Powered by Blogger.

Thursday 11 July 2013

PEMBENTANGAN MINGGU 1 KUMPULAN 4

ISL KUMP 4

17 comments:

Unknown on 13 July 2013 at 08:23 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum.

Pembentangan kali ini lebih menekankan kepada peringkat Pengutaraan Kanak-Kanak mengikut teori Herbert Read dan Viktor Lowenfeld. Teori – teori yang mefokuskan kepada perkembangan seni visual kanak – kanak telah memberi kesan mendalam kepada saya. Saya mula belajar untuk memahami kanak – kanak dan perkembangan mereka. Setelah mengetahui semua peringkat perkembangan kanak – kanak mengikut teori Lowenfeld, perkara yang dilakukan oleh kanak – kanak seperti contengan merupakan ialah normal. Sesetengah orang dewasa yang tidak menyukai anak – anaknya untuk mengalami proses ini kerana menganggap ia menyusahkan dan tidak berkaitan dengan pembelajaran akademik. Maka, perkembangan kanak - kanak akan terbantut kerana tidak diberi peluang untuk mengalami proses dalam kehidupan mereka.

Selain itu, saya pelajari bahawa sebagai seorang guru, saya perlu prihatin mengenai perkembangan ini terutama ketika membuat rancangan pengajaran harian. Walaupun bidang pengkhususan saya ialah bahasa Inggeris, saya perlu mengintegrasikan seni dalam pengajaran dan saya perlu menyediakan aktiviti yang bersesuaian dengan peringkat perkembangan kanak – kanak agar pembelajaran lebih bermakna.

Sekian, terima kasih.

Unknown on 16 July 2013 at 06:43 said... [Reply to comment]

Pada pendapat saya warna sangat memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian. Ini kerana melalui warna kita mengetahui personaliti kita dan secara tidak langsung orang lain juga akan turut memahami kita.

Mempelajari tajuk warna ini membuatkan saya ingin mengkaji warna kegemaran rakan saya dan mengenali mereka dengan lebih dekat tanpa mereka etahui. Pada endapat saya melalui warna dan seni kita dapat mengenal dalmaan seseorang .
Pembentangan pada kali ini membuatkan saya merasakan warna dapat mempengaruhi emosi seseorang. Bagi saya yang sangat menyukai warna merah jambu bermaksud saya seorang yang sangat sensitif. Oleh itu, saya perlu mengurangkan barang dan baju yang berwarna merah jambu kerana dalam sesuatu keadaan menjadi seseorang yang sangat sensitive adalah tidak bagus.

Bukan itu sahaja, pada semester 3 kami telah diarahkan untuk menulis journal harian di mana journal itu merupakan journal yang ditulis daripada semester satu hingga 3. Saya amat terkejut apabila pensyarah menegur saya “Mengapa kamu menggunakan warna hitam sebagai latar belakang journal kamu? There must be something wrong with you?” Kini apabila belajar mengenai warna saya kini sedar mengapa saya menggunakan latar hitam pada ketika itu. Sebagai guru, saya haruslah peka dengan warna kegemaran pelajar saya kerana melalui warna ini saya dapat mengenali karekter mereka dengan lebih jelas. Namun begitu, ini hanyalah suatu kajian yang telah dijalankan dan sebagai guru kita boleh menggunakan kajian ini sebagai panduan tetapi tidak terlalu taksub

Unknown on 16 July 2013 at 08:37 said... [Reply to comment]

oleh Nurul Izzati Shuib
Assalamualaikum wbt.
Pembentangan kumpulan keempat dilihat agak menarik kerana paparan yang dipancarkan berwarna-warni sesuai dengan tajuk yang mereka bentangkan. Pembentangan pada kali ini berbeza kerana kumpulan berkenaan membentangkan tajuk mengenai perkembangan JERISE kanak-kanak, peringkat pengutaraan tampak kanak-kanak dan juga bagaimana warna dapat mempengaruhi mood seseorang. Pada hemat saya, warna sangat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian terutamanya kepada kanak-kanak yang berada dalam proses tumbesaran. Warna mencerminkan personaliti diri kanak-kanak dan membolehkan para guru untuk lebih mengenali perilaku dan perwatakan pelajar-pelajar mereka. Selain daripada itu, saya juga mengetahui sedikit sebanyak mengenai peringkat pengutaraan kanak-kanak dimana kanak-kanak mula menulis atau melukis dengan menggunakan cara contengan. Seterusnya, apabila usia mereka semakin meningkat, lukisan yang dihasilkan nampak lebih realistik, menarik dan membawa maksud yang mendalam kepada orang yang melihatnya. Tambahan lagi, para guru terutamanya harus mempunyai kemahiran untuk memahami apa yang cuba disampaikan oleh pelajar-pelajar mereka agar nilai estetika dalam karya yang dihasilkan dapat dipersembahkan. Oleh yang demikian, sebagai bakal guru, kita seharusnya memupuk satu nilai penghargaan terhadap karya yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar dan tidak hanya mengkritik seterusnya menjadikan mereka tidak bermotivasi. Sekian, terima kasih.

Unknown on 16 July 2013 at 08:49 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum.

Pembentangan kali ini lebih menekankan kepada peringkat Pengutaraan Kanak-Kanak mengikut teori Herbert Read dan Viktor Lowenfeld. Teori – teori yang mefokuskan kepada perkembangan seni visual kanak – kanak telah memberi kesan mendalam kepada saya. Saya mula belajar untuk memahami kanak – kanak. Setelah mengetahui semua peringkat perkembangan kanak – kanak mengikut teori Lowenfeld, perkara yang dilakukan oleh kanak – kanak seperti contengan merupakan ialah normal. Sesetengah orang dewasa yang tidak menyukai anak – anaknya untuk mengalami proses ini kerana menganggap ia menyusahkan dan tidak berkaitan dengan pembelajaran akademik.

Selain itu, saya pelajari bahawa sebagai seorang guru, saya perlu prihatin mengenai perkembangan ini terutama ketika membuat rancangan pengajaran harian. Walaupun bidang pengkhususan saya ialah bahasa Inggeris, saya perlu mengintegrasikan seni dalam pengajaran dan saya perlu menyediakan aktiviti yang bersesuaian dengan peringkat perkembangan kanak – kanak agar pembelajaran lebih bermakna.

Sekian, terima kasih.

Unknown on 16 July 2013 at 10:23 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum...

Pada pembentangan kali ini, saya mempelajari ilmu baharu tentang bagaimana warna mempengaruhi mood dan perangai seseorang individu. Sebagai contoh, bagi warna merah jambu ia melambangkan ‘oversensitivity’ dimana dengan mengetahui tentang ini, saya cuba menghubungkan dengan realiti hidup saya dimana salah seorang rakan saya menyukai warna ini dengan sifat yang ada pada beliau. Secara realitinya, beliau merupakan seorang yang sangat penyanyang tetapi juga ‘oversensitive’ dan mudah tersinggung. Ini memberikan saya sedikit sebanyak gambaran tentang situasi yang akan saya hadapi semasa disekolah kelak dimana setiap murid mempunyai perangai yang berbeza dan terkadang akan melampaui batas sekiranya tidak dibendung. Oleh itu, saya perlu mendalami ilmu tentang pemilihan warna dalam mengendalikan bilik darjah di sekolah kelak.

Sebelum pembentangan bermula, saya ada terbaca satu artikel dimana ia menerangkan tentang warna juga mempengaruhi kandungan nutrisi dalam buah-buahan serta sayur-sayuran. Warna pada buah-buahan dan sayur-sayuran bukan sahaja cantik dan menyelerakan malahan juga mempunyai kelebihan nutrisi yang sangat baik untuk kesihatan dan pertumbuhan badan. Sebagai contoh, warna merah dapat melancarkan pembuangan air kecil dan melicinkan kulit. Ini merupakan suatu ilmu berberguna yang dapat saya kongsikan bersama rakan-rakan dan murid-murid kelak. Secara tidak langsung,ini menunjukkan bahawa tajuk warna ini tidak hanya dipelajari dan berhubungkait dengan sesi pengajaran dan pembelajaran malahan juga di luar bilik darjah.

Konklusinya,warna memainkan peranan dalam mempengaruhi mood dan perangai seseorang individu dan juga membantu dalam pertumbuhan tubuh badan secara saintifiknya.

Unknown on 16 July 2013 at 21:21 said... [Reply to comment]

Assalammualaikum. Pembentangan kumpulan 4 ini adalah daripada kumpulan saya dan banyak perkara yang saya belajar sebagai pembentang terutamanya. Sebagai pembentang, saya selalu diingatkan oleh para pensyarah untuk memahami secara dalam dan menjadi pakar di dalam sesebuah topik yang akan dibentangkan dan ketika membuat pembentangan ini saya cuba untuk memahami dan menghuraikan segala perkara yang saya tahu. Implikasinya, saya berasa sangat yakin ketika membentang kerana saya tahu perkara yang saya ingin sampaikan. Malah, saya juga mempelajari bahawa ketika pembentangan haruslah memastikan semua orang memberikan perhatian supaya mereka faham dan mengambil bahagian di dalam perbincangan dan mengelakkan pembelajaran menjadi pasif. Sebagai siswi pendidik, ini boleh diaplikasikan ketika di sekolah nanti iaitu dengan memastikan semua murid-murid memberikan sepenuh perhatian sebelum pengajaran dimulakan. Melalui topik yang dibentangkan juga, saya mempelajari bahawa setiap kanak-kanak akan melalui proses yang sama dalam menghasilkan seni lukis, iaitu bermula dengan contengan dan seterusnya akan menjadi suatu lukisan yang bermakna dan cantik. Perkara-perkara tersebut juga dilalui oleh saya. Justeru, sebenarnya seseorang itu perlu melalui beberapa proses yang bermakna sebelum menghasilkan satu seni yang cantik.

Ash Izzati on 17 July 2013 at 09:04 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum…
Bagi pembentangan kumpulan 4, saya dapati saya sudah mengetahui sedikit sebanyak mengenai tajuk pembentangan memandangkan kumpulan saya juga perlu membentangkan tajuk sama. Tapi apa yang dapat saya simpulkan disini bahawa kumpulan ini banyak menyediakan contoh gambar-gambar yang memudahkan kami memahami tajuk ini. Namun, saya dapati masa amat mencemburui pembentangan mereka yang menyebabkan kesulitan bagi mereka untuk menerangkan dengan lebih jelas mengenai sesuatu topik. Jadi, mereka perlu menggunakan kebolehan mereka untuk meringkaskan sesetengah maklumat. Jadi apa yang merungsingkan saya ialah terdapat beberapa maklumat penting yang tidak diterangkan kerana kesuntukan masa. Oleh itu, mereka perlu lebih peka agar dapat meringkaskan maklumat yang ingin disampaikan dalam pembentangan mereka.

Unknown on 17 July 2013 at 09:18 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum...

Melalui pembentangan yang telah dibentangkan oleh kumpulan 4, saya dapat mengetahui tentang peringkat pengutaraan kanak-kanak dengan lebih terperinci. Peringkat pengutaraan ini telah diperkenalkan oleh Viktor Lowenfeld. Beliau telah mengelaskan peringkat-peringkat tersebut bermula dari kanak-kanak hingga remaja. Peringkat-peringkat tersebut ialah contengan (2-4 tahun), pra skematik (4-7 tahun), skematik (7-9 tahun), awal realisme (9-12 tahun), penakulan(12-14 tahun) dan remaja (14-17 tahun). Menerusi peringkat-peringkat ini saya dapat melihat perkembangan dan tahap sesuatu lukisan itu iaitu bermula dengan contengan dan berakhir dengan lukisan yang berbentuk emosi dan perasaan. Pada kebiasaanya, seorang kanak-kanak akan bermula dengan contengan. Pada ketika ini, mereka akan memulakan dengan contengan tanpa kawalan, contengan terkawal dan contengan bermakna. Semasa adik saya berusia antara 2-4 tahun, saya dapat melihat dengan jelas adik saya menconteng dinding dan buku-buku saya. Pada waktu itu, saya tertanya-tanya di dalam hati, mengapa adik saya menconteng dinding dan apakah perasaan mereka semasa menconteng.

Apabila belajar tentang peringkat-peringkat ini , saya dapat rasakan yang saya belum mencapai tahap-tahap tersebut dan belum mampu untuk menghasilkan lukisan pada tahap remaja. Tetapi, sejujurnya saya gemar dan berminat melukis lukisan yang disertakan contoh seperti Mickey Mouse dan sebagainya. Walaupun tidak dapat menghasilkan lukisan yang cantik namun saya tetap berpuas hati dengan apa yang saya lukis. Sebagai seorang bakal guru, saya telah belajar betapa pentingnya peringkat-peringkat pengutaraan ini kepada kanak-kanak dan saya sedar betapa pentingnya seni kerana seni dapat membantu kita untuk meluahkan perasaan kita dan sebagainya.

Unknown on 17 July 2013 at 16:20 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum, dalam perbentangan Kumpulan 4, mereka membentangkan mengenai perkembagan JERISE kanak-kanak. Sepertimana yang sedia maklum, dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ada ditekankan mengenai perkembangan JERISE ini. Hal ini jelas menunjukkan bahawa perkembangan yang holistik ini amatlah penting untuk kanak-kanak terutamanya pelajar sekolah. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai seorang guru untuk memaksimumkan perkembangan mereka secara holistik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi mencapai tujuan tersebut, guru sepatutnya memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk memperkembangkan keperluan masing-masing. Ia boleh dilakukan dengan melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran ataupun menjalankan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar. Bagi saya perkara ini amat penting dalam memastikan keperluan pelajar ini dapat dibangunkan dan diperkembangkan secara optimum.

Unknown on 18 July 2013 at 04:36 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum
Berdasarkan tugasan ISL minggu kedua ini, nampaknya pembentangan bertukar rentak daripada yang memfokuskan amali iaitu menyediakan aktiviti berirama kepada penjelasan teori- teori peringkat pengutaraan kanak- kanak. Oleh yang demikian, penerangan yang lebih teliti harus diberikan namun memandangkan tempoh masa kurang mencukupi, teori- teori ini hanya dapat dibincangkan secara sepintas lalu sahaja. Hasilnya, pemahaman saya dalam tajuk ini kurang jelas. Tetapi, saya memuji penyediaan slaid pembentangan kumpulan ini yang kreatif dan ceria terutama pada bahagian ketiga pembentangan. Tajuk ‘Bagaimana Warna dapat Mempengaruhi Mood’ sememangnya menarik untuk dikaji. Melalui warna sebenarnya personaliti seseorang itu dapat dikenalpasti malah apa yang lebih penting warna dapat menjadi seakan- akan satu medium untuk mengubah mood seseorang. Jadi, bagaimana warna ini dapat dikaitkan dengan seorang guru dan pengajarannya di sekolah? Pada pendapat saya, guru boleh membina personaliti diri melalui pemilihan warna pakaian misalnya, jika seorang guru itu mengalami masalah atau sedikit gangguan emosi, guru boleh memilih pakaian berwarna lembut untuk dipakai contohnya merah jambu kerana dipercayai warna ini dapat memberi kelegaan, ketenangan dan kemesraan kepada pemakainya. Oleh yang demikian, guru tidak akan mudah terbawa- bawa oleh emosi yang kurang sihat yang mampu menjejaskan proses p&p. Di samping itu, warna juga penting bagi seseorang guru dalam menghias bilik darjah kerana pemilihan warna ini sebenarnya dapat mempengaruhi suasana pembelajaran di dalam kelas. Bayangkan jika guru menggunakan warna merah yang banyak di dinding- dinding kelas, seakan- akan guru sengaja mencipta atmosfera tegang di dalam bilik darjah. Sedikit sebanyak pembelajaran akan menjadi terganggu. Kesimpulannya, semakin banyak yang saya pelajari tentang seni, semakin banyak penerokaan ilmu baru yang saya peroleh. Alhamdulillah.

Unknown on 18 July 2013 at 08:30 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum. Pada kali ini giliran kumpulan saya telah membuat pembentangan mengenai seni dan perkembangan JERISE kanak-kanak mengikut tahap dan bagaimana warna mempengaruhi mood seseorang. Secara jujurnya, saya agak teruja untuk berkongsi maklumat dengan rakan-rakan sekelas mengenai maksud tersirat di sebalik warna-warna kegemaran mereka. Tidak dinafikan maklumat ini penting bagi saya sebagai seorang bakal guru kerana secara tidak langsung warna-warna yang digemari oleh para pelajar sedikit sebanyak turut mencerminkan personaliti mereka.
Selain itu, saya turut menyedari bahawa setiap kanak-kanak mempunyai tahap perkembangan JERISE yang berbeza-beza dan seorang guru haruslah memahami situasi ini tanpa mempunyai persepsi yang buruk terhadap kanak-kanak yang lambat mengalami proses perkembangan ini. Secara keselurahannya, pembentangan pada kali ini juga telah memberikan saya input yang berguna di mana untuk menyampaikan sesuatu maklumat kepada audiens, pembentang haruslah kreatif untuk menarik perhatian mereka agar suasana tidak hambar dan audiens dapat menerima dan memahami maklumat yang disampaikan dengan mudah.

Unknown on 18 July 2013 at 11:28 said... [Reply to comment]

Pembentangan kali ini merupakan pembentangan dari kumpulan saya sendiri. Sebagai pembentang, sudah tentu saya perlu mencari bahan-bahan untuk dimasukkan ke dalam pembentangan. Berdasarkan bacaan yang telah saya lakukan berkenaan dengan tajuk "Seni dan Perkembangan JERISE Kanak-kanak mengikut Tahap", konklusi yang boleh saya nyatakan ialah seni memainkan peranan yang penting dalam perkembangan diri kanak-kanak. Seni bukan hanya melibatkan imaginasi, bakat serta minat seperti yang umum ketahui tetapi juga memberi kesan terhadap penggunaan kemahiran berfikir, kecerdasan fizikal, keupayaan untuk mengawal emosi, mengukuhkan kekuatan rohani, meningkatkan kemahiran berkomunikasi serta menimbulkan rasa penghargaan yang tinggi terhadap seni. Teori yang dikemukakan oleh Victor Lowenfel dan Herbert Read juga mengesahkan lagi bahawa seni memberi impak kepada perkembangan JERISE kanak-kanak. Oleh itu, saya sebagai bakal guru perlu mengaplikasikannya dengan sentiasa menyediakan aktiviti seni yang akan membantu meningkatkan perkembangan JERISE pelajar saya. Contohnya, menggunakan seni pergerakan seperi menari untuk menggalakkan perkembangan jasmani kanak-kanak.

little traveller of life on 19 July 2013 at 09:09 said... [Reply to comment]

Salam.
Untuk refleksi bagi pembentangan kumpulan 4, apa yang dapat saya lihat adalah penambahbaikan dari segi keyakinan diri ahli kumpulan 4 yang membentangkan hasil ISL mereka dan mereka nampak telah bersedia dari segi tajuk pembentangan mereka. Justeru, saya mendapat input baru daripada mereka tentang seni dalam pendidikan sebenarnya tidak hanya terhad kepada seni music dan seni visual tetapi seni pergerakan akan turut membantu memberikan kesan positif kepada kanak-kanak.

Selain itu, saya menghubungkait apa-apa yang dipelajari melalui pembentangan kumpulan 4 ini dengan skemata saya sewaktu belajar subjek pendidikan jasmani, yang mana saya melakukan beberapa pergerakan dan bila diperhatikan kembali,pergerakan itu juga merupakan sebahagian daripada seni kerana mempunyai nilai estetika yang tersendiri dan saya sedar kini bahawa seni pergerakan sebenarnya memberi impak kepada perkembangan tangan dan kaki kanak-kanak.
Diharapkan saya dapat belajar dengan lebih banyak terutama akan seni pergerakan selain daripada seni visual dan seni music kerana saya harus mempunyai banyak pengetahuan agar dapat disampaikan kepada murid-murid saya kelak dan saya tidak ingin menjadi guru yang tidak membantu perkembangan murid, dan menjadi guru yang hanya mementingkan akademik pelajar semata-mata kerana saya boleh mengaplikasikan seni pergerakan ini melalui aktiviti di dalam kelas juga.

Sekian.

Farhanah Samat on 19 July 2013 at 10:12 said... [Reply to comment]

Semenjak zaman persekolah lagi, saya telah didedahkan dengan kepentingan JERISE. Namun, jarang sekali seni dikaitkan dengan perkembangan JERISE kanak-kanak. Kebiasaannya, perkembangan JERISE diterapkan melalui aktiviti riadah sahaja, tanpa melibatkan seni muzik dan juga seni reka bentuk.

Saya berharap pembentang minggu ini dapat menerangkan dengan jelas tentang bagaimana perkembangan kanak-kanak dapat dikaitkan dengan seni. Selain itu, saya ingin mengetahui tentang peringkat pengutaraan kanak-kanak yang diterajui oleh Victor Lowenfeld dan Herbet Read.

Melalui pembentangan, saya memahami bagaimana seni dikaitkan dengan perkembangan kanak-kanak. Pengetahuan ini membantu saya untuk memahami perkembangan kanak-kanak supaya mereka dapat meningkatkan perkembangan mereka ke arah yang membangun dan positif. Selain itu juga, pembentangan ini mengajar tentang kepentingan warna yang memberi kesan kepada diri kita sendiri. Sebagai seorang guru, warna semestinya memainkan peranan yang penting kerana murid-murid sentiasa memerhatikan guru.

Sekian.

Farhanah Samat on 19 July 2013 at 10:12 said... [Reply to comment]

Semenjak zaman persekolah lagi, saya telah didedahkan dengan kepentingan JERISE. Namun, jarang sekali seni dikaitkan dengan perkembangan JERISE kanak-kanak. Kebiasaannya, perkembangan JERISE diterapkan melalui aktiviti riadah sahaja, tanpa melibatkan seni muzik dan juga seni reka bentuk.

Saya berharap pembentang minggu ini dapat menerangkan dengan jelas tentang bagaimana perkembangan kanak-kanak dapat dikaitkan dengan seni. Selain itu, saya ingin mengetahui tentang peringkat pengutaraan kanak-kanak yang diterajui oleh Victor Lowenfeld dan Herbet Read.

Melalui pembentangan, saya memahami bagaimana seni dikaitkan dengan perkembangan kanak-kanak. Pengetahuan ini membantu saya untuk memahami perkembangan kanak-kanak supaya mereka dapat meningkatkan perkembangan mereka ke arah yang membangun dan positif. Selain itu juga, pembentangan ini mengajar tentang kepentingan warna yang memberi kesan kepada diri kita sendiri. Sebagai seorang guru, warna semestinya memainkan peranan yang penting kerana murid-murid sentiasa memerhatikan guru.

Sekian.

Unknown on 19 July 2013 at 22:35 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum. Pembentangan yang disampaikan oleh kumpulan empat membuat ISL minggu dua sebagai topik pembentangan. Melalui tugasan ISL tersebut, kumpulan tersebut perlu mrngaitkan seni dengan perkembangan JERISE kanak-kanak mengikut tahap. Berdasarkan pembacaan saya, tidak dinafikan bahawa seni dapat membantu dalam pembentukan perkembangan kanak-kanak dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, social dan estetik. Hal ini jelas apabila ia dikaitkan lagi dengan perkembangan estetik dalam diri kanak-kanak tersebut.Selain itu, pembentangan tersebut turut membincangkan tentang perkaitan warna dengan mood. Saya berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang lebih banyak warna selain yang telah dibentang oleh rakan-rakan saya. Melalui pembentangan ini, saya dapat mengetahui sedikit sebanyak tentang perhubungan warna dengan emosi seseorang yang saya kira berguna sebagai seorang bakal guru.

Unknown on 22 July 2013 at 05:58 said... [Reply to comment]

Refleksi oleh NUR IFFAH NABILA BINTI IBRAHIM

Assalamualaikum w.b.t. Seni dalam Pendidikan memainkan peranan penting dalam perkembangan kanak-kanak khususnya dari segi fine motor skill dan gross motor skill. Sebagai guru, amatlah diharapkan kepada kita agar dapat memberi lebih tumpuan dalam hal ini. Penekanan kepada perkembangan ini akan membantu kanak-kanak dalam perkembangan fizikal yang seimbang. Dalam refleksi ini, saya akan membincangkan tentang Kumpulan 4 dari segi persembahan pembentangan, isi pembentangan serta komen guru pensyarah.

Kumpulan 4 telah membuka pembentangan dengan cara yang sangat menarik.mereka tahu bagaimana vara untuk menarik minat pendengar agar mereka bersesia. Selain itu, Cikgu Amran juga berkongsi tip yang menarik iaitu, sebelum memulakan pengajaran, eloklah menunggu pendengar bersedia telebih dahulu supa mereka lebih peka dalam sesi pembelajaran dan pengajaran.
Selain itu, dalam masa yang sama, saya juga baru mengetahui bahawa kanak-kanak juga mempunyai tahap atau peringkat contengan. Hal ini menarik minat saya kerana jauh di sudut fikiran saya bahawa adakah saya ini di tahap apabila perkembangan tulisan saya sudah berhenti, kerana tahap contengan hanya setakat umur 12 tahun saja. Adakah perkembangan contengan saya terbantut? Bila difikirkan semula, hal ini sangat lucu dan Cikgu Amran juga menerangkan bahawa, tahap perkembangan kita sentiasa berkembang dan hal ini tidak membawa maksud bahawa perkembangan tahap contengan kita terbantut. Hari ini, saya belajar tentang uniknya kita manusia kerana setiap sesuatu itu, mempunyai tahap perkembangan, tidak tertakluk kepada perkembangan kognitif dan fizikal malah dari segi peringkat contengan juga.

Kumpulan 4 telah membentangkan tajuk ISL 2 dengan penuh ilmu di dada. Mereka juga bersedia apabila ditanyakan soalan dan saya juga berpuas hati dengan jawapan yang telah diberikan.

Selain itu, saya juga telah di dedahkan tentang bagaimana warna memainkan pernan penting dalam kehidupan sehariam. Walaupun warna itu sendiri di fikirkan tidak penting jika di bandingkan dengan hal hal yang lain, warna mempengaruhi mood dan persepsi manusia. Jika kita peka terhadap fungsi warna, banyak yang boleh kita lakukan dengannya. Tambahan pula, penggunaan warna dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kanak-kanak lebih gemar dan minat kepda warna-warna yang terang dan juga warna-warni, jadi sebagai guru, saya haruslah peka terhadap isu ini, dan berusaha menggunakan bahan bantu mengajar yang menarik minat dari segi kandungan, bahan dan factor warna.

Sekian, terima kasih.

Twitter

 

SESI SEMESTER 1/2016 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template