Powered by Blogger.

Wednesday 11 July 2012

PEMBENTANGAN 4: DERIA DAN SENI


Deria Dan Seni -

16 comments:

Unknown on 13 July 2012 at 02:46 said... [Reply to comment]

Refleksi
Nama : Che Nor Afizah Binti Che Zain
Assalammualaikum. Saya seperti nama di atas dari unit PISMP PK Jan 2011 ingin menyatakan serba sedikit mengenai tajuk pembentangan kumpulan keempat yang dibentang oleh saya dan rakan saya iaitu Siti Norhidayah Binti Azmee. Tajuk pembentangan kami adalah Deria dan Seni. Apa yang saya tahu dan faham mengenai topik ini ialah berkaitan dengan bagaimana kanak-kanak menggunakan lima deria mereka tersebut untuk menerokai ilmu atau bidang seni. Terdapat lima deria yang manusia ada terdiri daripada rasa, bau, hidu, lihat, dan dengar. Kelima-lima deria ini sangat penting dalam kehidupan kita sebagai manusia terutamanya kanak-kanak. Kanak-kanak mempelajari atau mengetahui sesuatu perkara daripada deria ,mereka sendiri. Penggunaan deria, murid akan mendapat kefahaman yang jelas tentang sesuatu perkara atau aktiviti yang dilakukan.
Melalui tajuk pembentangan ini juga, apa yang saya inigin tahu dan ingin selidiki ialah bagaimana kelima-lima deria ini menjadi aspek atau elemen yang sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual untuk kanak-kanak. Seperti yang kita sedia maklum, kanak-kanak amat menggemari bidang seni dan akan menerokai sendiri bidang tersebut melalui deria yang ada padanya itu. Selain itu, apa yang ingin saya selidiki atau tahu ialah adakah perkembangan kematangan deria adalah penting dalam mempertingkatkan lagi perkembangan diri setiap individu terutamanya kanak-kanak. Apa yang saya telah tahu daripada hasil maklumat yang diperolehi, deria dan seni membolehkan individu meneroka alam sekeliling dan ini merupakan satu proses berterusan.
Melalui hasil pembentangan saya ini juga, apa yang telah dapat saya pelajari ialah bagaimana untuk mencari bahan maklumat dan juga bagaimana untuk mengendalikan sebuah perisian power point dengan jayanya. Sebenarnya ianya sesuatu yang agak mudah kerana kita perlu menerokainya sendiri sehingga mahir. Dalam pada masa yang sama, sebelum pembentangan berlangsung, saya berasa sangat tidak yakin dengan kebolehan untuk menghujahkan topik saya itu. Tetapi setelah berada di hadapan semua rakan-rakan iaitu pendengar, maka saya berasa lebih yakin dan dapat memberikan hujah dengan agak bernas walaupun teragak-agak.Sekian terima kasih.

Unknown on 13 July 2012 at 07:15 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum. Saya Siti Norhidayah Binti Azmee dari PISMP Pendidikan Khas Januari 2011. Berdasarkan perbentangan topik empat yang telah disediakan oleh saya bersama rakan saya, pada peringkat permulaannya, saya telah mengetahui bahawa setiap manusia dianugerahkan dengan lima deria. Antaranya ialah deria rasa, bau, dengar, lihat dan hidu. Namun, saya juga tahu bahawa tidak semua manusia dapat kesemua anugerah tersebut. contohnya, terdapat individu yang dilahirkan buta, pekak dan bisu. Namun, mereka mempunyai kelebihan lain yang lebih menonjol. Antaranya ialah bagi mereka yang buta, mereka banyak menggunakan deria sentuh, dengan dan bau. Hal ini menjadikan mereka lebih istimewa dari individu yang normal. Selain itu, pengetahuan sedia ada saya ialah saya telah mengetahui bahawa perkembangan manusia dipengaruhi oleh persekitaran. Antaranya, faktor pemakanan, didikan ibu bapa, pergaulan, dan sebagainya.
Melalui perkongsian ilmu yang disampaikan oleh saya bersama rakan saya, terdapat beberapa persoalan yang ingin saya tahu. Antaranya ialah bagaimana seseorang individu yang pekak boleh berkomunikasi dengan orang lain pada peringkat permulaannya. Bagaimana mereka memperoleh bahasa dan dapat menggunakan bahasa isyarat ketika berkomunikasi. Selain itu, bagaimana pentingnya deria bau kepada seseorang individu. Adakah sekiranya seseorang yang tidak mempunyai deria bau, kurang berselera ketika makan.
Banyak perkara yang dapat saya pelajari melalui sesi pembentangan ini. Saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam bahawa dalam deria hidu, pelbagai pendekatan pengajaran boleh digunakan. Antaranya ialah pendekatan inkuiri penemuan, pendekatan resepsi, dan pendekatan deduktif. Melalui pendekatan ini, dapat saya aplikasikannya pada masa akan datang dalam mengajar anak didik saya nanti. Selain itu, banyak perkara yang dapat saya pelajari melalui perkongsian ilmu ini seperti deria sentuh sangat penting untuk kanak-kanak. Deria sentuh dapat membuatkan kanak-kanak berasa selamat dan aman. Hal ini dapat saya aplikasikannya di sekolah ini bagi mententeramkan murid pendidikan khas yang sering memberontak yang mengalami masalah tingkah laku.
Berdasarkan pembentangan yang disampaikan oleh saya bersama rakan saya ialah saya melihat kekuatan diri saya ialah mampu menampilkan video yang menarik yang mempunyai pengisian yang snagat bermakna. Video ini berjaya diulas oleh pihak saya sebagai pembentang dnegan sebaik yang mungkin. Namun, dari kelemahan saya semasa pembentangan dijalankan ialah saya masih belum mampu untuk mengupas dengan lebih lanjut isi pembentangan saya tersebut. namun, jika saya mempunyai peluang untuk melakukan pembentangan ini, saya akan buat yang lebih baik dalam sesi penyampaian ilmu ini.

wann nor farhana binti megat haron on 13 July 2012 at 12:51 said... [Reply to comment]

assalamualaikum dan salam sejahtera.

alhamdulillah, pembentangan pada kali ini lebih menyentuh aspek kerohanian di mana letaknya nilai kesyukuran dengan apa yang dikurnia dan diberikan Allah S.W.T. jika berada pada zaman persekolahan, saya acapkali didengar dan diberitahu oleh guru tentang peri pentingnya deria kepada manusia dalam menjalankan kehidupan seharian. apa yang saya ingin ketahui, bagaimanakah penggunaan deria manusia dapat diaplikasikan dalam seni, khususnya untuk kanak-kanak. apa yang telah saya pelajari daripada sesi pembentangan kali ini, kelima-lima deria manusia memainkan peranan penting dalam seni sama ada melalui pergerakan, lukisan, nyanyian,"optical illusion " dan sebagainya. tambahan pula, dengan pendedahan awal kepada kanak-kanak akan aktiviti-aktiviti seni yang melibatkan deria dapat meningkatkan jasmani,emosi, rohani,intelektual,sosial dan estetika mereka dalam menjadikan kanak-kanak ini seimbang dan holistik selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

komen pembentang :
meskipun pembentang yang sama dengan tajuk lepas, pembentang dapat memberikan penerangan dan info yang berguna. .slaid yang dihasilkan menarik dan tidak terlalu padat. ruginya, aktiviti tidak dapat dijalankan dek kesuntukan masa.

baik, teruskan. =)

Unknown on 14 July 2012 at 21:08 said... [Reply to comment]

Tajuk keempat adalah berkaitan dengan deria dan seni. Bagi pendapat saya, kelima-lima deria amat penting dalam menjalani kehidupan seharian. Sekiranya dikaitkan dalam bidang seni, deria ini membantu murid-murid untuk meneroka persekitaran mereka dengan aktif. Sebelum tajuk ini dibentangkan, saya sudah sedia maklum akan kelima-lima deria manusia.
Ketika pembentangan dijalankan, saya tertanya-tanya bagaimanakah setiap deria ini memainkan peranan yang sama penting untuk membantu meningkatkan perkembangan deria murid. Selain itu, sebagai guru pendidikan khas, apakah cara yang sesuai untuk mengajar seni sekiranya murid tersebut mengalami kecacatan seperti buta ataupun pekak.
Berdasarkan apa yang telah dibentang, saya telah didedahkan tentang info-info yang sangat berguna dan berharga. Pembentang telah menyelitkan video mengenai kanak-kanak istimewa yang mana mereka dilahirkan sebagai seorang yang cacat penglihatan. Secara tidak langsung, video ini telah menjawab persoalan yang bermain di fikiran saya. Guru boleh menggantikan deria lihat kepada deria sentuh bagi mengajar murid yang mengalami masalah penglihatan. Melalui deria sentuh, murid-murid dapat mempelajari sesuatu walaupun tanpa melihat. Guru haruslah membimbing murid seberapa daya upaya agar murid seperti ini tidak ketinggalan berbanding dengan rakan sebaya mereka yang lain.
Ulasan mengenai pembentang, saya berasa amat berterima kasih kerana telah memasukkan video-video yang sangat menarik dan berkesan. Bagi saya, penggunaan video bagi tajuk ini sangat membantu saya agar lebih bersedia untuk menghadapi cabaran sebagai seorang guru.

Unknown on 14 July 2012 at 22:03 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum w.b.t

Sesi kuliah 4 yang disampaikan oleh Che Nor Afizah binti Che Zain dan Siti Nor Hidayah binti Azmee berkenaan dengan deria dan seni gagal saya hadiri kerana terlibat dalam urusan rasmi IPG. Walaubagaimanapun saya sangat bersyukur dengan adanya nota yang diberikan, saya dapat mengikuti topic ini dengan baik. Tambahan pula, rakan-rakan banyak membantu dalam meningkatkan kefahaman saya.
Deria dan seni adalah suatu aspek yang sangat penting dalam memudahkan manusia mendapat kefaham yang jelas tentang sesuatu perkara yang dilaksanakannya. Deria yang terdiri daripada lihat, dengar, sentuh, rasa dan hidu sangat mementingkan kematangan alat deria. Kematangan ini mampu membolehkan manusia untuk berfikir dan mentafsir maklumat dengan lebih efisen. Saya sedar bahawa, deria ini mampu memberikan pelbagai pengetahuan baharu terutama kepada kanak-kanak yang masih baru untuk mengenal dunia. Namun, sungguh saya langsung tidak pernah terlintas bahawa deria juga merupakan satu unsure kesenian. Oleh yang demikian, saya berasa sangat rugi kerana gagal untuk hadir bersama rakan-rakan lain untuk mengikuti pembentangan ini.

Oleh yang demikian, saya sangat berharap agar ilmu yang saya perolehi ini menjadi titik tolak kepada saya untuk lebih mendalami konsep deria dalam seni. Sungguh, deria yang lima ini adalah sangat unik. Pelbagai perkara dapat dilaksanakan melalui deria. Sesungguhnya, kemampuan menguasai serta menggunakan deria-deria ini mampu membolehkan saya memberikan banyak ilmu kepada anak didik saya kelak terutama kanak-kanak pendidikan khas. Sebagai seorang guru, saya haruslah sentiasa bersedia dengan pelbagai kemungkinan yang dimiliki oleh setiap murid saya. Oleh yang demikian, pengetahuan ini mampu saya aplikasikan dan saya gunakan kelak.

Berdasarkan bahan pembentangan yang saya perolehi, saya dapati kanak-kanak dapat belajar melalui persekitaran dengan sangat cepat. Deria-deria yang diperoleh melalui persekitaran inilah yang mampu berberikan pengalaman secara bermakna kepada kanak-kanak. Saya sedar akan pentingnya deria ini dalam mewarnai kehidupan seharian kita, namun adalah lebih berwarna-warni jiwa seorang guru sekiranya anak didiknya mampu mewarnai kehidupan mereka dengan lebih baik kelak. Saya amat berharap agar saya mampu menjadi seorang guru yang sentiasa bersemangat dalam mencari idea-idea baharu selaras dengan peredaran zaman dan keperluan anak-anak didik saya kelak. Sesungguhnya, pembentangan kali ini memberikan saya peluang untuk lebih mengenali dunia seni serta menghargai unsur-unsur kesenian yang wujud.

Sekian, Terima Kasih

Unknown on 15 July 2012 at 07:26 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum..
Pembentangan keempat pada kali ini bertajuk deria dan seni. Sebelum pembentangan, saya tahu manusia mempunyai 5 deria. Selain itu, deria memainkan peranan yang paling penting dalam kehidupan manusia.

Apa yang saya ingin tahu, bagaimana murid yang kekurangan beberapa deria ini akan menghasilkan karya-karya seni? Bagaimana pula jika kelima-lima deria kanak-kanak ini tidak begitu sempurna?

Pada akhir sesi pembentangan, saya lebih memahami bagaimana perkembangan deria kanak-kanak berkembang. Melalui video-video yang dipaparkan, saya mendapat menambah pengetahuan saya dalam bagaimana murid menggunakan kelima-lima deria mereka untuk berkomunikasi dengan masyarakat di sekeliling mereka. Saya juga tahu bagaimana kaedah pengajaran mengajar murid dengan menggunakan kelima-lima deria manusia.

Dalam pembentangan kali ini, pembentang sudah meningkatkan pengetahuan mereka dalam tajuk ini dan pembentangan juga kian menarik. Namun, pembentang kurang memberikan hujah-hujah bernas dan contoh-contoh yang kurang kukuh.

Unknown on 16 July 2012 at 06:15 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum.
Pembentangan bagi tajuk keempat ini pula adalah berkaitan dengan deria dan seni.
Apa yang saya tahu, deria manusia terdiri daripada 5 iaitu, lihat, dengar, sentuh, rasa dan juga hidu. Kelima-lima deria ini amat penting dalam kehidupan seharian dan kita sebagai manusia. Melalui kelima-lima deria ini, kanak-kanak dapat mempelajari sesuatu perkara dengan lebih mudah dan cepat. Penggunaan deria ini penting dalam perkembangan diri kanak-kanak itu sendiri.
Apa yang saya ingin tahu ialah: Bagaimana murid yang kurang dalam deria sebagai contoh deria penglihatan ini belajar dan menyesuaikan diri dengan persekitaran. Bagaimanakah untuk mengajar matapelajaran seni kepada kanak-kanak khas seperti cacat penglihatan ini.
Apa yang saya pelajari: melalui tayangan video oleh pembentang, saya dapat memahami bagaiman seorang kanak-kanak yang kurang penglihatan belajar serta mengadaptasi diri mereka dengan keadaan sekeliling. Dalam video tersebut, kanak-kanak kurang penglihatan ini banyak diberikan terapi untuk merasa sesuatu menggunakan tangan iaitu deria sentuhan. Di sini saya dapat lihat, walaupun kanak-kanak tersebut mempunyai masalah dari segi penglihatan, namun mereka masih lagi boleh belajar dengan menggunakan deria yang lain. Penggunaan deria lain seperi rasa, sentuh dan dengar ini memberikan peranan yan penting kepada kanak-kanak yang bermasalah penglihatan.
Bagi komen pembentangan, saya merasakan bahawa pembentangan keempat ini kurang menarik kerana contoh yang diberikan tidak begitu jelas. Seharusnya pembentang perlu memberikan penjelasan dengan lebih mendalam mengenai tajuk ini. Namun begitu, penggunaan video adalah sesuai berkaitan dengan tajuk deria dan seni.

Unknown on 17 July 2012 at 02:25 said... [Reply to comment]

Refleksi 4
Natrah Binti Fadzil (2011141340065)
Topik pembelajaran yang keempat bagi matapelajaran Seni Dalam Pendidikan yang dibentangkan oleh kumpulan yang keempat ini bertajuk ‘Deria Dan Seni’. Sepertimana yang kita sudah sedia maklum, jika mendengar dari tajuknya sahaja kita dapat meramal bahawa tajuk pembentangan pada kali ini merupakan salah satu tajuk yang menarik dan mempunyai ruang lingkup yang luas dan patut diterokai oleh kita jika kita ingin mendapat ilmu dan pengetahuan yang terselindung di sebalik tajuk ini. Seperti minggu-minggu yang lain,saya tidak sabar untuk mengikuti pembentangan pada kali ini dan saya harapkan pembentang dapat berkongsi ilmu serta input yang sangat berguna kepada saya dan juga rakan-rakan guru pelatih yang lain.
Sebelum mendengar sesi pembentangan yang dijalankan oleh kumpulan tiga ini, saya sudah mengetahui sedikit sebanyak mengetahui tajuk deria dan seni ini. Pengetahuan yang saya peroleh hasil daripada pembacaan dan pengalaman sendiri selama saya hidup di muka bumi Allah S.W.T ini. Ilmu pengetahuan sedia ada saya mengenai tajuk ini ialah saya dapat berkata bahawa anggota badan seperti mata,tangan,lidah, hidung dan telinga merupakan anggota yang tergolong dan dapat dikelaskan sebagai anggota yang menghasilkan deria rasa. Hal ini terbukti bahawa kita memerlukan kesemua anggota yang disebutkan di atas untuk melihat, menyentuh, merasa, menghidu dan sebagainya lagi. Setiap perkara yang kita lakukan di muka bumi ini kembanyakannya menggunakan deria dan deria merupakan satu proses yang berterusan.
Melalui pembentangan yang dilakukan oleh kumpulan yang keempat ini, apa yang saya ingin tahu mengenai tajuk ini ialah bagaimana seorang guru dapat melakukan aktiviti yang melibatkan penggunaan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Selepas mendengar pembentangan yang disampaikan oleh kumpulan empat ini, saya telah mengetahi aktiviti apakah yang sesuai dijalankan di dalam kelas bagi menerapkan penggunaan deria ini.Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah, menghidu bau sesuatu, mendengar cerita, dan meminta murid menyalin petikan tergolong dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penggunaan deria.
Menerusi pembentangan ini juga, saya telah mendapat ilmu serta input baru iaituaktiviti seni mampu membantu eksplorasi seseorang. Selain itu juga, jika guru menggunakan strategi yang bijak seperti melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di luar, hal ini akan dapat memupuk minat serta semangat kepada murid untuk meneruskan pengajaran dan menumpukan perhatian terhadap pengajaran yang dijalankan pada hari tersebut. Selain mendapat ilmu, murid juga dapat berinteraksi dengan persekitaran sekeliling mereka. Ilmu lain yang saya peroleh menerusi pembentangan ini juga ialah deria sentuhan bagi seseorang mula berkembang semenjak lahir lagi.
Sedikit komen yang dapat saya usulkan bagi pembentangan pada kali ini ialah, pembentangan yang menarik dan telah banyak memberi input serta ilmu yang baru kepada saya dan juga rakan guru pelatih yang lain serta video yang digunakan juga menepati dengan tajuk pembentangan dan video sedikit sebanyak dapat membantu proses pemahaman semua.

Unknown on 17 July 2012 at 08:02 said... [Reply to comment]

ALIZATUL AISYAH BINTI MOHAMAD ALI
K – What I Know
Allah S.W.T telah menciptakan manusia dengan lima deria yang mempunyai pelbagai fungsi seperti melihat (mata), mendengar (telinga), membau (hidung), sentuhan (tangan/jari) dan rasa (lidah). Melalui deria juga manusia dapat mempelajari pelbagai perkara baharu yang kemudiannya menjadi suatu pengalaman kendiri. Namun demikian, tidak semua manusia dikurniakan dengan deria atau pun anggota badan yang cukup sifat. Walau bagaimanapun, tidak cukup sifat (murid khas) tidak bererti tidak dapat mempelajari segala tentang ilmu berkenaan kehidupan sekeliling. Hal ini memberi makna bahawa murid-murid khas memerlukan pendekatan dan strategi pengajaran yang bersesuaian bagi mengatasi masalah-masalah yang dihadapi supaya mereka dapat mengecapi masa hadapan yang lebih bermakna.
W – What I Want To Know
“Apakah pendekatan pengajaran / pembelajaran yang bersesuaian bagi murid-murid terutamanya murid berkeperluan khas dalam memperoleh ilmu dengan menggunakan deria?” dan “apakah kepentingan kepekaan deria kepada murid?”
L – What I have Learned
Terdapat beberapa pendekatan yang boleh dilaksanakan oleh guru untuk mencapai objektif pengajaran yang berkaitan dengan deria murid. Antaranya ialah pendekatan inkuiri penemuan. Sebagai contoh, murid berkeperluan khas (buta) yang ditunjukkan di dalam video mempelajari perkara baharu melalui deria sentuhan yang dilakukan dengan sendiri. Guru memberi peluang kepada murid untuk menyentuh dan meneroka bahan bantu mengajar yang diberikan. Guru akan bertindak sebagai fasilitator dan memastikan murid memahami konsep yang dipelajari. Seterusnya, pendekatan deduktif yang memerlukan guru memberi penerangan tentang konsep terlebih dahulu dan disertai dengan contoh-contoh yang berkaitan agar pemahaman murid dapat ditingkatkan. Melalui pendekatan-pendekatan tersebut, guru dapat meningkatkan tahap kepekaan deria murid yang merupakan suatu perkara yang perlu dititikberatkan secara serius. Kepekaan deria murid dapat merangsang minda agar membentuk suatu persepsi secara holistik.
Komen kepada para pembentang
Para pembentang telah menyediakan video yang sangat menarik dan memberi pelbagai input yang berguna kepada kami bakal guru. Gaya persembahan juga lebih santai dan penggunaan video yang bersesuaian dapat meningkatkan kefahaman kami berkenaan tajuk deria dan seni.
Wallahualam.

Unknown on 17 July 2012 at 22:55 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua...

Pada sesi kuliah minggu sebelum ini, pembentangan keempat telah dijalankan oleh kumpulan ketiga iaitu Hidayah dan Afizah. Pembentangan kali ini adalah mengenai tajuk Deria dan Seni. Seperti yang diketahui semua lapisan masyarakat, terdapat lima deria yang dimiliki seseorang individu yang normal. Antaranya ialah deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa, dan hidu. Melalui deria, sesorang individu dapat meneroka persekitaran dengan baik secara berterusan. Oleh itu, deria merupakan salah satu daripada elemen yang penting bagi seseorang individu untuk mempelajari sesebuah seni.

Dalam pada masa yang sama, melalui tajuk yang dibincangkan oleh kumpulan pembentang, saya masih tertanya-tanya cara untuk menggunakan kelima-lima deria dalam pendidikan seni. Malah menjadi persoalan bagi saya mengenai kaedah untuk mengaplikasikan penggunaan kelima-lima deria dalam pengajaran seni bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran seperti autisme, sindrom down, dan lain-lain lagi. Saya sangat mengaharapkan kumpulan pembentang dapat menghuraikan dengan lebih jelas mengenai perihal ini.

Melalui keseluruhan pembentangan, saya telah didedahkan tentang pengamatan sesuatu deria dalam seni, sama ada seni visual, muzik, mahupun pergerakan. Pembentang juga telah mengemukakan contoh yang konkrit melalui tayangan video dan gambar. Berdasarkan ilmu yang diperolehi, saya seolah-olah dapat membayangkan rangka pengajaran saya kelak jika disertai dengan penggunaan seni sebgai penggabungjalin sesutu matapelajaran. Proses pengajaran dan pembelajaran pasti akan lebih menarik dan menyeronokkan dengan penggunaan deria yang pelbagai.

p/s : P&P lebih menarik sekiranya pembentang mempelbagaikan aktiviti ekoran tajuk yang sangat menarik untuk dikupas bersama guru pelatih lain. Pembentang menghuraikan tajuk dengan terperinci, namun tidak cuba mengaitkan contoh dengan situasi kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Semoga perjalanan pembelajaran semaki licin dan dipermudahkan oleh-Nya..amin (^_^)

Unknown on 18 July 2012 at 09:12 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum W.B.H
Setiap manusia normal mempunyai lima deria utama yang mempunyai fungsinya tersendiri. Berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya, kepekaan deria adalah sangat penting supaya kita dapat memberi tindak balas terhadap pengajaran yang disampaikan oleh guru di dalam kelas. Dalam subjek seni pula, deria memainkan peranan yang sangat penting untuk menghasilkan sebuah karya yang baik. Contohnya, dalam penghasilan irama dan lagu, deria penglihatan dan pendengaran sangat diutamakan kerana perlu mengenalpasti dan membezakan not-not yang terhasil serta untuk mendiskriminasikan bunyi-bunyi yang berbeza dalam satu lagu yang indah.
Berdasarkan tajuk pembentangan ini, apa yang ingin saya ketahui dengan lebih lanjut ialah bagaimana kelima-lima deria ini dapat digunakan oleh murid untuk mengembangkan lagi potensi seni atau bakat yang dimiliki dalam sesuatu bidang contohnya seperti bidang lakonan, tarian, nyanyian, bermain alat muzik dan seni visual. Siapakah yang boleh memainkan peranan penting untuk melahirkan generasi yang seimbang dari segi potensi diri secara keseluruhannya. Adakah guru, ibu bapa, rakan sebaya atau masyarakat sekeliling? Selain itu, bagaimanakah cara untuk mengasah bakat kanak-kanak yang tidak mempunyai salah satu daripada kelima-lima deria yang disebutkan di atas? Adalah kekurangan mereka akan menghalang bakat atau minat yang dimiliki untuk berkecimpung dalam bidang kesenian?
Melalui pembentangan yang dilakukan, saya telah pelajari pelbagai perkara mengenai konsep dan kepentingan deria dalam seni yang sebelum ini tiada dalam pengetahuan saya. Deria amat memainkan peranan penting dalam proses perkembangan kanak-kanak. Ketika bermain kanak-kanak akan menggunakan sepenuhnya fungsi kelima-lima deria mereka untuk mencapai matlamat dalam permainan mereka. Pembentangan ini sangat berinformasi namun terdapat beberapa kelemahan yang terdapat dalam slaid yang dibentangkan seperti pengulangan maklumat, gambar yang terlalu padat, audio yang tidak jelas dan kadang kala pembentang kurang maklumat mengenai sesetengah perkara yang dibentangkan. Walaubagaimanapun, saya berpendapat, kedua-dua pembentang berjaya menyampaikan tajuk mereka dengan baik dan berkesan.

Unknown on 19 July 2012 at 02:53 said... [Reply to comment]

Faktor deria dan seni memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kanak-kanak. Hal ini adalah kerana melalui penggunaan deria, murid akan mendapat kefahaman yang jelas tentang sesuatu perkara atau aktiviti yang dilakukannya. Selain itu, melalui deria dan seni juga, membolehkan individu meneroka alam sekelilingnya dan ini merupakan satu proses yang berterusan.
Berdasarkan pengetahuan sedia ada saya, deria terdiri daripada pancaindera lihat, dengar, sentuh, rasa dan hidu. Namun, saya juga pernah terdengar mengenai seseorang yang mempunyai kelebihan yang dianugerahkan 6 pancaindera. Berdasarkan pengetahuan saya, individu yang dikurniakan 6 pancaindera ini mempunyai kelebihan untuk melihat sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh manusia normal. Selain itu, saya juga mengetahui bahawa perkembangan merupakan sesuatu proses yang berterusan dari peringkat lahir hingga peringkat kematangan di mana faktor-faktor ini banyak dipengaruhi oleh baka dan persekitaran yang berada di sekeliling mereka.
Antara tanggapan awal saya mengenai tajuk ini ialah, melalui deria sentuhan, murid dapat melukis dan menghasilkan sesuatu karya seni; melalui deria pendengaran, kanak-kanak dapat mendengar serta menghayati seni muzik dengan penuh penghayatan. Namun, perkara yang menjadi persoalan saya ialah, apakah perkaitan di antara deria bau dan juga deria rasa melalui mulut dalam seni ini? Adakah seseorang dapat menghargai karya seni melalui bau? Tambahan pula, saya juga tertanya-tanya mengenai apakah kepentingan kepekaan deria dalam seni pendidikan ini. Adakah sekiranya jika seseorang yang tidak mempunyai pancaindera yang mencukupi, bermakna seseorang itu tidak dapat mengekspresikan atau menghayati karya seni seperti kanak-kanak yang normal?
Namun, setelah selesai sesi pembentangan berkaitan topik ini, banyak pengetahuan baru yang dapat saya peroleh dan segala persoalan yang ingin saya tahu juga telah terjawab. Antaranya ialah, melalui deria sentuhan, seseorang mampu untuk menenteramkan seorang bayi yang sedang menangis, melalui deria telinga pula, terdapat pelbagai aktiviti yang berbeza dapat dilakukan. Misalnya, ketika aktiviti seni visual, murid akan melukis berdasarkan apa yang didengar, dalam aktiviti muzik, murid akan cuba mencipta bunyi berdasarkan apa yang didengarnya. Manakala, dalam bidang pergerakan pula, pelajar akan tahu dan dapat membuat interpretasi dan bergerak sama ada cepat atau lambat. Tambahan pula, saya juga dapat mengetahui serta mengambil peringatan bahawa hidu lebih menekankan aspek penanggapan di mana guru harus merancang strategi untuk menyerapkan unsur-unsur ini dalam pengajarannya melalui kebolehan mental murid, pendekatan pengajaran dan sebagainya. Pengetahuan ini sangat berguna kepada saya untuk diaplikasikan kepada murid-murid apabila saya bergelar guru kelak.
Ulasan mengenai pembentang, video yang digunakan oleh para pembentang kelihatan sangat menarik dan bersesuaian untuk menerangkan dengan lebih lanjut lagi mengenai topik yang sedang dibincangkan. Namun, pada pendapat saya, para pembentang masih lagi kurang mampu untuk menerangkan dengan lebih lanjut lagi mengenai topik deria dan seni ini. Sekiranya soalan dikemukakan, pembentang kelihatan teragak-agak untuk menjawabnya. Namun, keyakinan diri pembentang semasa sesi pembentangan agak mengagumkan. Selain itu, slaid yang dihasilkan oleh para pembentang juga menarik dengan animasi dan gambar yang bersesuaian. Tambahan pula, slaid juga tidaklah terlalu padat. Secara keseluruhannya, sesi pembentangan topik pada kali ini berjaya, dan mampu untuk memberikan pelbagai input yang berguna kepada saya sebagai bakal guru kelak.

Unknown on 22 July 2012 at 05:36 said... [Reply to comment]

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana pembentangan pada minggu keempat telah berlangsung dengan jayanya.

Sebelum pembentangan, apa yang saya ketahui adalah manusia mempunyai lima deria iaitu penglihatan, pendengaran, bau, rasa dan juga sentuhan. namun, apakah kaitan deria itu dengan kanak-kanak. persoalan itu terjawab melalui pembentangan pada kali ini. pembentang membentangkan hasil persembahan dengan begitu baik sekali.

saya ingin mengetahui bagaimana perkembangan deria kanak-kanak terjadi dan apakah perkaitan antara deria-deria ini. hal ini tidak disentuh oleh pembentang. saya juga ingin mengetahui sejauh mana fungsi deria dapat mempengaruhi kanak-kanak. Setelah pembentangan, soalan ini seakan-akan terjawab kerana perkembangan kanak-kanak bermula dari peringkat bayi hingga ke dewasa dan semakin dewasa dan matang, maka deria mereka akan bertambah baik melainkan terdapat kecacatan berkait dengan deria.

apa yang telah saya pelajari adalah bagaimana kanak-kanak menggunakan deria dan apakah aktiviti yang melibatkan deria kanak-kanak.

komen saya tentang pembentang adalah pembentang terlalu meletakkan banyak teks dalam satu slaid yang sama serta membaca terus dari slaid. hal ini agak menyebabka saya berasa mengantuk. namun, usaha dalam pencarian bahan berada dalam keadaan bagus di mana pembentang menjawab pertanyaan dengan bagus sekali

Unknown on 25 July 2012 at 07:50 said... [Reply to comment]

salam. topik ini membincangkan tentang kesedaran dan kepentingan deria yang dianugerahkan Tuhan kepada setiap insan untuk mengetahui,memahami dan mengenalpasti apa yang terdapat di sekelilingnya. apa yang saya tahu mengenai deria sebelum ini, dengan adanya deria, murid akan mendapat kefahaman yang jelas tentang sesuatu perkara atau aktiviti yang dilakukannya.

setelah mempelajari topik ini, saya mendapati kefahaman murid tentang deria ini adalah penting. deria terdiri daripada pancaindera lihat, dengar, sentuh, rasa dan hidu. kelima-lima deria ini adalah penting dalam P&P seni visual dan juga subjek-subjek lain.

perkembangan deria adalah sangat penting. saya ingin mempelajari sejak umur berapakah seorang kanak-kanak berupaya menggunakan kesemua deria rasanya?

melalui pembentangan ini, mereka telah berupaya menjelaskan topik ini dengan jayanya. persembahan mereka juga amat berkesan dengan disertakan aktiviti-aktiviti yang menarik.

secara keseluruhannya, saya boleh mengenalpasti perkembangan keperluan deria dalam diri pelajar, menyatakan kepentingan deria dalam persekitaran pelajar, menjelaskan kepentingan deria dalam proses P&P serta menjelaskan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh murid dan membincangkan penggabingjalinan aktiviti berdasarkan kepada penggunaan kemahiran deria.

Unknown on 30 July 2012 at 09:50 said... [Reply to comment]

Apa yang saya tahu ialah deria manusia mempunyai lima bahagian,iaitu penglihatan, pendengaran, hidu, rasa dan sentuhan. Akan tetapi, saya tidak tahu bagaimana deria-deria tersebut hendak dikaitkan dengan seni.
Apa yang saya ingin tahu ialah apakah perkaitan antara deria manusia dengan seni dan bagaimana kanak-kanak menggunakan deria mereka untuk menghasilkan sesuatu seni.
Melalui tajuk ini, saya telah mengetahui bahawa deria manusia sangat penting terutamanya bagi kanak-kanak kerana ia dapat membantu tumbesaran dan perkembangan mereka. Di samping itu, deria juga dapat membantu membentuk satu persepsi menyeluruh terutamanya dalam seni dan deria mampu untuk membantu naluri ingin tahu seseorang.
Komen saya kepada pembentang pula ialah yang pertama, pembentang tidak menggunakan banyak sumber sebagai rujukan dan hanya merujuk penulis dan buku yang sama sahaja. Video dan persembahan slaid juga kurang menarik kerana pembentang memuatkan ayat yang berjela dalam satu-satu slaid.

Unknown on 8 August 2012 at 18:31 said... [Reply to comment]

Salam, pembentangan pada minggu ini yang bertajuk deria dan seni memberi banyak input yang menarik kepada saya. Banyak perkara baru yang saya pelajari. Antaranya ialah, pelajar mula mendapat kematangan dalam perkembangan kepekaan deriasemasa ia masih bayi lagi iaitu ketika berumur 0-2 tahun. Ketika ini, kanak-kanaktelah mula memperoleh koordinasi dan kawalan otot. Mereka mula mengenalobjek dalam alam sekitar melalui organ deria dan tangan. Penglihatan danpendengaran mula berkembang secara perlahan-lahan dan mula matang ketikaberumur 6-12 tahun. Ketika inilah pelajar mula mendapat perkembangankepekaan derianya.Deria dan seni membolehkan individu meneroka alam sekelilingnya dan ini merupakan satu proses yang berterusan. Aktiviti-aktiviti seni dapat membantu naluri ingin tahu seseorang melalui eksplorasi dan eksperimentasi dengan menggunakan deria.Melalui aktiviti-aktiviti seni, pelajar boleh berinteraksi secara langsung dengan persekitaran dan belajar mengembangkan kebolehan mereka untuk membuat pertimbangan yang baik melalui pengalaman yang diperolehi. SentuhanSentuhan biasanya dilakukan dengan menggunakan jari. Ini merupakan aspek perkembangan psikomotor yang mula-mula diperolehi oleh kanak-kanak sebelum kanak-kanak itu mula berbahasa. Melalui sentuhan, pelajar akan dapat melaksanakan pelbagai aktiviti. Contohnya, dalam aktiviti seni visual, pelajarakan menggunakan jarinya untuk melukis gambar di atas kertas atau kanvas.Manakala di dalam muzik, pelajar akan cuba mencipta satu corak irama yang berbeza apabila mendengar sesebuah lagu. Ini adalah kerana pelajar(terutamanya kanak-kanak) suka membuat improvisasi atau mengubahsuai sesuatu perkara baru. Manakala di dalam pergerakan pula, mereka akan dapat mengetahui aras atau ruang, sama ada tinggi, rendah, sederhana, dekat atau jauh.Deria sentuh mula berkembang ketika masih bayi lagi. Melalui sentuhan ibu,kanak-kanak akan berhenti menangis dan melalui sentuhan juga kanak-kanak akan berasa selamat. Ternyata, deria dan seni sangat berkait rapat antara satu sama lain. Pada akhir pembentangan ini , saya berjaya mengenalpasti perkembangan keperluan deria dalam diri pelajar, menyatakan kepentingan deria dalam persekitaran pelajar, menjelaskan kepentingan deria dalam proses pengajaran dan pembelajaran, menjelaskan aktiviti-aktiviti yang dialami oleh pelajar melalui deria dan membincangkan penggabungjalinan aktiviti berdasarkan kepada penggunaan kemahiran deria.

Twitter

 

SESI SEMESTER 1/2016 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template