Powered by Blogger.

Monday 8 July 2013

PEMBENTANGAN MINGGU 1 - KUMPULAN 2

Sila pastikan refleksi yang dibuat berdasarkan format KWL. K (What Do I Know), W (What I Want To Know) dan L (What I Learned). Setiap refleksi adalah berdasarkan daripada pembentangan rakan-rakan dan pensyarah serta kesannya terhadap pemahaman dan pengetahuan anda terhadap subjek ini. Panjang setiap refleksi adalah 80 hingga 100 patah perkataan. Sekian terima kasih. PEMBENTANGAN ISL MINGGU 1 - KUMPULAN 2

21 comments:

Unknown on 8 July 2013 at 05:00 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum. Antara perkara yang dapat saya pelajari ialah tentang apakah yang dimaksudkan sebagai pembelajaran yang optimum, bersepadu dan menyeronokkan. Pembelajaran yang optimum, bersepadu dan menyeronokkan melibatkan empat aspek iaitu pemerhatian, penerokaan, penghasilan atau pembuatan dan asperiasi atau penghargaan. Berdasarkan pembentangan ini, saya dapati proses pembelajaran yang berkesan sememangnya melibatkan unsur-unsur seni. Contohnya, melalui seni visual, pemerhatian pelajar dapat ditingkatkan apabila mereka melaksanakan aktiviti melukis. Selain itu, seni juga melibatkan penerokaan apabila pelajar meneroka hasil seni yang merentasi pelbagai budaya seperti seni tarian yang sememangnya dapat dilihat dalam budaya tiga kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Melalui seni juga, pelajar akan belajar untuk menjadi lebih kreatif apabila berusaha menghasilkan irama menggunakan objek di sekeliling mereka. Dari segi aspek asperiasi, pelajar dapat menghargai seni muzik dan seni visual dengan lebih mendalam apabila mereka mempelajari teknik dan cara-cara yang betul untuk melukis dan memainkan alat muzik. Kebanyakan faedah ini, dapat dilihat membantu pelajar dari segi pembelajaran mereka, namun sebagai bakal guru, saya juga dapat mempelajari kesemua aspek iaitu pemerhatian, penerokaan, penghasilan atau pembuatan dan asperiasi apabila saya mempelajari subjek Seni Dalam Pendidikan. Oleh itu, segala pengalaman dan ilmu yang akan saya pelajari di dalam subjek ini akan saya aplikasikan semasa mengajar di sekolah nanti.

Unknown on 8 July 2013 at 17:23 said... [Reply to comment]

Sepanjang pengalaman saya dan apa yang saya ketahui sebelum ini, pendidikan seni hanya berkisarkan tentang cara melukis, mewarna serta membuat karya seni visual yang lain. Kini, setelah mengikuti kursus Seni Dalam Pendidikan, saya lebih memahami konsep seni itu dimana ia melibatkan tiga cabang besar iaitu seni visual, seni muzik dan seni pergerakan.

Apa yang saya ingin ketahui adalah bagaimana seorang yang agak kurang cekap dalam seni visual boleh meningkatkan kemahirannya dan juga bagaimana hasil seni itu dinilai. Saya juga ingin mengetahui tentang aktiviti-aktiviti yang sesuai yang menggabungkan ketiga-tiga aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan dalam mata pelajaran di sekolah dan matapelajaran Bahasa Inggeris terutamanya. Namun, saya belum dapat menjawab persoalan ini kerana ia tidak ditekankan oleh pembentang.

Setelah pembentangan dibuat, saya mendapat gambaran sedikit sebanyak tentang aktiviti yang boleh diaplikasikan di dalam kelas setelah dibentangkan oleh rakan kelas terutamanya seni pergerakan dan muzik yang menggunakan instuments yang boleh dikitar semula sepeti botol dan paku tekan. Kesimpulannya, guru perlu kreatif dan inovatif dalam merancang aktiviti yang menarik minat murid untuk setia hingga ke akhir sesi P&P.

Sekian, terima kasih.

Unknown on 8 July 2013 at 21:36 said... [Reply to comment]

Pada pendapat saya, mengintegrasikan seni di dalam proses pembelajaran dan pengajaran adalah suatu perkara yang amat digalakkan. Ini kerana melalui seni pelajar dapat mengembangkan potensi dan bakat yang mereka ada. Selain itu, seni bukanlah semata-mata seni tetapi seni adalah sesuatu yang indah dan subjektif yang harus diterapkan dalam diri pelajar. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Ketika pembentangan kedua saya amat teruja untuk melakukan tiga aktiviti irama yang mereka rancangkan. Mereka menggunakan botol air dan anggota badan sebagai objek. Selain itu, saya juga mendapati bahawa isi kandungan pembetangan mereka ada sedikit berbeza daripada kumpulan saya. Contohnya, bagi unsure-unsur kebudayaan kumpulan saya lebih menekankan unsure kesenian di dalam pendidikan tetapi kumpulan kedua membincangkan unsure kesenian itu dengan lebih meluas.

Melalui pembentangan kumpulan kedua saya belajar untuk menjadi lebih berkeyakinan. Salah seorang pembentang iaitu, Cik Syazliana telah membentang dengan jayanya kerana segala isi pembentangan hanya di hujung jarinya sahaja. Beliau juga kelihatan lebih bersedia ketika hendak membentang. Selain itu, saya juga belajar bahawa pengintegrasian seni dalam proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan teori-teori pembelajaran seperti teori tingkah laku, teori kognitif, teori konstruktivisme dan lain-lain.Justeru itu, sebagai bakal guru subjek WAJ 3107 ini sangat membantu saya dalam menjadi lebih kreatif.

Unknown on 8 July 2013 at 21:37 said... [Reply to comment]

Unknown on 8 July 2013 at 21:43 said... [Reply to comment]

Istilah seni merangkumi banyak pecahan antaranya visual, pergerakan dan irama. Elemen ini perlu diterapkan dalam kurikulum berikutan keberkesanannya dalam menyediakan asas perkembangan murid-murid di sekolah. Persoalannya, sejauh manakah elemen ini diterapkan dan tahap keberkesanannya di sekolah? Keberkesanannya tidak dapat diukur secara empirikal kerana kesannya dapat dilihat melalui perbuatan murid-murid. Dalam KSSR, murid dinilai bukan sahaja melalui peperiksaan malah melibatkan projek dan tugasan panjang. Proses tersebut memerlukan ketekunan, kesabaran, konsistensi, dan pemikiran yang kreatif dan kritis. Isi kandungan projek boleh diajar oleh guru secara pembelajaran langsung, namun tidak bagi nilai ketekunan, kesabaran dan lain-lain Namun, masalah yang timbul marcapada ini adalah sikap ketidaksabaran murid dalam membuat sesuatu pekerjaan akibat teknologi yang mampu memberi khidmat dengan pantas, tepat dan efisien. Oleh itu, nilai ini boleh dipupuk melalui aktiviti-aktiviti seni di dalam kelas. Contohnya, aktiviti melukis. Bagi menyempurnakan satu lukisan, murid perlu melukis garisan, titik secara teliti dan proses tersebut memerlukan konsentrasi dan nilai sabar yang tinggi dalam diri murid. Secara tidak langsung, proses tersebut akan menjadikan murid seorang yang penyabar dan tidak berputus asa.

Unknown on 8 July 2013 at 21:44 said... [Reply to comment]

Unknown on 9 July 2013 at 01:05 said... [Reply to comment]

REFLEKSI UNTUK KUMPULAN 2 SENI DALAM PENDIDIKAN

Oleh NUR IFFAH NABILA BINTI IBRAHIM PISMP TESL 1 JAN 2012 SEM 4

Assalamualaikum w.b.t. Selain mempelajari kelebihan mengaplikasi seni dalam pengajaran dan pengajaran, saya juga telah didedahkan dengan unsur –unsur seni dalam budaya dan juga kelebihan seni daripada segi perkembangan kanak-kanak. Dalam refleksi ini saya akan membincangkan tentang pendapat saya mengenai pembentangan dan persembahan daripada Kumpulan 2.

Dari segi pembentangan kumpulan ini, mereka mempunyai pengetahuan tentang topik yang dibincangkan. Soalan yang saya kemukakan dapat dijawab oleh pembentang dengan betul, tepat, bernas dan dengan keyakinan yang tinggi. Saya belajar tentang konsep apresiasi seni yang bagi saya dirasakan sangat asing dalam hidup saya. Rupa-rupanya, seni telah digunakan dalam kehidupan harian seperti pemilihan warna, kontra dan pengawalan emosi. Daripada soalan-soalan yang telah terjawab oleh Kumpulan 2 dan juga Cikgu Amran, hal ini membantu saya untuk lebih memahami topik yang telah dibincangkan.

Dari segi persembahan, kumpulan 2 telah melakukan persembahan yang unik iatu menggunakan barang terbuang seperti botol. Saya belajar sesuatu yang bermakna iaitu setiap bahan boleh di gunakan sebagai bahan bantu mengajar kelak seperti bahan–bahan yang boleh dikitar semula. Mereka sangat kreatif dan pergerakan mereka sangat mudah untuk di ikuti. Sebagai guru, saya berharap bahawa saya dapat menyampaikan persembahan yang lebih kreatif, dan dirasakan seronok oleh anak murid saya pada masa hadapan. Hal ini dapat membantu pengajaran dan pembelajaran mereka dengan lebih optimum.

Sekian. Terima kasih.

Unknown on 9 July 2013 at 01:06 said... [Reply to comment]

Unknown on 9 July 2013 at 04:04 said... [Reply to comment]

Melalui pembentangan kedua pula, perkara utama yang saya pelajari tentang perkaitan antara teori pembelajaran dan SDP ialah guru- guru perlu bijak menggunakan teori- teori pembelajaran mengikut keperluan situasi dan tidak hanya tetap pada satu teori semata- mata. Misalnya, Teori Humanistik, Pelaziman dan Sosial boleh digabungkan dalam satu sesi pembelajaran malah ditambah dengan penyelitan unsur seni dalam pendidikan, pembelajaran akan menjadi lebih berkesan.
Selain itu, saya sedar bukan mudah untuk mengajar subjek kritikal seperti bahasa Inggeris terutama kepada murid- murid di kawasan pedalaman memandangkan telah wujud persepsi bahawa bahasa Inggeris sukar dan rumit untuk difahami. Tetapi, saya percaya dengan memasukkan unsur seni visual, muzik dan pergerakan, pembelajaran akan menjadi lebih santai, menyeronokkan dan dalam masa yang sama mampu membantu murid- murid menguasai subjek ini. Sebagai contoh, dengan menggunakan lagu beserta aksi yang sesuai, murid- murid dapat mempelajari bahasa Inggeris dengan lebih mudah terutama struktur ayat dalam bahasa ini. Saya sendiri dapati dengan memasukkan rentak dan melodi ke dalam ayat , ia dapat membantu saya menyimpan maklumat dengan lebih lama. Justeru itu, saya berharap melalui subjek Seni dalam Pendidikan ini, daya kreativiti saya sebagai seorang bakal guru dapat dikembangkan lagi seterusnya dapat digunakan ketika mengajar murid- murid saya nanti terutama dalam usaha menarik perhatian murid- murid untuk meminati subjek bahasa Inggeris.

Unknown on 10 July 2013 at 21:57 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum wbt.
Secara jujurnya, pembentangan kumpulan 2 tidak berapa meninggalkan kesan yang mendalam pada saya. Pertamanya, mungkin kerana topik pembentangan yang sama dengan kumpulan 1 maka impaknya kurang. Namun saya amat tertarik dengan ayat pembentang pertama bahawa kita tidak boleh memfokuskan hanya satu teori pembelajaran dalam pengajaran kita dan teori tersebut tidak boleh berdiri tanpa dokongan teori yang lain, namun semua teori perlu diintegrasikan agar keseimbangan dalam pengajaran dapat diwujudkan. Tidak semua pelajar sesuai dengan satu – satu teori dan sebaliknya. Maka, pengintegrasian adalah terbaik selain membantu guru mengenalpasti kecenderungan pelajarnya dalam mana – mana teori. Selain itu, suka untuk saya memberi pandangan terhadap persembahan kumpulan 2 yang dinamakan senaman si Tomi. Jika tidak salah, apa yang saya maklum adalah pembentang perlu menyediakan idea kreatif dalam menggabungkan irama seni dan pergerakan dalam tugasan pembentangan. Sebaliknya mereka mengambil bulat – bulat bukan sahaja irama, tetapi juga tiada pengubahsuaian dalam seni pergerakan. Namun seisi kelas mengambil bahagian dengan girangnya jadi pada saya impaknya pasti sama jika senaman ini dibawa ke sekolah nanti. Selain itu, melihatkan pembentangan daripada kumpulan ini memberi gambaran yang jelas kepada saya dan rakan – rakan betapa pentingnya sumbangan pergerakan dalam suatu sesi P&P yang bermakna kerana pelajar bukan hanya belajar, tetapi juga belajar dalam suasana yang santai dan gembira seterusnya mendorong kepada penghayatan pembelajaran yang maksima. Sekian.

Unknown on 11 July 2013 at 02:37 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum. Bagi perbentangan kumpulan yang kedua, saya berminat untuk mengulas tentang apa yang saya pelajari daripada isi kandungan perbentangan mereka. Melalui perbentangan mereka, saya belajar mengenai kaitan teori dengan matapelajaran SDP. Daripada situ, dapat saya simpulkan bahawa sebagai seorang bakal guru kita perlu menguasai pengetahuan yang mantap mengenai teori pembelajaran. Hal ini kerana, dalam satu sesi pembelajaran kita akan menggunakan gabungan teori-teori tersebut atas sebab kepelbagaian pelajar. Selain itu, saya juga belajar untuk menjadi pembentang yang baik. Mungkin perbentangan itu sudah sebati dengan kita. Tetapi, persoalannya, adakah apa yang kita sampaikan itu betul-betul sampai kepada para pendengar. Perkara yang sama akan berlaku jika kita berada di sekolah nanti. Oleh yang demikian, untuk menjadi pembentang yang hebat, kita perlu menguasai pendengar kita dengan menggunakan intonasi suara yang betul dan cuba untuk membuat sesuatu yang boleh menarik minat orang yang mendengar.

Unknown on 11 July 2013 at 03:19 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum.

Saya bersetuju dengan pendapat pensyarah dan juga pembentang bahawa unsur apresiasi memainkan peranan penting dalam kelas seni. Unsur ini melibatkan penggunaan perasaan di dalam dan luar bilik darjah. Maka, pengajaran seni mampu membentuk disiplin diri untuk menjadi individu yang holistik. Sebelum ini, saya tidak terlalu memikirkan bahawa terdapat unsur yang tersembunyi di sebalik penggunaan seni dalam pendidikan. Namun, semakin lama saya melibatkan diri dalam ilmu perguruan dan dikukuhkan dengan subjek Seni Dalam Pendidikan, saya menyedari bahawa seni itu mampu mendidik nilai – nilai murni dalam pengajaran.

Selain itu, idea kritis yang diberikan oleh para pembentang memberi inspirasi mengenai cara pemikiran secara ‘High Order Thinking’. Gaya penyampaian dan keyakinan yang ditunjukkan bahawa pembentang menguasai tajuk yang diberikan. Saya dapati idea yang diberikan tepat dan huraian yang jelas menyebabkan saya terfikirkan taraf pemikiran saya. Saya juga beranggapan bahawa saya masih pada tahap pemahaman dan perlu berusaha mencapai tahap ‘creating’ mengikut Taksonomi Bloom Edisi Revisi.

Sekian, terima kasih.

Unknown on 11 July 2013 at 03:37 said... [Reply to comment]

Oleh Nurul Izzati Shuib
Assalamualaikum wbt. Pembentangan daripada kumpulan 2 dilihat agak kreatif kerana menggunakan alatan iaitu botol dan juga ‘body percussion’ yang mana dapat membantu untuk perkembangan fizikal kanak-kanak terutamanya. Seperti yang dibentangkan oleh kumpulan yang pertama, kumpulan ini juga menerangkan mengenai perkaitan antara teori pembelajaran dan juga seni dalam pendidikan dan sebagainya. Menerusi pembentangan kedua ini, secara tidak langsung saya dapat mengaitkan pengetahuan pertama yang telah saya perolehi dengan pengetahuan kali kedua berkenaan tajuk yang sama. Ini sekaligus dapat membantu saya untuk lebih mengingat input-input yang telah dibentangkan. Selain daripada itu, menerusi aktiviti yang dijalankan, telah timbul satu persoalan adakah ‘body percussion’ itu diklasifikasikan sebagai salah satu alat atau objek. Pada pandangan saya, ‘body percussion’ tidak dikira sebagai objek namun yang demikian, setelah diberi penjelasan, barulah saya tahu bahawa ‘body percussion’ ini merupakan objek yang boleh digunakan oleh guru sewaktu membuat aktiviti pergerakan. Pembentangan kedua dilihat lebih ringkas namun penuh dengan input yang berkaitan dengan seni dalam pendidikan. Konklusinya, seni dalam pendidikan memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi kanak-kanak. Sekian, terima kasih.

Unknown on 11 July 2013 at 08:07 said... [Reply to comment]

Assalammualaikum. Bagi pembentangan yang kedua, saya tertarik dengan isi yang dibentangkan iaitu kepentingan imaginasi. Salah satu kepentingannya ialah, imaginasi dapat memberi kepuasan kepada kanak-kanak untuk mengembangkan bakat. Sebagai contoh yang berlaku disekeliling saya, anak saudara saya sangat suka melukis dan hampir kesemua buku yang saya beri dipenuhi dengan lukisan-lukisan yang sangat kreatif, walaupun dia hanya berumur 6 tahun. Saya juga tidak sebagus itu dalam menghasilkan lukisan. Perkara yang menarik perhatian saya ialah, beliau melukis seorang budak lelaki yang memakai pakaian tentera laut dan di atas gambar tersebut tertulis namanya sendiri. Hampir kesemua gambar yang dilukis adalah lukisan yang sama dan lukisan tersebut jelas kelihatan bahawa dia adalah seorang budak lelaki yang berpakaian tentera laut dan lukisan tersebut sangat cantik. Sebagai seorang yang lebih dewasa, saya juga cukup tertarik dengan lukisan tersebut dan ternyata dia sangat berbakat walaupun hanya seorang kanak-kanak. Malah, saya merasakan, dia cuba meluahkan perasaannya melalui lukisan tersebut dan di dalam pembentangan tersebut juga ada menyatakan bahawa dengan berimaginasi seseorang dapat meluahkan perasaan dalaman secara lahiriah. Oleh itu, pada pendapat saya, sebagai seorang guru seharusnya membiarkan dan memberi peluang kepada murid-murid untuk berimaginasi di dalam kelas, contohnya ketika di dalam kelas pendidikan seni supaya tidak menyekat mereka untuk menjadi seorang yang kreatif. Setiap yang dilakukan oleh mereka adalah seni.

little traveller of life on 11 July 2013 at 08:18 said... [Reply to comment]

Salam.
Untuk pembentangan kumpulan dua, iaitu kumpulan saya sendiri yang membentangkan, saya belajar sesuatu yang baru iaitu memastikan para audien saya sudah bersedia untuk menerima input dan saya sendiri telah bersedia untuk memberi input kerana tumpuan adalah penting bagi menerima input dan seharusnya menjadi satu kebiasaan bagi saya selaku bakal guru apabila saya mengajar di sekolah kelak.
Selain itu, saya memahami konsep teori-teori dan membuat perkaitan bagaimana teori-teori tersebut dapat diaplikasikan oleh seorang guru di dalam pengajaran beliau di dalam bilik darjah iaitu tidak seharusnya berfokus kepada satu teori sahaja tetapi mengikut kesesuaian masa dan faktor murid tersebut terlebih dahulu.
Sebelum saya mengakhiri refleksi saya, saya berharap saya dapat belajar mengenai seni musik dengan lebih mendalam memandangkan saya tertarik dengan cara pensyarah menggunakan gitar sewaktu membantu kumpulan kami membuat persembahan dan diharapkan saya dapat membawa perubahan yang baru di dalam pengajaran saya dah tidak hanya bertumpu kepada buku teks semata-mata.

Ash Izzati on 11 July 2013 at 08:19 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum...
Bagi kumpulan 2 pula, pada pandangan saya, mereka boleh menukar aktiviti menggunakan irama yang berbeza agar ianya menjadi lebih menarik yang memukau jiwa para pelajar. Bagi saya kumpulan ini dapat menghubungkaitkan perkaitan dengan lebih terperinci dan mendalam menyebabkan saya memahami dengan mudah mengenai perkaitan SDP dan teori pembelajaran. Contoh yang diberikan juga amat bersesuaian bagi tahap kami. Manakala, bagi pembentangan faedah pula, perlu diselitkan dengan contoh yang lebih banyak mungkin dari sumber yang berbeza agar dapat menjana percambahan idea baru. Jadi apa yang saya pelajari disini, kita mungkin boleh menyelit video/gambar/grafik untuk memudahkan para pendengar memahami pembentangan kita.

Unknown on 11 July 2013 at 08:24 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, kumpulan kami telah selesai membentangkan pembentangan ISL minggu 1. Menerusi pembentangan ini, saya sangat tertarik dengan pembelajaran optimum, bersepadu dan menyeronokkan. Terdapat 4 unsur utama yang mesti diikuti dan dilakukan dalam memastikan pembelajaran tersebut optimum, bersepadu dan menyeronokkan iaitu pemerhatian, penerokaan, penghasilan atau pembuatan dan apresiasi. Pada pandangan saya, pemerhatian dan penerokaan merupakan elemen yang sangat penting dalam menghasilkan sesuatu benda kerana semasa proses pemerhatian, seseorang pelajar akan melibatkan sensitiviti derianya serta akan memerhati dengan aktif. Sebagaimana yang kita pernah lalui semasa kita bergelar seorang pelajar, pada kebiasaannya, sebelum memulakan aktiviti melukis, kita akan menggunakan pemerhatian aktif. Contohnya, jika guru menyuruh kita melukis gambar pemandangan. Kita akan memerhati pemandangan yang menarik perhatian kita ataupun kita membayangkan sesuatu tentang pemandangan. Selepas kita meneliti dan memerhati pemandangan tersebut, kita akan meneroka seperti apa yang perlu ada untuk melukis pemandangan yang cantik. Apabila kita berpuas hati dengan penerokaan kita, kita akan menghasilkan lukisan yang kita kehendaki. Pada masa ini lah, kreativiti seorang pelajar akan kelihatan dan setiap pelajar akan menghasilkan lukisan berbeza-beza mengikut cita rasa mereka. Akhir sekali, murid akan dapat menyatakan dan meluahkan perasaan mereka semasa dan selepas melakukan aktiviti melukis tersebut.
Sebagai bakal guru, saya rasa saya perlu mengkaji aktiviti-aktiviti menarik dan menyeronokkan. Selain itu, saya perlu merancang dan memastikan aktiviti yang akan dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran menarik dan menyeronokkan agar pelajar akan menumpukan perhatian terhadap apa yang akan saya ajar dan pada masa yang sama akan melibatkan penglibatan yang aktif daripada pelajar.

Farhanah Samat on 11 July 2013 at 08:49 said... [Reply to comment]

Banyak perkara telah dipelajari ketika membentang ISL 1. Teori-teori pembelajaran seperti kontruktivisme dan juga teori pemprosesan maklumat dapat dikaitkan dengan SDP. Selain itu, SDP juga memberi kesan kepada emosi, imiginatif, kreativiti dan ekspressi kanak-kanak. Walaupun banyak info telah ditemui ketika menyediakan pembentangan powerpoint, saya berharap kumpulan 2 mampu untuk menunjukkan kaitan antara SDP dengan teori-teori pembelajaran. Selain itu, saya juga ingin melihat kepelbagaian aktiviti yang dapat dijalankan dalam kelas menggunakan SDP. Pembentangan kumpulan 2, telah menyedarkan saya tentang faedah penggunaan SDP dalam kehidupan seharian serta P&P. Pembentang telah berjaya memberi contoh secara jelas dan spesifik dalam menerangkan isi-isi pembentangan.

Unknown on 11 July 2013 at 08:52 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum, saya Nurul ‘Ain Ahmad Naspu.
Pada hemat saya, pembentangan yang disampaikan oleh kumpulan dua merupakan tambahan kepada apa yang telah disampaikan oleh kumpulan satu. Hal ini disebabkan mereka membentangkan tajuk yang sama, namun perkara itu tidak menjadi masalah kerana mereka berjaya mengemukakan info yang berlainan dengan kumpulan satu.
Selain itu, kefahaman mereka terhadap tajuk yang mereka bentangkan dapat dilihat dengan jelas apabila mereka mampu mengeluarkan hujah mereka apabila diajukan dengan soalan secara spontan. Ini secara tidak langsung memberi kesan kepada rakan-rakan yang lain untuk lebih bersedia dengan tajuk mereka dan belajar untuk tampil dengan lebih yakin apabila melakukan pembentangan. Namun begitu, saya dapat melihat berlaku pertindihan atau huraian yang hampir sama bagi satu-satu isi. Melalui pembentangan ini saya dapat simpulkan bahawa adalah penting bagi seorang guru untuk mengaitkan emosi, imaginasi, kreativiti dan ekspresi dalam pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang optimum dan menyeronokkan.

Unknown on 11 July 2013 at 08:55 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum, menerusi hasil pembentangan Kumpulan 2 saya merasakan telah memantapkan lagi pengetahuan saya mengenai teori-teori pembelajaran yang berkaitan dengan seni dalam pelajran (SDP). Apa yang dapat saya rumuskan ialah Teori Konstruktivisme sangat sesuai digunakan dalam SDP kerana kanak-kanak belajar secara meneroka, bereksperimen dan mengolah bahan atau objek. Maka, idea mereka yang kreatif dapat diekspresikan atau dipamerkan kerana ada unsur-unsur seni dalam pendidikan. Selain itu, menerusi persembahan aktiviti ahli kumpulan 2, saya mendapati mereka agak yakin dan tidak merasa kekok di samping menggunakan bahan terbuang seperti botol apabila membuat persembahan. Bagi saya, guru yang mempunyai sifat yakin tidak akan merasa takut apabila perlu membuat sesuatu tindakan atau keputusan.

Unknown on 11 July 2013 at 09:07 said... [Reply to comment]

Assalamualaikum.

Saya bersetuju dengan pendapat pensyarah dan juga pembentang bahawa unsur apresiasi memainkan peranan penting dalam kelas seni. Unsur ini melibatkan penggunaan perasaan di dalam dan luar bilik darjah. Maka, pengajaran seni mampu membentuk disiplin diri untuk menjadi individu yang holistik. Sebelum ini, saya tidak terlalu memikirkan bahawa terdapat unsur yang tersembunyi di sebalik penggunaan seni dalam pendidikan. Namun, semakin lama saya melibatkan diri dalam ilmu perguruan dan dikukuhkan dengan subjek Seni Dalam Pendidikan, saya menyedari bahawa seni itu mampu mendidik nilai – nilai murni dalam pengajaran.

Selain itu, idea kritis yang diberikan oleh para pembentang memberi inspirasi mengenai cara pemikiran secara ‘High Order Thinking’. Gaya penyampaian dan keyakinan yang ditunjukkan bahawa pembentang menguasai tajuk yang diberikan. Saya dapati idea yang diberikan tepat dan huraian yang jelas menyebabkan saya terfikirkan taraf pemikiran saya. Saya juga beranggapan bahawa saya masih pada tahap pemahaman dan perlu berusaha mencapai tahap ‘creating’ mengikut Taksonomi Bloom Edisi Revisi.

Sekian, terima kasih.

Twitter

SESI SEMESTER 1/2016 Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template