. Dalam masa yang sama, saya juga didedahkan dengan peri pentingnya perkembangan seni dalam diri kanak-kanak supaya mereka menjadi generasi baru yang berkembang secara holisik dan menyeluruh melalui kepelbagaian aktiviti penerokaan dan penggabungjalinan yang didedahkan oleh guru.

AfiqahMajeri on 3 August 2015 at 08:55 said... [Reply to comment]

Alhamdulillah, pembentangan yang baik daripada pembentang. Berdasarkan tajuk yang diberi, iaitu kanak-kanak dan seni, pembentang telah berusaha untuk mengupas isi tajuk dengan lebih mendalam lagi. Apa yang kita sedia maklum, kanak-kanak sememangnya menggemari aktiviti yang berkaitan dengan seni. Hal ini adalah kerana, pada usia kanak-kanak sememangnya mereka mempunyai daya imaginasi yang tinggi. Justeru, aktiviti seni adalah aktiviti yang amat bersesuaian bagi menarik minat mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Apa yang saya harapkan daripada pembentang ialah, pembentang dapat mengupas dengan lebih lanjut lagi bagaimana seni itu mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Dan sekiranya, seni itu tidak diterapkan semasa pembelajaran kanak-kanak, adakah kanak-kanak tersebut masih mampu untuk menjalani pembelajaran dengan baik ataupun tidak. Dan pada akhir pembentangan mereka tersebut, saya dapat mengetahui bahawa, kanak-kanak sememangnya memerlukan seni untuk perkembangan mental yang kreatif dan seterusnya melahirkan pelajar yang berkembang secara holistik. Seterusnya, berdasarkan kepada input yang disampaikan oleh pembentang, ia telah memberikan pengetahuan kepada saya bahawa, dalam mendidik para pelajar, aktiviti seni adalah amat penting bagi merangsang daya kreativiti pelajar tersebut. Bukan terhad kepada kanak-kanak sahaja,bahkan semua peringkat umur pun memerlukan seni dalam pendidikan mereka dan berbeza mengikut tahap masing-masing.

Siti Nur Farah on 3 August 2015 at 10:30 said... [Reply to comment]

Nama : Siti Nur Farah binti Zainuddin

Assalamualaikum w.b.t, alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana kita sudah menghabiskan Topik 2 Kanak-kanak dan Seni bagi subjek Seni dalam Pendidikan ini. Terdapat banyak ilmu pengetahuan baru yang dapat diperoleh yang boleh diaplikasikan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran semasa mengajar kelak. Bagi topik 2 ini, saya dapat mengetahui bahawa kanak-kanak dilahirkan dengan keperluan dan keinginan untuk mengeksplorasi dunia di sekeliling mereka. Terdapat seni muzik, seni pergerakan dan seni visual bagi seni dalam pendidikan ini. Bagi W (What I Want To Know), saya ingin mengetahui bagaimana seni dalam pendidikan ini dapat membantu kanak-kanak dalam pembelajaran dan antara aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dilakukan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan antara tiga seni ini. Selepas mempelajari Topik 2, saya semakin memahami bagaimana seni dapat membantu dalam pendidikan yang berkesan dan saya turut dapat menyumbang idea antara aktiviti lain yang boleh dilakukan. Pembentangan yang disampaikan oleh pembentang sangat menarik dan mudah difahami kerana disokong oleh bahan sokongan seperti video dan gambar yang berkaitan. Suara pembentang juga lantang dan aktiviti yang dijalankan sangat menarik. Sekian, terima kasih.

Unknown on 3 August 2015 at 18:33 said... [Reply to comment]

Nama: Hani Farizah Binti Japri
Berdasarkan pembentangan yang disampaikan oleh Nur Haziqah dan Wan Mas Adila mengenai tajuk kanak-kanak dan seni pendidikan khas telah dapat membuka minda saya bahawa aspek seni iaitu pergerakan, muzik dan seni visual juga merupakan aspek penting yang perlu diterapkan kepada kanak-kanak pendidikan khas dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya dapat melahirkan murid yang seimbang selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Khas.
Segala input yang dibincangkan tentang keperluan kanak-kanak berkeperluan khas serta keinginan kanak-kanak untuk memperoleh kesempurnaan kendiri yang dijelaskan dalam hierarki keperluan Maslow dapat membuka minda saya, bahawa dengan mengaplikasikan unsur seni dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah bukan sahaja dapat menarik minat murid untuk belajar, malah dapat meningkatkan motivasi murid untuk belajar kerana penyampaian guru yang menarik dan kreatif. Malah aktiviti seni dalam pergerakan, muzikal dan seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan dan membentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur dan dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi. Seperti contoh, aktiviti melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak lebih-lebih lagi kepada kanak-kanak pendidikan khas, melalui lukisan kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot mereka dan aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak.
Oleh yang demikian, saya sangat berpuas hati dengan pembentangan yang disampaikan oleh sahabat saya kerana bukan sahaja dapat menambah pengetahuan malah saya juga dapat mengaplikasi pengetahuan yang diperoleh semasa mengajar di sekolah nanti, Insyaallah.

Unknown on 3 August 2015 at 20:07 said... [Reply to comment]

Berdasarkan pembentangan yang telah disampaikan oleh kumpulan 2 ini mendedahkan saya dan juga rakan-rakan kelas yang lain mengenai perkaitan kanak-kanak dan seni. Dengan ini, saya dapat mengetahui kepentingan seni kepada kanak-kanak yang dapat membantu perkembangan mereka dalam pelbagai aspek. Perkongsian maklumat ini sedikit sebanyak menambahkan pengetahuan saya sebagai seorang bakal guru dalam merancangan aktiviti yang bersesuaian kepada kanak-kanak terutamanya kanak-kanak Pendidikan Khas yang memerlukan perancangan aktiviti yang selaras dengan tahap keupayaan mereka serta dapat meningkatkan tahap penumpuan mereka di dalam kelas. Melalui pembentangan ini juga dapat meningkatkan pengetahuan kami mengenai nilai etika dan estetika dalam seni sama ada seni muzik, seni visual dan seni pergerakan. Jelaslah di sini bahawa perkaitan antara kanak-kanak dan seni amat penting dalam proses pembelajaran dan perkembangan mereka. Pembentangan oleh kumpulan 2 ini memuaskan kerana maklumat yang disampaikan sangat bermanfaat kepada seorang bakal guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan merancang aktiviti yang akan dijalankan di dalam bilik darjah.

apple mint :) on 4 August 2015 at 09:30 said... [Reply to comment]

Oleh: Siti Aisyah binti Nasarudin
Umum mengetahui bahawa fitrah kanak-kanak adalah untuk meneroka dunia di sekeliling mereka. Menggunakan seni, kanak-kanak dapat mengekspresikan perasaan ingin tahu dan kehendak mereka. Berdasarkan pembentangan daripada Kumpulan 2 berkenaan tajuk Kanak-kanak dan Seni, saya dapat mengetahui dengan lebih jelas perkaitan seni dalam pembinaan insan yang holistik. Sebelum ini saya hanya mengetahui bahawa seni dan kanak-kanak ini tidak dapat dipisahkan kerana murid berasa seronok apabila pembelajaran dijalinkan dengan seni. Namun setelah mendengar pembentangan yang jelas oleh kumpulan 2, saya dapat mengaitkan pengetahuan sedia ada saya dengan isi pembentangan yang disampaikan iaitu seni dalam pendidikan bukan sahaja memberi elemen keseronokan malah lebih luas daripada itu seperti dapat meningkatkan emosi, rohani, intelek, sosial, estetik dan jasmani kanak-kanak. Melalui seni juga, kanak-kanak dapat meningkatkan kreativiti mereka di samping memudahkan mereka memahami isi pembelajaran yang ingin disampaikan oleh guru. Berdasarkan apa yang saya ketahui dan apa yang baru saya pelajari, pemahaman saya terhadap seni dan kanak-kanak menjadi semakin jelas. Pembentang berjaya memberikan hujah-hujah dan input yang bernas bagi menerangkan tajuk pembentangan dengan baik. Pada masa akan datang, saya pasti akan menggunakan seni dalam pengajaran dan pembelajaran kerana semangnya seni dapat membantu perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak yang seimbang.

Unknown on 4 August 2015 at 10:12 said... [Reply to comment]

Kanak-kanak dan seni sudah sememangnya tidak dapat dipisahkan. Pada kebiasaannya, kanak-kanak mengekspresikan diri mereka melalui ketiga-tiga jenis seni iaitu seni visual, seni muzik dan seni pergerakan sama ada secara formal mahupun tidak formal. Berdasarkan pembentangan yang bertajuk Kanak-kanak dan Seni, pada pandangan saya pembentang telah melaksanakan tugasan dengan baik. Teori Keperluan Maslow yang diterangkan tentang keperluan dan keinginan asas kanak-kanak merupakan antara perkara penting yang perlu diambil berat oleh seorang guru. Hal ini kerana untuk mencapai objektif pembelajaran, keperluan asas murid bermula dari fisiologi, keselamatan, kasih dan sayang, penghargaan sehinggalah kesempurnaan kendiri perlu dipenuhi terlebih dahulu. Melalui penerapan seni dalam pembelajaran, perkembangan kanak-kanak dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, sosial dan estetik dapat dipupuk secara tidak langsung semasa melaksanakan aktiviti di bilik darjah. Pembentang telah menjelaskan dengan baik di mana dalam mengekspresikan diri, murid-murid akan meluahkan rasa hati mereka dengan mencipta sesuatu dengan menggunakan kaedah dan cara tersendiri dalam pelbagai bentuk. Hal ini disebut sebagai kreativiti. Saya dapat mengetahui bahawa kebebasan yang terkawal yang diberikan kepada murid semasa melaksanakan aktiviti dapat menjana idea serta mengasah bakat dan kreativiti murid di mana mereka dapat membina pengalaman baru hasil daripada beberapa penerokaan dalam kehidupan seharian. Di samping itu, mereka juga akan berasa seronok apabila dapat mencipta sesuatu yang baru. Oleh itu, dengan mengetahui seni dalam pendidikan ini penting, pada masa akan datang, saya perlu bersikap kreatif dalam merancang pengajaran dan pembelajaran agar murid lebih bersemangat untuk belajar dalam suasana yang menyeronokkan dan tidak lupa juga untuk mengambil berat tentang keperluan-keperluan mereka.

Unknown on 5 August 2015 at 07:16 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum, berdasarkan pembentangan yang menarik daripada pembentang terdapat pelbagai ilmu pengetahuan yang berjaya saya perluaskan terutamanya mengenai kaitan antara kanak-kanak dan juga seni. Sebelum saya didedahkan dengan tajuk seni ini, saya terlebih dahulu mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan mengenai keperluan dan keinginan asas kanak-kanak seperti jasmani, emosi, intelek dan sebagainya serta bagaimana seseorang kanak-kanak itu melalui proses perkembangan. Menariknya, input-input yang saya peroleh menerusi pembentangan tersebut telah banyak membuka minda saya bahawa seni ini merupakan salah satu wahana penting yang mampu menyumbang dalam perkembangan kanak-kanak yang positif daripada pelbagai aspek. Hal ini kerana, menerusi seni kanak-kanak bukan sahaja dapat meningkatkan kreativiti mereka bahkan mampu menajamkan lagi kemahiran berfikir mereka. Perkara ini sekaligus dapat membantu negara dalam merealisasikan hasrat untuk membentuk generasi minda kelas pertama kelak. Akhir sekali, saya berharap agar saya dapat mencedok banyak lagi ilmu mengenai pendidikan dan seni ini terutamanya ilmu tentang bagaimana saya sebagai seorang guru kelak dapat mengaplikasikan pelbagai kemahiran seni dalam sesi pengajaran dan pembelajaran supaya murid-murid saya terhibur.
Sekian, terima kasih

Unknown on 5 August 2015 at 12:11 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum. Alhamdulillah pembentangan ini berjalan dengan lancar. Sebelum pembentangan, apa yang saya ketahui ialah kanak-kanak sememangnya begitu sinonim dengan seni yang merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan seni tidak kira sama ada seni visual, seni muzik atau seni pergerakan. Tambahan pula, terdapat beberapa perkara yang menarik minat saya terhadap topik ini iaitu bagaimana seni dapat memenuhi keperluan asas kanak-kanak dalam meningkatkan perkembangan kognitif, fizikal, emosi, sosial dan estetik mereka selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang bermatlamat untuk melahirkan pelajar yang seimbang dan harmonis. Melalui pembentangan ini, saya menyedari bahawa kanak-kanak harus dilatih sejak awal lagi dalam mengasah bakat dan personaliti mereka serta menerapkan nilai-nilai estetik dalam melahirkan insan yang berpotensi secara menyeluruh. Seterusnya, melalui penerokaan dan perbincangan telah dibuat bersama rakan-rakan, saya dapat mengetahui mengapa kanak-kanak gemarkan seni. Hal ini adalah kerana fitrah manusia yang amat gemar akan sesuatu yang indah. Selain daripada itu, saya juga mengetahui cara bagaimana seni dapat memperkembangkan murid dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Akhir sekali, saya berharap dapat meningkatkan nilai estetika dalam diri saya untuk lebih menghargai seni. Kesimpulannya, kanak-kanak dan seni sememangnya tidak boleh dipisahkan. Mereka amat gemarkan seni kerana seni dapat merangsang pemikiran kreatif mereka serta dapat mendorong mereka untuk mengekspresikan bakat dan potensi dalam mereka yang terpendam.

Unknown on 5 August 2015 at 17:58 said... [Reply to comment]

Berdasarkan pembentangan yang telah dilakukan, saya telah mengetahui bahawa kanak-kanak memerlukan keperluan asas yang perlu dipenuhi yang terdapat di dalam teori keperluan Maslow. Di sini, guru perlu memainkan peranan agar memastikan keperluan asas murid dipenuhi semasa di dalam kelas. Pembentang telah menerangkan dengan mendalam mengenai keperluan dan keinginan asas pelajar dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek, social dan estetik. Apabila mempelajari tajuk ini, saya menyedari bahawa estetik merupakan situasi di mana kita menilai tentang konsep dan keindahan. Saya juga turut dapat mengetahui kanak-kanak dan seni tidak boleh dipisahkan terutama dalam melibatkan perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak. Keadaan ini disebabkan oleh daya krativiti dan pemahaman kanak-kanak akan lebih meluas dan dapat dipertingkatkan dengan adanya pengalaman langsung yang ditempuh oleh kanak-kanak. Secara keseluruhannya, pembentang mampu untuk menyampaikan isi pembentangan dengan menarik dan jelas terutama di dalam aspek keperluan dan keinginan asas kanak-kanak.

Unknown on 9 August 2015 at 17:45 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Tahniah diucapkan kepada kumpulan 2 iaitu Nur Hazika dan Wan Mas Adila diatas pembentangan yang cukup menarik dan sarat dengan ilmu baharu. Berdasarkan pengetahuan sedia ada saya, kanak-kanak dan Seni merupakan dua entiti berbeza namun saling berkait antara satu sama lain. Kebiasaannya kanak-kanak lebih berminat untuk belajar seni kerana ianya menarik, tidak membosankan serta tidak memerlukan mereka menghafal dan memerah otak sehingga boleh menyebabkan yakni memberi tekanan kepada kanak-kanak itu sendiri. Apa yang saya ingin tahu lebih lanjut melalui tajuk kanak-kanak dan seni ini ialah apakah perkaitan perkembangan kanak-kanak dan seni. Selain itu, saya juga ingin mengetahui bagaimana dan apakah kaedah yang sesuai bagi menggabungjalinkan seni dalam sesi pengajaran dan pembelajaran untuk menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Melalui pembentangan ini saya mengetahui lebih lanjut akan keperluan dan keinginan asas kanak-kanak dan remaja dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, sosial, estetik (JERISE). Keperluan dan keinginan asas kanak-kanak menurut Herarki Maslow terbahagi kepada 5 komponen iaitu penyempurnaan dari aspek fisiologi, keselamatan kasih sayang, penghargaan dan penyempurnaan kendiri. Dalam pada itu, saya juga mengetahui lebih lanjut tentang ciri-ciri perkembangan kanak-kanak dan bagaimana seni mempengaruhi yakni membantu perkembangan kanak-kanak melalui 3 aspek iaitu kesedaran kendiri, kefahaman dan akhir sekali kreativiti.

Unknown on 9 August 2015 at 17:46 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Tahniah diucapkan kepada kumpulan 2 iaitu Nur Hazika dan Wan Mas Adila diatas pembentangan yang cukup menarik dan sarat dengan ilmu baharu. Berdasarkan pengetahuan sedia ada saya, kanak-kanak dan Seni merupakan dua entiti berbeza namun saling berkait antara satu sama lain. Kebiasaannya kanak-kanak lebih berminat untuk belajar seni kerana ianya menarik, tidak membosankan serta tidak memerlukan mereka menghafal dan memerah otak sehingga boleh menyebabkan yakni memberi tekanan kepada kanak-kanak itu sendiri. Apa yang saya ingin tahu lebih lanjut melalui tajuk kanak-kanak dan seni ini ialah apakah perkaitan perkembangan kanak-kanak dan seni. Selain itu, saya juga ingin mengetahui bagaimana dan apakah kaedah yang sesuai bagi menggabungjalinkan seni dalam sesi pengajaran dan pembelajaran untuk menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Melalui pembentangan ini saya mengetahui lebih lanjut akan keperluan dan keinginan asas kanak-kanak dan remaja dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, sosial, estetik (JERISE). Keperluan dan keinginan asas kanak-kanak menurut Herarki Maslow terbahagi kepada 5 komponen iaitu penyempurnaan dari aspek fisiologi, keselamatan kasih sayang, penghargaan dan penyempurnaan kendiri. Dalam pada itu, saya juga mengetahui lebih lanjut tentang ciri-ciri perkembangan kanak-kanak dan bagaimana seni mempengaruhi yakni membantu perkembangan kanak-kanak melalui 3 aspek iaitu kesedaran kendiri, kefahaman dan akhir sekali kreativiti.

Unknown on 17 August 2015 at 05:27 said... [Reply to comment]

Assalamuaalaikum,
Pertama sekali, bersyukur ke hadrat illahi kerana saya bersama dengan pasangan saya, Wan Mas Adila binti Wan Mustofar dapat menghuraikan maklumat berkaitan dengan seni dan kanak-kanak. Berdasarkan pembentangan yang lalu, beberapa maklumat dapat dikaitkan dengan tajuk kedua ini, dimana kanak-kanak sememangnya mempunyai sifat semula jadi dalam seni yang merangkumi seni visual, seni muzik, ataupun seni pergerakan. Dapatan yang saya peroleh setelah membentangkan tajuk ini ialah, bagaimana seni dapat memenuhi keperluan asas kanak-kanak dalam meningkatkan perkembangan kognitif, fizikal, emosi, sosial dan estetik mereka. Dalam teori keperluan Maslow, keperluan asas kanak-kanak itu perlulah dipenuhi untu mencapai tahap kendiri yang sempurna dan baik. Oleh itu, pada pandangan saya, sebagai seorang guru perlulah memainkan peranan dalam memenuhi keperluan asas murid misalnya, murid perlulah diberi penghargaan dan kasih sayang setelah mereka berjaya melaksanakan tugasan. Manakala, pelajar yang tidak dapat melaksanakan tugasan, guru juga harus memberi pujian dan peneguhan kepada mereka, kerana ia dapat meningkatkan motivasi dalam diri dan sseterusnya mereka akan berusaha dan memperbaiki diri mereka. Di samping itu, keperluan perkembangan kanak-kanak dari pelbagai aspek (JERIS) perlulah diberi penekanan oleh guru semasa mengajar. Misalnya, guru perlu merancang aktiviti yang kreatif bagi membangunkan potensi murid dalam apa jua subjek sekalipun. Hal ini kerana, murid akan lebih bersemangat dan seronok ketika pengajaran dan pembelajaran (PdP).

nur hijjah on 17 August 2015 at 09:08 said... [Reply to comment]

Kanak-kanak dan seni ini tidak boleh diasingkan. Oleh itu, pada pengetahuan saya seni ini merupakan satu pendekatan yang sangat menarik kepada kanak-kanak. Hal ini kerana melalui seni sesuatu pembelajaran boleh berlaku walaupun subjek yang sedang diajar merupakan satu subjek yang tidak diminati oleh kanak-kanak. Adakah kanak-kanak ini faham mengenai seni atau mereka hanya melihat kepada perkara yang menonjol seperti warna, rancak seperti dalam muzik atau pergerakan? Berdasarkan pembentangan saya dapat mengetahui dan kaitkan persoalan saya ini bahawa kanak-kanak ini ingin meneroka untuk mengetahui duni di sekeliling mereka. Oleh itu, pentingnya seni kepada kanak-kanak di samping memenuhi keperluan Maslow. Berdasarkan pembentangan ini juga saya dapat mengetahui bahawa seni ini memberi impak yang sangat positif kepada kanak-kanak baik dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, sosial malah estetika juga. Hal ini kerana, seni ini menjadi satu platform yang boleh digunakan dalam proses perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak. Pendapat saya kepada pembentang kumpulan 2 iaitu Wan Mas Adila binti Wan Mustofar dan Nur Haziqah binti Abd Latif sangat bagus. Hal ini kerana mereka dapat menerangkan isi-isi yang ada di slide power point dengan baik sekali. Walhal mereka juga dapat memberi pengalaman sendiri kepada kami dengan membawa kami merasa melakukan pergerakan berdasarkan lagu yang diberikan.

khadijah on 17 August 2015 at 11:22 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum w.b.t, saya mendapati bahawa pembentang bagi tajuk 2 ini sangat berinformasi dan banyak membantu dari segi pemahaman tentang kepentingan seni kepada kanak-kanak. Hal ini kerana, pembentang telah membentangkan 3 perkara domain yang perlu setiap orang atau bakal ibu bapa ketahui tentang kanak-kanak iaitu keperluan dan keinginan asas kanak-kanak, perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak dan juga perkembangan kanak-kanak melalui seni. Melalui tajuk ini, kita akan mengetahui tentang perkembangan kanak-kanak secara holistic dan terperinci. Selain itu, setiap gerak geri dan tingkah laku kanak-kanak ini memberikan nilai estetika dan maksud yang tersendiri. Jadi, apabila kanak-kanak berkelakuan pelik dan tidak mengikut seperti yang sepatutnya kanak-kanak sebaya lakukan, maka, guru atau ibu bapa dapat megetahui dengan cepat dan memberikan intervensi yang sepatutnya kepada mereka. Tambahan pula, melalui tajuk ini juga, saya mengetahui bahawa proses kreativiti melibatkan perasaan dalaman kanak-kanak, imaginasi dan kreativiti. Selain itu, kanak-kanak juga boleh meluahkan perasaan mereka secara lahiriah dan orang dewasa perlu faham dan hargai kreativiti dan perasaan mereka. Jangan hanya menyalahkan jika adanya contengan di dinding rumah, tetapi, hargai kreativiti mereka. Cuma, ibu bapa dan guru perlu bijak dalam menangani masalah ini dengan memberikan bilik khas untuk kanak-kanak meluahkan kreativiti mereka. Jadi, topik ini sangat bermanfaat dan memberi info yang banyak mengenai kepentingan seni dan kaitannya dengan keinginan serta keperluan asas kanak-kanak dalam menjalani proses pertumbuhan dan perkembangan secara holistik.

Twitter

 

SESI SEMESTER 1/2016 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template