Powered by Blogger.

Saturday 30 June 2012

PEMBENTANGAN 2: KANAK-KANAK DAN SENI


KANAK-KANAK DAN SENI -

18 comments:

Unknown on 2 July 2012 at 05:20 said... [Reply to comment]

Refleksi Minggu 2

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana pembentangan pada minggu kedua telah berjalan dengan lancarnya.
Sebelum pembentangan ini dibentangkan, apa yang telah saya ketahui adalah kanak-kanak amat gemarkan seni kerana seni dapat merangsang pemikiran kreatif mereka. Selain daripada itu, seni juga dapat menjadikan mereka lebih kreatif.
Apa yang ingin saya ketahui melalui pembentangan adalah mengapa kanak-kanak amat gemarkan seni dan bagaimanakah cara seni dapat memperkembangkan kanak-kanak dari segi JERISE.
Berdasarkan pembentangan yang telah dibentangkan, akhirnya saya dapat mengetahui mengapa kanak-kanak gemarkan seni. Hal ini adalah kerana ini merupakan fitrah manusia yang amat gemar akan sesuatu yang indah. Selain daripada itu, saya juga mengetahui cara bagaimana seni dapat memperkembangkan murid dari segi JERISE. Seterusnya saya juga meningkatkan nilai estetika dalam diri saya untuk lebih menghargai karya seni.
Saya amat berpuas hati dengan pembentangan ini kerana semua rakan guru pelatih memberikan kerjasama yang amat baik.

Unknown on 2 July 2012 at 05:20 said... [Reply to comment]
This comment has been removed by the author.
Unknown on 2 July 2012 at 07:50 said... [Reply to comment]

Topik pembentangan kumpulan tersebut telah memperincikan unsur kanak-kanak dan seni sebagai tajuk pembentangan mereka pada hari itu. Melalui slaid yang ditayangkan, jelas menunjukkan tentang seni yang terbahagi kepada 3 iaitu seni visual, seni muzik dan juga pergerakan.
Sebelum diberi pendedahan mengenai tajuk ini, saya hanya mengetahui bahawa seni hanya menekankan mengenai seni visual sahaja. Selain itu juga, saya juga menganggap bahawa seni ini kurang kepentingannya dalam perkembangan kanak-kanak. Namun, setelah pendedahan yang mendalam diberikan mengenai kanak-kanak dan seni ini, kini, saya mengetahui sedikit sebanyak kepentingan atau signifikannya perkembangan kanak-kanak dan seni.
Berkaitan dengan tajuk kanak-kanak dan seni ini, saya berminat untuk mengetahui apakah kaitannya perkembangan kanak-kanak dan seni. Hal ini adalah kerana, saya tertanya-tanya mengapakah kebanyakan daripada orang cina terutamanya, suka menghantar anak-anak mereka untuk belajar seni, tidak kira sama ada seni muzik, sini visual mahupun pergerakan. Adakah mereka mahu membentuk anak-anak mereka untuk menjadi seorang pelukis? Ahli muzik? Persolan tersebut sering menjadi tanda tanya saya sehingga kini. Selain itu, saya juga ingin mengetahui bagaimana cara yang sesuai untuk menerapkan atau mengaplikasikan seni dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (p&p) bagi menjadikan sesi p&p lebih menarik dan berkesan.
Dalam sesi pembentangan, pembentang terlebih dahulu memberikan definisi yang ringkas dan tepat mengenai definisi seni iaitu seni merupakan asas perkembangan individu yang mana dapat merangsang kepekaan kasih sayang. Setelah itu, pembentang mula menerangkan mengenai perkembangan JERISE melalui seni dengan mengaitkan isu tersebut dalam sesi p&p. Ketika sesi ini, saya dapat mempelajari dengan lebih mendalam mengenai kepentingan seni dalam perkembangan kanak-kanak. Kini, saya lebih memahami mengenai sebab mengapa orang cina terutamanya suka menghantar anak-anak mereka mengikuti kelas seni. Tujuannya adalah untuk membentuk anak-anak mereka supaya lebih peka, teliti dan juga berfikiran kreatif dan kritis. Tambahan pula, saya juga mengagumi video yang ditunjukkan di mana video tersebut memaparkan mengenai kanak-kanak seumur 3 tahun sudah boleh bermain gitar dengan sangat baik seperti orang dewasa. Hal ini tidak mustahil berlaku sekiranya latihan yang bersesuaian serta latih tubi yang konsisten dijalankan. Menurut pensyarah kami, kaedah yang digunakan untuk mengajar kanak-kanak tersebut adalah dengan menggunakan kaedah suzuki. Tayangan video tersebut sungguh menarik di samping dapat memperkayakan lagi pengetahuan sedia ada saya terutamanya.
Namun, dalam sesetengah slot pembentangan, terdapat ahli kumpulan yang menyampaikan kaedah penyampaian yang kurang berkesan dan agak membosankan kerana hanya membaca teks pada slaid tanpa berlakunya komunikasi 2 hala. Selain itu terdapat penyampaian yang kurang menarik dan kurang bersesuaian dengan tahap pemikiran bakal pendidik,kerana masalah kurang persediaan awal. Terdapat segelintir daripada kami juga yang tidak memberikan perhatian semasa perbentangan kerana asyik membuat hal sendiri.
Keadaan persekitaran yang tidak kondusif, dari segi ruangan kuliah di mana pelajar duduk berselarakan, maka tidak berlaku perbincangan topik yang dibentangkan. Selain itu masalah teknikal dewan kuliah di mana sistem audio yang kurang jelas, dan mengganggu kelancaran pembentangan. Pelajar tidak melakukan bacaan awal mengenai tajuk tersebut. Ini menyukarkan mereka memahami konsep-konsep yang ditekankan dalam topik tersebut. Selain itu, penggunaan warna yang kurang sesuai juga digunakan di mana tulisan yang dipaparkan tidak jelas dan kurang menarik. Perkara ini menjadikan sesi pembentangan kurang berkesan.

wann nor farhana binti megat haron on 2 July 2012 at 08:04 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kelompok kanak-kanak dan seni adalah sangat berkait rapat. Kanak-kanak amat menggemari aktiviti-aktiviti yang berbentuk seni. Hal ini kerana boleh menimbulkan kepuasan kepada mereka untuk bermain serta merasai keseronokan. Selain itu, daripada bermain dan melakukan aktiviti yang berunsurkan seni kanak-kanak dapat meningkatkan perkembangan kognitif, fizikal, emosi,sosial dan estetik mereka selaras dengan FPK di mana hendak melahirkan pelajar yang seimbang dan holistik. Rakan dan saya telah membuat pembacaan dan rujukan lanjut mengenai topik ini meskipun kami dihimpit masa dek tugasan yang lain. Pelbagai input baharu yang diperolehi hasil penerokaan ilmu dengan pelbagai sumber yang dijadikan rujukan. Kanak-kanak dapat dilatih sejak awal dalam membentuk personaliti dan bakat di samping menerapkan nilai-nilai estetik dalam melahirkan insan yang seimbang dan sempurna. Guru memainkan peranan penting dalam membantu membentuk personaliti dan bakat pelajar melalui penggabungjalinan aktiviti seni dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti seni juga memainkan peranna penting dalam meningkatkan kemahiran psikomotor terutamanya pelajar bermasalah pembelajaran. Pelbagai aktiviti seni yang boleh dijalankan dalam bilik darjah bagi meningkatkan kefahaman serta fokus pelajar. Kesimpulannya, seni memainkan peranan penting dalam melahirkan pelajar yang mempunyai fizikal, mental,emosi, sosial dan estetik yang seimbang dan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Unknown on 2 July 2012 at 08:36 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum w.b.t

Setelah mengikuti sesi kuliah 2 pada minggu ini, iaitu kanak-kanak dan seni, saya berasa amat tertarik dengan persembahan menarik daripada pembentang. Seni adalah sesuatu yang sangat sinonim dengan kanak-kanak. Keperluan seni terhadap kanak-kanak ini semakin diberi penekanan oleh pihak kerajaan yang dapat dilihat melalui subjek pendidikan seni dan juga penerapan elemen merentas kurikulum dalam setiap mata pelajaran. Berdasarkan pengalaman, keperluan seni dalam pendidikan kanak-kanak adalah sangat penting dalam pembentukan jati diri mereka. Seni juga dianggap sebagai suatu wadah meluahkan perasaan, serta memenuhi keperluan asas kanak-kanak daripada enam aspek utama iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek, sosial dan estetika.
Sehubungan dengan itu, saya amat berharap agar saya dapat menguasai pelbagai kemahiran lain kerana menjadi tanggungjawab saya iaitu seorang bakal guru untuk mendalami setiap perkara yang mempunyai kaitan dengan kanak-kanak. Menjiwai setiap hati kanak-kanak dapat dijadikan suatu wahana untuk memudahkan saya menyediakan pelbagai aktiviti untuk kanak-kanak supaya dapat memenuhi hak kanak-kanak itu sendiri.
Berdasarkan pembentangan serta aktiviti yang dijalankan, saya sekaligus dapat mencambahkan idea serta berkongsi pendapat dengan rakan-rakan. Selain itu, aktiviti yang dijalankan mampu melatih diri serta menyediakan diri saya dengan pelbagai aktiviti untuk kanak-kanak terutamanya murid pendidikan khas apabila mengajar kelak.

Sekian, Terima Kasih

Unknown on 2 July 2012 at 10:35 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua...

Pada sesi kuliah kali ini, pembentangan buat kali keduanya telah dijalankan. Pembentangan adalah mengenai topik dua, iaitu berkenaan Kanak-kanak dan Seni. Berdasarkan pengalaman saya memiliki 15 orang anak buah, setiap individu kanak-kanak dilahirkan dengan bakat seni yang berbeza dalam diri mereka. Sesetengah daripada mereka cenderung terhadap seni lukisan dan ada pula yang lebih berminat terhadap seni muzik serta pergerakan. Perkara ini dapat dikesani sejak mereka kecil lagi, iaitu seawal umur satu ke dua tahun.

Walau bagaimanapun, keinginan saya untuk mengetahui faktor kanak-kanak menggemari seni semenjak mereka kecil sangat tinggi berikutan anak-anak buah saya yang tampak cenderung dalam bidang seni, sama ada dalam seni muzik amhupun seni lukis. Malah saya juga berkeinginan untuk mengetahui punca pudarnya minat sesetengah kanak-kanak terhadap seni apabila mereka mula mencecah usia remaja. Hal ini juga berkait rapat dengan pengalaman saya memiliki 15 orang anak buah kerana seni yang sedia ada dalam diri mereka sejak kecil seolah-olah terkubur apabila digesa dengan pelajaran di sekolah.

Melalui pembentangan daripada kumpulan kedua, saya telah didedahkan bahawa seni dapat membentuk peribadi secara holistik atau menyeluruh, dari segi jasmani, intelek, rohani, emosi, dan sosial. Malah seni juga mempunyai nilai estetika yang tersendiri mengikut pandangan setiap individu. Hasil pembentangan daripada kumpulan dua pula sangat menarik ekoran disertakan aktiviti nyanyian dan pergerakan. Namun, saya agak terkilan kerana daripada keseluruhan pembentangan, saya tidak memperoleh sebarang maklumat mengenai punca kanak-kanak semakin hilang minat terhadap seni apabila meningkat dewasa.

p/s : Semoga sesi P&P seterusnya lebih menarik..terima kasih kepada pembentang untuk ilmu yang dikongsikan (^_-)

Unknown on 3 July 2012 at 22:33 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum. Bagi perbentangan kali ini, banyak perkongsian ilmu yang berlaku antara pihak pembentang kepada saya. Berdasarkan perbentangan tersebut, terdapat beberapa perkara yang telah saya ketahui. Ianya diaplikasikan untuk memantapkan lagi pengetahuan saya. pengetahuan sedia ada saya ialah saya telah mengetahui bahawa memang fitrah kanak-kanak suka akan seni, imaginative, keiginan untuk tahu dunia luar. Hal ini dapat saya perhatikan di rumah saya bahawa adik saya yang masih dalam peringkat kanak-kanak amat gemar akan seni. Selain itu, kehendak seorang kanak-kanak ialah ingin kreatif dan bersifat imaginative. Mereka juga suka akan muzik, pergerakan lukisan. Contohnya, seorang kanak-kanak sangat cendorong untuk menconteng dinding rumah. Walhal, telah diberi kertas dan pensel. Selain itu, apa yang tahu ialah melalui muzik, kanak-kanak akan mudah belajar. Begitu juga dengan murid di sekolah rendah. Jika guru menggunakan muzik pada sesi pengajarannya, sesi tersebut dapat menarik minat murid. seterusnya, seni ialah sesuatu yang sangat dekat dan menarik perhatian kanak-kanak. Mereka tidak akan tertekan dengan subjek seni. Malahan, mereka amat menggemarinya.
Melalui perkongsian ilmu oleh pihak pembentang, perkara yang menjadi tanda tanya saya ialah adakah kanak-kanak benar-benar perlukan seni atau ada sesuatu yang lebih menarik dan menjadi keperluan mereka. selain itu, bagaimana kita dapat menyerapkan seni dalam subjek lain. Apakah kaedah yang boleh digunakan oleh guru dalam penyerapan seni dalam subjek lain. seterusnya, aktiviti apakan yang boleh digunakan dalam seni serta mengikut peringkat umur mereka. adakah setiap peringkat umur perlu mempunyai aktiviti yang berbeza mengikut tahap. Selain itu, bagaimana kita dapat mengaitkan seni dan kanak-kanak secara lebih terperinci.
Banyak perkara yang dapat saya pelajari melalui sesi pembentangan ini. saya dapat mengetahui bahawa seni dapat memenuhi keperluan kasih sayang. Melalui seni juga kita dapat memotivasikan dan dapat memeberi bimbingan kepada kanak-kanak. Aktiviti yang dirancang haruslah selari dengan kemamapuan kanak-kanak tersebut. melalui aspek emosi, seni adalah saluran untuk seseorang individu untuk memahami dan meluahkan perasaan. Contohnya, melalui lukisan yang dihasilkan. Apabila emosi stabil, hasil seni tersebut akan menjadi lebih baik lagi. Melalui aspek kerohanian, guru boleh menggunakan lagu untuk meningkatkan amalan kerohanian murid. contohnya, lagu adab belajar. Oleh itu, murid dapat mempelajari melaui lagu yang didengar. Melalui aspek sosial, saya dapat pelajari bahawa kanak-kanak belajar melalui peniruan lakuan. Hal ini dapat digunakan dengan tayangan video. Selain itu, kita jangan menggarkan kemampuan kanak-kanak. Hal ini kerana kanak-mampu buat yang lebih baik dari apa yang anggarkan. Perkara yang dapat saya perolehi dari sesi perkongsian ilmu ini ialah ibu bapa, guru dan masyarakat perlu memberi peluang kepada kanak-kanak dalam seni. Melaui pembentangan ini, apa yang dapat saya nilai, power point yang disediakan oleh pihak pembentang kurang menarik. Pemilihan warna kusam dan kurang jelas. Perbentangan kurang jelas dan perlu diperhalusi. Terlalu banyak teks dalam power point boleh menyebabkan mengantuk. Namun, bagi aktiviti yang disediakan sangat menarik dan saya amat suka sekali. Sekian terima kasih.

Unknown on 3 July 2012 at 22:35 said... [Reply to comment]

Refleksi
Che Nor Afizah Binti Che Zain
Assalammualaikum. Saya seperti nama di atas dari unit PISMP Pendidan Khas Jan 2011 ingin menyatakan serba sedikit mengenai tajuk pembentangan kumpulan kedua yang dibentang oleh Noor Hasnaziah Binti Zaini dan Wan Farhana Binti Megat Haron. Tajuk pembentangan mereka adalah Kanak-kanak dan Seni. Apa yang saya tahu dan faham mengenai topik ini ialah berkenaan kaitan antara kanak-kanak dan seni. Seperti kita sedia maklum, kanak-kanak dan seni merupakan elemen yang seiring kerana kanak-kanak sememangnya amat gemar dan suka dengan bidang seni.Melalui tajuk ini kita dapat melihat perkaitan antara kanak-kanak dan seni dan bagaimana seni mempengaruhi kehidupan kanak-kanak. Apa yang saya faham ialah kanak-kanak dilahirkan dengan penuh keperluan dan keinginan untuk mengetahui dunia di sekeliling. Kanak-kanak juga perlu diberi peluang untuk meluahkan perasaan dan pengetahuan mereka. Ibu bapa tidak seharusnya menghalang apa jua minat mereka kerana mereka berhak memilih bidang yang mereka gemari.
Melalui tajuk pembentangan ini juga, apa yang saya inigin tahu dan ingin selidiki ialah bagaimana perkembangan JERIS boleh dilihat melalui seni. Dalam pada masa yang sama, apakah cara yang terbaik bagi seorang bakal guru seperti saya untuk mencorak atau mencapai matlamat dalam menjadikan kanak-kanak lebih kreatif melalui seni. Saya juga ingin tahu apakah aspek yang paling penting dalam menjadikan seni itu kelihatan indah dan menarik di mata kanak-kanak.
Melalui hasil pembentangan ini juga, apa yang telah dapat saya pelajari ialah bagaimana untuk menjadikan pembelajaran seni di luar bilik darjah lebih menarik dengan menggunakan alam sekeliling mereka. Selain itu juga, saya juga telah dapat pelajari bagaimana untuk mengembangkan potensi yang ada pada kanak-kanak dalam bidang seni. Saya juga telah dapat mengetahui definisi kanak-kanak dan seni dengan jelasnya dan perkaitan antara kedua-dua perkara tersebut. Saya juga ingin membuat sedikit ulasan mengenai pembentangan untuk kumpulan ini iaitu dari segi gaya penyampaian pembentang. Kedua-dua pembentang memberikan hujah dan idea dengan jelas dan bernas serta mudah difahami. Tetapi, dari segi media power point yang dihasilkan tidak bersesuaian iaitu penggunaan huruf (font), latar belakang dan warna yang terlalu malap sehingga tidak menampakkan tulisan. Bagi tahap orang dewasa mungkin dapat membacanya, tetapi bagi kanak-kanak akan mengalami kesukaran. Sekian terima kasih.

Unknown on 4 July 2012 at 09:38 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum..
Pembentangan pada kali kedua ini menekankan tajuk kanak-kanak dan seni. Sebelum mempelajari pembentangan kedua ini, apa yang saya sudah ketahui ialah kanak-kanak dan seni tidak boleh dipisahkan biarpun dari segi seni muzik, visual dan pergerakan.

Selain itu, seni boleh merangsang perkembangan murid dengan lebih cepat dan meluas.
Apa yang ingin saya tahu dalam pembentangan ini ialah bukti seni membantu perkembangan kanak-kanak. Bagaimana pula dengan kanak-kanak yang mengalami masalah perkembangan? Apa contoh aktiviti yang kanak-kanak lakukan dalam mengekspresi perasaan mereka?

Setelah selesai pembentangan, apa yang saya perolehi ialah kasih sayang merupakan perkara utama bagi kanak-kanak dalam membina seni dalam diri mereka. Melalui seni juga, kanak-kanak akan berkembang secara holistik dan membantu mereka dalam banyak bidang bukan sahaja seni malah keseimbangan dalam semua bidang.

Pembentangan pada kali kedua ini menarik dan mewujudkan suasana ceria dan membuat aktiviti yang melibatkan guru pelatih untuk melakukan pergerakan. Namun paparan video yang ditunjukkan kurang memuaskan dan kurang berkaitan. Selain itu, hujah-hujah boleh dimantapkan lagi dengan memberi contoh-contoh yang kukuh.

Unknown on 5 July 2012 at 04:18 said... [Reply to comment]

ALIZATUL AISYAH BINTI MOHAMAD ALI
Assalamualaikum.
K – What I know
Kanak-kanak sememangnya sinonim dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan seni tidak kira sama ada seni visual, seni muzik atau seni pergerakan. Seni juga merupakan satu medium penting bagi kanak-kanak dalam meluahkan isi hati dan kehendak mereka. Melalui seni juga, kita dapat merungkai tahap pemikiran dan kognitif serta emosi kanak-kanak agar dapat membantu mereka dalam memperkembangkan lagi keupayaan mereka dalam menghasilkan sesuatu seni dan seterusnya meningkatkan “inner peace” mereka iaitu ketenangan jiwa kanak-kanak melalui luahan-luahan yang boleh dilakukan di dalam pelbagai bentuk cara.

W – What I want to know
Sememangnya seni merupakan satu bidang yang penting tetapi “Sejauh manakah keperluan seni diperlukan oleh kanak-kanak di dalam kehidupan seharian mereka?” dan “Adakah seni perlu dijadikan sebagai satu keutamaan bagi mereka?”

L – What I have learned
Melalui pembentangan ini, saya dapat beberapa input yang sangat berguna iaitu kanak-kanak mempunyai pelbagai keperluan yang perlu dipenuhi bagi membantu perkembangan mereka dalam membesar secara keseluruhan. Sebagai contoh, keperluan kasih sayang, aktiviti berdasarkan kebolehan mereka serta motivasi dan bimbingan yang mencukupi dan sebagai seorang guru kelak, kita seharusnya peka terhadap keperluan-keperluan ini bagi membentuk mereka secara holistik. Melalui seni juga terdapat beberapa aspek yang dapat diperkembangkan bagi memenuhi keperluan kanak-kanak secara holistik. Antaranya ialah perkembangan jasmani yang dapat mematangkan pergerakan otot (motor kasar dan motor halus) kanak-kanak, perkembangan rohani yang dapat meningkatkan amalan kerohanian dan moral kanak-kanak seperti memperdengarkan mereka lagu-lagu berunsur nasihat. Seterusnya, perkembangan sosial iaitu kanak-kanak dapat meniru perlakuan positif yang ditunjukkan guru sama ada melalui video, gambar atau lukisan guru dan perkembangan estetik iaitu dapat memberi kesedaran kepada mereka tentang nilai sesuatu konsep kecantikan dan keindahan sesebuah karya seni supaya kanak-kanak dapat menghargai sesuatu seni tersebut walaupun pada usia yang muda yang secara tidak langsung dapat mencorak nilai positif dalam diri mereka. Sebagai seorang guru kelak, kita seharusnya bijak dalam menyediakan bahan bantu mengajar (BBM) dan rangsangan seperti motivasi yang bertepatan dengan diri serta dunia kanak-kanak agar mereka dapat meningkatkan tahap kognitif, mental, fizikal, emosi, rohani dan sosial mereka yang seterusnya dapat menyumbang kepada masyarakat dan negara melalui karya seni dan penghargaan mereka.

Pendapat tentang para pembentang
Seperti pembentang sebelum ini, para pembentang pada kali juga ini dapat mempersembahkan power point mereka dengan jayanya walaupun terdapat sedikit komplikasi pada komputer riba di pertengahan pembentangan, namun mereka dapat atasi masalah tersebut dengan jayanya. Persembahan mereka juga sangat menarik apabila mereka telah menyediakan aktiviti untuk audien bagi menyatakan dengan lebih jelas relevan antara seni dan kanak-kanak. Namun demikian, terdapat beberapa penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh para pembentang iaitu dengan melakukan latihan sebelum pembentangan agar keyakinan diri mereka dapat ditonjolkan dengan lebih mantap dan menguatkan suara agar jelas serta menggunakan intonasi yang bersesuaian dan kurangkan membaca slaid. Secara keseluruhannya, persembahan mereka baik dan berkesan.

Wallahualam.

Unknown on 5 July 2012 at 06:53 said... [Reply to comment]

Asslamulaikum. Berdasarkan pembentangan tutorial 2- Kanak-kanak dan seni yang lalu, saya berpendapat pembentangan yang telah dijalankan oleh Noor Hasnaziah serta Wann Nor Farhana agak menarik dan juga menyeronokkan walaupun pada mulanya sedikit memboringkan. Sebelum ini saya mengetahui bahawa kanak-kanak dan seni mempunyai hubungan yang saling berkait rapat. Seni penting kepada kanak-kanak kerana seni dapat membantu untuk kanak-kanak meluahkan perasaan dan emosi mereka melalui lukisan, muzik dan juga pergerakan. Melalui pembentangan yang telah dijalankan, saya berharap dapat mengetahui dengan lebih mendalam objektif subjek pendidikan seni itu sendiri terhadap kanak-kanak. Diharapkan juga pembentang dapat memberikan contoh-contoh yang lebih jelas berkaitan dengan objektif tersebut. Setelah tamat pembentangan, saya dapat mengetahui dengan lebih terperinci berkenaan dengan kanak-kanak dan seni. Setiap cabang seni yang ada iaitu muzik, pergerakan dan juga visual, mempunyai kepentingan masing-masing terhadap kanak-kanak.

Unknown on 5 July 2012 at 07:29 said... [Reply to comment]

Refleksi pada kali ini adalah bagi tajuk Kanak-kanak dan Seni. Banyak yang saya tahu mengenai tajuk ini antaranya ialah kanak-kanak dan seni sangat berkait rapat. Contohnya dalam bidang muzik. Kanak-kanak lebih mudah untuk belajar sesuatu melalui muzik seperti lagu-lagu berunsur pengajaran. Buktinya kanak-kanak di Korea yang mampu untuk bermain gitar menggunakan not yang berbeza dan dalam masa yang sama mereka sangat harmoni.
Bagi topik ini, terdapat beberapa perkara yang saya ingin tahu. Antaranya ialah adakah semua kanak-kanak sukakan seni? Bagaimana pula penerimaan kanak-kanak berkeperluan khas terhadap seni? Adakah seni bagi mereka berbeza dengan murid normal?
Apa yang dapat saya rumuskan mengenai pembentangan yang kawan saya lakukan ialah aktiviti yang dijalankan menarik kerana mereka berjaya melibatkan semua pelajar di samping merangsang mereka untuk berfikiran lebih kreatif dalam melahirkan idea. Komen saya pula ialah banyakkan video atau animasi untuk menghasilkan proses p&p yang lebih menarik. Mereka juga seharusnya memilih warna yang bersesuaian untuk membuat sesuatu slaid atau pembentangan.

Unknown on 5 July 2012 at 07:31 said... [Reply to comment]

salam. pembentangan minggu ini sangat memberansangkan kerana topik yang dibentangkan sangat menarik iaitu seni dan kanak-kanak. berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya yang lepas, ternyata seni merupakan satu bidang yang sangat rapat dengan murid. dengan adanya subjek seni ini,murid dapat meluahkan perasaan mereka, idea dan juga lebih bersemangat untuk belajar. berdasarkan pembentangan ini, banyak perkara yang masih perlu saya pelajari bagi memantapkan lagi teknik pengajaran saya. hal ini kerana, murid akan menjadi lebih berminat sekiranya saya dapat menerapkan unsur0unsur seni dalam pengajaran. sebagai contoh, rakan saya menggunakan teknik nyanyian semasa pembentangannya, hal ini secara tidak lansung akan menjadikan kami loebih bersemangat dan berminat untuk belajar.Seterusnya, saya dapat melihat betapa seronoknya pelajar melakukan aktiviti seni di dalam kelas. Sebagai contoh, aktiviti membuat kolaj yang dijalankan di dalam kelas amatlah menyeronokkan dan pelajar berjaya menyiapkan tugasan seni berbanding tugasan lain yang diberi.Akhir kata, kepentingan seorang guru untuk menyediakan alat bantu mengajar yang menarik dan berkesan, diikuti kaedah – kaedah yang sesuai serta rancangan mengajar yang lengkap banyak membantu di dalam menyediakan satu pelajaran yang menarik dan berkesan kepada pelajar. Bak katapepatah, ‘Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya’.

Unknown on 5 July 2012 at 07:41 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum,
Kanak-kanak dan seni sememangnya tidak dapat dipisahkan. Salah satu keperluan dalam hidup seorang kanak-kanak ialah bermain. Dalam permainan terdapat pelbagai unsur-unsur kesenian yang diterapkan seperti nyanyian, pergerakan, kreativiti dan sebagainya. Ketika bermain kanak-kanak bebas mengekspresikan diri mereka melalui pelbagai cara yang disukai. Oleh itu, secara tidak langsung seni dapat meransang perkembangan mental, emosi dan sosial kanak-kanak.
Merujuk kepada pembentangan yang dilakukan, salah satu cara untuk meransang perkembangan sosial kanak-kanak melalui seni ialah berdasarkan peniruan sama ada secara langsung atau tidak langsung seperti TV, majalah, video, filem dan sebagainya. Namun, bahan-bahan tersebut biasanya mengandungi unsur negatif yang tidak sesuai ditiru oleh kanak-kanak. Sebagai seorang guru, bagaimanakah cara untuk mengembangkan aspek sosial kanak-kanak melalui kaedah peniruan tanpa ada unsur-unsur negatif yang mungkin mempengaruhi minda kanak-kanak tersebut.
Pembentangan yang dilakukan oleh Norhasnaziah dan Wan Farhana sangat menarik, mudah difahami dan dapat menceriakan suasana melalui aktiviti nyanyian yang dilakukan. Hasil daripada pembentangan tersebut, saya mendapati bahawa salah satu cara untuk melihat dan mengagumi keindahan alam ciptaan Allah S.W.T adalah melalui penerapan nilai estetika yang diajar dalam Subjek Seni Dalam Pendidikan ini. Selain itu, seni juga dapat membantu membentuk individu yang kreatif, berkemahiran, berkeyakinan dan mensyukuri keindahan yang ada pada diri sendiri. Sekian.

Unknown on 5 July 2012 at 07:44 said... [Reply to comment]

Tajuk pembentangan pada minggu yang ke dua ini ialah kanak-kanak dan seni. Mendengar tajuknya sahaja kita dapat membuat tanggapan sendiri mengenai tajuk ini iaitu tajuk kanak-kanak dan seni ini merupakan antara tajuk-tajuk yang menarik dan luas ruang lingkupnya. Hal ini kerana, sepertimana yang kita sudah sedia maklum, kanak-kanak dan seni memang tidak dapat dipisahkan dan kanak-kanak merupakan golongan yang sinonim dengan seni kerana sejak daripada kecil lagi bakat seni sememangnya sedah ada dalam diri setiap insan. Zaman kanak-kanaklah merupakan zaman di mana manusia mula mempelajari seni. Jika kita asah dan gilap bakat seni yang ada pada zaman kanak-kanak ini, insyAllah, kita akan dapat melahirkan insan yang mempunya bakat seni yang besar kelak. Selain itu juga, kita sudah sedia maklum bahawa fitrah seorang kanak-kanak ialah sukakan permainan, pergerakan dan juga warna.
Menerusi pembentangan kedua ini apa yang saya sudah sedia maklum mengenai tajuk pembentangan ini ialah, fitrah seorang kanak-kanak yang mempunyai keinginan yang tinggi untuk meneroka dan mempelajari sesuatu daripada alam sekeliling dan bagaimana mereka dapat mengadaptasikan alam apa yang mereka lihat dengan alam sekeliling. Selain itu juga, apa yang sudah saya sedia maklum ialah, kanak-kanak merupakan golongan yang sentiasa inginkan kasih sayang dan belaian daripada individu yang lebih dewasa. Mereka lebih bersikap sedemikian kerana mereka masih merasakan diri mereka terlalu kecil dan mereka masih bergantung dengan orang yang berada di sekeliling mereka. Kanak-kanak juga perlu diberikan motivasi yang secukupnya. Hal ini sangat penting kerana untuk membentuk seorang insan supaya baik pekertinya, kita haruslah membimbing dan membentuk mereka sejak dari zaman kanak-kanak mereka lagi.
Dengan pengetahuan sedia ada saya mengenai kanak-kanak di atas, saya inginkan pengetahuan saya ini menjadi lebih mantap dengan ilmu yang terkandung dalam topik dua ini iaitu kanak-kanak dan seni. Apa yang saya ingin tahu menerusi pembentangan oleh kumpula dua ini ialah bagaimana seorang guru dapat merangsang kanak-kanak untuk terlibat dalam aktiviti seni. Selain itu juga, saya ingin tahu aktiviti seni apakah yang sesuai untuk kanak-kanak melibatkan diri mereka dan perkembangan jasmani melalui seni yang melibatkan pergerakan dan seni visual yang kerap yang mampu mematangkan pergerakan otot kanak-kanak.
Selepas kumpulan dua selesai membuat pembentangan, apa yang telah saya pelajari melalui tajuk pembentangan ini ialah, seni merupakan satu asas untuk kanak-kanak memenuhi perasaan ingin tahu mereka melalui pelbagai kaedah seperti muzik, pergerakan , lukisan dan sebagainya. Selain itu juga, seni jugalah yang berperanan sebagai pemangkin untuk melahirkan seorang kanak-kanak yang kreatif dan mempunyai daya imaginatif yang tinggi. Pembentangan kedua ini juga telah mendedahkan saya bahawa jika emosi kanak-kanak berada dalam keadaan yang stabil, lukisan, muzik, dan pergerakan yang dihasilkan oleh mereka adalah baik.
Komen saya untuk pembentangan kumpulan kedua ini ialah pembentangan yang dihasilkan adalah baik dan sangat bermakna serta memberi banyak input yang berguna kepada saya dan juga rakan-rakan yang lain. Selain itu juga, pembentang kelihatan begitu yakin ketika menyampaikan isi pembentangan dan apa yang menarik perhatian saya berkenaan dengan pembentang pada kali ini ialah mereka bijak menggunakan perkataan bombastik yang bersesuaian dengan tajuk pada kali ini.

Unknown on 5 July 2012 at 08:44 said... [Reply to comment]

Assalammualaikum……
Seperti yang saya sedia maklum, seni amat rapat dengan perkembangan kanak-kanak. Ini kerana, kanak-kanak akan meneroka pengalaman baru disekitar mereka setiap masa, dan aspek seni mamainkan peranan penting untuk menarik minat kanak-kanak untuk mempelajari atau mengetahui mengenai banyak perkara. Sebagai contoh, kanak-kanak akan tertarik dengan warna-warna yang terdapat disekitar mereka dan bunyi-bunyian yang mereka dengan. Pada awal perkembagan kanak-kanak, mereka tidak mahir dalam meluahkan perasaan mereka melalui perkataan. Oleh itu, setiap gerak geri meraka seperti perlakuan, bunyi-bunyian, pergerakan ataupun contengan yang mereka lakarkan merupaka salah satu cara untuk mereka meluahkan apa yang mereka rasa.
Banyak persoalan yang timbul dalam diri saya sebelum sesi perbentangan bermula. Antaranya,bagaimana konsep irama, warna dan ruang dapat dipersepadukan dalam Seni. Tambahan lagi, saya tertarik untuk mengetahui tentang perkembangan kepekaan deria kanak-kanak dan apakah kepentingan kepekaan deria ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Banyak pengatahuan baru yang dapat saya perolehi daripada persembahan power point ini misalnya, kerperluan dan keinginan asas kanak-kanak bukan sahaja dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS), tetapi termasuk juga dalam aspek estetik (JERISE). seni dan perkembangan JERISE kanak-kanak juga mengikut tahap. Saya juga dapat mempelajari dan mengenal konsep aktiviti motivasi pembalajaran mengikut tahap perkembangan JESIRE. Melaluinya, saya dapat mengenal konsep aktiviti untuk melibatkan murid secara aktif, kreatif dan menyeronokkan.
Perbentangan power point yang disampaikan oleh pembentang sangat menarik dan menyeronokkan. Banyak aktiviti yang dilakukan oleh pembentang untuk memudahkan kami memahami dengan lebih jelas lagi topik yang dibentang. Selain itu, cara penyampaian pembentang juga tidak bosan kerana pembentang menggunakan nada suara yang tinggi dan bahasa badan yang sesuai. Walaupun berlaku sedikit masalah teknikal, pembentang dapat mengatasi masalah yang dihadapi dengan tenang.

Unknown on 5 July 2012 at 08:48 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum,
Kanak-kanak dan seni adalah dua perkara yang sangat rapat. Kanak-kanak secara semulajadi akan tertarik kepada karya-karya berunsur seni seperti bunyi-bunyian dan warna-warna yang terang dan menarik. Sebelum ini saya sudah mengetahui bahawa seni dapat memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh. Selain itu, saya juga sudah sedia maklum bahawa perkembangan kanak-kanak mempunyai arah dan ianya berlaku secara berterusan.
Ketika mempelajari tajuk ini, saya tertanya-tanya bagaimanakah seorang guru dapat membentuk seorang murid untuk meluahkan perasaannya melalui seni. Selain itu, bagaimanakah murid dapat menilai sesuatu karya itu dengan baik.
Berdasarkan tajuk ini, saya dapat menambah pengetahuan saya bahawa seni merangkumi aspek JERISE. Dalam matapelajaran seni, setiap aspek diajar secara seimbang dan memberikan pengetahuan yang luas kepada murid. Walaupun seni diajar di dalam aktiviti bermain, namun ia mampu meningkatkan pengetahuan murid. Guru juga dapat memberi dorongan kepada murid untuk menghargai karya seni supaya dapat meningkatkan daya estetika mereka.
Tambahan pula, penerangan yang jelas oleh pembentang membantu saya untuk memahami tajuk ini dengan mudah. Setiap huraian dan contoh diberikan dengan baik. Aktiviti yang diadakan juga sangat menarik.

Unknown on 5 July 2012 at 08:50 said... [Reply to comment]

Saya tidak banyak tahu mengenai seni dan kanak-kanak. Saya melihat kanak-kanak kurang tahu mengenai seni dalam kehidupan mereka. Tetapi, seni ini boleh diserapkan dalam diri mereka sejak kecil lagi. Mungkin, bakat mereka boleh diketahui dan dapat diasah.
Melalui pembentangan kali ini, saya berharap kawan saya mampu memberi input kepada saya mengenai seni dan kanak-kanak dengan lebih mendalam lagi. Saya dapat input serba sedikit tentang tajuk ini. pembentang dapat melakukan pembentangan dengna baik tetapi ada kurangnya. Ada penonton bertanyakan sesuatu soalan, tetapi jawapan pembentang agak lari daripada tajuk dan tidak menjawab soalan. Aktiviti yang dijalankan agak menarik dan banyak. Segala aktiviti yang diadakan ada kaitannya sedikit dengan kanak-kanak dan seni.
Apa yang saya dapat ialah kanak-kanak dan seni amat berkait rapat. Kanak-kanak sering meluahkan apa yang tersirat dan tersurat melalui seni lukis, seni musik dan pergerakan mereka. Kita sebagai orang yang terdekat perlu memahami apa yang diluahkan kanak-kanak melalui seni. Mungkin ia dapat membantu kita serba sedikit memahami mereka dan membantu mereka.

Twitter

 

SESI SEMESTER 1/2016 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template