Powered by Blogger.

Sunday 31 January 2016

PEMBENTANGAN 1 - PAKK JUN 2014

20 comments:

Unknown on 15 February 2016 at 10:01 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum w.b.t.
Berdasarkan pembentangan Kumpulan 1 yang bertajuk Konsep Seni dalam Pendidikan, saya mendapat banyak input yang sangat berguna untuk saya aplikasikan pada masa akan datang. Pembentang telah menerangkan secara terperinci matlamat, objektif dan kepentingan seni dalam pendidikan sekaligus itu memudahkan saya untuk mendalami tajuk seni dalam pendidikan ini secara mendalam kerana saya telah mendapat gambaran awal berkaitan seni dalam pendidikan. Selain itu, pembentang juga telah memberikan penerangan berkaitan dengan teori-teori yang boleh dikaitkan dengan seni dalam pendidikan. Saya berasa teruja mempelajari teori yang dibentangkan itu kerana setiap teori yang dibentangkan itu diselitkan dengan aktiviti. Jadi, itu memudahkan saya dan rakan-rakan yang lain memahami teori tersebut kerana aktiviti yang diselitkan itu mengukuhkan lagi pemahaman kami terhadap teori yang dibentangkan. Semakin banyak teori dan aktiviti yang dibentangkan, semakin banyak input yang berkaitan seni dalam pendidikan saya perolehi. Secara keseluruhannya, pembentangan dari kumpulan 1 ini sangat memuaskan kerana input yang disampaikan mudah difahami dan input disampaikan secara menarik iaitu pembentang memasukkan unsur video, audio, dan visual dalam pembentangan.

Unknown on 19 February 2016 at 07:31 said... [Reply to comment]

Assalammualaikum w.b.t


Berdasarkan pembentangan yang telah dilakukan oleh rakan-rakan saya, iaitu Kumpulan 1, pembentangan mereka adalah mengenai pengenalan kepada seni dalam pendidikan. Melalui pembentangan tersebut, banyak maklumat dan info baru yang telah saya perolehi secara langsung atau tidak langsung di mana sebelum ini saya tidak mempunyai pengetahuan yang begitu mendalam mengenai seni dalam pendidikan. Sebelum ini, saya hanya mengetahui maksud seni secara asas.TAmbahan pula, saya bakal bergelar seorang guru prasekolah, maka pemahaman yang sedikit terhadap seni boleh menganggu pengajaran saya di sekolah kelak kerana tidak mampu menyampaikan ilmu tersebut dengan baik terhadap kanak-kanak terutamanya. Namun setelah didedahkan dengan baik dan kreatif oleh rakan-rakan saya, pemahaman saya terhadap subjek ini bertambah kukuh dan skop pengetahuan saya terhadap bidang seni menjadi luas ,iaitu seni tidak hanya mencakupi bidang seni lukis sahaja malah bidang seni muzik dan seni pergerakan. Pembentangan ini turut diselitkan dengan teori-teori dan konsep HOKA dan HOKI. Pembentangan kumpulan ini turut dikukuhkan dengan aktiviti yang menarik yang memberi peneguhan kepada saya sendiri terhadap topik ini.

Unknown on 21 February 2016 at 00:27 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum, pertama sekali saya ingin mengucapkan tahnih kepada kumpulan pertama kerana berjaya membentangkan Topik 1 dengan baik. Terdapat pelbagai ilmu pengetahuan yang baharu yang saya perolehi daripada pembentangan kumpulan pertama.Sebelum ini, pengetahuan saya tentang seni amat terhad. Saya melihat seni hanya tertumpu kepada lukisan dan berpendapat seni hanya boleh dikuasai oleh segelintir manusia yang mempunyai bakat-bakat tertentu. Saya bersyukur kerana diberi peluang mengikuti subjek SDP ini yang banyak memberi pendedahan tentang SDP. Pembentangan ini memberi input yang sangat berguna kepada saya bahawa seni terbahagi kepada 3 cabang utama iaitu seni muzik, seni lukisan dan seni pergerakan. Ketiga-tiga cabang seni ini boleh diterapkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi membantu melahirkan perkembangan secara holistik berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Seterusnya, pembentangan ini juga jelas menerangkan kepentingan seni terutamanya kepada guru untuk mengajar murid-murid. Kepentingan seni telah dibuktikan oleh beberapa teori yang telah dibentangkan dalam pembentangan ini. Akhir sekali, pembentang berjaya menjadikan sesi pembentangan ini menarik dengan adanya slide yang menarik dan video yang berkaitan.

Unknown on 21 February 2016 at 06:35 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum. Melalui pembentangan tajuk satu ini, saya merasakan pengetahuan saya mengenai subjek Seni Dalam Pendidikan ini semakin jelas. Di mana, pada mulanya saya tidak dapat mencari unsur kesenian yang dapat diaplikasikan dalam proses p&p. Setelah melalui proses pembentangan ini, saya mengetahui bahawa tokoh-tokoh yang terkenal dalam bidang pendidikan juga menggunakan kesenian dalam teori-teori mereka. Hal ini kerana, adanya penerapan nilai seni menjadikan proses p&p lebih menarik dan berkesan. Terdapat pelbagai cara untuk membuat semakan untuk melihat perkembangan murid-murid. Senarai semak yang digunakan membantu kita untuk sebagai guru untuk melakukan improvisasi dalam proses p&p kami.

Unknown on 22 February 2016 at 08:48 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum w.b.t. Di sini saya ingin menyatakan banyak perkara baharu yang telah saya peroleh berdasarkan pembentangan ini. Sebelum ini, saya hanya beranggapan bahawa seni adalah muzik hanya sekadar alunan melodi yang menemani diri sewaktu kebosanan. Namun, melalui pengenalan yang dibentangkan, saya dapati bahawa seni ini terlalu banyak cabangnya. Saya berharap saya akan dapat memahami dengan lebih mendalam lagi konsep seni dalam pendidikan ini pada masa akan datang. Saya ingin menguasai sedikit sebanyak pengetahuan seni dalam pendidikan ini supaya dapat saya aplikasi sewaktu pdp kelak. Pembentangan pertama ini telah membuka mata saya untuk memahami konsep seni dengan lebih mendalam. Akhir sekali, saya simpulkan bahawa seni merupakan satu medium yang mampu menmbuatkan pdp kita berkesan dan lebih bermakna.

Unknown on 22 February 2016 at 18:48 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum. Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada kumpulan 1 kerana berjaya membentang topik Konsep Seni dalam Pendidikan dengan baik. Berdasarkan kepada pembentangan tersebut, banyak pengetahuan dan input-input baharu yang saya perolehi yang lebih mendalam berkaitan seni. Hal ini kerana, jika sebelum ini saya hanya memahami bahawa seni itu adalah seperti melukis, mewarna, menganyam dan kraftangan sahaja. Perkara yang ingin saya ketahui melalui topik ini ialah bagaimana seni boleh diaplikasikan dalam setiap pengajaran dan aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dilaksanakan terutamanya dalam bidang pengkhususan saya iaitu prasekolah kerana kita umum mengetahui bahawa kanak-kanak prasekolah amat menyukai segala pengajaran atau aktiviti yang melibatkan melukis, mewarna, pergerakan dan nyanyian. Selain itu, apa yang saya perolehi berdasarkan topik ini ialah seni terbahagi kepada 3 cabang iaitu seni muzik, seni lukis dan pergerakan. Ketiga-tiga cabang ini boleh diterapkan dalam setiap sesi pengajaran kerana ia boleh membantu melahirkan murid yang holistik berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Seterusnya, pembentang juga menerangkan berkaitan teori-teori yang menyokong kepentingan seni kepada murid-murid. Akhir sekali, pembentang juga telah menyampaikan topik ini dengan begitu baik sekali kerana input yang disampaikan mudah difahami serta disampaikan secara menarik menggunakan video dan gambar-gambar yang berkaitan. Aktiviti yang dilakukan di dalam kelas juga menarik kerana melibatkan semua ahli di dalam kelas.

Unknown on 22 February 2016 at 19:29 said... [Reply to comment]

Assalammualaikum wbt. Tahniah kepada Kumpulan 1 atas pembentangan dan perkongsian ilmu. Topik 1 yang dibentangkam memberi fokus pada konep seni dalam pendidikan, teori pembelajaran dan kepentingan seni dalam pendidikan. Seni dalam pendidikan mengandungi tiga elemen iaitu seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Ketiga-tiga elemen ini dapat diaplikasikan oleh guru dalam mata pelajaran yang diajar. Pengaplikasian elemen ini membantu guru menghasilkan sesi pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, guru menggunakan elemen muzik dalam subjek bahasa Melayu bagi membantu murid membaca ayat tunggal. Selain itu, kaedah untuk menggunakan elemen ini boleh dirujuk pada teori-teori pembelajaran. Hal ini membolehkan guru untuk mengenali murid dan menggunakan strategi yang sesuai untuk mengajar. Murid dapat menerima sesuatu yang diajar dalam keadaan yang seronok dan tidak tertekan. Sesungguhnya, seni dalam pendidikan adalah salah satu medium dan peneguhan dalam sesuatu mata pelajaran. Banyak pengetahun dan info baharu yanh diterima berdasarkan pembentangan. Hal ini membantu guru pelatih untuk lebih memahami kepentingan seni dalam pendidikan.

AisyahHamid on 22 February 2016 at 19:36 said... [Reply to comment]

REFLEKSI PEMBENTANGAN
Oleh:Siti Aisyah binti Ab Hamid

Assalamualaikum WBT,
Saya selaku pembentang bagi pembentangan pertama ini yang bertajuk Pengenalan kepada Seni Dalam Pendidikan berharap agar melalui pembentangan ini, rakan-rakan akan lebih memahami objektif penggunaan Seni dalam Pendidikan serta kepentingan seni dalam dunia pendidikan.

Sebelum ini, kami sudah sedia maklum bahawa aktiviti seni seperti seni visual, seni pergerakan dan seni muzik boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, setelah pembentangan ini dilaksanakan, kami dapat mengetahui kepentingan penggunaan seni dalam pendidikan serta teori-teori yang menyokong kenyataan tersebut.

Melalui aktiviti yang dilakukan juga, rakan-rakan didedahkan dengan aktiviti-aktiviti seni yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kelak. Oleh itu, kami dapat merasai sendiri suasana pembelajaran apabila pendekatan seni digunakan.


Melalui pembentangan tersebut,kami sedar akan pentingnya sentuhan seni dalam proses P&P agar suasana pembelajaran menajadi lebih menyeronokkan dan kondusif untuk murid-murid. Tambahan pula, murid-murid kita memiliki kepelbagaian kecerdasan yang perlu kita ambil kira.

Sekian, terima kasih.

Unknown on 22 February 2016 at 19:38 said... [Reply to comment]

Berdasarkan pembentangan yang telah saya sendiri lakukan, saya dapati bahawa tujuan seni itu bukan hanya terhad kepada mengembangkan kreativiti seseorang sahaja, malah seni yang terdiri daripada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan ini juga dapat membantu perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh merangkumi kesemua aspek JERIS. Melalui pembentangan yang dihasilkan juga, saya dapati bahawa adalah penting bagi seorang guru untuk menggunakan seni dalam sesi pengajaran dan pembelajaran supaya sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan berkesan dan dapat memberikan input yang berguna kepada murid. Selain itu, melalui pembentangan yang dihasilkan juga, saya dapat memahami tentang teori-teori pembelajaran yang boleh diaplikasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas kelak. Kesimpulannya, saya dapati bahawa seni merupakan satu aspek yang penting yang perlu dititikberatkan dan perlu digunakan oleh guru sebagai satu teknik pengajaran supaya perkembangan kanak-kanak boleh berlaku secara menyeluruh dan tidak terhad kepada perkembangan intelektual sahaja.

Unknown on 22 February 2016 at 20:08 said... [Reply to comment]

ASSALAMUALAIKUM.

Melalui pembentangan tersebut, saya telah memperoleh beberapa input yang baik tentang konsep seni dalam pendidikan. Antaranya ialah sebelum ini saya beranggapan bahawa seni merupakan sesuatu subjek yang hanya boleh berdiri sendiri dan tidak boleh digabungkan dengan mata pelajaran yang lain. Selain itu, saya juga mempunyai pandangan bahawa seni merupakan suatu subjek yang terhad aktivitinya.
Melalui pembentangan yang menarik ini, saya ingin tahu apa yang konsep seni dalam pendidikan dapat berikan apabila dilaksanakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Oleh itu, melalui pembentangan tajuk ini, saya mendapati bahawa seni dalam pendidikan merangkumi beberapa cabang yang berbeza tetapi berkaitan iaitu seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Aktiviti dalam seni visual, seni muzik dan seni pergerakan yang dijalankan semasa pembentangan telah membuktikan bahawa aktiviti yang dijalankan sesuai dilaksanakan bersama murid sekolah rendah.

Unknown on 22 February 2016 at 21:27 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum. Berdasarkan pembentangan daripada kumpulan 1, pelbagai kekuatan dan kelemahan yang dapat dikenal pasti dan dapat saya ambil sebagai pengajaran bagi menghasilkan pembentangan yang lebih menarik dan berkesan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Antara kekuatan yang dapat dikenal pasti adalah pembentangan dimulakan dengan pengetahuan asas tentang seni dalam pendidikan. Hal ini bermakna pembentang membincangkan tentang topik yang dapat mengaitkan dengan pengetahuan sedia ada rakan sekelas. Oleh hal itu, saya telah mendapat gambaran awal tentang topik yang akan dibincangkan bersama dan memudahkan lagi pemahaman saya tentang topik tersebut. Selain itu juga, para pembentang mengaitkan teori tokoh-tokoh dengan konsep seni dalam pendidikan. Hal ini membuatkan saya lebih tertarik untuk mengetahui bagaimana mengaplikasikan teori-teori tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Oleh hal yang demikian, saya lebih menumpukan kepada aktiviti menarik yang dijalankan oleh para pembentang agar saya dapat mengaplikasikan aktiviti-aktiviti tersebut kepada bakal murid saya kelak. Pada akhir pembentangan ini juga, saya dapat mengetahui tentang kepentingan mengaplikasikan seni dalam pendidikan. Hal ini kerana seni tersebut akan mewarnai pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai di dalam bilik darjah.

Unknown on 23 February 2016 at 00:33 said... [Reply to comment]

Berdasarkan pembentangan yang telah dilaksanakan oleh Kumpulan 1 iaitu terdiri daripada Siti Aisyah, Fatin Farhani, Nur Rohateqah, Amirah Syahirah amat memuaskan dan menarik dari segi penyediaan paparan serta kemahiran menyampaikan maklumat. Selepas pembentangan, saya mengetahui bahawa subjek seni dalam pendidikan bukan tertumpu kepada bidang muzik semata-mata bahkan merangkumi satu bidang yang meluas. Sebagai guru boleh mengaplikasikan teori-teori pembelajaran seperti Bloom & Bloom dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, saya ingin mengetahui dengan lebih mendalam bagaimana otak kanan dan otak kiri memproses apabila melibatkan seni. Jadi, pembentang-pembentang telah menjelaskan dengan baik dan menyeluruh dari aspek ini dengan menunjukkan contoh-contoh gambar seni lukis yang sangat menarik dan mengkagumkan.
Tuntasnya, saya telah mendapat satu input yang berguna iaitu dapat mempelajari teknik yang boleh dilakukan sebagai seorang guru untuk menerapkan nilai-nilai muzik dan seni dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan seni dan muzik dalam mengajar murid-murid kaedah tambah dalam matematik serta tarian.
Sekian terima kasih

Unknown on 23 February 2016 at 11:01 said... [Reply to comment]

Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada kumpulan 1 kerana telah berjaya membentangkan topik 1 dengan menarik Berdasarkan kepada pembentangan kumpulan 1, iaitu berkaitan pengenalan kepada seni dalam pendidikan. Pada pendapat saya, pembentangan tersebut adalah pembentangan yang baik dan mereka berusaha untuk menyampaikan tajuk tersebut dengan bersungguh-sungguh serta menarik. Melalui pembentangan daripada topik ini, saya mendapati bahawa seni terbahagi kepada tiga iaitu seni pergerakan, seni muzik dan seni visual. Seni adalah penting bagi melahirkan murid yang mempunyai estetika yang tinggi, imaginatif, kreatif, kritis, inovatif, inventif dan celik budaya dan penting dalam perkembangan pelajar selaras dengan matlamat seni dalam pendidikan.

Unknown on 21 March 2016 at 17:41 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum w.b.t. Tahniah diucapkan kepada kumpulan 1 kerana telah berjaya menyampaikan pembentangan dengan baik sekali. Kumpulan pembentang telah menjelasakan dengan lebih terperinci mengenai konsep pengenalan seni dalam pendidikan. Selain itu, kumpulan pembentang juga sentiasa bersungguh-sungguh untuk cuba memberi penjelasan dalam pembentangan supaya rakan-rakan dan pensyarah dapat memahami dengan baik. Oleh yang demikian, setelah mempelajari konsep seni dalam pendidikan yang menekankan kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan dapatlah disimpulkan bahawa melalui tiga elemen tersebut seseorang guru dapat membantu murid-muridnya untuk menggunakan deria dan pancaindera supaya sikap kreatif akan dapat menyerlahkkan bakat dan potensi mereka . Sebagai seorang guru, kita perlu bijak mengaplikasikan pelbagai teknik dan pendekatan yang menarik dalam menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran.

iwant2change on 21 March 2016 at 19:16 said... [Reply to comment]

Kalimah basmallah dilafazkan sebagai pembuka kalam refleksi ini. Sepanjang hidup bergelar pelajar tidak pernah saya terfikir mahupun tahu bahawa sesungguhnya Seni dalam Pendidikan merupakan suatu bidang yang luas. Saya hanya mengetahui bahawa subjek seni hanya mengetengahkan aktiviti lukisan semata-mata. Semua teori yang dipelajari hanyalah sebagai teknik dalam menghasilkan lukisan.

Hasil dapatan saya selepas mendengar, membaca dan menonton pembentangan tersebut ialah seni merupakan sesuatu perkara yang sangat menarik dan seronok diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Seni dalam pendidikan terdiri daripada seni visual, seni pergerakan dan seni muzik. Komponen-komponen tersebut merupakan elemen penting dalam setiap proses pengajaran dan pembelajaran. Setiap komponen boleh diterapkan, digabungjalinkan dan disepadukan dalam pelbagai subjek.

Konklusinya, kita sebagai bakal guru mesti menguasai pelbagai amalan dan praktikal pedagogi dalam menyampaikan sesi pengajaran dan pembelajaran. Teori-teori pembelajaran dan pembentukan tingkahlaku hendaklah diimplementasi sewarjarnya mengikut kesesuaian murid dan subjek.

Unknown on 27 March 2016 at 01:11 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum wbt,

Berdasarkan pembentangan yang menarik daripada pembentang terdapat pelbagai ilmu pengetahuan yang berjaya saya perluaskan terutamanya mengenai kaitan antara kanak-kanak dan juga seni. Sebelum saya didedahkan dengan tajuk seni ini, saya terlebih dahulu mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan mengenai keperluan dan keinginan asas kanak-kanak seperti jasmani, emosi, intelek dan sebagainya serta bagaimana seseorang kanak-kanak itu melalui proses perkembangan. Menariknya, input-input yang saya peroleh menerusi pembentangan tersebut telah banyak membuka minda saya bahawa seni ini merupakan salah satu wahana penting yang mampu menyumbang dalam perkembangan kanak-kanak yang positif daripada pelbagai aspek. Hal ini kerana, menerusi seni kanak-kanak bukan sahaja dapat meningkatkan kreativiti mereka bahkan mampu menajamkan lagi kemahiran berfikir mereka. Perkara ini sekaligus dapat membantu negara dalam merealisasikan hasrat untuk membentuk generasi minda kelas pertama kelak. Akhir sekali, saya berharap agar saya dapat mencedok banyak lagi ilmu mengenai pendidikan dan seni ini terutamanya ilmu tentang bagaimana saya sebagai seorang guru kelak dapat mengaplikasikan pelbagai kemahiran seni dalam sesi pengajaran dan pembelajaran supaya murid-murid saya terhibur.
Sekian, terima kasih

Unknown on 27 March 2016 at 01:26 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum…
Berdasarkan pembentangan yang dibentangkan oleh kumpulan 1 tentang Pengenalan Seni dalam Pendidikan (SDP), banyak input yang dapat saya pelajari. Sebelum ini, saya telah mengetahui dan mendapat gambaran bahawan SDP ini meliputi tiga aspek iaitu seni, visual, seni muzik dan juga pergerakan. Daripadda pembentangan ini, ketiga-tiga aspek tersebut mempunya matlamat dan objektif yang tersendiri serta mempunyai hubung kaitannya antara satu sama lain dalam membentuk insaniah murid. Saya dapat mengetahui beberapa teori pembelajaranyang terlibat di mana teori tersebut berkaitan dengan minda dan kepentingan seni ini secara global. Selain itu pelbagai aktiviti yang sesuai dapat diaplikasikan kepada murid-murid dengan adaya pengetahuan tentang SDP ini dalam diri seseorang terutama seseorang guru prasekolah. Tambahan lagi, saya dapat mengaitkan dan menerapkan elemen-elemen atau aspek tersebut ke dalam mata pelajaran lain dalam menarik minat murid-murid. Konklusinya, sikap kendiri dan juga proses pembelajaran seperti ekspresi diri, emosi, imaginasi dan juga pengamatan menjadi intipati penting dan bermakna untuk pemantapan seseorang murid dan juga bakal guru dengan adanya ilmu pengetahuan tentang Subjek SDP ini.

cahaya jannah on 27 March 2016 at 08:41 said... [Reply to comment]

Assalammualaikum w.b.t
Berdasarkan pembentangan kumpulan 1, saya dapati bahawa konsep Seni Dalam Pendidikan bukan sahaja terhad kepada Seni visual, malah seni muzik dan seni pergerakan juga merupakan seni yang boleh dilaksanakan di sekolah. Sebelum ini saya hanya mengetahui tentang seni visual , tetapi pembentang telah menjelaskan dengan mendalam tentang seni muzik dan pergerakan serta bagaimana untuk melaksanakan aktiviti yang mengabungkan ketiga-tiga elemen seni. Pembentang juga telah menerangkan tajuk ini dengan jelas dengan menyatakan teori untuk mengukuhkan kefahaman terhadap seni. Selain itu, Pembentang telah melaksanakan beberapa aktiviti yang menarik untuk kami laksanakan bersama kanak-kanak prasekolah. Kemudian, video yang dipaparkan menunjukkan contoh yang telah dilaksanakan oleh guru dan melihat keberkesanan aktiviti yang dilakukan. Oleh itu, seni dapat di simpulkan sebagai satu medium dalam PdP dan merupakan aspek yang penting untuk perkembangan kanak-kanak yang menyeluruh dan seimbang mengikut kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

cahaya jannah on 27 March 2016 at 08:42 said... [Reply to comment]

Assalammualaikum w.b.t
berdasarkan pembentangan kumpulan 1, saya dapati bahawa konsep Seni Dalam Pendidikan bukan sahaja terhad kepada Seni visual, malah seni muzik dan seni pergerakan juga merupakan seni yang boleh dilaksanakan di sekolah. Sebelum ini saya hanya mengetahui tentang seni visual , tetapi pembentang telah menjelaskan dengan mendalam tentang seni muzik dan pergerakan serta bagaimana untuk melaksanakan aktiviti yang mengabungkan ketiga-tiga elemen seni. pembentang juga telah menerangkan tajuk ini dengan jelas dengan menyatakan teori untuk mengukuhkan kefahaman terhadap seni. selain itu, Pembentang telah melaksanakan beberapa aktiviti yang menarik untuk kami laksanakan bersama kanak-kanak prasekolah. kemudian, video yang dipaparkan menunjukkan contoh yang telah dilaksanakan oleh guru dan melihat keberkesanan aktiviti yang dilakukan. oleh itu, seni dapat di simpulkan sebagai satu medium dalam PdP dan merupakan aspek yang penting untuk perkembangan kanak-kanak yang menyeluruh dan seimbang mengikut kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

cahaya jannah on 27 March 2016 at 08:42 said... [Reply to comment]

Assalammualaikum w.b.t
berdasarkan pembentangan kumpulan 1, saya dapati bahawa konsep Seni Dalam Pendidikan bukan sahaja terhad kepada Seni visual, malah seni muzik dan seni pergerakan juga merupakan seni yang boleh dilaksanakan di sekolah. Sebelum ini saya hanya mengetahui tentang seni visual , tetapi pembentang telah menjelaskan dengan mendalam tentang seni muzik dan pergerakan serta bagaimana untuk melaksanakan aktiviti yang mengabungkan ketiga-tiga elemen seni. pembentang juga telah menerangkan tajuk ini dengan jelas dengan menyatakan teori untuk mengukuhkan kefahaman terhadap seni. selain itu, Pembentang telah melaksanakan beberapa aktiviti yang menarik untuk kami laksanakan bersama kanak-kanak prasekolah. kemudian, video yang dipaparkan menunjukkan contoh yang telah dilaksanakan oleh guru dan melihat keberkesanan aktiviti yang dilakukan. oleh itu, seni dapat di simpulkan sebagai satu medium dalam PdP dan merupakan aspek yang penting untuk perkembangan kanak-kanak yang menyeluruh dan seimbang mengikut kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Twitter

 

SESI SEMESTER 1/2016 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template