Powered by Blogger.

Wednesday 8 August 2012

PEMBENTANGAN 6: PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK

PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK

16 comments:

Unknown on 8 August 2012 at 18:27 said... [Reply to comment]

Nor Hasnaziah Binti Mohd Zaini

Jurnal Refleksi Minggu 6

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana atas limpah dan kurnia-Nya kerana pembentangan pada minggu ke-6 telah berjaya diselesaikan.

Sebelum pembentangan ini dilaksanakan, apa yang telah saya ketahui mengenai muzik adalah sesuatu yang indah didengar dan mempunyai irama dan ritma. Selain daripada itu, saya juga mengetahui bahawa muzik itu merupakan satu bidang yang amat luas dan mencabar kerana untuk menjadi seorang pemuzik adalah amat sukar kerana ia memerlukan nilai estetika yang tinggi.

Apa yang ingin saya ketahui daripada pembentangan pada kali ini adalah cara untuk membaca notasi muzik. Alhamdulillah, setelah selesai pembentangan, saya dapat membaca not muzik walaupun tidak sehebat rakan yang lain. Selain daripada itu, saya juga dapat menegtahui perbezaan antara ritma, irama, homofoni, nilai not dan sebagainya.

Apa yang telah saya pelajari adalah nilai not, alatan muzik, prinsip muzik, kaedah pengajaran dan pembelajaran muzik dan juga permainan alat.

Pembentang pada kali ini telah berjaya menyampaikan isi kandungan dengan berkesan dan juga menarik. Aktiviti yang disediakan juga adalah amat menarik dan mampu memberikan motivasi kepada saya untuk mempelajari bidang muzik dengan lebih mendalam.

Unknown on 8 August 2012 at 23:45 said... [Reply to comment]

Refleksi
Che Nor Afizah Binti Che Zain
Assalammualaikum. Saya seperti nama di atas dari unit PISMP Pendidan Khas Jan 2011 ingin menyatakan serba sedikit mengenai tajuk pembentangan kumpulan keenam yang dibentang oleh Norzulaika Binti Sabtu, Nur Suraya Ashikin Binti Isa dan Alizatul Aisyah Binti Mohamad Ali. Tajuk pembentangan mereka adalah Pengetahuan Asas Dalam Muzik. Apa yang saya tahu dan faham mengenai topik ini muzik ialah suatu kesenian yang tertumpu pada aspek pendengaran atau aural. Seperti kita sedia maklum, muzik dapat memperkembangakn potensi dan kualiti diri dari segi nilai estetika muzik dan etika melalui pelbagai pengalaman muzik kea rah meningkatkan kesejahteraan hidup dalam konteks budaya dan aspirasi negara. Melalui tajuk ini kita dapat melihat pergerakan irama, pembelajaran berperingkat, pengalaman muzikal, pendekatan bakat dan sebagainya. Manakal melodi pula ialah mengandungi pic rendah, sederhana dan tinggi. Muzik dengan pergerakan pula ialah member peluang kepada pelajar menggunakan tubuh badan sebagai respon kepada muzik. Permainan alat pula melatih pelajara mengkoordinasi mata, pergerakan dan psikomotor melalui penglibatan pelajar dalam kegiatan permainan alat muzik. Apa yang saya faham ialah kesemua elemen ini sangat berkait rapat dan mempunyai kesinambungan antara satu sama lain. Jadi, guru perlu mengajar semua elemen tersebut kepada murid-murid dalam subjek pergerakan muzik agar dapat memperluaskan lagi pemahaman mereka tentang seni.
Melalui tajuk pembentangan ini juga, apa yang saya inigin tahu dan ingin selidiki ialah bagaimana perkembangan JERIS boleh dilihat melaluipengetahuan muzik. Dalam pada masa yang sama, apakah cara yang terbaik bagi seorang bakal guru seperti saya untuk mencorak atau mencapai matlamat dalam menjadikan kanak-kanak lebih kreatif melalui pengetahuan asas muzik. Saya juga ingin tahu apakah aspek yang paling penting dalam menjadikan seni muzik itu kelihatan indah dan menarik di mata kanak-kanak.

Melalui hasil pembentangan ini juga, apa yang telah dapat saya pelajari ialah bagaimana untuk menjadikan pembelajaran muzik di luar bilik darjah lebih menarik dengan menggunakan alam sekeliling mereka sebagai bahan rangsanagn untuk mereka lebih tertarik dengan pengajaran muzik. Selain itu juga, saya juga telah dapat pelajari bagaimana untuk mengembangkan potensi yang ada pada kanak-kanak dalam bidang pergerakan muzik dan bagaimana untuk menerapkan estetika dalamseni muzik. Nilai estetika boleh diperolehi melalui peniruan, ekspresi, menggunakan kaedah formalistik dan keaslian. Saya juga telah dapat mengetahui definisi rupa, bentuk, warna dan ruang dengan jelasnya. Saya juga ingin membuat sedikit ulasan mengenai pembentangan untuk kumpulan ini iaitu dari segi gaya penyampaian pembentang. Kedua-dua pembentang memberikan hujah dan idea dengan jelas dan bernas serta mudah difahami. Tetapi, dari segi media power point yang dihasilkan tidak bersesuaian iaitu penggunaan huruf (font), latar belakang dan warna yang terlalu malap sehingga tidak menampakkan tulisan. Bagi tahap orang dewasa mungkin dapat membacanya, tetapi bagi kanak-kanak akan mengalami kesukaran. Sekian terima kasih.

Unknown on 8 August 2012 at 23:56 said... [Reply to comment]

Alhamdulillah. Sesi pembentangan kali ini lebih menekankan mengenai pengetahuan asas dalam muzik di mana muzik dapat didefinisikan sebagai cabang seni yang menggabungkan bunyi-bunyi vokal atau instrumen termasuk bunyi-bunyi semula jadi daripada persekitaran atau rekaan.
Sebelum sesi pembentangan bermula, saya sudah mengetahui bahawa objektif muzik dan pergerakan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar menggunakan tubuh badan sebagai respons kepada muzik. Di samping itu, saya juga mengetahui bahawa melalui aktiviti permainan alat, dapat melatih pelajar dalam koordinasi mata, pergerakan dan psikomotor melalui penglibatan pelajar dalam kegiatan permainan alat muzik.
Melalui pembentangan yang dilakukan oleh kumpulan yang keempat ini, apa yang saya ingin tahu mengenai tajuk ini ialah apakah yang dimaksudkan dengan pentatonic, a capella, sight singing, rentak masri dan sebagainya. Selain itu, saya juga tertanya-tanya apakah keperluan isyarat tangan di dalam pembelajaran muzik ini? Adakah ia penting?
Menerusi pembentangan ini juga, saya telah mendapat ilmu serta input baru iaitu dapat mengenal sistem notasi muzik yang asas di mana semibrif mempunyai nilai 4, minim bertitik mempunyai nilai 3 dan sebagainya. Selain itu, saya juga berpeluang untuk mempelajari kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran tertentu dalam muzik yang dipelopor oleh beberapa tokoh yang terkenal seperti Shinuci Suzuki, Edwin Gordon dan sebagainya.
Komen untuk pembentang, animasi yang digunakan menarik serta mempunyai perkaitan dengan tajuk. Selain itu, slaid juga kelihatan cantik dan menarik dengan penggunaan warna yang berkesan. Selain daripada itu, aktiviti yang dilaksanakan juga adalah menarik kerana mampu menjadikan suasana pengajaran tidak bosan dan hambar. Secara keseluruhannya, sesi pembentangan menarik, namun masih ada sedikit penambahbaikan yang boleh diambil pada masa yang akan datang.

Unknown on 9 August 2012 at 06:21 said... [Reply to comment]

ALIZATUL AISYAH BINTI MOHAMAD ALI
Assalamualaikum.

K – What I Know
Sebelum pembikinan slide pembentangan ini dilaksanakan, terdapat sedikit pengetahuan sedia ada saya berkenaan muzik. Pengetahuan tersebut juga diperoleh melalui pengalaman saya menyertai kumpulan koir pada zaman sekolah dahulu iaitu berkenaan bunyi alto dan soprano serta latihan kecil berkenaan bunyi-bunyi tersebut. Namun demikian, pengetahuan tersebut hanyalah sebahagian kecil sahaja dalam seni muzik.
W – What I Want to Know
Pelbagai persoalan dan pengetahuan yang ingin diketahui dalam tajuk seni muzik ini. Antaranya ialah “Apakah nama-nama notasi di dalam muzik dan bagaimana untuk membunyikannya?” dan “Apakah kaedah-kaedah P&P di dalam muzik dan bagaimana untuk mengaplikasikannya?”

L – What I Have Learned
Melalui pembentangan kali ini, saya memperoleh pelbagai ilmu baharu di dalam muzik. Terdapat juga beberapa istilah yang tidak diketahui sebelum ini yang dapat diaplikasikan kelak. Kaedah-kaedah yang terdapat di dalam muzik iaitu pergerakan berirama, pembelajaran berperingkat, pengalaman muzikal, sound before symbol, dan pendekatan bakat adalah sangat menarik dan kreatif. Melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan berdasarkan kaedah-kaedah tersebut, secara tidak langsung dapat menjana minda serta mencungkil bakat terpendam murid di sekolah kelak. Hal ini juga bermakna murid dapat menjadi generasi yang seimbang secara menyeluruh selari dengan FPK.

Komen berkenaan pembentang
Pada kali ini kumpulan saya adalah merupakan pembentang bagi tajuk Pengetahuan Asas dalam Muzik. Pada pendapat saya, kumpulan kami telah membentangkan tajuk ini dengan jayanya. Terdapat beberapa video yang telah dimasukkan bagi membantu kami dalam menerangkan isi tajuk kepada rakan-rakan guru pelatih. Para guru pelatih juga telah memberikan respon yang positif semasa pembentangan dijalankan. Alhamdulillah aktiviti juga dapat dijalankan dengan jayanya walaupun peruntukkan masa yang telah diberikan tidak mencukupi. Saya berharap pembentangan kami memberi kesan yang positif kepada rakan guru pelatih yang lain.
Wallahualam.

Unknown on 9 August 2012 at 07:35 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum. Saya Siti Norhidayah Binti Azmee dari PISMP Pendidikan Khas Januari 2011. Berdasarkan perbentangan yang telah disediakan oleh rakan saya, saya mengenai tajuk pengetahuan asas dalam muzik, pada peringkat permulaannya, saya telah mempunyai pengetahuan mengenai permainan alat dalam muzik. Saya telah tahu serba sedikit bagaimana pentingnya koordinasi mata, pergerakan dan psikomotor dalam permainan alat muzik. Hal ini kerana saya telah didedahkan dengan permainan alat muzik ketika saya sekolah rendah lagi. Guru saya mengajar mengenai bagaimana bermain dnegan recorder dan sebagainya.
Melalui perbentangan tersebut, perkara yang ingin saya tahu ialah apakah perbezaan setiap kaedah pengajaran dan pembelajaran muzik. Selain itu, saya ingin tahu bagaimana pergerakan irama di bawah kaedah (Emile Jacques Dalcroze) memberi penumpuan kepada pembelajaran untuk pengajaran muzik sekolah rendah. Seterusnya, bagaimana pendekatan secara berirama & tarian dengan aktiviti eurhythmic diajar melalui kaedah ini kepada murid. Selain itu, saya perkara yang ingin saya tahu ialah apakah yang dimaksudkan dengan pergerakan, improvisasi dan nyanyian solfa.
Seterusnya, melalui perbentangan rakan saya, banyak perkara yang dapat saya pelajari ialah kaedah pengajaran dan pembelajaran muzik menggunakan Pengalaman Muzikal (Carl Orff) iaitu penumpuan kepada pembelajaran untuk pengajaran muzik di sekolah rendah. Selain itu, penekanan kepada beraneka jenis pengalaman muzikal. Seterusnya, Pendekatan Orff iaitu kegunaan peralatan muzik yang direka atau dipilih khas untuk pendidikan muzik bagi pelajar dan sifat semulajadi kanak-kanak untuk bermain diberi makna sepenuhnya. Selain itu, perkara menarik yang dapat saya pelajari dari perbentangan ini ialah Pendekatan Bakat (Shinuci Suzuki). Pendekatan ini juga dikenali sebagai pendekatan bahasa ibunda. Ianya memberi penumpuan kepada pembelajaran muzik instrumental & berkait dengan pembelajaran muzik pra sekolah. Selain itu, pendekatan ini memerlukan alat-alat khas seperti violin kecil dan penglibatan ibu bapa dalam proses P & P muzik secara individu. Seterusnya, mengikut pendekatan ini, Pendidikan muzik harus bermula dari peringkat kanak-kanak dengan bermain secara menghafal ‘rote playing’ sebelum menerima pembelajaran notasi formal ‘note’ dan mendengar muzik secara berulang kali. Berdasarkan perbentangan kali ini, saya berpendapat bahawa perbentangan yang berlangsung sangat menarik. Namun, video yang dipertontonkan agak membeosankan dan kurang memahami kandungan video yang dipertontonkan. Diharapkan para pembentang mencari video yang sesuai dan menarik untuk ditayangkan supaya setiap orang dapat memperoleh manfaat yang baik dari video tersebut. namun, secara keseluruhan, perbentangan berjaya dan memberi kefahaman yang jelas tentang topic yang dibentang. Sekian, terima kasih.

wann nor farhana binti megat haron on 11 August 2012 at 20:10 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

pembentangan pada kali ini lebih menyentuh kepada topik yang agak besar serta penting dalam Seni dalam Pendidikan. sebelum ini, apa yang saya ketahui, muzik merupakan suatu kaedah terdekat bagi setiap individu untuk merehatkan minda dan menghilangkan stress. Apa yang ingin saya ketahui daripada sesi pembentangan pada kali ini ialah apakah kandungan yang terdapat dalam pembelajaran muzik? Apakah kaedah pengajaran dan pembelajaran muzik yang sesuai serta menarik? setelah pembentang selesai membentang, saya dapat mengetahui unsur-unsur bunyi, not dan sebgainya dalam muzik. Selain itu, saya dapat mempelajari tentang kaedah pengajaran dan pembelajaran muzik yang pelbagai. Meskipun muzik merupakan suatu seni yang senang untuk disampaikan akan tetapi terdapat beberapa kaedah yang perlu diketahui dalam menjayakan penyampaian muzik yang berkesan.

komen Pembentang :

Pembentang dapat menyampaikan isi pembentangan dengan baik meskipun dikejar oleh masa.

Unknown on 13 August 2012 at 08:23 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum,
Tajuk pembentangan bagi minggu ke enam ialah berkaitan dengan muzik. Seperti mana yang saya tahu, tajuk muzik merupakan tajuk yang menjadi kegemaran murid-murid sekolah rendah. Saya sendiri pernah menyertai pancaragam sekolah dan amat meminati muzik. Apa yang saya ketahui mengenai tajuk ini ialah muzik merupakan bunyi yang disusun secara sistematik dan mempunyai not-not yang tersendiri. Setiap not itu berbeza dari segi cara membacanya dan cara untuk membunyikannya.
Semasa tajuk ini dibentangkan, saya tertarik dengan kaedah pengajaran berperingkat Zoltan Kodaly. Sebelum ini, saya belum pernah mendengar muzik seperti a capella dan pentatonik. Hati saya tertanya-tanya bagaimanakah rupa bentuk muzik ini.
Selaku pembentang, saya sendiri kurang pasti mengenai muzik Zoltan Kodaly ini terutamanya pentatonik. Namun, setelah penerangan yang jelas daripada pensyarah, saya dapat memahami muzik ini dengan baik. Secara tidak langsung, ia meningkatkan pengetahuan saya mengenai tajuk yang dibentang.
Selaku pembentang, saya berasa bersyukur kerana dapat berkongsi ilmu mengenai muzik ini bersama-sama rakan yang lain. Usaha kami sekumpulan membuahkan hasil ketika rakan-rakan juga memperoleh ilmu serta mampu berkongsi pendapat ketika pembentangan. Aktiviti yang dirancang juga dapat menarik minat rakan-rakan serta mengembangkan bakat terpendam yang ada.

Unknown on 13 August 2012 at 20:19 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum..
Tajuk pembentangan keenam ini ialah pengetahuan asas dalam muzik. Dalam tajuk ini, apa yang saya tahu ialah tidak semua bunyi yang terhasil atau dihasilkan itu ialah bunyi. Saya juga tahu bahawa muzik mempunyai nilai estetika yang tersendiri dan mampu memberi kesan mendalam jika kita menghayati nilai sesebuah lagu.

Apa yang saya ingin tahu dalam tajuk ini ialah keterangan lebih lanjut mengenai kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam muzik serta konsep muzik dengan lebih terperinci beserta contoh yang kukuh.

Apa yang saya dapat ialah saya lebih faham terdapat banyak kaedah p&p dalam muzik. Selain itu, saya juga lebih faham konsep muzik dengan bantuan En. Amran bin Aris dalam aktiviti amali Saya juga tahu nilai estetika muzik dengan beberapa video yang ditayangkan oleh rakan-rakan pembentang.

Pembentangan pada kali ini menarik dengan pelbagai video yang rakan-rakan selitkan. Namun, penerangan pembentang kurang huraian serta contoh. Pembentangan amat memuaskan dan boleh dipertingkatkan lagi kualiti pembentangan.

Unknown on 14 August 2012 at 17:36 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum w.b.t

Sesi kuliah 6 yang disampaikan oleh Alizatul Aisyah binti Mohd Ali, Nur Suraya Ashikin binti Isa dan Nor Zulaika binti Sabtu mengenai pengetahuan asas dalam seni muzik merupakan sebuah tajuk yang sangat menarik dan mampu meningkatkan minat saya dalam mendalami subjek WAJ 3107 ini. Muzik merupakan suatu unsure kesenian yang sangat berkait rapat dengan manusia bukan sahaja kanak-kanak. Hal ini terbukti apabila segenap peringkat umur sangat menghayati muzik walau apa jenis muzik sekalipun.
Sebelum menghadiri sesi pembentangan kali ini, pendapat saya mengenai dunia muzik hanyalah tertumpu kepada penggunaan alat muzik sahaja namun ternyata saya pendapat saya itu hanyalah mengenai dunia muzik pada tahap permukaan sahaja. Muzik adalah satu cabang seni dan juga sains yang menggabungkan bunyi-bunyi vokal dan atau instrumental termasuk bunyi-bunyi semulajadi daripada persekitaran atau rekaan dengan satu cara yang dianggap memuaskan mengikut estetika, corak pemikiran dan emosi manusia yang juga boleh mencerminkan sesuatu budaya tertentu. Maka, di sini jelas menunjukkan bahawa muzik itu bukanlah bersifat tunggal namun boleh menerima unsur-unsur lain yang menyebabkan muzik itu berkembang.

Melalui pembentangan yang dijalankan, pelbagai perkara yang ingin saya ketahui iaitu yang paling utama ialah jenis-jenis alat muzik. Pada dasarnya semua orang tahu akan sejumlah alat muzik yang sering digunakan dengan hanya melihat sahaja, namun jika ditanya mengenai nama alat tersebut, masing-masing kurang arif dan tidak mengetahuinya. Saya amat berharap agar dapat mendalamai pelbagai jenis alat muzik yang ada di Malaysia sama ada alat muzik tradisional atau kontemporari. Namun, saya sangat berpuas hati dengan pembentangan yang dijalankan. Walaupun tidak dinyatakan oleh pembentang mengenai jenis alat muzik saya kini tahu dan mempunyai cara lain untuk mendapatkan maklumat tersebut secara personal.

Melalui pembentangan ini, pelbagai perkara dapat saya pelajari sebagai contoh system notasi muzik yang asas, prinsip dan kaedah pengajaran dan pembelajaran muzik serta pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan dalam saya menyediakan diri untuk menjadi guru kelak. Oleh yang demikian, saya sangat berharap agar ilmu yang saya perolehi ini menjadi titik tolak kepada saya untuk lebih mendalami dunia muzik. Sesungguhnya dunia muzik ini sangat menarik dan. Saya sedar akan pentingnya muzik ini dalam mewarnai kehidupan seharian kita, namun adalah lebih berwarna-warni jiwa seorang guru sekiranya anak didiknya mampu mewarnai kehidupan mereka dengan lebih baik kelak. Saya amat berharap agar saya mampu menjadi seorang guru yang sentiasa bersemangat dalam mencari idea-idea baharu selaras dengan peredaran zaman dan keperluan anak-anak didik saya kelak.

Sekian, Terima Kasih

Unknown on 14 August 2012 at 17:37 said... [Reply to comment]

Unknown on 16 August 2012 at 02:54 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua...

Pada sesi kuliah baru-baru ini, pembentangan tajuk keenam telah dijalankan oleh kumpulan ketujuh yang terdiri daripada Alizatul Aisyah, Zulaika, dan Suraya Ashikin. Pembentangan yang telak dilakukan memperihalkan topik Pengetahuan Asas Muzik. Walaupun aktif bergiat dalam bidang muzik, namun saya tidak mempunyai sebarang pengetahuan asas dalam bidang ini memandangkan saya telah memilih matapelajaran Seni sebagai matapelajaran elektif di bangku sekolah dulu. Namun begitu, saya mampu membezakan antara irama, "pitching", melodi, ekspresi, dan harmoni berikutan sudah lama berkecimpung dalam bidang nyanyian.

Oleh yang demikian, saya sangat berminat untuk mengetahui sesuatu yang baru dalam bidang muzik bagi menambah pengetahuan saya dalam bidang ini. Antaranya ialah mengenai cara untuk mengaplikasikan kemahiran asas dalam muzik ini dalam pengajaran dan pembelajarandi sekolah kelak. Terutamanya bagi tujuan menarik minat murid serta memotivasikan mereka utnuk mendalami bidang ini disamping menjasdikan muzik sebagai penggabungjalin dalam matapelajaran lain.

Saya telah memperoleh ilmu baru sepanjang proses pembentangan kumpulan ketujuh, terutamanya dari segi kaedah pengajaran dan pembelajaran muzik yang dipecahkan kepada lima bahagian. Lima bahagian tersebut didominasikan oleh bebrapa tokoh terkemuka seperti pendekatan bakat oleh Shinuci Suzuki, pergerakan berirama oleh Emile Jacques, dan lain-lain lagi. Malahan saya turut memperoleh beberapa istilah dalam bidang muzik yang jarang didengari seperti solfa, pentatonik, dan sebagainya.

p/s : Semoga P&P akan datang, saya dan rakan sekelas dibimbing oleh pensyarah dengan lebih adil dan tidak dipilih kasihnya..!! Saya berharap agar aktiviti yang dijalankan kumpulan pembentang lebih menarik...

Unknown on 24 August 2012 at 07:38 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum WBH
Sebelum saya mempelajari subjek SDP ini, pengetahuan asas saya dalam muzik hanya meliputi tentang lagu dan irama. Apa yang saya tahu ialah muzik merupakan satu medium untuk seseorang meluahkan idea kreatif mereka melalui tulisan lirik-lirik lagu yang sedap didengar dan mempunyai mesej tertentu untuk disampaikan kepada pendengar. Setahu saya terdapat pelbagai genre muzik yang membezakan satu muzik dengan muzik yang lain contohnya seperti pop, jazz, acapella, tradisional, rock dan sebagainya.
Saya ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang elemen-elemen irama iaitu corak, rentak, tempo dan detik. Elemen-elemen ini mempunyai fungsi yang hampir sama namun sebenarnya kesemuanya adalah berbeza. Bagaimanakah cara terbaik untuk membezakan elemen-elemen tersebut yang wujud dalam sebuah lagu?
Setelah mempelajari tajuk pengetahuan asas dalam muzik dengan lebih mendalam, saya telah banyak mendapat input baru yang sangat berguna terutama tentang konsep muzik sebenar yang perlu difahami oleh semua orang. Melalui pembentangan yang dilakukan oleh rakan, saya dapati mereka berjaya menyampaikan pelbagai maklumat baru dengan menyelitkan video-video untuk menjelaskan sesuatu konsep agar dapat difahami dengan lebih jelas oleh kami semua.

Unknown on 25 September 2012 at 02:39 said... [Reply to comment]

Refleksi 6
Natrah Binti Fadzil (2011141340065)
Topik pembelajaran yang keenam bagi matapelajaran Seni Dalam Pendidikan yang dibentangkan oleh kumpulan pada minggu ini bertajuk Pengetahuan Asas Dalam Muzik. Sepertimana yang kita sudah sedia maklum, jika mendengar dari tajuknya sahaja kita dapat meramal bahawa tajuk pembentangan pada kali ini merupakan salah satu tajuk yang menarik dan mempunyai ruang lingkup yang luas dan patut diterokai oleh kita jika kita ingin mendapat ilmu dan pengetahuan yang terselindung di sebalik tajuk ini. Seperti minggu-minggu yang lain,saya tidak sabar untuk mengikuti pembentangan pada kali ini dan saya harapkan pembentang dapat berkongsi ilmu serta input yang sangat berguna kepada saya dan juga rakan-rakan guru pelatih yang lain.
Sebelum mendengar sesi pembentangan yang dijalankan oleh kumpulan enam ini, saya sudah mengetahui sedikit sebanyak mengenai tajuk pengetahuan asas muzik ini. Pengalaman dan ilmu saya peroleh hasil daripada pembacaan dan juga pengalaman sendiri selama berada di muka bumi ini. Apa yang saya ketahui mengenai tajuk ini ialah, muzik tergolong dalam cabang seni ataupun dalam erti kata yang lain muzik merupakan suatu elemen yang kaya dengan seni halusnya dan muzik juga merupakan sesuatu yang menarik dan enak didengar oleh segenap lapisan masyarakat. Aktiviti yang dapat dikaitkan dengan elemen muzik ini ialah nyanyian. Unsur-unsur yang terdapat dalam seni muzik adalah seperti melodi, harmoni, irama, ekspresi, bentuk, warna, ton dan jalinan.
Melalui pembentangan kali ini,apa yang saya ingin tahu dan pelajari ialah bagaimana untuk mengaplikasikan elemen seni dalam muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Hal ini demikian kerana saya ingin mengetahui dan bersiap sedia dengan segala ilmu dan input apabila menjadi seorang guru kelak. Antara aktiviti yang sesuai dijalankan terhadap pelajar ketika melakukan proses pengajaran dan pembelajaran adalah seperti nyanyian, permainan alat dan juga pergerakan.
Apa yang saya pelajari melalui pembentangan pada kali ini ialah muzik merupakan suatu elemen kesenian yang tertumpu pada aspek pendengaran atau aural. Muzik lebih tertumpu kepada pendengaran manusia. Selain itu juga, muzik dapat mengasah bakat murid dan melatih mereka supaya menghargai muzik. Selain itu juga, dengan mempelajari muzik, murid dapat mengenal nod-nod selepas elemen muzik diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Komen saya bagi pembentangan pada kali ini ialah pembentang kelihatan yakin dengan apa yang telah dibentangkan . Selain itu juga, slide yang ditayangkan juga kelihatan menarik dan dapat menarik minat rakan-rakan yang lain. Video yang ditayangkan juga menarik serta pembentang banyak mendedahkan rakan-rakan dengan input-input yang baru.

Unknown on 3 October 2012 at 07:35 said... [Reply to comment]

Irama merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik. Irama dapat dinyatakan sebagai rentak yang berlaku secara berulang. Sesuatu irama itu boleh dinikmati sewaktu kita mendengar muzik. Irama yang menarik dalam sesuatu muzik akan mempengaruhi seseorang untuk mendengar muzik tersebut berulang kali. Dalam kehidupan kita seharian, kita semestinya akan menemui pelbagai irama. Sebagai contoh bunyi tapak kaki, bunyi degupan jantung, bunyi titisan air di sinki dan sebagainya. Semua ini merupakan irama yang wujud disekeliling kita tanpa kita sedari dan kebanyakan ianya berlaku setiap masa.. Dalam pendidikan seni, irama digambarkan sebagai sesuatu susunan corak yang berulang dan susunan sekata yang mewujudkan pergerakan.

Kanak-kanak akan mula memahami sesuatu kemahiran yang berbentuk irama sewaktu mereka melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan, menari, melukis corak dan sebagainya. Sebenarnya irama dapat meransang minda kanak-kanak untuk memberikan tumpuan apa yang sedang dilakukan. Tanpa kehadiran muzik, sudah semestinya sesuatu aktiviti itu menjadi hambar dan murid akan merasa cepat bosan. Selain itu, kehadiran Irama dalam aktiviti yang dilakukan secara tidak langsung menarik minat kanak-kanak untuk menyertai sesuatu aktviti dengan lebih seronok dan bersemangat. Kanak-kanak akan merasa lebih seronok melakukan aktviti seperti melompat sambil mengikut irama muzik.

Irama yang diaplikasikan dalam pengajaran akan menjadikan pelajar banyak melakukan pergerakan dan secara tidak langsung, elemen yang ketiga dipenuhi. Elemen-elemen seni dalam pengajaran ini menjadi satu hubung kait yang kukuh dalam menjadikan pengajaran lebih efektif dan kreatif. Kanak-kanak akan menjadi lebih terdorong untuk memahami sesuatu perkara secara seronok. Kesimpulannya, guru perlu mengambil langkah dalam memanipulasikan elemen seni dalam pengajaran supaya pengajaran mereka akan menjadi lebih berkesan.

Twitter

SESI SEMESTER 1/2016 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template