Powered by Blogger.

Monday 8 July 2013

PEMBENTANGAN ISL MINGGU 1- KUMPULAN 1

ISL MINGGU 1 - KUMPULAN 1 TESL

24 comments:

Unknown on 8 July 2013 at 04:09 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum, berdasarkan pembentangan sebentar tadi, tajuk yang paling menarik perhatian saya ialah kesan seni terhadap proses pembelajaran seseorang pelajar. Hal ini kerana, sebagai bakal seorang guru, saya sentiasa mencari pelbagai alternatif bagi memastikan penyampaian pelajaran dapat diterima oleh pelajar secara optima dan berkesan. Melalui seni, proses P&P akan menjadi menarik seterusnya meningkatkan peratusan pelajar untuk memahami dan mengingati pelajaran tersebut. Contohnya, semasa pengajaran subjek B. Inggeris, penggunaan muzik dan lagu beserta pergerakan badan akan meningkatkan keupayaan pelajar untuk mengingati pelajaran yang disampaikan. Selain daripada itu, melalui seni juga, guru dapat mengenal pasti sikap dan peribadi pelajar-pelajarnya. Apabila guru memahami pelajarnya, hubungan antara guru dan murid akan bertambah erat seterusnya menggalakkan pelajar untuk sentiasa menumpukan perhatian terhadap guru tersebut. Melalui pembentangan ini, saya berharap agar ilmu yang telah saya pelajari akan membantu saya dalam meningkatkan pemahaman pelajar terhadap pelajaran yang akan disampaikan apabila saya menjadi guru kelak.

Unknown on 8 July 2013 at 16:51 said... [Reply to comment]

Bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah dan kurnia-Nya, kita sama-sama dapat menjalankan kuliah yang seterusnya dengan mengadakan sesi pembentangan ISL daripada kumpulan 1 dan 2.

Melalui pengalaman yang lepas, saya tidak pernah menghadapi masalah untuk menjadi kumpulan pertama yang membentang. Namun begitu, ia agak berbeza kali ini, kerana saya merasakan saya tidak dapat memberikan yang terbaik pada ahli kumpulan saya. Di sini saya faham bahawa tahap keyakinan diri itu perlu sentiasa dibina dan ditajamkan agar kita sentiasa kelihatan lebih berkeyakinan di khalayak ramai. Keyakinan diri merupakan suatu elemen penting yang perlu setiap guru pelatih ada. Oleh itu, saya berharap agar melalui pembentangan yang akan di adakan pada setiap minggu ini, saya dapat membina keyakinan diri agar apabila saya berdiri di hadapan murid-murid saya kelak mereka akan lebih menghormati saya.

Pada minggu ini, ahli kumpulan saya mengalami masalah bagi menghasilakn tiga aktiviti irama yang memerlukan elemen objek dan muzik. Oleh itu, saya amat teruja untuk mengetahui apakah yang kumpulan lain akan bentangkan kerana seperti yang semua sedia maklum manusia itu berbeza dan setiap pandangan dan persepsi mereka adalah berbeza. Apabila kelas hampir tamat, saya sedar bahawa dalam seni tiada perkara yang melibatkan betul atau salah.

Melalui kuliah kali ini juga saya belajar bahawa keseimbangan otak kanan dan otak kiri sangat penting. Oleh itu, sebagai bakal guru saya haruslah sentiasa menerapkan nilai-nilai seni di dalam diri murid saya agar mereka dapat mengimbangi otak kanan dan kiri mereka. Selain daripada itu, saya percaya bahawa insan seni itu lebih fokus dan disiplin. Ini kerana, melalui seni lukis seseorang individu belajar untuk menjadi lebih teliti dan fokus bagi menghasilkan sebuah karya yang menarik, manakala melalui pergerakan dan muzik seseorang belajar mendisiplinkan diri dari segi membawa keharmonian kepada pergerakan yang dilakukan. Justeru itu, saya berharap sebagai bakal guru saya dapat menerapkan nilai seni dalam diri pelajar saya nanti.

Unknown on 8 July 2013 at 16:54 said... [Reply to comment]

Unknown on 8 July 2013 at 17:22 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum.

Pada hemat saya, sukar untuk mentakrifkan seni secara tepat. Ini kerana seni adalah sesuatu yang bersifat abstrak, ia dapat dipandang, didengar, disentuh oleh jiwa tetapi tidak boleh diluahkan dengan kata-kata. Malah, takrifan setiap individu tentang seni juga merupakan suatu seni.

Sebelum pembentangan ini dijalankan, mengenai perkaitan teori dengan SDP, saya perlukan penjelasan mengenai teori pelaziman dimana, murid dilatih dan di ‘drill’ bagi menjadikan tingkahlaku mereka suatu yang lazim dan kekal. Tidakkah ia bertentangan dengan konsep seni itu sendiri yang memberikan kebebasan dan peluang kepada pelajar dalam menzahirkan kreativiti mereka serta mengekspreskan perasaan mereka dalam melakukan sebarang aktiviti seni. Ini kerana murid akan lebih seronok dan bergiat aktif sekiranyanya mereka diberikan kuasa autonomi dalam meneroka seni itu sendiri.

Setelah pembentangan dibuat, saya lebih memahami akan perkaitan teori dengan SDP. Realitinya, dalam menjadikan sesuatu pengajaran dan pembelajaran itu efektif, seorang guru tidak hanya bergantung kepada satu teori sahaja. Kadangkala, guru perlu tegas dan bersifat autokratik dalam menangani murid-murid di dalam kelas. Sebagai contoh, sekiranya guru menggunakan teori humanistik sahaja, dimana tidak mengaplikasikan hukuman dan dendaan, ini akan mendatangkan permasalahan dalam mengawal murid kelak.

Konklusinya, guru hendaklah bijak dalam memilih teori pembelajaran yang sesuai untuk diaplikasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dalam memberikan pengajaran yang bermakna.

Sekian, terima kasih.

Unknown on 9 July 2013 at 04:02 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum...

Pembentangan yang dilakukan oleh kumpulan 1 telah berjaya membuka mata saya dalam memahami apa perkaitan antara SDP dengan teori- teori pembelajaran yang dipelajari sebelum ini. Jika sebelum ini saya selalu tertanya- tanya apakah kepentingan mempelajari subjek Seni dalam Pendidikan ini. Apakah yang boleh disumbangkan oleh unsur seni ini? Malah sebelum ini juga, saya hanya mengetahui bahawa teori- teori pembelajaran amat penting untuk diaplikasikan dalam pengajaran tetapi saya kurang pasti bagaimana cara untuk mengaplikasikannya. Justeru, saya telah menemui jawapan melalui pembentangan yang dilakukan oleh para pembentang. Saya dapati unsur seni seperti seni visual, muzik dan pergerakan ini sememangnya dapat membantu guru untuk mengaplikasikan teori- teori yang dianjurkan misalnya teori Sosial Konstruktivisme oleh Vygotsky yang menekankan interaksi sosial antara murid- murid dalam membina pengetahuan baru daripada pengetahuan sedia ada murid. Guru boleh menerapkan unsur seni muzik dalam aktiviti main peranan untuk disertakan dalam proses P&P. Selain menjadikan aktiviti itu lebih menarik, sebenarnya ia turut mampu menambah kesan emosi dalam diri mereka, contohnya dengan memasukkan muzik latar yang sedih apabila babak sedih dilakonkan oleh murid- murid. Dengan cara ini, murid- murid akan lebih menghayati perkara yang dipelajarinya seterusnya menjadikan pembelajaran itu lebih bermakna.

Unknown on 9 July 2013 at 04:03 said... [Reply to comment]

Unknown on 9 July 2013 at 08:12 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum, saya Nurul 'Ain Ahmad Naspu dari PISMP TESL 1 JAN 2012.
Perbentangan ISL ini dibuat dengan mengaitkan teori pembelajaran dengan Seni dalam Pendidikan. Sebagaimana yang telah dipelajari dalam subjek sebelum ini mengenai teori-teori pembelajaran, saya telah mengetahui tentang ciri-ciri teori tersebut namun saya kurang jelas tentang bagaimana untuk mengaplikasikan teori tersebut dalam sesuatu subjek yang tertentu. Dalam hal ini, melalui seni visual, muzik dan pergerakan.
Apa yang ingin saya ketahui daripada perbentangan ISL ini ialah bagaimana teori pemprosesan maklumat dapat digunapakai dalam pembelajaran yang melibatkan seni tersebut. Selain itu, saya juga ingin mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana Seni dalam Pendidikan ini dapat membantu perkembangan insan secara menyeluruh sebagaimana yang pembentang nyatakan di dalam slaid mereka melalui sub-topik “Faedah SDP”.
Apa yang dapat saya pelajari melalui pembentangan yang disampaikan oleh rakan-rakan saya ialah kita seharusnya berani untuk mencuba sesuatu yang baru meskipun kita berasa malu. Ini jelas dapat dilihat apabila rakan-rakan saya membuat persembahan aktiviti mereka, mereka berasa malu namun mereka tetap meneruskan aktiviti mereka dengan berani.

♥scha-L♥ on 10 July 2013 at 21:49 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum wbt.
Menurut teori peloporan Howard Garner, fungsi otak adalah pelbagai justeru ia memerlukan penyuburan bagi menjamin pembentukan diri insan kamil. Selain itu, terdapat beberapa teori lain yang turut diketengah oleh para pembentang kumpulan 1 pada sesi kuliah yang lepas yang menyedarkan saya bahawa terlalu banyak perkara yang saya fikirkan saya tahu, sebenarnya hanya disentuh pada permukaannya sahaja. Oleh itu, saya tekad untuk melakukan lebih banyak pembacaan bagi meluaskan penguasaan ilmu dalam kursus ini.

Tambahan lagi, penyampaian yang berkesan melalui penggunaan ayat – ayat bombastik sedikit sebanyak meninggalkan kesan terhadap diri saya dan saya pasti rakan – rakan lain juga merasakan yang sama bahawa bukan sahaja kemantapan isi yang perlu dalam sesebuah pembentangan, sebaliknya penyampai itu sendiri perlu yakin dan memiliki ilmu yang cukup bagi menjawab persoalan bersifat ‘tricky’ oleh pensyarah dan rakan yang lain. Justeru, pembentangan pertama memberi impresi bahawa kami perlu melakukan yang lebih baik akan datang dan tidak hanya berpuas hati pada yang biasa. Sekian.

Unknown on 10 July 2013 at 21:52 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum wbt.
Menurut teori peloporan Howard Garner, fungsi otak adalah pelbagai justeru ia memerlukan penyuburan bagi menjamin pembentukan diri insan kamil. Selain itu, terdapat beberapa teori lain yang turut diketengah oleh para pembentang kumpulan 1 pada sesi kuliah yang lepas yang menyedarkan saya bahawa terlalu banyak perkara yang saya fikirkan saya tahu, sebenarnya hanya disentuh pada permukaannya sahaja. Oleh itu, saya tekad untuk melakukan lebih banyak pembacaan bagi meluaskan penguasaan ilmu dalam kursus ini. Tambahan lagi, penyampaian yang berkesan melalui penggunaan ayat – ayat bombastik sedikit sebanyak meninggalkan kesan terhadap diri saya dan saya pasti rakan – rakan lain juga merasakan yang sama bahawa bukan sahaja kemantapan isi yang perlu dalam sesebuah pembentangan, sebaliknya penyampai itu sendiri perlu yakin dan memiliki ilmu yang cukup bagi menjawab persoalan bersifat ‘tricky’ oleh pensyarah dan rakan yang lain. Justeru, pembentangan pertama memberi impresi bahawa kami perlu melakukan yang lebih baik akan datang dan tidak hanya berpuas hati pada yang biasa. Sekian.

Unknown on 11 July 2013 at 02:34 said... [Reply to comment]

Asslamanualaikum. Dalam perbentangan kumpulan yang pertama, mereka memulakan perbentangan dengan melakukan aktiviti pergerakan. Lagu yang mereka pilih untuk pergerakan adalah lagu yang biasa tetapi olahan dan gubahan pergerakan dan irama yang mereka cipta amat menarik. Tidak semua orang berkebolehan untuk mencipta pergerakan yang sebegitu. Apa yang saya pelajari ialah, untuk menjadi guru yang terbaik dan dapat menarik minat pelajar untuk belajar, kita perlulah kreatif dalam menggunakan bahan yang telah kita pilih. Kadangkala, bahan yang kita pilih itu tidak perlu terlalu gah untuk memjadikannya menarik. Bahan yang mudah dan ringkas juga boleh menjadi menarik jika seseorang itu bijak untuk mengolah dan menggunakannya.

Unknown on 11 July 2013 at 03:00 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum.

Perkara utama yang saya pelajari daripada kuliah ini ialah kepentingan ekspresi diri. Setiap manusia mempunyai cara yang tersendiri untuk meluahkan ekspresi diri. Pelbagai cara pengekspresikan diri boleh dilakukan mengikut kebolehan dan potensi yang ada diri sendiri. Kadang – kadang, terdapat komen – komen kecil bahawa mereka tidak berbakat secara semula jadi untuk melakukan perkara – perkara yang berkaitan dengan penggunaan seni visual, seni muzik dan pergerakan. Padahal, kajian malahan teori telah dijalankan, iaitu teori Kecerdasan Pelbagai, telah membuktikan manusia mempunyai pelbagai penguasaan kemahiran dan kebolehan.

Oleh itu, ekspresi diri merupakan perkara yang subjektif dan pembentang berjaya meluahkan ekspresi yang bersesuaian dengan tugasan yang diberikan. Berdasarkan pengamatan saya, ketiga – tiga pembentang mempunyai kerjasama dan kesatuan yang sangat mantap dalam melakukan aktiviti berirama. Mereka mengajarkan sikap kreativiti dan eksplorasi untuk meluahkan ekspresi yang bersesuaian. Oleh itu, persembahan mereka memberi pemikiran baharu kepada saya bahawa setiap perkara yang dilakukan dalam hidup kita adalah berseni.

Sekian, terima kasih.

Unknown on 11 July 2013 at 03:06 said... [Reply to comment]

Unknown on 11 July 2013 at 03:37 said... [Reply to comment]

Oleh Nurul Izzati Shuib
Assalamualaikum wbt. Berdasarkan pembentangan pertama yang telah dibentangkan oleh kumpulan 1, ianya telah berjaya menarik perhatian saya disebabkan isi kandungan pembentangan yang jelas dan persembahan yang unik dan menarik. Sebelum para pembentang membentangkan hasil carian dan kefahaman mereka, saya pada mulanya kurang memahami kehendak soalan yang mana inginkan kumpulan yang berkenaan untuk menunjukkan beberapa contoh aktiviti yang menggabungkan seni pergerakan dan sebagainya. Namun yang demikian, setelah dipertontonkan, dapatlah saya fahami bagaimana sesuatu aktiviti itu dapat dilaksanakan dengan hanya menggabungkan beberapa jenis pergerakan dan juga muzik bagi menghasilkan satu aktiviti yang dapat menarik minat para pelajar dengan menggunakan pelbagai jenis alatan. Selain daripada itu, menerusi pembentangan ini juga, segala persoalan mengenai teori pembelajaran, faedah penggunaan seni dalam pendidikan serta kepentingannya telah terungkai dengan huraian jawapan yang cukup mendalam dan memberi input. Para pembentang dilihat begitu yakin dengan jawapan yang telah mereka sediakan dan kelihatan bersahaja sewaktu melaksanakan pembentangan. Hal ini secara tidak langsung dapat menyakinkan para ‘audience’ untuk mengikuti kuliah yang mereka sediakan. Tambahan lagi, menerusi pembentangan yang pertama ini, saya turut mempelajari banyak perkara terutamanya mempunyai keyakinan yang tinggi serta tahu bagaimana hendak melaksanakan sesuatu pembentangan dengan baik dan tersusun. Pada hemat saya, pembentangan pertama ini berjaya menarik perhatian saya sebagai pendengar sekaligus dapat memberi pelbagai jenis input untuk diaplikasikan apabila berada di sekolah kelak. Sekian, terima kasih.

Unknown on 11 July 2013 at 05:46 said... [Reply to comment]

REFLEKSI UNTUK KUMPULAN 1 SENI DALAM PENDIDIKAN
Oleh NUR IFFAH NABILA BINTI IBRAHIM PISMP TESL 1 JAN 2012 SEM 4

Assalamualaikum w.b.t.. Apa yang telah saya ketahui, seni itu wujud dalam kehidupan seharian. Kelebihan mempeajari seni itu tersangatlah banyak dan hal ini memberi manfaat kepada kita. Melalui pembacaan saya, seni itu hanya diajarkan kepada golongan bangsawan pada satu masa dahulu. Oleh itu, pada era globalisasi ini, saya bersyukur kerana saya telah diajarkan pendidikan seni walaupun selama saya bersekolah, seni itu tidak ditekankan sepertimana subjek akademik yang lain. Saya juga berasa teruja kerana saya telah diberi peluang untuk mempelajari seni dalam subjek SDP. Dalam refleksi ini saya akan membincangkan tentang pendapat saya mengenai pembentangan dan persembahan daripada Kumpulan 1 mengenai topic-topik yang berkaitan dengan seni dalam pendidikan.

Dari segi pembentangan kumpulan ini, mereka dapat menerangkan topic yang dibincangkan dengan baik. Mereka juga berani mengutarakan pendapat masing-masing dan sudi menerima teguran daripada pensayarah dan rakan-rakan. Mereka berjaya mengaitkan pembelajaran seni dengan menceritakan pengalaman masing-masing dengan tahap keyakinan yang tinggi. Daripada ciri-ciri yang bagus daripada para pembentang, saya ingin memperbaiki kelemahan diri sendiri dan meningkatkan keyakinan diri apabila diminta berkomunikasi di khalayak ramai. Saya juga berharap saya dapat membentangkan tajuk yang sama dengan lebih baik.

Dari segi persembahan, kumpulan 1 mempersembahkan sesatu yang kreatif. Mereka telah berjaya menarik minat para pelajar Tesl 1 serta pandai melakukan gerakan berkumpulan yang hampir sama dalam lagu Rama-rama . En. Amran juga telah menegur secara baik mengenai tempo bunyi alat music yang telah digunakan iaitu setiap bunyi haruslah mempunyai harmoni. Pada pendapat saya, seni itu sesuatu yang universal dan merentas kurikulum. Sebagai guru, saya berharap bahawa saya dapat menggunakan semua ilmu saya mengenai seni dan kehidupan seharian supaya saya boleh memperaktikkannya kelak. Apabila banyak ilmu yang saya perolehi, saya berharap dapat menyampaikan ilmu yang berguna ini untuk generasi baru akan datang supaya mereka sedar dan mempunyai tahap apresiasi yang tinggi terhadap kesenian dan kebudayaan di sekitar mereka.

Sekian. Terima kasih.

little traveller of life on 11 July 2013 at 08:08 said... [Reply to comment]

Salam.
Untuk pembentangan kumpulan pertama, saya dapat belajar mengenai teori-teori yang telah saya belajar sebelum ini dan mulai membuat perkaitan mengenai aplikasinya teori – teori ini di dalam pengajaran dan pembelajaran termasuklah seni dalam pendidikan.
Selain itu, saya melihat kumpulan ini mampu untuk tampil dengan idea yang menarik mengenai pergerakan dan aktiviti yang mereka laksanakan jelas menunjukkan bahawa seni ini tidaklah hanya terhad kepada tarian semata-mata. Botol air mineral sekalipun boleh digunakan oleh guru yang kreatif bagi menjalankan pengajaran di dalam bilik darjah.
Yang terakhir sekali, saya amat berharap yang saya akan belajar lebih mendalam mengenai seni dalam pendidikan ini kerana saya mulai percaya bahawa betapa seni ini tidak dititikberatkan dalam diri kanak-kanak sehingga melahirkan generasi A yang terlalu bertumpu kepada pencapaian akademik semata-mata kerana saya telah belajar bahawa saya adalah salah satu produk generasi A ini.
(NOR SYAZLIANA SHARIFUDDIN)

Unknown on 11 July 2013 at 08:09 said... [Reply to comment]

Assalammualaikum. Bagi pembentangan oleh kumpulan 1 ini, terdapat beberapa perkara yang menarik perhatian saya. Antaranya, persembahan yang dilakukan oleh mereka sangat menarik iaitu aktiviti berbentuk irama yang menggabungkan elemen-elemen seperti objek dan pergerakan dalam persembahan mereka. Perkara yang menarik perhatian saya ialah, aktiviti yang dicipta oleh mereka itu sangat kreatif dan saya dapati kesemua guru pelatih sangat teruja dan kagum dengan persembahan mereka. Begitu juga saya. Hasil daripada persembahan mereka, saya dapati bahawa untuk menjadi seorang guru bukanlah mudah. Untuk memikirkan dan melakukan pergerakan tersebut, sebagai guru kita harus meneroka segala macam benda untuk menghasilkan satu persembahan pengajaran yang baik dan saya tidak tahu adakah saya boleh menjadi seorang peneroka yang baik dalam mencari bahan dan ilmu untuk digunakan dalam pengajaran saya. Di samping itu, dengan mengintegrasikan seni dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P), saya dapati proses P&P akan lebih berkesan kerana murid-murid akan lebih memberikan perhatian. Kami guru-guru pelatih cukup teruja apabila dipersembahkan dengan pergerakan berirama yang dipersembahkan oleh kumpulan 1 apatah lagi murid-murid yang melihatnya. Oleh itu, pada pandangan saya, guru-guru sepatutnya lebih terbuka dalam memberikan peluang kepada murid-murid untuk mengetengahkan bakat-bakat mereka melalui aktiviti-aktiviti seni. Jadi murid-murid akan lebih teruja untuk belajar. Seterusnya dengan itu, guru serta murid itu sendiri akan dapat mengesan bakat yang ada pada mereka. Malah seperti yang dibentangkan, mereka akan lebih mengenali diri mereka.

little traveller of life on 11 July 2013 at 08:09 said... [Reply to comment]

Salam.
Untuk pembentangan kumpulan pertama, saya dapat belajar mengenai teori-teori yang telah saya belajar sebelum ini dan mulai membuat perkaitan mengenai aplikasinya teori – teori ini di dalam pengajaran dan pembelajaran termasuklah seni dalam pendidikan.
Selain itu, saya melihat kumpulan ini mampu untuk tampil dengan idea yang menarik mengenai pergerakan dan aktiviti yang mereka laksanakan jelas menunjukkan bahawa seni ini tidaklah hanya terhad kepada tarian semata-mata. Botol air mineral sekalipun boleh digunakan oleh guru yang kreatif bagi menjalankan pengajaran di dalam bilik darjah.
Yang terakhir sekali, saya amat berharap yang saya akan belajar lebih mendalam mengenai seni dalam pendidikan ini kerana saya mulai percaya bahawa betapa seni ini tidak dititikberatkan dalam diri kanak-kanak sehingga melahirkan generasi A yang terlalu bertumpu kepada pencapaian akademik semata-mata kerana saya telah belajar bahawa saya adalah salah satu produk generasi A ini.
(NOR SYAZLIANA SHARIFUDDIN)

little traveller of life on 11 July 2013 at 08:09 said... [Reply to comment]

Salam.
Untuk pembentangan kumpulan pertama, saya dapat belajar mengenai teori-teori yang telah saya belajar sebelum ini dan mulai membuat perkaitan mengenai aplikasinya teori – teori ini di dalam pengajaran dan pembelajaran termasuklah seni dalam pendidikan.
Selain itu, saya melihat kumpulan ini mampu untuk tampil dengan idea yang menarik mengenai pergerakan dan aktiviti yang mereka laksanakan jelas menunjukkan bahawa seni ini tidaklah hanya terhad kepada tarian semata-mata. Botol air mineral sekalipun boleh digunakan oleh guru yang kreatif bagi menjalankan pengajaran di dalam bilik darjah.
Yang terakhir sekali, saya amat berharap yang saya akan belajar lebih mendalam mengenai seni dalam pendidikan ini kerana saya mulai percaya bahawa betapa seni ini tidak dititikberatkan dalam diri kanak-kanak sehingga melahirkan generasi A yang terlalu bertumpu kepada pencapaian akademik semata-mata kerana saya telah belajar bahawa saya adalah salah satu produk generasi A ini.
(NOR SYAZLIANA SHARIFUDDIN)

Ash Izzati on 11 July 2013 at 08:17 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum...
Melalui pembentangan kumpulan satu tadi, saya dapati mereka begitu kreatif dalam menghasilkan aktiviti-aktiviti menggunakan irama dan rentak mereka yang tersendiri. Ternyata aktiviti yang telah dihasilkan dapat menarik minat murid untuk belajar. Melalui irama yang dihasilkan kita boleh menajamkan ikatan murid-murid. Manakala, bagi sesi pembentangan pula, saya tahu mengenai teori pembelajaran cuma saya melihat bahawa pembentang tidak betul-betul mengaitkan teori tersebut ke dalam SDP. Ianya menyukarkan saya untuk mendapat gambaran jelas antara perkaitan tersebut, namun pembentang megambil langkah yang bijak apabila mereka dapat mengaitkan pengalaman mereka tersendiri sebagai contoh untuk memudahkan pemahaman pendengar.

Unknown on 11 July 2013 at 08:23 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum...
Melalui pembentangan yang telah dibentangkan oleh kumpulan 1, saya dapat mengetahui banyak perkara baru terutamanya tentang faedah Seni Dalam Pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Faedah yang pertama ialah Seni Dalam Pendidikan telah menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih seronok. Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok apabila seni visual, seni muzik dan pengerakan digabungkan dalam satu subjek. Dengan penggabungan ketiga-tiga elemen ini, pelajar mendapat peluang untuk melibatkan diri mereka dalam semua elemen iaitu seni visual, seni muzik dan pergerakan. Selain itu, dengan penglibatan mereka dalam aktiviti seni visual, seni muzik dan pergerakan , mereka dapat mengenali dan memahami diri mereka dengan lebih mendalam. Contohnya, mereka dapat mengenal diri mereka lebih meminati kepada seni melebihi muzik dan pergerakan dan sebaliknya. Faedah seterusnya ialah seni dalam pendidikan dapat melahirkan pelajar yang kreatif. Kekreatifan dapat dilihat menerusi aktiviti yang dijalankan oleh guru tersebut. Contohnya, dari segi pergerakan, guru akan dapat melihat pergerakan yang sangat kreatif apabila guru tersebut memberi peluang kepada pelajar untuk menghasilkan pergerakan mereka sendiri. Guru juga akan melihat pergerakan yang tidak pernah dilihat atau dijangkakan. Guru seharusnya memberi galakan dan sokongan kepada pelajar tersebut supaya mereka akan lebih bersemangat untuk menghasilkan sesuatu yang lain dari yang lain. Akhir sekali, sebagai bakal guru, saya perlu memahami pelajar saya terlebih dahulu dan yang paling penting saya perlu mengkaji tentang minat mereka supaya mereka akan menumpukan perhatian kepada apa yang saya akan ajar. Seterusnya, saya hendaklah memastikan aktiviti yang saya jalankan dapat diterima oleh semua pelajar dan mereka akan melibatkan diri mereka sepenuhnya di dalam setiap aktiviti.

Unknown on 11 July 2013 at 08:28 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum. Melalui pembentangan oleh Kumpulan 1, saya mempelajari terdapat pelbagai kepentingan seni dalam pendidikan (SDP) dalam proses pengajaran dan pembelajaran khususnya kepada kanak-kanak. Namun, kepentingan ini juga turut melibatkan guru yang mengajar mata pelajaran itu sendiri. Sebagai seorang bakal guru, saya menyedari bahawa SDP juga turut mempengaruhi kawalan emosi serta kreativiti seseorang. Tidak dinafikan untuk menjadi pendidik yang berjaya, seseorang guru haruslah bersifat fleksibal dan mempunyai personaliti yang seimbang. Secara keseluruhannya, bagi saya kumpulan 1 berjaya membuat pembentangan dan berkongsi maklumat mengenai perkaitan teori-teori pembelajaran dengan SDP dan saya turut berasa sedikit kagum dengan keberanian mereka membuat persembahan aktiviti walaupun berasa agak malu pada mulanya.

Unknown on 11 July 2013 at 09:04 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum.
Perkara utama yang saya pelajari daripada kuliah ini ialah kepentingan ekspresi diri. Setiap manusia mempunyai cara yang tersendiri untuk meluahkan ekspresi diri. Pelbagai cara pengekspresikan diri boleh dilakukan mengikut kebolehan dan potensi yang ada diri sendiri. Kadang – kadang, terdapat komen – komen kecil bahawa mereka tidak berbakat secara semula jadi untuk melakukan perkara – perkara yang berkaitan dengan penggunaan seni visual, seni muzik dan pergerakan. Padahal, kajian malahan teori telah dijalankan, iaitu teori Kecerdasan Pelbagai, telah membuktikan manusia mempunyai pelbagai penguasaan kemahiran dan kebolehan.

Oleh itu, ekspresi diri merupakan perkara yang subjektif dan pembentang berjaya meluahkan ekspresi yang bersesuaian dengan tugasan yang diberikan. Berdasarkan pengamatan saya, ketiga – tiga pembentang mempunyai kerjasama dan kesatuan yang sangat mantap dalam melakukan aktiviti berirama. Mereka mengajarkan sikap kreativiti dan eksplorasi untuk meluahkan ekspresi yang bersesuaian. Oleh itu, persembahan mereka memberi pemikiran baharu kepada saya bahawa setiap perkara yang dilakukan dalam hidup kita adalah berseni.

Sekian, terima kasih.

Twitter

SESI SEMESTER 1/2016 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template