Powered by Blogger.

Sunday 8 July 2012

PEMBENTANGAN 3:IRAMA, WARNA DAN RUANG

PEMBENTANGAN TOPIK 3

18 comments:

Unknown on 12 July 2012 at 00:24 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum. Sememangnya warna, irama dan juga pergerakan merupakan elemen yang senantiasa wujud di sekeliling kanak-kanak. Melalui kewujudan unsur-unsur ini, kanak-kanak dapat mempelajari sesuatu yang baru di sekeliling mereka dengan lebih seronok dan lebih berkesan. Mereka juga digalakkan mencuba untuk meneroka sesuatu yang baru dengan dibantu oleh guru sebagai pembimbing.
Antara pengetahuan sedia ada saya mengenai topik yang dibentangkan ini ialah warna memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seseorang. Tanpa warna, kehidupan menjadi tidak bermakna kerana tiada kepelbagaian warna, yang hanya warna hitam dan putih. Selain itu, saya juga mengetahui bahawa warna dapat dibahagikan kepada tiga warna asas iaitu biru, merah dan kuning. Tambahan pula, melalui warna juga, boleh mempengaruhi perasaan dan emosi seseorang di mana warna yang digunakan boleh memberi kesan kepada personaliti, budaya dan juga psikologi seseorang. Selain itu, irama juga merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik di mana irama dapat dinyatakan sebagai sesuatu atau rentak yang berlaku secara berulang.
Sebelum sesi pembentangan kedua ini, saya juga tertanya-tanya mengenai apakah perkaitan antara pergerakan dan irama. Selain itu, saya juga ingin mempelajari dengan lebih lanjut mengenai roda warna di mana bagaimanakah warna sekunder dan warna primer wujud. Selain itu, saya juga tertanya-tanya mengenai apakah yang dimaksudkan dengan warna boleh menggambarkan perasaan seseorang. Adakah apabila seseorang itu memakai pakaian bewarna merah, bermakna dia sedang marah?
Banyak pengetahuan baru yang dapat saya pelajari selepas sesi pembentangan kali ini misalnya, kepelbagaian irama yang boleh dilakukan berdasarkan satu lagu. Perkara ini semakin jelas apabila pensyarah kami menunjukkan contoh yang jelas dan mudah difahami mengenai topik tersebut. Selain itu, saya juga dapat mengetahui bahawa sebenarnya ruang terbahagi kepada dua, iaitu ruang nyata dan juga ruang ilusi. Pengetahuan baru ini sememangnya menangkis pengetahuan sedia ada saya yang menganggap bahawa ruang hanya merupakan satu jarak yang nyata sahaja. Tambahan pula, saya juga mula menyedari bahawa dalam kehidupan seharian juga, mempunyai irama, yang selama ini tidak disedari. Sebagai contoh, bunyi tapak kaki, bunyi dengupan jantung, bunyi titisan air di sinki dan sebagainya. Selain itu, saya juga dapat menambah pengetahuan saya mengenai warna kroma yang mana warna kroma ini berperanan untuk menggambarkan kesan yang sesuai untuk sunyi, sedih dan nostalgia.
Pembentangan power point yang disampaikan oleh pembentang sangat menarik dan menyeronokkan. Contoh-contoh yang diberikan juga sesuai dan dapat menerangkan dengan lebih lanjut dan secara tidak langsung memudahkan kami memahami dengan lebih jelas mengenai topik yang dibentang. Tambahan pula, paparan video yang ditunjukkan juga menarik dan sesuai bagi menerangkan dengan lebih lanjut mengenai topik yang dibentangkan. Cara penyampaian pembentang juga tidak bosan di mana pembentang menggunakan nada suara dan bahasa badan yang sesuai. Namun begitu, grafik yang digunakan bagi menggambarkan irama kelihatan tidak begitu sesuai di mana, pembentang seharusnya menggunakan video bagi menunjukkan dengan lebih jelas mengenai pergerakan irama tersebut. Namun, secara keseluruhannya, persembahan para pembentangan baik dan berkesan.

Unknown on 12 July 2012 at 00:57 said... [Reply to comment]

Refleksi 3
Natrah Binti Fadzil (2011141340065)
Topik pembelajaran yang ketiga bagi matapelajaran Seni Dalam Pendidikan yang dibentangkan oleh kumpulan yang ketiga ini bertajuk irama,ruang dan juga warna. Sepertimana yang kita sudah sedia maklum, jika mendengar dari tajuknya sahaja kita dapat meramal bahawa tajuk pembentangan pada kali ini merupakan salah satu tajuk yang menarik dan mempunyai ruang lingkup yang luas dan patut diterokai oleh kita jika kita ingin mendapat ilmu dan pengetahuan yang terselindung di sebalik tajuk ini. Seperti minggu-minggu yang lain,saya tidak sabar untuk mengikuti pembentangan pada kali ini dan saya harapkan pembentang dapat berkongsi ilmu serta input yang sangat berguna kepada saya dan juga rakan-rakan guru pelatih yang lain.
Sebelum mendengar sesi pembentangan yang dijalankan oleh kumpulan tiga ini, saya sudah mengetahui sedikit sebanyak mengetahui tajuk irama, ruang dan warna ini. Pengalaman dan ilmu saya peroleh hasil daripada pembacaan dan juga pemgalaman sendiri selama berada di muka bumi ini. Apa yang saya ketahui ialah ketiga-tiga elemen ini adalah tergolong dalam eleman seni. Selain itu juga, apa yang dapat saya kongsikan ialah mungkin kita tidak sedar bahawa di sekeliling kita terdapat irama sebagai contoh bunyi tapak kaki, bunyi titisan air, bunyi denyutan nadi dan sebagainya lagi. Selain itu juga, apa yang dapat saya kongsikan sedikit berdasarkan pengetahuan sedia ada sata ialah, warna berlaku akibat tindak balas cahaya dengan objek.
Melalui pembentangan yang disampaikan oleh kumpulan tiga ini, apa yang saya ingin tahu ialah apakah aktiviti yang sesuai yang boleh guru-guru di sekolah terapkan kepada pelajar-pelajar dan ketika perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan irama. Selepas saya mendengar pembentangan ini, saya dan rakan-rakan yang lain telah diberitahu bahawa aktiviti yang sesuai untuk elemen irama yang dapat diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah aktiviti yang melibatkan pergerakan seperti melompat, melakukan aktiviti mengikut iringan muzik dan sebagainya lagi. Guru akan mendapat kesan yang positif daripada pelajar jika menerapkan elemen irama dalam pendidikan kerana sepertimana yang kita sedia maklum, pelajar sangat sukakan muzik, pergerakan dan juga sesuatu yang berkaitan dengan seni.
Apa yang dapat saya belajar atau dengan erti kata yang lain ilmu yang saya dapat menerusi pembentangan oleh kumpulan tiga ini ialah, irama ialah satu susunan corak yang berulang, sekata dan juga bergerak. Irama juga dapat menaikkan minat pelajar untuk belajar. Oleh hal yang demikian, guru haruslah mengambil langkah yang sepatutnya untuk menerapkan elemen seni dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Komen saya untuk pembentang yang ketiga ini ialah, pembentang mempunyai suara yang lantang dan pembentangannya juga jelas. Pembentang juga dapat menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh pensyarah pembimbing dan juga raka guru pelatih yang lain.Selain itu juga, video-video yang ditayangkan kebanyakannya berkaitan dengan tajuk dan sangat menarik. Adalah lebih baik jika kumpulan pembentang menyediakan aktiviti yang berkaitan dengan elemen irama dan meminta rakan guru pelatih yang lain laksanakan.

Unknown on 13 July 2012 at 02:44 said... [Reply to comment]

Refleksi
Nama : Che Nor Afizah Binti Che Zain
Assalammualaikum. Saya seperti nama di atas dari unit PISMP PK Jan 2011 ingin menyatakan serba sedikit mengenai tajuk pembentangan kumpulan ketiga yang dibentang oleh saya dan rakan saya iaitu Siti Norhidayah Binti Azmee. Tajuk pembentangan kami adalah irama, warna dan ruang. Apa yang saya tahu dan faham mengenai topik ini ialah berkaitan dengan bagaimana elemen irama, warna dan ruang diaplikasikan dalam pendidikan seni. Hasil daripada sumber maklumat yang telah saya perolehi, dapat saya nyatakan di sini warna ialah tindak balas cahaya terhadap permukaan atau objek di dalam sekeliling dan ruang ialah kawasan kosong di sekeliling sesuatu objek, jarak di antara dua objek, ataupun rongga yang terdapat dalam sesuatu objek. Manakala irama pula ialah elemen berulang mengikut rentak yang menghasilkan pergerakan.
Melalui tajuk pembentangan ini juga, apa yang saya inigin tahu dan ingin selidiki ialah bagaimana irama, ruang dan warna mempengaruhi kanak-kanak melelui pembelajaran seni. Selain itu, apa kaitan antara ketiga-tiga elemen tersebut dengan diri kanak-kanak. Adakah ianya mampu mengubah kehidupan kanak-kanak untuk menjadi lebih kreatif dan sebagainya. Hasil pembentangan saya pada hari tersebut menunjukkan pemahaman saya mengenai tajuk ini semakin meningkat berkat tunjuk ajar dan bimbingan dari pensyarah juga.
Melalui hasil pembentangan saya ini juga, apa yang telah dapat saya pelajari ialah bagaimana untuk menjadi seorang pembentangan yang terbaik dan kelihatan bersemnagat dan penuh yakin di hadapan pendengar. Dalam pada masa yang sama juga, saya telah dapat mempelajari konsep warna, ruang dan irama dengan lebih jelas melalui tontonan video, sokongan ilustrasi dan sebagainya. Hasil pembentangan ini juga, saya telah dapat belajar sesuatu perkara yang baru iaitu bagaimana untuk member maklumat atau menjelaskan sesuatu perkara kepada pihak pendengar untuk memastikan mereka faham dan yakin dengan penerangan yang telah saya berikan. Perasaan saya ketika membentang ialah saya berasa sangat gementar tetapi semakin beransur hilang perasaan tersebut setelah segala penerangan saya diterima oleh rakan-rakan yang lain. Sekian terima kasih.

Unknown on 13 July 2012 at 07:13 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum. Saya Siti Norhidayah Binti Azmee dari PISMP Pendidikan Khas Januari 2011. Berdasarkan perbentangan topik tiga yang telah disediakan oleh saya bersama rakan saya, pada peringkat permulaannya, saya telah mengetahui bahawa irama saling berkait dengan muzik. Hal ini kerana muzik sering berulang-ulang coraknya dan ianya sama seperti maksud irama itu sendiri. Selain itu, pengetahuan sedia ada saya ialah saya telah mengetahui mengenai warna-warna. Warna terbahagi kepada tiga iaitu warna asas, warna sekunder dan warna tertier. Warna asas sering kita gunakan dalam membuat poster, dan sebagai warna asas kepada sesuatu lukisan. Saya juga telah tahu mengenai warna sekunder iaitu dua warna yang dicampur. Hal ini dapat saya lihat sendiri apabila saya mencampurkan highlight saya yang berwarna merah dan biru. Ianya menghasilkan warna ungu. Hal ini dapat saya aplikasikan dalam penyediaan pembentangan ini.
Melalui perbentangan yang disampaikan oleh saya bersama rakan saya, perkara yang ingin saya tahu dengan lebih lanjut ialah bagaimana sebenarnya peranan ruang dalam seni. Hal ini kerana melalui pembentangan yang saya sampaikan, saya masih kurang faham bagaimana ruang memainkan peranan dalam pendidikan seni. Selain itu, perkara yang ingin saya tahu melalui bagaimana gambar-gambar ‘optical illusion’ tersebut kelihatan seperti bergerak. Saya masih keliru dengan konsep warna, ruang yang digunakan bagi memastikan gambar-gambar ‘optical illusion’ kelihatan seperti bergerak.
Seterusnya, melalui perbentangan saya dan rakan saya bagi topic tiga, banyak perkara yang dapat saya pelajari. Antaranya ialah setiap objek yang bergerak-gerak dan mempunyai corak yang berulang adalah irama. Contohnya, titisan air, berlari, dan berjalan. Selain itu, apa yang dapat saya pelajari melalui pembentangan ini ialah saya dapat mengetahui apa itu warna kroma, warna penggenap, dan warna harmoni. Hal ini kerana dalam pembentangan yang disediakan oleh saya bersama rakan saya, kami ada menambah ilmu mengenai warna ini dengan lebih terperinci. Oleh itu, saya lebih faham lagi mengenai topik warna ini.
Berdasarkan pembentangan yang disampaikan oleh saya, pada peringkat permulaannya, perasaan gugup menguasai diri. Namun, saya kuatkan semangat dengan cuba mengatasi perasaan gugup tersebut. Melalui penyediaan slide ini, saya bersama rakan saya telah mencari pelbagai video yang menarik. Melalui video yang dipaparkan oleh kami, saya merasakan perkongsian ilmu yang disampaikan oleh kami berjaya dengan disertakan dengan video yang menarik dan mempunyai makna yang tersendiri yang perlu difahami dengan sebaik yang mungkin.

Unknown on 14 July 2012 at 20:26 said... [Reply to comment]

Tajuk ketiga berkaitan dengan irama, warna dan ruang. Sebelum mempelajari tajuk ini, saya terimbas kembali kenangan saya semasa di sekolah rendah mengenai warna. Seperti mana yang saya tahu, warna boleh dicampurkan dan campuran warna itu tadi dapat menghasilkan warna yang lain. Saya juga telah mengetahui bahawa warna juga terbahagi kepada dua iaitu warna sejuk dan warna panas. Bagi saya, saya lebih tertarik dengan warna panas iaitu kuning.
Ketika pembentangan ini dibentangkan, apa yang saya ingin ketahui ialah bagaimana seorang pengkarya seni dapat menghasilkan suatu lukisan optical illusion yang begitu menakjubkan. Sebagai seorang guru, mampukah saya untuk mengajar murid-murid sekolah rendah mengenai lukisan ini walaupun hanya sedikit? Tambahan lagi, saya tertarik dengan elemen irama di dalam muzik. Bagaimana saya ingin merangsang murid untuk memahami sesuatu irama dan bergerak mengikut tempo.
Terdapat beberapa ilmu yang dapat saya pelajari berkaitan dengan tajuk ketiga ini. Contohnya, seorang guru dapat merangsang murid untuk memahami sesuatu irama dengan memperdengarkan irama yang wujud disekeliling mereka. Contohnya bunyi titisan air, degupan jantung dan detikan jam. Melalui aktiviti ini, murid akan belajar untuk bergerak mengikut tempo. Konsep ini seperti mengajar murid dari mudah ke sukar. Apabila murid dapat menguasai sesuatu irama, guru boleh menggunakan muzik yang lebih rancak.
Mengenai pembentang, input yang diberikan sangat membantu saya untuk memahami dengan lebih lanjut mengenai tajuk ini. Aktiviti yang dijalankan sangat menarik dan mencabar daya kreatif iaitu melukis lakaran wajah rakan. Walau bagaimanapun, penggunaan warna dan saiz tulisan tidak begitu sesuai. Semoga aspek ini dapat dititikberatkan pada masa akan datang.

Unknown on 15 July 2012 at 04:29 said... [Reply to comment]

Refleksi 3
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana pembentangan minggu ketiga telah berjaya dilaksanakan.
Sebelum memasuki kelas pada pembentangan ini, apa yang saya ketahui mengenai ruang, irama dan warna adalah semua perkara ini dapat dibentuk oleh manusia dan juga alam semula jadi seperti pokok, langit dan sebagainya. Selain daripada itu juga, saya tahu bahawa irama memerlukan peralihan dari satu titik ke titik yang lain.
Setelah memasuki pembentangan, saya dapat mengetahui bahawa terdapat tiga jenis warna iaitu warna primer, sekunder dan tertier. Sebelum ini saya tidak mengetahui bahawa warna tertier merupakan gabungan dari tiga warna asas dan warna sekunder. Seterusnya saya juga mengetahui bahawa irama merupakan apa sahaja pergerakan yang berulang termasuk lambaian tangan berkali-kali.
Apa yang ingin saya ketahui melalui pembentangan ini adalah mengapa irama moden tidak didedahkan kepada murid-murid di sekolah serta mengapa begitu sukar untuk menjadikan ruang lebih sistematik dan cantik.
Pembentang pada kali ini lebih bergantung kepada tayangan slide semata-mata dan tidak banyak memberikan contoh yang berdekatan dengan diri guru pelatih. Namun, pembentangan slaid mereka amat menarik kerana mereka mampu menggunakan elemen multimedia yang menarik dalam slaid tersebut.

Unknown on 15 July 2012 at 07:29 said... [Reply to comment]

Salam.pembentangan pada minggu ini yang berkaitan tentang iram,ruang dan warna member input yang sangat banyak kepada saya. Sebelum ini,saya hanya faham bahawa irama hanyalah berkaitan dengan muzik sahaja. Namun ternyata jangkaan saya itu tidak tepat kerana irama juga mempunyai kaitan dalam seni lukisan. Berdasarkan pembentangan oleh rakan saya, Irama merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik. Irama dapat dinyatakan sebagai rentak yang berlaku secara berulang. Sesuatu irama itu boleh dinikmati sewaktu kita mendengar muzik. Irama yang menarik dalam sesuatu muzik akan mempengaruhi seseorang untuk mendengar muzik tersebut berulang kali. Dalam kehidupan kita seharian, kita semestinya akan menemui pelbagai irama. Sebagai contoh bunyi tapak kaki, bunyi degupan jantung, bunyi titisan air di sinki dan sebagainya. Semua ini merupakan irama yang wujud disekeliling kita tanpa kita sedari dan kebanyakan ianya berlaku setiap masa. Manakala dalam pendidikan seni, irama digambarkan sebagai sesuatu susunan corak yang berulang dan susunan sekata yang mewujudkan pergerakan. Disamping itu juga, irama juga mempunyai kaitan dengan warna dan juga ruang. Kanak-kanak akan mula memahami sesuatu kemahiran yang berbentuk irama sewaktu mereka melakukan aktivitti seperti melompat, bergerak ke kiri dan kanan, menari, melukis corak dan sebagainya. Hal ini secara tidak langsung telah mendedahkan kanak-kanak terhadap aspek ruang ( pergerakan ) dan warna ( lukisan . sebenarnya, irama dapat meransang minda kanak-kanak untuk memberikan tumpuan terhadap apa yang sedang dilakukan. akhir kata,tanpa kehadiran muzik, sudah tentu sesuatu aktiviti menjadi hambar dan murid akan merasa cepat bosan. oleh itu, sebagai bakal pendidik, kita hendaklah bijak merancang aktiviti p&p dengan menggunakan pelbagai kemahiran yang telah dipelajari dalam subjek seni dalam pendidikan ini :)

Unknown on 15 July 2012 at 08:19 said... [Reply to comment]

ALIZATUL AISYAH BINTI MOHAMAD ALI
Assalamualaikum.
K – What I Know
Irama, warna dan ruang sememangnya mempunyai kaitan dengan bidang seni. Seperti yang diketahui pada pembentangan sebelum ini, seni terbahagi kepada tiga iaitu muzik, visual dan pergerakan. Oleh itu, saya beranggapan irama boleh dikaitkan dengan seni muzik, warna pula dikaitkan dengan seni visual dan ruang mungkin mempunyai kaitan dengan seni pergerakan di mana setiap pergerakan memerlukan ruang (lokomotor).
W – What I Want to Know
Adakah irama, warna dan ruang memainkan peranan penting di dalam konteks seni di dalam pendidikan selain daripada yang telah saya sedia maklum?
L – What I Have Learned
Terdapat beberapa kepentingan bagi irama, warna dan ruang kepada kanak-kanak (murid) iaitu dapat merangsang minda murid untuk memberikan tumpuan kepada apa yang sedang dilakukan (irama). Sebagai contoh, penggunaan video muzik yang mempunyai irama yang menarik dapat menarik minat murid dan secara tidak langsung dapat menarik tumpuan murid agar P&P dapat dijalankan dengan berkesan. Seterusnya, bagi konsep ruang pula, murid dapat mengenalpasti jenis-jenis ruang yang wujud di dalam bidang seni iaitu ruang nyata / fizikal dan ilusi. Manakala bagi warna pula, murid dapat meningkatkan motivasi dalam diri apabila mengetahui jenis-jenis warna yang dapat memberi impak yang berbeza kepada setiap individu. Hal ini secara tidak langsung dapat memberi pengetahuan kepada mereka bagaimana menghasilkan karya seni yang meliputi warna-warna yang bersesuaian dengan emosi serta tema mereka.
Komen kepada para pembentang
Pembentangan yang menarik kerana menunjukkan pelbagai video yang menarik. Namun demikian, terdapat pengulangan kepada jenis-jenis gambar yang mereka gunakan iaitu gambar-gambar ilusi yang mungkin menjadikan pembentangan mereka menjadi kurang menarik kerana kurangnya elemen “suprise”. Sekiranya mereka menggunakan gambar yang berbeza dan unik kemungkinan pembentangan akan menjadi lebih menarik. Proses pembentangan memperlihatkan para pembentang kelihatan kurang keyakinan dalam membentangkan “slide” mereka. Hal ini dapat dilihat melalui penggunaan suara mereka yang kurang lantang dan adakalanya mereka menggunakan bahasa dialek yang seharusnya dielakkan. Secara keseluruhan, pembentangan mereka adalah baik dan berkesan.
Wallahualam.

Unknown on 15 July 2012 at 08:35 said... [Reply to comment]

Assalammualikum…
Terus terang saya katakan, tidak banyak yang saya tahu mengenai topik irama, warna dan ruang dan topik deria dan seni ini. Secara dasarnya, saya hanya mengetahui kesemua aspek ini amat penting dalam kehidupan seharian kita. Aspek irama, warna dan ruang umumnya diaplikasikan dalam kehidupan seharian untuk melakukan aktiviti-aktiviti rutin. Manakala, deria amat penting dalam proses berinteraksi dan bertindakbalas dengan pelbagai situasi sekeliling kita.
Saya amat tertarik untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi bagaimana aspek irama, ruang dan warna serta topik deria dan seni ini memainkan peranan dalam proses pembalajaran dan pengajaran (P&P) kanak-kanak dan keberkesanannya di dalam bilik darjah. Ini kerana, saya yakin proses P&P akan lebih berkesan dan menarik dengan adanya kesinambungan aspek-aspek ini. Oleh itu, saya berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi perkaitan antara aspek-aspek ini dengan seni dalam pendidikan.
Setelah mendengar dan melihat pembentangan yang telah dijalankan, saya memperoleh banyak pengatahuan baru. Antaranya, saya dapat mengetahui dengan lebih terperinci lagi berkenaan konsep irama, warna dan ruang ini. Saya juga dapat mengetahui kegunaan dan kepentingan aspek-aspek ini dalam kehidupan seharian dan bagaimana ia dapat digunakan di dalam bilik darjah. Saya juga dapat menambah pengetahuan berkenaan kepentingan deria dalam seni ini. Dan saya juga dapat menambah pengatahuan, bagaimana untuk saya mengaplikasikan maklumat yang saya peroleh ini apabila saya bergelar seorang guru kelak. Lebih-lebih lagi bagaimana untuk saya mengaplikasikan maklumat ini kepada murid-murid bermasalah pembelajaran yang setiap seorangnya mempunyai kelebihan dan kekurangang yang berbeza antara satu sama lain.

Unknown on 16 July 2012 at 01:44 said... [Reply to comment]

WHAT I KNOW
Sebelum mempelajari dan mengenali apa itu seni secara lebih mendalam, saya berpendapat seni hanya merangkumi elemen hiburan semata-mata. Secara jujurnya, saya tidak pernah mengetahui bahawa seni juga mempunyai elemen-elemen yang lain seperti irama, ruang dan warna yang mempunyai fungsi-fungsinya tersendiri dalam sesebuah karya seni. Setakat pengetahuan saya, irama ialah bunyi yang terhasil daripada alat-alat muzik dan lagu-lagu yang dinyanyikan. Tidak pernah terfikir bahawa, bunyi-bunyian daripada alam sekitar juga merupakan satu irama yang indah jika diamati dengan sebaiknya. Pembentangan tentang konsep dan kepentingan irama, ruang dan warna ini banyak memberi input baru yang berguna dan menarik kepada saya.
WHAT I WANT TO KNOW
Tidak dapat dinafikan bahawa elemen-elemen seni ini lah yang menjadi rangsangan untuk menarik minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran sama ada secara langsung atau tidak langsung. Namun, satu persoalan yang ingin saya kemukakan adalah, adakah elemen-elemen seni ini sesuai diajar atau didedahkan kepada murid-murid sekolah rendah secara khusus dalam subjek seni atau guru hanya perlu menerapkan elemen-elemen ini secara tidak langsung semasa mengajar seni di dalam kelas?
WHAT I LEARNED
Setelah mengikuti pembentangan yang dilakukan, saya dapati ilmu yang dikongsi banyak memberi impak berguna dan dapat menambahkan pengetahuan sedia ada saya tentang seni. Pelbagai perkara baru telah dapat saya pelajari seperti kepentingan setiap elemen-elemen seni itu dalam sesebuah karya. Selain itu, sebagai seorang bakal guru, saya mendapat input berguna tentang bagaimana untuk memanipulasikan elemen seni dalam pengajaran supaya sesi P&P menjadi lebih menarik dan berkesan. Pembentangan yang dilakukan sangat baik dan menarik perhatian saya kerana terdapat aktiviti melukis dan tayangan pelbagai video tentang elemen-elemen seni. Cuma penerangan yang dilakukan kadang kala kurang jelas dan terlalu banyak info berulang yang menyebabkan kebosanan.

Unknown on 16 July 2012 at 05:49 said... [Reply to comment]

Alhamdulillah , pembentangan kali ketiga ini berjaya dilaksanakan iaitu tajuk warna, irama dan ruang. Sebelum ini, saya mengetahui bahawa warna, irama dan ruang amat berkait rapat dalam kehidupan seharian manusia. Warna merupakan elemen yang tidak kurang penting dalam kehidupan. Ini kerana warna menjadikan kehidupan lebih menarik kerana semua warna wujud di sekeliling kita. Irama adalah amat berkait rapat dengan muzik. Ia merupakan sesuatu elemen dalam seni muzik, tanpa irama mungkin sesuatu muzik itu tidak dapat berdiri dengan baik. Saya kurang mengetahui apa kaitan ruang dengan seni.
Melalui pembentangan ketiga ini, saya mengharapkan rakan saya dapat membantu saya lebih mendalami konsep-konsep irama, warna dan ruang yang ada kaitannya dengan seni. Apa fungsi warna dalam kehidupan dan proses p&p. Apa jenis-jenis warna yang terdapat dalam kehidupan kita. Irama pula apa kaitannya serta contoh irama yang ada di sekeliling kita. Saya ingin tahu bagaimana irama itu wujud di sekeliling kita. Saya ingin tahu lebih lanjut mengenai ruang. Ini kerana saya kurang memahami pengaplikasian ruang dalam seni serta kehidupan seharian manusia.
Setelah pembentangan ketiga ini dilaksanakan, Alhamdulillah, saya lebih mendapat kefahaman yang lebih mendalam dan penambahan ilmu yang amat menarik. Saya kini tahu jenis-jenis warna, kegunaan warna itu sendiri dan penghasilan warna yang menarik. Saya juga tahu kaitan ruang dalam kehidupan seharian dan seni serta contoh-contoh yang amat menarik. Saya juga tahu bahawa irama itu adalah sesuatu atau rentak yang berlaku secara berulang. Ini kerana, dalam pendidikan seni, irama digambarkan sebagai sesuatu susunan sesuatu corak yang berulang, susunan sekata yang mewujudkan pergerakan.

Unknown on 16 July 2012 at 05:49 said... [Reply to comment]

Alhamdulillah , pembentangan kali ketiga ini berjaya dilaksanakan iaitu tajuk warna, irama dan ruang. Sebelum ini, saya mengetahui bahawa warna, irama dan ruang amat berkait rapat dalam kehidupan seharian manusia. Warna merupakan elemen yang tidak kurang penting dalam kehidupan. Ini kerana warna menjadikan kehidupan lebih menarik kerana semua warna wujud di sekeliling kita. Irama adalah amat berkait rapat dengan muzik. Ia merupakan sesuatu elemen dalam seni muzik, tanpa irama mungkin sesuatu muzik itu tidak dapat berdiri dengan baik. Saya kurang mengetahui apa kaitan ruang dengan seni.
Melalui pembentangan ketiga ini, saya mengharapkan rakan saya dapat membantu saya lebih mendalami konsep-konsep irama, warna dan ruang yang ada kaitannya dengan seni. Apa fungsi warna dalam kehidupan dan proses p&p. Apa jenis-jenis warna yang terdapat dalam kehidupan kita. Irama pula apa kaitannya serta contoh irama yang ada di sekeliling kita. Saya ingin tahu bagaimana irama itu wujud di sekeliling kita. Saya ingin tahu lebih lanjut mengenai ruang. Ini kerana saya kurang memahami pengaplikasian ruang dalam seni serta kehidupan seharian manusia.
Setelah pembentangan ketiga ini dilaksanakan, Alhamdulillah, saya lebih mendapat kefahaman yang lebih mendalam dan penambahan ilmu yang amat menarik. Saya kini tahu jenis-jenis warna, kegunaan warna itu sendiri dan penghasilan warna yang menarik. Saya juga tahu kaitan ruang dalam kehidupan seharian dan seni serta contoh-contoh yang amat menarik. Saya juga tahu bahawa irama itu adalah sesuatu atau rentak yang berlaku secara berulang. Ini kerana, dalam pendidikan seni, irama digambarkan sebagai sesuatu susunan sesuatu corak yang berulang, susunan sekata yang mewujudkan pergerakan.

Unknown on 16 July 2012 at 05:55 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum. Alhamdulillah selesai sudah pembentangan tutorial bagi topik 3 dalam SDP ini iaitu irama, warna dan ruang. Pembentangan yang telah disampaikan memberikan banyak pengetahuan baru kepada saya. Pembentangan yang disampaikan oleh pembentang pada kali ini menarik. Video yang ditunjukkan dalam pembentangan juga menyeronokkan. Namun, penambah baikan perlu dilakukan dengan memberikan contoh gambar yang lebih jelas supaya rakan-rakan yang lain tidak terkeliru dengan penjelasan yang diberikan. Aktiviti yang dijalankan pada akhir sesi pembentangan juga bagus dan menarik.
K (What Do I Know)- Apa yang saya tahu, irama, warna dan ruang merupakan elemen-elemen asas yang berada di sekliling kita. Irama, warna dan ruang ini wujud tanpa kita sedari sebenarnya. Irama, warna dan ruang juga memberikan peranan kepada kita dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, warna baju yang dipakai oleh kita dapat mempengaruhi emosi kita. Irama, warna dan ruang juga mempunyai perkaitan rapat dalam seni itu sendiri samaada dalam seni visual, muzik, mahupun seni pergerakan.
W – What I Want to Know- melalui pembentangan ini, saya berharap saya dapat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai konsep irama, warna dan ruang. Saya juga ingin mengetahui apakah kepentingan ruang kepada kanak-kanak dengan lebih mendalam.
L – What I Have Learned- setelah tamat pembentangan yang dilakukan oleh pembentang, terhadap pelbagai pengetahuan baru yang saya perolehi terutamanya mengenai irama/pergerakan dan juga warna. Melaui pembentangan ini, barulah saya tahu bahawa optical illusion itu sendiri termasuk dalam kategori irama/pergerakan. Bagi warna pula, terdapat beberapa jenis warna iaitu warna asas, warna sekunder dan juga warna tertier. Saya juga faham apa yang dimaksudkan dengan warna harmoni dan juga warna penggenap. Disamping itu, warna juga boleh dibahagikan kepada warna sejuk dan juga warna panas. Penggunaan warna sejuk dapat memberikan kesan redup, tenang dan damai kepada kanak-kanak. Manakala penggunaan warna panas dapat memberikan kesan terang dan garang kepada kanak-kanak.
Sesungguhnya, pengetahuan baru yang saya dapat ini dapat membantu saya pada masa akan datang. Sebagai contoh, saya boleh menggunakan warna-warna tertentu untuk menaikkan semangat pelajar untuk belajar.

Unknown on 16 July 2012 at 07:36 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum..
Pembentangan tajuk tiga pada minggu ini ialah irama, warna dan ruang. Apa yang saya tahu sebelum pembentangan ini ialah irama berkaitan dengan muzik sahaja manakala warna hanya ada pada seni lukisan.

Apa yang saya ingin tahu ialah saya ingin mengetahui dengan lebih mendalam konsep irama, warna dan ruang. Saya juga ingin tahu mengenai bagaimana irama wujud dalam seni visual dan pergerakan.

Apa yang saya dapat daripada pembentangan ini ialah pengetahuan saya mengenai irama semakin jelas. Saya juga tahu irama wujud dalam ketiga-tiga elemen seni. Selain itu, saya juga dapat mempelajari bagaimana memainkan peranan penting dalam hidup kita. Warna juga mampu mewujudkan pelbagai ruang jika kita menghayati sesuatu gambar.

Pada pendapat saya, pembentang kurang pengetahuan dalam tajuak yang mereka akan sampaikan dan kurang memberi contoh yang kukuh dalam menghuraikan isi penting.

Unknown on 16 July 2012 at 07:44 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum. Pembentangan pada kali ini adalah mengenai irama, warna dan seni. Apa yang saya ketahui, seni sememangnya sangat berkait rapat dengan irama dan warna. Ketiga-tiga elemen ini tidak boleh dipisahkan kerana mereka bergantung antara satu sama lain.
Untuk tajuk ini, saya ingin tahu bagaimana seni dan irama melalui lukisan kerana sebelum ini, apa yang saya tahu seni dan irama sering kali dikaitkan dengan pergerakan atau muzik.
Berdasarkan pembentangan yang dilaksanakan, pembentang tidak menyediakan slaid yang berkesan. Pendapat saya, pembentang sebolehnya memperbanyakkan video selain daripada gambar kerana irama merupakan sesuatu yang berulang-ulang. Jadi, dengan gambar, audien tidak Nampak pergerakan atau ulangan tersebut. Video pula seharusnya sesuai iaitu jelas supaya audien lebih mudah faham. Ulasan pembentangan juga kurang jelas. Pembentang masih tidak menguasai sepenuhnya tajuk yang dibentangkan kerana pembentang tidak menghuraikan isi-isi yang telah disediakan. Slaid juga kurang lengkap kerana banyak isi-isi penting tidak dimasukkan.

wann nor farhana binti megat haron on 16 July 2012 at 08:06 said... [Reply to comment]

assalamualaikum dan salam sejahtera

Pembentangan pada kali ini lebih menyentuh kepada tajuk yang sangat berkait rapat dengan manusia, khususnya kanak-kanak. Sebelum ini, saya banyak mempelajari maksud sebenar irama, warna dan ruang melalui pengalaman hidup. ketiga-tiga aspek ini memainkan peranan penting kepada saya dalam meningkatkan keyakinan diri, memberikan ketenangan dan sebagainya. apa yang membuatkan saya ingin mengetahui lebih lanjut mengenai aspek-aspek dalam tajuk ini ialah sejauh mana irama, warna dan ruang memberi impak kepada kehidupan manusia sama ada dari nilai yang positif atau negatif. daripada sesi pembentangan ini, saya dapat memperolehi info yang berguna dan bernas mengenai erti dan peranan sebenar irama, warna dan ruang kepada manusia secara amnya. Tayangan video juga menambahkan lagi nilai estetika dalam diri saya dan rakan-rakan akan tingginya nilai sesuatu irama, warna dan ruang.

komen pembentang :

pembentang dapat menerangkan maksud bagi setiap tajuk yang diberikan dengan baik selain daripada mempunyai gaya penyampaian yang menarik dan segar..

baik, teruskan =)

Unknown on 16 July 2012 at 08:45 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua...

Pada sesi kuliah minggu lepas, pembentangan telah dijalankan buat kali ketiga oleh kumpulan Hidayah dan Afizah. Pembentangan yang menyentuh perihal topik 3 iaitu Irama, Warna, dan Ruang sememangnya merupakan tapak dan dasar kepada Pendidikan Seni. Pada hemah saya, Pendidikan Seni yang mengandungi tiga unsur utama yang terdiri daripada seni visual, muzik, dan pergerakan sangat memerlukan penggunaan serta pemilihan irama, warna, dan ruang mengikut estetika tertentu. Tanpa ketiga-tiga perkara tersebut, seni akan menjadi hambar dan membosankan.

Oleh yang demikian, saya sangat mengharapkan pembentang menghuraikan secara lebih lanjut mengenai cara mengaplikasikan ilmu mengenai irama, warna, dan ruang dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bersesuaian dengan subjek yang sedang dipelajari kami iaitu Seni Dalam Pendidikan dan memandangakn kami masih lagi bertatih untuk mengolah pendekatan pengajaran di sekolah kelak agar tampak menarik dan tidak membosankan para pelajar. Justeru, sangat penting bagi saya dan rakan-rakan yang lain untuk mengetahu teknik mengaplikasikan ilmu ini.

Melalui pembentangan kumpulan tiga, saya telah memperoleh ilmu baru mengenai irama terutamanya, iaitu elemen berulang mengikut rentak yang menghasilkan pergerakan. Sebelum ini, saya berpendapat bahawa irama hanya terdapat dalam seni muzik sahaja. Namun, irama juga boleh didapati dalam penghasilan seni visual atau seni lukis, selain dalam pergerakan. Salah satu contoh pergerakan berirama ialah bunyi tapak kaki yang sedang berjalan. Manakala dalam seni lukisan dan visual pula banyak didapati dalam "optical illusion".

p/s : P&P semakin menarik tetapi pembentang kurang memberikan huraian dan contoh mengenai video yang telah dipaparkan. Malah terdapat video yang tidak berkait rapat dengan topik yang dibincangkan. Walau bagaimanapun, aktiviti yang dijalankan dapat menghilangkan kebosanan.

Unknown on 25 July 2012 at 20:46 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum w.b.t

Sesi kuliah 3 yang disampaikan oleh Che Nor Afizah binti Che Zain dan Siti Nor Hidayah binti Azmee berkenaan dengan Irama, warna dan ruang sangat membantu saya dalam mendalami pelbagai aspek kesenian. Irama, warna dan ruang merupakan tiga unsure yang saling berkait rapat dalam melahirkan sesuatu karya dalam pelbagai bentuk sebagai contoh, lukisan, arca, kolaj dan sebagainya. Sebelum ini saya beranggapan bahwa irama hanyalah bunyi-bunyi muzik dalam lagu sahaja. Bila mana bercakap mengenai irama, secara langsung fikiran terus menjurus kepada muzik dalam lagu. Selain itu, warna juga turut mempaperkan signifikannya dalam seni. Acapkali saya berfikir sebelum ini terutama apabila mencetak tugasan kerana dalam mesin pencetak hanya menggunakan tiga warna asas iaitu merah, kuning dan biru namun bagaimana mesin tersebut dapat menghasilkan pelbagai jenis tona warna yang berbeza. Di samping itu,dalam aspek ruang, saya mendapati sangat penting dalam menghasilkan sesebuah karya. Sebelum ini, kita sering menghasilkan pelbagai jenis lukisan bebas pada waktu senggang. Kesedaran terhadap ruang tidak diutamakan menyebabkan karya yang dihasilkan tidak menarik dan kurang nilai estetikanya. Namun, acapkali juga kita berfikir secara logik akan keperluan ruang walaupun ilmu berkenaan ruang dalam seni tidak begitu mendalam.

Sehubungan dengan itu, saya amat berharap ilmu yang saya pelajari pada minggu ini dapat saya aplikasikan dalam kehidupan seharian juga semasa saya praktikum serta setelah menjadi guru kelak. Kemahiran menguasai irama, warna dan ruang ini mampu membolehkan saya menghasilkan pelbagai jenis karya khusus untuk kanak-kanak. Apabila saya mampu menguasai ketiga-tiga konsep ini, saya boleh mempelbagaikan aktiviti serta bahan bantu mengajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran kelak. Kanak-kanak yang sangat sinonim dengan seni pasti akan tertarik dengan pengajaran saya. Sesungguhnya, aspek ini sangat penting untuk saya kuasai sebagai bekal kepada saya kelak.
Berdasarkan pembentangan serta aktiviti yang dijalankan, saya mendapati minda saya lebih terbuka dan dan saya sangat berminat untuk lebih mendalami konsep warna yang sangat membuat aya teruja. Pelbagai warna dapat dihasilkan hanya mengunakan tiga warna asas. Keajaiban dalam seni juga sungguh pelbagai sehinggakan saya berasa begitu kerdil kerana memiliki sekecil-kecil bakat dalam seni. Percambahan idea, perkongsian pendapat dan kemampuan rakan-rakan telah menjadikan saya lebih bersemangat untuk mendalami ilmu ini.

Sekian, Terima Kasih

Twitter

 

SESI SEMESTER 1/2016 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template