Powered by Blogger.

Wednesday 27 June 2012

PEMBENTANGAN 1: KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN


Seni Dalam Pendidikan Tajuk 1 -

19 comments:

WAJ 3107 on 27 June 2012 at 01:39 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum dan salam. Anda boleh memulakan penulisan jurnal refleksi di bawah ruangan komen ini.Sila pastikan refleksi yang dibuat berdasarkan laman web ini http://creately.com/blog/examples/kwl-chart-template-example/
Jurnal refleksi mestilah berbetuk diskriptif. Terima kasih

Unknown on 27 June 2012 at 22:16 said... [Reply to comment]

Refleksi Minggu 1- Seni Dalam Pendidikan


Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana atas limpah dan kurnia-Nya kerana minggu pertama sesi interaksi kuliah sudah berlalu.
Perkara pertama yang terlintas dalam fikiran saya mengenai subjek ini adalah amat sukar dan konkrit kerana saya tidak gemarkan seni. Namun, setelah mendapat tahu bahawa seni tidak hanya tertumpu kepada seni visual semata, saya menjadi semakin seronok bagi meneruskan sesi pnp pada minggu berikutnya. Cabang seni yang paling saya minati adalah muzik kerana bagi saya muzik itu dapat menenangkan fikiran. Saya tidak sabar untuk mendalami lagi bidang muzik ini.
Selain daripada itu, subjek ini juga bertambah menarik apabila pensyarah kami iaitu En. Amran Bin Aris telah menunjukkan video pergerakan kreatif yang telah dilakukan oleh guru pelatih JQAF. Hal ini adalah kerana saya amat meminati pergerakan kreatif yang sememangnya meningatkan saya kepada pengalaman semasa kanak-kanak. Hal ini sedikit sebanyak dapat meringankan kadar stress berada di sini.

Unknown on 27 June 2012 at 22:18 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum w.b.t

Setelah mengikuti sesi kuliah 1 pada minggu ini, saya berasa sangat teruja untuk terus mendalami subjek seni dalam pendidikan ini. Sebelum ini, saya berpendapat unsur kesenian ini hanyalah dimiliki oleh sebahagian orang sahaja namun, tanggapan saya saya apabila pembentang menjelaskan terdapat pelbagai aspek kesenian yang terdiri daripada pelbagai jenis unsur seperti seni visual, seni muzik dan pergerakan.
Berikutan itu, saya sangat berharap agar saya dapat mendalami pelbagai jenis kesenian yang terdapat di negara kita Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik dan kaum ini. sesungguhnya, setiap kesenian itu terdapat nilainya yang tersendiri. saya sedar bahawa dengan mendalami kesenian ini, saya akan dapat belajar untuk bersyukur dan menghargai sesuatu dengan lebih baik.
Pembentangan yang sangat menarik selain tayangan video yang pelbagai ini adalah berkesan serta membolehkan saya mengetahui akan tokoh-tokoh seni terkenal serta karya-karya agung seperti potret Monalisa. di samping itu, saya juga dapat mempelajari sedikit sebanyak akan teori-teori yang berkaitan dengan kesenian.

Unknown on 28 June 2012 at 07:56 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua...

Pada minggu ini, kuliah kali menjaankan pembentangan. Pembentangan daripada kumpulan pertama adalah mengenai Konsep dan Latar Belakang Seni dalam Pendidikan. Tajuk pertama ini sedikit sebanyak menarik minat saya ekoran saya sememangnya tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenai asal-usul seni dalam pendidikan walaupun seni bagaikan nafas dalam kehidupan saya sejak dari bangku sekolah lagi.

Oleh yang demikian, saya sangat berminat untuk mengetahui tentang bagaimana seni boleh diterapkan sebagai salah satu matapelajaran di institusi pengajian, sedangkan orang ramai kini sibuk mengejar gelaran doktor, jurutera, dan sebagainya. Malah penggiat seni dipandang rendah kerana dianggap tidak mempunyai ilmu yang tinggi berbanding mereka yang lain.

Berikutan pembentangan daripada kumpulan pertama, saya telah didedahkan bahawa seni sememangnya sudah lama diterapkan dalam pendidikan, terutamanya di negara Barat. Hal ini ekoran daripada implikasi positifnya bukan sekadar kepada murid, malah juga terhadap guru. Sekiranya murid seronok dan memberi tumpuan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, guru juga dapat mengawal kelas dengan mudah selain dapat mencapai objektif pengajarannya pada sesi tersebut.

p/s : Semoga sesi P&P kelas kami juga terhindar dari kehambaran yang berpanjangan (^_*)

wann nor farhana binti megat haron on 28 June 2012 at 21:23 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebelum ini, pengetahuan saya mengenai seni dalam pendidikan agak cetek. Saya hanya mengenali dan menganggap bahawa seni ini merupakan satu ruang lingkup yang merangkumi muzik dan seni visual sahaja. Setelah membuat pembacaan lanjut sebelum rakan membentangkan tajuk ini, saya dapat memahami dan mengenali dengan lebih mendalam. Saya dapat mengubah perspektif di minda bahawa seni mempunyai tiga aspek iaitu muzik, seni dan pergerakan. Dari sudut perspektif diri saya sebelum ini, pergerakan tidak termasuk dalam seni. Hal ini kerana, saya tidak dapat melihat keindahan seni itu sendiri dalam situasi pergerakan. Melalui pembentangan rakan-rakan dan pensyarah, saya telah didedahkan dengan info yang berguna serta bermanfaat dan penuh dengan huraian serta contoh yang bersesuaian. Video yang ditayangkan amat menarik minat saya untuk melihatnya, terutama sekali video mengenai potret Monalisa. setelah saya mempelajari tajuk ini, saya dapat simpulkan bahawa seni dalam pendidikan ini dapat mengimbangkan diri pelajar dari semua aspek sama ada rohani, jasmani, intelek, emosi dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Setelah didedahkan dengan tajuk ini, dapat dilihat bahawa seni ini memainkan peranan penting dalam membina diri murid menjadi seorang yang seimbang seterusnya dapat melahirkan murid atau pelajar yang bermodal insan kelas pertama.

Unknown on 28 June 2012 at 21:57 said... [Reply to comment]

Refleksi
Nama : Che Nor Afizah Binti Che Zain
Assalammualaikum. Saya seperti nama di atas dari unit PISMP PK Jan 2011 ingin menyatakan serba sedikit mengenai tajuk pembentangan kumpulan pertama yang dibentang oleh Natrah Binti Fadzil dan Liyana Mohd Diah. Tajuk pembentangan mereka adalah konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan. Apa yang saya tahu dan faham mengenai topik ini ialah berkenaan definisi seni dalam pendidikan serta tokoh-tokoh yang terlibat dalam member pandangan mereka tentang seni dalam pendidikan bagi kanak-kanak sekolah rendah. Apa yang saya tahu ialah terdapat seperti Gardner, Hermann, Einstein, Jean Piaget (Teori Pembelajaran Konstruktivisme), Carl Rogers (Teori Pembelajaran Sosial), Robert M. Gagne (Teori Pemprosesan Maklumat) dan sebagainya. Melalui tajuk pembentangan ini juga saya telah faham tentang kepentingan seni dalam pendidikan iaitu dari aspek JERIS.
Melalui tajuk pembentangan ini juga, apa yang saya inigin tahu dan ingin selidiki ialah bagaimana konsep seni dalam pendidikan boleh membangunkan sahsiah kanak-kanak di sekolah rendah. Dalam hal lain, bagaimana juga saya sebagai guru ingin menarik minat kanak-kanak untuk lebih mendalami seni dalam pendidikan. Seperti kita sedia maklum, terdapat sesetengah kanak-kanak yang agak pasif dalam bidang seni. Hal ini berlaku mungkin kerana mereka tidak diberi pendedahan sejak dari awal lagi.
Melalui hasil pembentangan ini juga, apa yang telah dapat saya pelajari ialah bagaimana untuk mengaplikasikan nilai-nilai murni dalam bidang seni sebagai seorang guru kelak. Dalam pada masa yang sama, saya juga dapat mengetahui bagaimana seseorang kanak-kanak itu meluahkan emosi dan tingkah laku mereka dalam bentuk bidang seni. Saya juga ingin mengulas serba sedikit mengenai pembentangan kumpulan pertama iaitu cara pembentangan yang menarik kerana video yang ada amat menarik perhatian dan tidak berasa bosan. Cara pembentang memberikan hujah serta contoh bagi setiap penerangan juga amat jelas dan difahami. Sekian terima kasih.

Unknown on 28 June 2012 at 22:03 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum. Saya Siti Norhidayah Binti Azmee dari PISMP Pendidikan Khas Januari 2011. Berdasarkan perbentangan yang telah disediakan oleh rakan saya, saya pada peringkat permulaannya, telah mengetahui mengenai teori-teori yang telah dikemukakan oleh rakan saya. antara teori yang telah saya ketahui ialah teori kecerdasan pelbagai, konstruktivisme, gagne, dan teori pembelajaran sosial. Berdasarkan pengetahuan sedia ada saya, dapat saya aplikasi melalui sesi perbentangan yang disampaikan oleh rakan saya. saya dapat memahami dengan lebih apa ynag ingin disampaikan oleh rakan saya. ilmu-ilmu yang disampaikan oleh rakan saya dapat memeperkukuhkan lagi pengetahuan yang ada dalam diri saya.
Melalui perbentangan tersebut, perkara yang ingin saya tahu ialah bagaimana matlamat pendidikan seni dapat menjadikan seseorang individu terbabit dapat membentuk diri yang seimbang dan menyeluruh. Selain itu, perkara yang ingin saya harapkan oleh pembentang ialah bagaimana kaedah peniruan dapat diaplikasikan dengan betul dalam Pendidikan Seni.
Seterusnya, melalui perbentangan rakan saya, banyak perkara yang dapat saya pelajari. Antaranya ialah bagaimana otak kita terbahagi kepada bahagian-bahagian yang memainkan peranan tersendiri. Selain itu, saya dapat pelajari isu-isu yang timbul dalam Seni dalam Pendidikan. Hal ini sebenarnya yang akan berlaku kepada saya apabila di sekolah nanti. Oleh itu, dengan ilmu yang disampaikan dapat saya jadikan penanda aras akan tindakan saya yang sewajarnya dalam menangani isu yang timbul nanti. Berdasarkan pemerhatian saya terhadap pihak pembentang, saya dapati pembentangan berjalan dengan lancar. Selain itu, video yang dipaparkan sangat menarik dan banyak memberi impak positif kepada saya. perkongsian ilmu yang berlaku dengan berkesan. Sekian terima kasih.

wann nor farhana binti megat haron on 29 June 2012 at 23:09 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sebelum ini, pengetahuan saya mengenai seni dalam pendidikan agak cetek. Saya hanya mengenali dan menganggap bahawa seni ini merupakan satu ruang lingkup yang merangkumi muzik dan seni visual sahaja. Setelah membuat pembacaan lanjut sebelum rakan membentangkan tajuk ini, saya dapat memahami dan mengenali dengan lebih mendalam. Saya dapat mengubah perspektif di minda bahawa seni mempunyai tiga aspek iaitu muzik, seni dan pergerakan. Dari sudut perspektif diri saya sebelum ini, pergerakan tidak termasuk dalam seni. Hal ini kerana, saya tidak dapat melihat keindahan seni itu sendiri dalam situasi pergerakan. Melalui pembentangan rakan-rakan dan pensyarah, saya telah didedahkan dengan info yang berguna serta bermanfaat dan penuh dengan huraian serta contoh yang bersesuaian. Video yang ditayangkan amat menarik minat saya untuk melihatnya, terutama sekali video mengenai potret Monalisa. setelah saya mempelajari tajuk ini, saya dapat simpulkan bahawa seni dalam pendidikan ini dapat mengimbangkan diri pelajar dari semua aspek sama ada rohani, jasmani, intelek, emosi dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Setelah didedahkan dengan tajuk ini, dapat dilihat bahawa seni ini memainkan peranan penting dalam membina diri murid menjadi seorang yang seimbang seterusnya dapat melahirkan murid atau pelajar yang bermodal insan kelas pertama.

Unknown on 30 June 2012 at 20:29 said... [Reply to comment]

SALAM…Sebelum belajar subjek seni dalam pendidikan, saya menganggap bahawa subjek ini berkaitan dengan seni lukis dan seni muzik sahaja. Saya tidak mengetahui bahawa seni pergerakan juga turut termasuk dalam SDP. Dan saya tahu SDP ini dapat membantu perkembangan kanak-kanak. Melalui seni dalam pendidikan ini, saya berharap saya dapat mempelajari bagaimanakah cara untuk menerapkan nilai seni ini dalam p&p. Saya juga ingin belajar dengan terperinci apakah kepentingan SDP ini untuk kanak-kanak. Setelah melalui proses P&P mengenai konsep/latar belakang SDP ini, saya mengetahui bahawa terdapat banyak teori dan juga pandang dari tokoh terkenal mengenai SDP serta mengapa seni ini penting dalam pendidikan.

Unknown on 1 July 2012 at 01:56 said... [Reply to comment]

REFLEKSI TUTORIAL 1
DISEDIAKAN OLEH : NATRAH BINTI FADZIL (910524-09-5024)
Sepanjang sesi tutorial yang telah disampaikan oleh kumpulan pertama, apa yang telah kumpulan ini fokuskan ialah konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan. Melalui pembentangan yang telah disampaikan, kumpulan ini telah memberikan penekanan kepada input pengenalan dan latar belakang seni dalam pendidikan. Kumpulan pertama ini juga sedikit sebanyak telah mendedahkan kepada rakan-rakan yang lain tentang apa itu seni di dalam pendidikan, latar belakang dan mengapa seni dalam pendidikan penting dan wajib ada dalam kurikulum di sekolah. Pengetahuan sedia ada saya untuk tajuk yang pertama ini ialah saya telah tahu aspek-aspek yang terkandung dalam matapelajaran ini yang mana merupakan asas kepada seni dalam pendidikan iaitu seni visual, pergerakan dan juga seni juga muzik. Ketiga-tiga elemen ini merupakan elemen asas yang sudah saya sedia maklum dan dengan matapelajaran seni dalam pendidikan ini, saya dapat mengukuhkan lagi kekuatan ilmu pegetahuan sedia ada saya untuk mengaplikasikan ketiga-tiga elemen ini dalam pengajaran.
Pengetahuan sedia ada saya mengenai topik ini tidaklah cukup dan saya harapkan input –input baru yang lebih dapat disampaikan oleh kumpulan pertama ini bagi memantapkan lagi pengetahuan saya tentang tajuk ini. Ternyata selepas pembentangan dijalankan oleh kumpulan pertama,saya mendapat lebih banyak ilmu baru perkaitan antara pandangan tokoh-tokoh barat mengenai seni dalam pendidikan dan bagaimana pandangan yang telah dikemukakan oleh mereka dapat diserap masuk ke dalam kurikulum sekolah di Negara kita. Selain itu juga, saya merasa kagum dengan kumpulan pertama apabila mereka telah berjaya menghasilkan pembentangan yang berkualiti kerana dengan bantuan video dan gambar-gambar yang telah dipaparkan oleh ahli kumpulan pertama ini, saya lebih faham dan mudah bagi saya untuk memahami tajuk pertama ini.
Selain itu juga, ilmu baru yang saya peroleh menerusi pembentangan oleh ahli kumpulan pertama ini ialah, sebagai seorang guru, kita haruslah kreatif dalam membentuk dan membina sesuatu set pengajaran dana pembelajaran supaya sesi pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan lancar dan perkara utama yang dititkberatkan di sini ialah guru perlu mempunyai pelbagai kaedah untuk menarik minat pelajar untuk belajar sesuatu topik pada hari tersebut. Melalui matapelajaran seni dalam pendidikan ini juga, saya telah mendapat idea di mana bukan sahaja kita harus mengajar secara manual ataupun dengan hanya menggunakan papan tulis tetapi sebagai seorang guru yang kreatif, kita boleh menerapkan elemen muzik di dalam proses pengajaran dan pembelajaran kita agar murid lebih seronok dan mereka tidak akan berasa jemu untuk belajar.
Apa yang dapat saya komen selaku pembentang bagi tajuk pertama ini ialah, saya rasa amat berpuas hati kerana pembentangan yang telah disampaikan telah berjaya dan secara tidak langsung saya mampu untuk berkongsi ilmu dan pandangan mengenai tajuk pertama ini. Respons daripada rakan-rakan yang lain juga amat memberangsangkan. Pensyarah pembimbing juga telah memberikan komen yang baik dan membina bagi tajuk pembentangan pertama ini.
Saya akan menggunakan serta mengaplikasikan ilmu dan input yang telah saya peroleh menerusi topik pertama ini apabila menjadi seorang guru kelak. Hal ini demikian kerana saya begitu yakin dengan apa yang telah disampaikan oleh kumpulan pertama ini iaitu proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih bermakna dan menarik jika seorang guru berjaya menerapkan elemen seni dalam pendidikan.

Unknown on 1 July 2012 at 03:44 said... [Reply to comment]

Liyana dan natrah telah membentangkan tajuk ‘Konsep & Latar Belakang Seni Dalam Pendidikan. Apa yang saya tahu sebelum ini adalah seni adalah sesuatu yang sangat luas dan seni adalah suatu ciptaan atau ekspresi terhadap sesuatu yang dianggap indah. Seni merangkumi 3 perkara asas iaitu muzik, seni visual dan pergerakan.
Melalui pembentangan 1, saya ada rasa ingin tahu dengan lebih mendalam lagi mengenai seni ini iaiti asal-usul seni, siapa yang memulakan hasil seni dan teori-teori berkenaan seni ini. Saya juga ingin tahu apa kebaikan dan kepentingan seni ini jika diaplikasikan dan digabungjalinkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran subjek lain.
Setelah melihat pembentangan 1, saya kini tahu teori-teori berkaitan seni dan pelopor-pelopor seni. Saya amat kagum dengan hasil seni yang dihasilkan oleh Leonardo Da Vinci. Sesungguhnya, melalui seni seseorang itu dapat melahirkan perasaannya dan setiap hasil seni itu ada maksud tersirat dan tersurat di dalamnya.

Unknown on 1 July 2012 at 04:20 said... [Reply to comment]

Sebelum mempelajari tajuk seni dalam pendidikan, saya hanya mempunyai pengetahuan asas mengenai seni dalam pendidikan iaitu ianya berkaitan dengan muzik, seni dan pergerakan. Selain itu, saya juga hanya mengetahui serba sedikit mengenai tokoh-tokoh seperti Howard Gardner, Leonardo da Vincci dan sebagainya, namun, saya tidak mengetahui dengan mendalam mengenai tokoh-tokoh tersebut.
Ketika mempelajari mata pelajaran ini, saya begitu berminat untuk mempelajari kaitan seni dan kanak-kanak, muzik dan kanak-kanak, serta teori-teori yang berkaitan dengan seni dan pendidikan ini. Melalui pengetahuan-pengetahuan ini, saya dapat menambah pengetahuan serta menjawab segala persoalan saya mengenai seni dalam pendidikan ini. Tambahan pula, saya juga berminat untuk mengetahui apakah keberkesanan pengaplikasian teori-teori ini ketika sesi p&p. Adakah sesi p&p menjadi lebih menarik dan berkesan? Atau kaedah teori-teori ini tidak menunjukkan sebarang kemajuan? Persoalan-persoalan ini sering bermain di fikiran saya.
Namun, setelah menjalankan pembentangan mengenai konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan, saya dapat mengetahui pengetahuan yang mendalam mengenai rahsia yang terdapat pada potret Mona Lisa, teori pelbagai kecerdasan, teori sosial dan sebagainya. Menurut video yang dipaparkan, keunikan yang terdapat pada potret Mona Lisa ialah pelukisnya mampu menonjolkan rasa sakit yang terdapat pada Mona Lisa tersebut. Tambahan pula, para pengkaji juga mengesyaki bahawa Mona Lisa sedang mengandung semasa potretnya sedang dilukis. Pengetahuan-pengetahuan seperti ini mampu menjadikan sesi p&p amat menarik di samping dapat menambahkan pengetahuan am kami. Selain itu, saya juga mengetahui mengenai keberkesanan teori konstruktivisme di mana saya dapat melihat perbezaan yang ketara di antara kelas yang mengamalkan pendekatan tradisional dan juga kelas yang mengamalkan pendekatan konstruktivisme. Keadaan kelas yang mengamalkan pendekatan konstruktif lebih proaktif dan berkesan di mana murid membina sendiri pengetahuan secara aktif berdasarkan pengetahuan sedia ada.
Selaku pembentang kumpulan 1, saya agak berpuas hati kerana beberapa matlamat yang telah ditetapkan sebelum sesi pembentangan bermula dilihat telah dapat dicapai. Selain itu, saya juga berpuas hati kerana di samping menyampaikan ilmu, saya juga berjaya mewujudkan sesi pembentangan yang agak menarik di mana rakan-rakan kelihatan terhibur dengan video-video yang dipaparkan sepanjang sesi pembentangan ini. Tambahan pula, rakan-rakan juga memberikan sokongan serta respons yang positif kepada kami sepanjang sesi pembentangan ini berlangsung.

Unknown on 1 July 2012 at 06:07 said... [Reply to comment]

Sebelum pembentangan 1 bermula, saya tahu mengenai seni hanya berkaitan dengan muzik dan lukisan-lukisan. Selain itu, saya juga tahu bahawa seni juga mempunyai kaitan dengan teori-teori. Apa yang saya ingin tahu dalam pembentangan ini ialah saya ingin tahu lebih mendalam mengenai konsep seni yang sebenar dan aplikasi seni dalam kehidupan seharian. Selain itu, saya juga ingin mendalami bagaimana seni boleh mencungkil banyak bakat dari pelbagai kecerdasan. Akhir sekali, apa yang saya telah perolehi dari pembentangan ini ialah seni merupakan sesuatu yang sangat unik dan konsep seni kian saya fahami. Pembentang mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai tajuk yang mereka bentangkan namun cara pengolahan idea masih boleh dipertingkatkan.

Unknown on 1 July 2012 at 07:14 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum. Refleksi pada kali ini adalah untuk pembentangan pertama yang bertajuk konsep dan latar belakang SDP. Sebelum mempelajarinya, saya telah mengetahui serba sedikit mengenai tajuk ini. Antaranya seperti terdapat tiga komponen utama dalam SDP iaitu pendidikan seni visual, muzik dan pergerakan.
Apa yang saya ingin ketahui daripada SDP ini ialah bagaimana teori-teori seperti teori pembelajaran dan kecerdasan pelbagai dapat diaplikasikan melalui subjek ini.
Pada akhir pembelajaran, saya dapati seni sangat berkait rapat dengan keinginan dan fitrah manusia. Contohnya, semua orang sukakan muzik. Setiap individu mempunyai bakat seni yang berbeza seperti Leonardo Da Vinci. Walaupun beliau merupakan seorang jurutera dan saintis, bakat beliau dalam seni sangat besar. Komen saya pada rakan pembentang pula, mereka telah melaksanakan pembentangan dengan baik. Akan tetapi, terdapat beberapa perkara yang masih boleh diperbaiki seperti melantangkan suara semasa melaksanakan pembentangan. Mereka juga seharusnya menguasai tajuk pembentangan dengan sepenuhnya supaya dapat mengulas dengan sebaiknya.

Unknown on 1 July 2012 at 07:52 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum,
Berdasarkan tajuk ini, saya berpendapat bahawa seni dalam pendidikan adalah suatu mata pelajaran yang membentuk murid-murid yang seimbang secara holistik. Contohnya, ia melatih murid lebih kreatif dan inovatif.
Terdapat beberapa teori yang berkaitan dengan tajuk ini. Persoalan saya, bagaimanakah teori seperti konstruktivisme ini berhubung kait dengan seni dalam pendidikan.
Secara keseluruhannya,saya mempelajari bahawa teori pembelajaran konstruktivisme ini amat berkait rapat dengan seni dalam pendidikan. Teori ini telah berpendapat bahawa murid-murid akan membina pengetahuan secara aktif berdasarkan pengalaman sedia ada. Hal ini bermaksud, apabila murid-murid terlibat di dalam aktiviti yang berunsurkan kesenian, mereka akan membina ilmu baharu daripada pengalaman yang sedia ada.

Unknown on 1 July 2012 at 07:56 said... [Reply to comment]

Assalammualaikum…
Apa yang saya tahu berkenaan seni dalam pendidikan adalah satu aktiviti seni yang dihubungjalinkan dalam proses P&P di dalam/di luar bilik darjah bagi menarik perhatian murid untuk memberi dan menumpukan perhatian serta memberikan penglibatan yang aktif sepanjang proses P&P berlangsung.
Apa yang ingin tahu melalui persembahan power point ini adalah adalah bagaimana seni dalam pendidikan dijalankan di dalam bilik darjah serta sejauh mana keberkesanan seni dalam pendidikan ini dapat memberi kesan positif kepada setiap murid.
Melalui persembahan power point ini saya dapat mengumpul Pengetahuan yang lebih mendalam lagi tentang seni dalam pendidikan dan dapat mengenal pelopor-pelopor yang mengkaji dan memperkenalkan seni dalam pendidikan ini. Saya juga dapat pendedahan bahawa pentingnya seni dalam pendidikan ini kepada kanak-kanak terutama sekali dalam pendidikan awal mereka.

Unknown on 1 July 2012 at 08:26 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum W.B.H,
Sebelum mendapat pendedahan secara meluas mengenai Subjek Seni, secara peribadinya saya menganggap bahawa seni adalah satu subjek sampingan yang terdapat dalam kurikulum di sekolah. Tambahan pula, semasa saya berada di bangku sekolah, Subjek Seni tidak pernah diajar secara khusus oleh guru. Apa yang saya pelajari ketika itu, Subjek Seni adalah masa untuk kami belajar melukis, mewarna dan kadang kala menghafal lagu-lagu patriotik negara sahaja. Maka, pengetahuan saya tentang Subjek Seni hanya berkisar dalam lingkungan itu sahaja.
Apa yang saya ingin tahu dengan lebih terperinci ialah bagaimana seni boleh berfungsi sebagai satu elemen penting untuk digabungjalinkan dalam matapelajaran lain. Selain itu, adakah individu yang tidak mempunyai bakat dalam sesuatu kemahiran alat muzik, nyanyian, lakonan, lukisan dan tarian dianggap sebagai seorang yang tidak berseni?
Melalui pembentangan dan maklumat yang telah dikongsi oleh rakan, saya mendapat info yang sangat menarik mengenai subjek Seni Dalam Pendidikan. Pembentangan yang dilakukan oleh Liyana dan Natrah adalah menarik, mudah difahami dan berjaya mengubah persepsi saya terhadap subjek seni. Berdasarkan teori, model dan bukti hasil seni agung seperti potret Monalisa yang telah ditunjukkan, saya dapat simpulkan bahawa seni merupakan satu bidang kemahiran kreatif yang dimiliki oleh manusia dan bebas diekspresikan melalui pelbagai bentuk dan cara tersendiri. Seni juga sesuatu yang misteri kerana di sebalik sesuatu karya tersembunyi pelbagai maksud yang tidak dapat difahami melalui pandangan mata kasar. Oleh itu, sejujurnya saya mula tertarik untuk belajar seni dengan lebih mendalam. Sekian terima kasih.

Unknown on 1 July 2012 at 17:45 said... [Reply to comment]

Jika sebelum ini saya hanya beranggapan bahawa subjek seni dalam pendidikan ini hanya berkisarkan tentang pendidikan seni visual semata-mata. namun,setelah memahami konsep dan latar belakang subjek ini, ternyata salah tanggapan saya kerana subjek ini merangkumi 3 bidang seni yang sering berkait rapat dalam dunia pendidikan kanak-kanak. saya ingin mempelajari ilmu seni dalam pendidikan ini dengan lebih mendalam dan meluas lagi kerana banyak perkara yang masih belum dikuasai. saya akui,subjek muzik terutamanya memerlukan kemahiran dan minat yang tinggi untuk seseorang individu menguasainya. setelah mempelajari topik ini,saya berjaya memahamkan diri tentang konsep sebenar seni dalam pendidikan dan dapat menyediakan diri untuk mempelajari subjek ini dengan lebih mendalam. hal ini kerana,subjek ini adalah amat penting untuk dikuasai bagi seorang bakal pendidik.

Unknown on 4 July 2012 at 22:31 said... [Reply to comment]

ALIZATUL AISYAH BINTI MOHAMAD ALI
Assalamualaikum.
K – What do I know
Terus terang saya mengatakan bahawa betapa sedikitnya ilmu atau pengetahuan saya berkenaan seni. Untuk menunjukkan betapa jahilnya saya tentang seni, sebelum ini saya menyangkakan seni hanyalah sekadar lukisan yang perlu dilakukan di atas kertas atau benda-benda lain yang boleh dilukis di atasnya. Konsep seni pada pendapat saya ialah sesuatu yang abstrak dan merupakan satu medium untuk dijadikan sebagai tempat luahan idea dan emosi yang kadang kala sukar diluahkan melalui cara “verbal” mahupun melalui gerak tubuh badan.
W – What I want to know
Terdapat beberapa persoalan yang bermain di minda saya sebelum pembentangan ini dilaksanakan. Antaranya ialah “Adakah seni merupakan suatu perkara atau bidang yang perlu dititikberatkan di dalam masyarakat?”, “Adakah seni hanyalah sekadar satu platform bagi seseorang untuk meluahkan perkara-perkara yang terbuku di jiwa dan minda?” dan “Kenapa seni itu penting?”.
L – What I have learned
Melalui pembentangan ini, sedikit sebanyak telah membuka mata dan minda saya betapa pentingnya seni di dalam kehidupan sejagat kita. Terutama dari segi pembangunan dan perkembangan minda dan pertumbuhan seseorang individu, di dalam konteks pendidikan individu tersebut merujuk kepada murid. Seni juga bukan hanyalah sekadar satu platform bagi seseorang untuk meluahkan perasaan dan idea malah seni juga merupakan satu bidang yang dapat menyeimbangkan kendiri individu selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu dari segi JERIS. Seni juga bukanlah sekadar melukis di atas kertas dan seumpamanya tetapi seni merangkumi seni visual, seni muzik dan seni pergerakan yang membantu dalam memperkembangkan seseorang individu atau murid secara holistik. Sekiranya seni dapat membantu kepada perkembangan minda seseorang individu, maka bidang seni perlu dititikberatkan secara serius oleh masyarakat sekeliling. Isu-isu negatif berkenaan seni perlulah ditepis dan keterbukaan minda tentang kebaikan seni perlulah diterapkan secara serius serta “sindrom A” perlulah dihakis secara berhemah.
Pendapat berkenaan para pembentang.
Pada pendapat saya, secara keseluruhan, para pembentang telah mempersembahkan hasil power point mereka dengan jayanya. Namun demikian, mereka boleh melakukan penambahbaikan dengan memantapkan keyakinan diri mereka apabila berada di hadapan audien dengan beberapa latihan dan perlu menguatkan suara serta elakkan daripada membaca slaid. “Frequent eye contact” kepada audien juga sangat digalakkan bagi menunjukkan mereka berasa sangat yakin dalam melakukan pembentangan.
Wallahualam.

Twitter

 

SESI SEMESTER 1/2016 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template