Powered by Blogger.

Monday 23 July 2012

PEMBENTANGAN 5: PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL

Seni Visual

16 comments:

Unknown on 24 July 2012 at 06:07 said... [Reply to comment]

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana atas limpah dan kurnia-Nya, pembentangan pada minggu kelima telahpun selesai dengan jayanya.

Sebelum pembentangan ini, apa yang saya ketahui adalah seni itu sesuatu yang unik dan mempunyai nila estetika yang tinggi. Bakat terbesar yang perlu ada dalam seni visual adalah bakat melukis, membuat bentuk dan pandai menggunakan ruang dan bermain dengan warna.

Apa yang saya ingin ketahui adalah bagaimana seorang yang agak kurang cekap dalam seni visual boleh meningkatkan kemahirannya dan juga bagaimana hasil seni itu dinilai. Saya juga ingin mengetahui sejauh mana hebatnya bidang seni visual jika dibandingkan dengan seni muzik. Namun, saya tidak dapat mengetahui perkara ini kerana ia tidak ditekankan oleh pembentang.

Apa yang telah saya pelajari adalah seni visual mempunyai cabang yang besar. Ia merangkumi catan, ukiran leno dan sebagainya. Saya juga turut mengetahui bahawa garisan yang tepat akan menjadikan sesuatu lukisan itu lebih indah dan cantik. Saya juga dapat mengetahui bahawa origami juga merupakan salah satu daripada hasil seni visual.

Komen saya mengenai pembentang adalah warna dalam pembentangan adalah kurang jelas iaitu terdapat teks yang tidak dapat dibaca setelah dipaparkan, namun, penggunaan grafiknya amat menarik dan dapat menangkap mata pemerhati. Selain daripada itu, aktiviti yang dilaksanakan juga adalah berkesan, namun, pengurusan masa adalah kurang berkesan. Pembentang sememangnya mahir dalam topik ini sehingga ia mampu menjawab hampir kesemua pertanyaan dari rakan guru pelatih yang lainh.

wann nor farhana binti megat haron on 24 July 2012 at 09:43 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum w.b.t
Pembentangan tajuk pada kali ini adalah amat menarik dan merupakan suatu ilmu baharu bagi saya dek sebelum ini saya kurang didedahkan dengan konsep, maksud, teknik dan sebagainya mengenai seni visual. Seni visual merupakan satu media penting bagi kanak-kanak bahkan orang dewasa dalam menzahirkan perasaan dan emosi di samping mengembangkan bakat, minat dan kemahiran sedia ada. Apa yang ingin saya dalami dan ketahui mengenai tajuk ini ialah, apakah yang dimaksudkan dengan unsur seni, prinsip-prinsip rekaan serta teknik yang sesuai dalam mendedahkan kanak-kanak dengan seni visual. Melalui pembentangan yang telah dilaksanakan, segala pertanyaan yang ditimbulkan, saya dapat mencari jawapannya di samping membuat rujukan daripada buku. Teknik dalam seni visual lebih mementingkan kemahiran kinestatik serta koordinasi mata dan tangan dalam menghasilkan suatu bahan seni yang menarik, berkesan dan bermakna. Penghasilan bahan seni yang baik mempunyai estetika yang tinggi.

komen pembentang :
Pembentang dapat menyampaikan input-input baharu mengenai seni visual dengan baik serta gaya penyampaian dan komunikasi yang menarik dan jelas. Akan tetapi, aktiviti yang dilaksanakan haruslah ditambah baik dengan melaksanakan aktiviti yang lebih menarik serta bersistem. Mungkin, teknik lain boleh digunakan misalnya seperti teknik ikatan dan celupan, renjisan, resis, kaligrafi dan sebagainya.
Baik, teruskan..=)

Unknown on 24 July 2012 at 21:48 said... [Reply to comment]

Refleksi
Che Nor Afizah Binti Che Zain
Assalammualaikum. Saya seperti nama di atas dari unit PISMP Pendidan Khas Jan 2011 ingin menyatakan serba sedikit mengenai tajuk pembentangan kumpulan kelima yang dibentang oleh Siti Noor Farhanis Binti Mohd Idris dan Anisah Binti Mokhtar. Tajuk pembentangan mereka adalah Pengetahuan Asas Dalam Seni Visual. Apa yang saya tahu dan faham mengenai topik ini ialah berkenaan kaitan dengan seni visual yang bermaksud segala jenis seni yang keindahannya dapat dihayati melalui penglihatan. Seperti kita sedia maklum, pendidikan seni visual dapat menjadiakan murid lebih menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan serta dapat melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan menyeronokkan.Melalui tajuk ini kita dapat melihat bidang utama dalam kokurikulum pendidikan seni sekolah rendah yang terdiri daripada menggambar, membuat rekaan dan corak, membentuk dan membuat binaan dan kraf tradisional. Apa yang saya faham ialah kesemua elemen ini sangat berkait rapat dan mempunyai kesinambungan antara satu sama lain. Jadi, guru perlu mengajar semua elemen tersebut kepada murid-murid dalam subjek seni visual agar dapat memperluaskan lagi pemahaman mereka tentang seni.
Melalui tajuk pembentangan ini juga, apa yang saya inigin tahu dan ingin selidiki ialah bagaimana perkembangan JERIS boleh dilihat melalui seni visual. Dalam pada masa yang sama, apakah cara yang terbaik bagi seorang bakal guru seperti saya untuk mencorak atau mencapai matlamat dalam menjadikan kanak-kanak lebih kreatif melalui seni visual. Saya juga ingin tahu apakah aspek yang paling penting dalam menjadikan seni visual itu kelihatan indah dan menarik di mata kanak-kanak.
Melalui hasil pembentangan ini juga, apa yang telah dapat saya pelajari ialah bagaimana untuk menjadikan pembelajaran seni visual di luar bilik darjah lebih menarik dengan menggunakan alam sekeliling mereka sebagai bahan rangsanagn untuk mereka lebih tertarik dengan pengajaran seni visual.. Selain itu juga, saya juga telah dapat pelajari bagaimana untuk mengembangkan potensi yang ada pada kanak-kanak dalam bidang seni visual dan bagaimana untuk menerapkan estetika dalam PSV. Nilai estetika boleh diperolehi melalui peniruan, ekspresi, menggunakan kaedah formalistik dan keaslian. Saya juga telah dapat mengetahui definisi rupa, bentuk, warna dan ruang dengan jelasnya. Saya juga ingin membuat sedikit ulasan mengenai pembentangan untuk kumpulan ini iaitu dari segi gaya penyampaian pembentang. Kedua-dua pembentang memberikan hujah dan idea dengan jelas dan bernas serta mudah difahami. Tetapi, dari segi media power point yang dihasilkan tidak bersesuaian iaitu penggunaan huruf (font), latar belakang dan warna yang terlalu malap sehingga tidak menampakkan tulisan. Bagi tahap orang dewasa mungkin dapat membacanya, tetapi bagi kanak-kanak akan mengalami kesukaran. Sekian terima kasih.

Unknown on 24 July 2012 at 22:04 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum. Saya Siti Norhidayah Binti Azmee dari PISMP Pendidikan Khas Januari 2011. Berdasarkan perbentangan yang telah disediakan oleh rakan saya, saya mengenai tajuk pengetahuan asas dalam seni visual, pada peringkat permulaannya, saya telah mempunayi pengetahuan mengenai teknik yang diguankan dalam pendidikan seni visual ini. antaranya ialah cetakan, kolaj, percikan dan gosokan. Hal ini kerana saya telah belajar mengenainya sejak saya sekolah rendah lagi. Namun, ilmu yang saya ada ini adalah untuk memperkukuhkan lagi pengetahuan saya berdasarkan pengetahuan baharu yang dibina berdasarkan perkongsian ilmu dari rakan saya. selain itu, sebelum perbentangan ini berlangsung, saya serba sedikit telah mengetahui warna. Warna terbahagi kepada tiga iaitu warna primer, warna sekunder, dan warna tetier. Hal ini kerana saya telah belajar mengenainya ketika saya di sekolah menengah. Bagi saya, belajar mengenai warna adalah sesuatu yang menarik kerana saya dapat melihat perubahan yang berlaku hasil pencampuran warna. Oleh itu, saya mengaplikasikan pengetahuan sedia ada saya melalui perbentangan oleh rakan saya untuk saya memahaminya dengan lebih mendalam.
Melalui perbentangan tersebut, perkara yang ingin saya tahu ialah apa perkaitan antara seni dan visual. Hal ini kerana saya agak keliru akan konsep seni dan visual tersebut. Saya pada peringkat permulaannya tertanya-tanya adakah benar pernyataan rakan saya bahawa seni itu adalah halus dan kecil. Bagaimana jika hasil karya seni yang dihasilkan dengan saiz yang besar. Adakah ianya bukan dipanggil seni lagi. Selain itu, apa yang ingin saya tahu melalui perkongsian ini ialah apa yang dikatakan sesuatu hasil seni mempunyai nilai estetika. Bagaimana kita ingin mengukur hasil seni tersebut berdasarkan nilai estetika. Adakah setiap orang mempunyai pandangan masing-masing mengenai nilai estetika.
Seterusnya, melalui perbentangan rakan saya, banyak perkara yang dapat saya pelajari ialah konsep pengkaryaan dan perekaan. Sebelum ini, saya tidak mempunyai pengetahuan langsung mengenai pengkaryaan dan perekaan ini. namun, dengan adanya perkongsian ilmu ini, saya dapat memahami dengan jelas dan memperoleh ilmu yang sangat berguna mengenainya. Pengkaryaan adalah berbeza dengan perekaan. Pengkaryaan adalah sesuatu yang dihasilkan sendiri tanpa menggunakan bahan teknologi seperti computer. Ianya berbeza sekali dengan perekaan iaitu perekaan adalah berfokus dengan penggunaan teknologi. Antaranya, penghasilan rekaan corak batik, banner, kain rentang, dan sebagianya. Berdasarkan perbentangan kali ini, saya berpendapat bahawa perbentangan yang belangsung sangat menarik. Video yang dipertontonkan sangat jelas dan memberi impak yang positif. Namun, pembentang perlu memperbaiki aktiviti yang dilaksanakan agar lebih menarik dan menyeronokkan. Secara keseluruhannya, perbentang berjaya membentangkan hasil slaid mereka dengan baik dan berkesan. Sekian terima kasih.

Unknown on 25 July 2012 at 06:26 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua...

Pada sesi kuliah baru-baru ini, pembentangan tajuk kelima t telah dijalankan oleh kumpulan saya dan sahabat setugas saya, iaitu Anisah Binti Mokhtar. Pembentangan yang telak dijalankan adalah mengenai topik Pengetahuan Asas Seni Visual. Saya memanjatkan kesyukuran berikutan memperoleh topik ini ekoran ilmu yang sedia ada dimiliki mengenai asas seni visual di bangku sekolah. Walaupun berada di sekolah aliran sains tulen, saya dapat menguasai beberapa kemahiran seni seperti menggambar atau melukis, membuat rekaan dan corak, membentuk dan membuat binaan serta mereka cipta kraf tangan ekoran mendapat guru Pendidikan Seni yang sangat komited dalam bidangnya.

Sepanjang proses menyiapkan hasil pembentangan ini, saya dapati bahawa masih banyak perkara berkenaan Seni Visual, termasuklah mengenai asal-usul kedatangan Seni itu sendiri dalam kehidupan manusia sejagat. Oleh itu, saya sebolehnya cuba untuk mencari bahan yang berbeza daripada biasa seperti imej hasil lukisan yang hebat dan unik serta video berkaitan seni yang belum dilihat mana-mana individu, termasuk saya dan rakan setugas.

Justeru daripada keringat menghasilkan pembentangan ini, saya cukup berpuas hati dengan hasil kerjasama bersama rakan setugas. Melalui ilmu yang cuba disampaikan kepada rakan yang lain, saya turut memperoleh banyak ilmu baru berkaitan dengan topik ini. Salah satu daripadanya ialah mengenai estetika dalam Pendidikan Seni Visual yang menekankan prinsip nilainya yang terdiri daripada peniruan, ekpresi perasaan dan emosi, kaedah formalistik serta keaslian yang tersendiri.

p/s : Saya dan rakan setugas telah cuba sebaik mungkin dalam menyampaikan ilmu Seni Visual kepada sahabat lain yang turut disertakan dengan aktiviti yang pelbagai. Harap sahabat dan pensyarah pembimbing berpuas hati dan mendapat ilmu yang cuba disampaikan ..(^_-)v...

Unknown on 25 July 2012 at 07:02 said... [Reply to comment]

As-salam. Tajuk pembentangan ke-5 adalah pengetahuan asas dalam seni visual. Apa yang saya tahu adlah seni visual ini adalah berkaitan dengan seni yang dihasilkan melalui lukisan. Seseorang itu akan menjadi pengkarya seni jika lukisan yang dihasilkan amat menarik dan penuh kreatif. Tidak semua dikurniakan keupayan untuk menghasilkan lukisan dengan baik.
Melalui pembentangan ini, apa yang saya ingin tahu ialah apakah perkara asas yang terdpat dalam seni visual. Bagaimana sesuatu karya seni itu dikatakan amat menarik sedangkan apabila seseorang yang tidak ada ilmu mengenai seni ini akan mengatakan lukisan itu tidak cantik dan tidak penuh makna. Saya juga ingin tahu cara-cara bagaiman seni visual ini mampu menarik minat murid dan dapat mengasah bakat yang sedia ada pada diri mereka.
Setelah pembentangan selesai, pendidikan seni visual ini amat penting bagi kanak-kanak. Ia mat membantu memperkembangkan kreativiti seseorang kanak-kanak tersebut. Pendidikan seni visual ini juga dapat memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan bakat dan minat mereka. Pendidikan seni visual ini juga boleh diterapkan secara langsung atau tidak langsung dalam mata pelajaran lain pada bila-bila masa sahaja.

Unknown on 25 July 2012 at 07:05 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum.

Pembentangan 5 ini bertajuk “Pengetahuan Asas Dalam Seni Visual”. Pengetahuan sedia ada saya dalam tajuk ini ialah seni visual ialah seni yang boleh kita lihat dengan deria penglihatan kita. Saya juga tahu bahawa seni visual terdiri daripada beberapa jenis yang berlainan cara pembuatannya.

Apa yang saya ingin tahu ialah bagaimana seseorang individu boleh mengekspresikan nilai estetika sewaktu melihat sesebuah lukisan. Apakah unsur utama yang memainkan peranan dalam menyempurnakan sesebuah lukisan.

Banyak yang saya perolehi daripada pembentangan ini. Antaranya, saya mendapat tahu bahawa seni arca ais boleh bertahan selama 3 hari jika tidak dipecahkan. Selain itu, saya juga mendapat tahu bagaimana warna baju mampu mempengaruhi mud seseorang.

Pembentangan kali ini menarik dan menyediakan pelbagai aktiviti yang mampu melibatkan semua ahli unit melibatkan diri secara aktif namun arahan aktiviti masih kurang jelas dan kurang menjelaskan aktiviti dengan tajuk pembelajaran.

Unknown on 25 July 2012 at 08:54 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum W.B.T..
Sesi pembentangan kelima yang bertajuk pengetahuan asas dalam seni visual ini telah dibentangkan oleh Anisah Mokhtar dan juga Siti Noor Farhanis bt Idris. Seperti yang kita semua tahu, seni visual ini adalah satu ekspresi visual yang dihasilkan oleh idea seseorang individu. Seni visual ini di bahagikan kepada empat bidang iaitu melukis dan membuat gambar, membuat rekaan corak, membentuk dan membuat binaan serta kraf tradisional. Sesunnguhnya, tajuk seni visual ini sangat luas dan perlu diterokai satu persatu bagi memahami konsep sebenar seni visual itu sendiri. Terdapat banyak pengetahuan baru yang diperolehi melalui pembentangan yang telah disampaikan oleh pembentang. Pengetahuan sedia ada saya mengenai tajuk ini hanyalah tertumpu kepada satu bidang sahaja dalam seni visual iaitu melukis dan membuat gambar. Pengetahuan ini telah di ajar oleh guru saya semasa di sekolah dahulu. Dalam bidang melukis dan membuat gambar ini, saya telah mempelajari beberapa teknik menggambar. Melalui pembentangan yang telah dilakukan, saya dapat mengingati kembali apa yang telah saya pelajari semasa disekolah dahulu.
Apa yang saya ingin tahu mengenai tajuk pembentangan kali ini ialah, apakah matlamat dan obejktif seni visual terhadap kanak-kanak di sekolah rendah. Saya juga ingin tahu dengan lebih mendalam mengenai bidang-bidang lain mengenai seni visual ini. Di harapkan juga, saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam bagaimana untuk menerapkan unsur seni visual dalam P&P.
Apa yang saya dapat selepas pembentangan ini adalah: matlamat seni visual di sekolah rendah bukan sahaja tertumpu kepada penguasaan kemahiran asas kanak-kanak terhadap seni visual, tetapi adalah untuk mengajar kanak-kanak untuk menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan disamping menajamkan lagi daya kreatif dan imaginasi kanak-kanak.
Komen terhadap pembentang : maklumat yang diberikan sangat bermakna dan berguna. Aktiviti yang di jalankan juga menarik dan menyeronokkan.
Sekian, Terima kasih.

Unknown on 26 July 2012 at 02:34 said... [Reply to comment]

ALIZATUL AISYAH BINTI MOHAMAD ALI
Assalamualaikum.
K – What I Know
Sebelum pembentangan ini dilaksanakan, terdapat beberapa pengetahuan sedia ada saya berkenaan seni visual. Antaranya ialah seni visual merupakan salah satu platform bagi seseorang individu tidak kira kanak-kanak, remaja atau pun dewasa untuk meluahkan perasaan, emosi serta idea yang terbuku di kalbu mereka. Seni visual juga adalah suatu perkara yang abstrak dan hanya mereka yang mempunyai nilai estetika yang tinggi sahaja mampu memahami maksud tersirat sesuatu seni yang telah dihasilkan.
W – What I Want to Know
Terdapat beberapa persoalan yang bermain di minda sebelum pembentangan ini dijalankan. Antaranya ialah “Apakah teknik-teknik menarik yang terdapat di dalam seni visual?” dan “Apakah yang dikatakan sebagai seni visual?” serta kepentingan nilai estetika di dalam diri seseorang individu.
L – What I have Learned
Melalui pembentangan kali ini, terdapat pelbagai ilmu baharu yang sangat menarik dan bermutu serta menjawab kepada persoalan saya. Antaranya ialah seni visual merupakan suatu karya yang indah dan boleh dilihat oleh pancaindera. Terdapat juga beberapa teknik yang terdapat di dalam seni visual, antaranya ialah teknik cetakan yang mempunyai pelbagai cara untuk dilakukan, kolaj yang sangat menarik seperti kolaj yang bersumberkan daripada kertas-kertas majalah yang dapat menghasilkan bentuk-bentuk manusia, gosokan dan percikan. Teknik-teknik yang menarik ini juga dapat diaplikasikan oleh murid-murid di sekolah dan secara tidak langsung dapat meningkatkan nilai estetika mereka apabila mereka mengetahui perjalanan sesebuah karya yang dihasilkan tidak selalunya mudah untuk dilaksanakan.
Komen kepada para pembentang
Pada pendapat saya, para pembentang telah menjalankan sebuah persembahan yang berkesan dan dapat meningkatkan kefahaman saya berkenaan seni visual. Namun demikian, terdapat sedikit kehampaan apabila terdapat video yang dipaparkan tidak disertakan dengan alat bantu yang bersesuaian seperti speaker. Tambahan, terdapat juga video yang anti-klimaks apabila video yang dipaparkan tidak begitu mengujakan seperti video untuk menunjukkan teknik percikan yang mana hasil dapatan artis tersebut tidak begitu mengujakan. Sekiranya speaker dan video yang lebih menarik dapat diwujudkan, pembentangan ini akan menjadi sangat menarik dan berkesan secara menyeluruh.
Wallahualam.

Unknown on 26 July 2012 at 03:16 said... [Reply to comment]

Dalam sesi pembentangan ke lima ini, pembentang membentangkan topik pengetahuan asas dalam seni visual. Pendidikan seni visual di sekolah rendah menjurus kepada seni tampak dan tidak kepada seni muzik, seni teater, seni sastera, seni mempertahankan diri dan seni fotografi.
Berdasarkan pengetahuan sedia ada saya, pendidikan seni visual di sekolah rendah menjurus kepada bidang melukis dan membuat gambar, membuat rekaan corak, membentuk dan membuat binaan dan kraf tradisional. Tambahan pula, karya juga adalah sesuatu yang dicipta dengan bakat atau kecekapan di mana karya yang diperkatakan ini ialah sajak, lukisan, muzik dan lain-lain lagi. Malahan, saya juga telah mengetahui serba sedikit mengenai warna asas, warna sekunder dan juga warna primer memandangkan topik tersebut telah dibentangkan oleh pembentang sebelumnya. Warna asas terdiri daripada warna biru, merah, dan juga kuning. Manakala, warna sekunder pula terhasil daripada campuran warna-warna asas tersebut.
Namun, apa yang menjadi persoalan saya ialah, apakah yang dimaksudkan dengan rupa, corak, muka taip dan sebagainya? Selain itu, saya juga teringin untuk mengetahui mengenai bahawa adakah apabila proses melakar arca ais, ais tersebut tidak akan pecah dan cair, memandangkan proses itu sendiri memakan masa yang agak lama untuk menyiapkannya. Apakah bahan yang digunakan? Tambahan pula, sebelum sesi pembentangan ini bermula, saya juga berminat untuk mengetahui mengenai bagaimana teknik wayang kulit moden selain bagaimana hendak menghasilkan lukisan melalui percikan? Adakah setiap lukisan yang dihasilkan melalui teknik percikan ini mempunyai nilai estetika yang tersendiri berbanding dengan kaedah-kaedah yang lain?
Namun, sesi pembentangan kali ini banyak memberikan input yang berguna kepada saya selain mampu menjawab persoalan serta perkara yang ingin saya ketahui daripada topik ini. Salah satu daripadanya ialah seni ialah sesuatu yang abstrak di mana pensyarah telah menunjukkan contoh yang sesuai bagi menerangkan mengenai maksud tersebut. Selain itu, saya juga kini dapat membezakan mengenai pengkaryaan dan perekaan. Sebelum ini, saya hanya menganggap kedua-dua perkara ini adalah merupakan satu perkara yang sama. Namun, kini saya juga mengetahui bahawa batik kini tergolong dalam kedua-dua perkara ini kerana terdapat batik yang dilukis, sementara terdapat juga batik yang dihasilkan secara digital. Pengetahuan sedia ada saya juga bertambah dengan adanya pengetahuan baru mengenai cetakan lino, iaitu cetakan kayu selain pengetahuan mengenai teknik percikan, di mana berbagai-bagai kaedah yang boleh digunakan seperti tangan, berus dan juga tiupan. Tambahan pula, persoalan saya mengenai arca ais tersebut juga terjawab di mana menurut salah seorang daripada kami, arca yang digunakan tidak akan cair walaupun tiga hari diletak di tengah panas. Pengetahuan baru ini sangat menarik dan berguna kepada saya selaku bakal guru seni kelak.
Bagi komen untuk pembentang, penerangan yang disampaikan oleh pembentang baik di mana input yang diberikan bermakna dan mudah untuk difahami. Slaid juga menarik dengan penggunaan warna yang pelbagai selain mengandungi pelbagai visual dan juga animasi. Namun, terdapat juga sesetengah slaid yang sukar untuk dilihat kerana penggunaan warna yang kurang berkesan. Penggunaan video juga sangat menarik dan mampu memberikan input yang berguna kepada kami. Tambahan pula, aktiviti yang dijalankan juga menarik kerana mampu menggalakkan penglibatan aktif pelajar. Namun, terdapat sedikit teguran bagi aktiviti origami di mana, pembentang seharusnya menetapkan satu bentuk yang khusus untuk dihasilkan oleh pelajar supaya aktiviti tersebut lebih berpandu. Namun, secara keseluruhannya, saya merasakan bahawa sesi pembentangan kali ini sangat menarik dan mampu menambahkan pengetahuan sedia ada saya dan kawan-kawan yang lain.

Unknown on 26 July 2012 at 06:26 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum,
Di dalam subjek seni, terdapat tiga bidang utama yang difokuskan iaitu seni visual, muzik dan pergerakan. Bagi tajuk kelima ini, seni visual merupakan sesuatu yang tidak asing lagi bagi saya kerana saya telah mempelajarinya semasa di bangku persekolahan. Apa yang saya ketahui ialah seni visual merupakan karya yang dihasilkan oleh seseorang dan dapat dilihat dan dihayati. Contohnya, melukis gambar, membuat corak atau rekaan dan menghasilkan kraf tradisional.
Semasa mempelajari tajuk ini, terdapat satu video mengenai arca yang menarik perhatian saya iaitu video arca ais. Semasa video ini ditayangkan, penjelasan mengenai pembentang mengenai ukiran ais menimbulkan persoalan di dalam fikiran saya. Berdasarkan penjelasan beliau, arca ais mampu bertahan di bawah terik matahari tanpa cair. Namun, sehingga bila ia dapat bertahan, saya masih tertanya-tanya.
Apa yang dapat saya pelajari mengenai tajuk ini ialah arca ais mampu bertahan selama dua hari di bawah terik matahari. Ianya merupakan satu pertambahan ilmu baharu dan sangat berguna untuk saya. Tambahan lagi, saya juga mempelajari terdapat cetakan lino (diperbuat daripada kayu) di dalam seni visual. Cetakan ini menggunakan bahan utama linoluem yang telah diukir imej.
Ulasan untuk pembentang, aktiviti yang dirancang sangat menarik dan menyeronokkan. Aktiviti tersebut dapat mengasah bakat saya dalam seni lukisan.

NisaMokhtar on 26 July 2012 at 08:13 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum w.b.t

Sesi kuliah 5 ini, saya bersama rakan saya iaitu Siti Noor Farhanis binti Idris telah menyampaikan pembentangan berkenaan Pengenalan kepada Seni Visual. Setinggi-tinggi rasa syukur kerana kami dapat menjayakan pembentangan tersebut walaupun terdapat banyak kelemahan yang daripada pihak kami sendiri. Namun, saya berasa amat bertuah kerana dapat mendalami ilmu seni visual ini dengan lebih mendalam memandangkan saya dan rakan perlu membuat persediaan sebelum penyampaian pembentangan ini.

Sebelum mendalami topik ini, saya akui bahawa saya ada sedikit ilmu berkaitan seni visual memandangkan saya turut mengambil subjek ini semasa belajar di sekolah dahulu, namun perjalanan masa yang panjang membataskan saya untuk mengingat kembali sedikit-sebanyak ilmu-ilmu yang berkaitan. Saya faham bahawa seni visual adalah suatu unsur atau hasil ciptaan yang bersifat tampak iaitu boleh dilihat. Namun, sejauh mana saya mengenal apakah itu seni visual hanyalah berada di peringkat dasar kerana sebelum ini saya sendiri tidak dapat mengelaskan apakah contoh-contoh karya seni visual selain daripada lukisan. Sesungguhnya, seni visual ini mencakupi suatu bidang yang sangat luas dan menarik.

Sepanjang penghasilan bahan pembentangan, banyak perkara baharu yang saya pelajari. Sungguh saya berasa amat takjub dengan kurniaan Allah SWT yang meminjamkan sedikit kelebihan kepada hambanya dalam bidang kesenian ini. Di samping itu, saya dapat mengetahui bahawa seni visual ini mempunyai dua bidang yang berbeza iaitu pengkaryaan dan perekaan. Saya juga berpeluang mendalami bidang kurikulum seni visual sekolah rendah yang mana perkara ini sangat penting dalam menyediakan diri saya sebagai seorang bakal guru kelak. Sesungguhnya, dengan ilmu inilah dapat menjadi titik permulaan bagi saya untuk terus meminati bidang ini serta memahaminya dengan lebih lagi.

Sepohon kemaafan saya minta seandainya perkongsian ilmu yang telah saya sampaikan tidak dapat memuaskan hati mana-mana pihak. Sesungguhnya yang baik itu daripada Allah SWT dan segala kekurangan itu bermula daripada diri saya sendiri.

Sekian, Terima Kasih.

Wassalam

Unknown on 26 July 2012 at 17:21 said... [Reply to comment]

Assalammualaikum…
Apa yang saya tahu berkenaan tajuk Pengetahuan asas seni visual ini ialah, seni visual berkait rapat dengan warna, corak, ruang dan kreatif. Walaupun saya pernah mengambil subjek seni semasa waktu persekolahan dahulu, tidak banyak yang saya tahu berkenaan subjek ini. Ini kerana sebagai pelajar sekolah seni bukanlah sesuatu yang penting, tetapi kini, sebagai bakal seorang guru, seni merupakan aspek yang penting kepada seorang guru untuk menghasilkan sesuatu P&P yang berkesan.
Apa yang saya ingi tahu berkenaan tajuk Pengetahuan asas dalam seni visual ini adalah, saya ingin mengetahui dengan lebih mendalam lagi berkenaan seni visual. Saya juga tertarik untuk mengetahui apa kepentingan seni visual dalam pendidikan sekolah rendah dan bagaimana seni visual ini dilaksanakan dengan berkesan dalam P&P disekolah.
Selepas rakan saya menyudahkan perbentangan tajuk pengetahuan asas dalam seni visual ini banyak input baru yang saya peroleh. Antaranya, saya dapat mengetahui dengan lebih jelas lagi berkenaan konsep asas seni visual. Yang paling penting saya dapat mengetahui bidang-bidang utama dalam pendidikan seni di sekolah dan perbezaan dari setiap satunya iaitu teknik menggambar, membuat rekaan dan corak, membuat dan membentuk binaan serta kraf tradisional.

Unknown on 5 August 2012 at 02:54 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum W.B.H
Pembentangan ke lima adalah berkaitan dengan pengetahuan asas dalam seni visual. Apa yang saya tahu mengenai seni visual ialah penghasilan sesuatu lukisan yang cantik oleh seseorang individu yang berbakat dalam bidang lukisan. Realitinya, masih banyak maklumat penting yang saya tidak tahu mengenai seni visual yang tidak hanya terhad kepada seni lukisan sahaja. Sebelum tajuk ini dibentangkan, saya tidak tahu wujudnya istilah-istilah lain selain seni visual iaitu seni rupa, seni halus, seni lukis dan seni reka. Selain itu dalam bidang seni visual juga terdapat dua pengelasan iaitu seni pengkaryaan dan seni perekaan. Pengelasan tersebut adalah berdasarkan hasil karya yang dilakukan. Maklumat tersebut banyak membantu saya memahami dengan lebih jelas dan menambahkan ilmu pengetahuan terutama dalam subjek seni visual di sekolah rendah.
Dalam pembentangan yang dilakukan oleh Siti Noor Farhanis dan Anisah, mereka menghuraikan tentang bidang utama dalam kokurikulum pendidikan seni di sekolah rendah iaitu menggambar, membuat rekaan dan corak, membentuk dan membuat binaan dan kraf tradisional. Keempat-empat bidang ini perlu diajar oleh guru pendidikan seni di sekolah. Apa yang saya ingin tahu dengan lebih lanjut adalah bagaimana keempat-empat bidang dalam pendidikan seni ini dapat berfungsi sebagai salah satu cara untuk merangsang minda murid berfikir secara kritis dan kreatif. Selain itu, bagaimana cara guru menarik minat murid untuk menyertai aktiviti-aktiviti seni visual di sekolah?
Pembentangan tentang pengetahuan asas dalam seni visual ini sangat berguna kerana saya dapat mempelajari banyak perkara baru dan pengetahuan tentang seni visual juga turut bertambah. Saya telah mendapat input yang sangat berguna apabila pembentang menghuraikan tentang matlamat pendidikan seni di sekolah rendah. Sebagai seorang bakal guru, maklumat seperti ni sangat bermakna kerana saya dapat melihat dengan lebih jelas objektif yang perlu dicapai oleh seorang guru ketika mengajar subjek pendidikan seni di sekolah rendah. Selain itu, saya juga telah dapat menambah pengetahuan tentang asas-asas yang terdapat dalam karya seni reka seperti jalinan, garisan, warna, bentuk dan dan rupa yang akan memberi makna tersirat kepada sesuatu karya yang dihasilkan. Secara keseluruhannya, pembentangan ini sangat menarik, berkesan dan banyak memberi input baru kepada saya. Aktiviti yang dijalankan juga menarik. Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pembentang.

Unknown on 5 August 2012 at 07:37 said... [Reply to comment]

Refleksi 5
Natrah Binti Fadzil (2011141340065)
Topik pembelajaran yang kelima bagi matapelajaran Seni Dalam Pendidikan yang dibentangkan oleh kumpulan yang kelima ini bertajuk Pengetahuan Asas Dalam Seni Visual. Sepertimana yang kita sudah sedia maklum, jika mendengar dari tajuknya sahaja kita dapat meramal bahawa tajuk pembentangan pada kali ini merupakan salah satu tajuk yang menarik dan mempunyai ruang lingkup yang luas dan patut diterokai oleh kita jika kita ingin mendapat ilmu dan pengetahuan yang terselindung di sebalik tajuk ini. Seperti minggu-minggu yang lain,saya tidak sabar untuk mengikuti pembentangan pada kali ini dan saya harapkan pembentang dapat berkongsi ilmu serta input yang sangat berguna kepada saya dan juga rakan-rakan guru pelatih yang lain.
Sebelum mendengar sesi pembentangan yang dijalankan oleh kumpulan lima ini, saya sudah mengetahui sedikit sebanyak mengenai tajuk pengetahuan asas dalam seni visual ini. Pengalaman dan ilmu saya peroleh hasil daripada pembacaan dan juga pengalaman sendiri selama berada di muka bumi ini. Apa yang saya ketahui mengenai tajuk ini ialah seni merupakan sesuatu perkara yang halus iaitu kecil, elok, tipis serta enak didengar iaiatu mengenai suara dan sebagainya lagi. Manakala apa yang saya ketahui mengenai visual pula ialah bermaksud tampak iaitu yang boleh melihat melalui deria penglihatan dan say juga pernah terjumpa dalam beberapa istilah di dala jurnal pendidikan seni yang mengataka bahawa visual merupakan suatu istilah seni rupa, seni halus, seni lukis serta seni reka.
Apa yang saya harapkan melalui pembentangan kali yang kelima ini ialah, saya ingin mengetahui bagaimana seorang guru di sekolah rendah dapat mengaplikasikan elemen asas seni visual ini di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.Selepas mendengar pembentangan oleh kumpulan ini, jelaslah bahawa guru boleh menerapkan elemen seni visual ini dengan mendedahkan murid supaya mereka mempunyai rasa syukur kepada tuhan serta menghargai keindahan alam yang ada di muka bumi ini. Selai itu juga, guru boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti membuat rekaan, borak, bentuk serta binaan yang mana kesemua elemen yang disebutkan tergolong dalam asas seni visual.
Melalui pembentangan kelima ini, ilmu baru yang dapat saya pelajari ialah, seni visual ialah segala jenis seni yang keindahannya dapat dihayati oleh penglihatan. Selain itu juga seni merupakan sesuatu yang abstrak. Sebagai contoh, lukisan, seni cetak dan arca merupakan antara elemen seni yang sangat unik dan menarik. Selain itu juga, jalinan, warna, rupa, bentuk serta ruang merupakan asas yang perlu diketahui bagi pendidikan seni visual ini. Elemen-elemen di atas sangat penting bagi menghasilkan karya seni yang hebat serta mampu menarik perhatian orang ramai serta mempunyai nilai komersial yang tinggi di pasaran.
Komen saya bagi pembentangan yang dilakukan oleh kumpulan kelima ini ialah, kumpulan ini mampu menyampaikan input yang sepatutnya disampaikan mengenai tajuk asas dalam seni visual ini. Pembentangan kali ini juga kelihatan hidup serta aktif dengan aktiviti yang pelbagai dan juga input baru yang rakan-rakan tidak mengetahuinya lagi.

Unknown on 3 October 2012 at 07:30 said... [Reply to comment]

PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL (Merupakan unsur yang terpenting dalam kerja melukis dan menggambar. Melalui garisan, kita boleh menulis, melakar, membuat jalinan gambar, membuat rupa dan membentuk. Garisan boleh dihasilkan melalui pelbagai teknik seperti:
• Teknik koyakan
• tampalan
• Teknik kolaj
• Teknik gosokan
• Teknik cetakan
• Teknik capan
Warna Warna terdiri daripada warna asas , warna sekunder dan warna tertier. Warna asas terdiri daripada biru, merah dan kuning .Warna ini tidak boleh dihasilkan melalui campuran warna lain tetapi boleh menghasilkan warna sekunder apabila ia dicampurkan antara satu sama lain.Apabila warna kuning dicampur biru, ia membentuk warna sekunder hijau.Merah dicampur dengan biru membentuk warna sekunder ungu dan apabilakuning dicampur dengan warna merah ia membentuk sekunder oren ataujingga. Satu warna asas dan satu warna sekunder yang bersebelahan di dalamroda warna, apabila dicampurkan akan membentuk warna tertier. Secara mudahnya, warna asas adalah ibu segala warna. Kefahaman mengenai warna akan membantu pelajar dalam kerja-kerja mewarna yang melibatkan subjek yang dihasilkan.
Objektif Seni Dalam Pendidikan di Sekolah Rendah ialah untuk melahirkan murid yang menghargai keindahan ciptaan Tuhan. Di samping dapat memupuk budaya pengamatan, persepsi dan ekspresi dalam proses penghasilan.Meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi serta kemahiran dalam bidang seni visual, seni muzik dan seni pergerakan yang diamalkan pengajaran dan pembelajaran. Murid juga dapat menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk mengekspresikan hasilan kerja. Bukan itu sahaja, murid juga mendapat nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan lain-lain.

Twitter

 

SESI SEMESTER 1/2016 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template